Showing posts with label penat nak mati. Show all posts
Showing posts with label penat nak mati. Show all posts

Monday, September 5, 2011

hampir2 nak update blog kat opis tadi tapi terbantut sebab orang asyik lalu lalang belakang aku

hari ni super bosan. so i'll just doodle it.










jam2 berikutnya, aku surf internet je lah. keluar makan pun x sebab kad pekerja aku x berfungsi lagi. so aku malas nak pinjam dari kakak2 dalam tu untuk keluar makan.

in the end, aku asyik tengok jam je. lambat betul masa tu nak bergerak ke pukul 5:30. hoh.

harap2 esok ada kerja untuk aku.

Sunday, September 4, 2011

Bulan Syawal

1. Raya
- tak best
- duit raya ada la dalam RM10
- kakak dah selamat bertunang
- seminggu kat kampung rasa macam 100 tahun duduk bawah batu

2. Kekeluargaan
- tiada ikatan yang semakin kukuh. semua sama
- kecuali kakak aku. dia mengikat ikatan kekeluargaan dengan tunang baru dia lah
- kubur mak makin cantik. like!

3. Praktikal
- esok start dengan GiTN, Menara TM, Bangsar. kalau pergi Mid Valley, singgah la situ belanja aku makan
- pergi kerja nanti naik tren. DUA tren. sebab kat BTS xleh nak parking, kena naik STAR kat Miharja. tukar Putra kat Masjid Jamek. kalau aku drive, 20 minit dah sampai. tapi sebab kat sana parking mahal, kena naik tren. nice kan? huh.
- xde handbag yang sesuai. ada sape2 nak belikan? aku malas nak shopping. hahah.

4. Kesihatan
- makin gemuk. masa raya x makan banyak pun. tapi dah gemuk. tahniah
- pinggang dan kaki sama2 sakit. sehati sejiwa
- demam. nak tido lah

bye.

Thursday, November 18, 2010

orang lain tulis, aku nak jugak!


sempena raya ni, kena la letak muka raya sikit ye dak?

ni entry raya haji.

seingat aku, aku x pernah sambut raya haji. seingat aku la. in fact, aku x pernah pun balik rumah time raya haji. aku akan duduk je kat hostel. orang lain balik rumah. aku bajet macam rumah jauh sangat je sampai x balik untuk raya haji. tapi, raya haji je kot.

tapi tahun ni aku balik rumah. sebab ukm dah cuti 4 hari sebelum raya haji. so, kakak aku dengan gembiranya angkut aku pergi raya rumah abg long aku kat puchong.

sampai2 je, aku terus makan. kebulur kot. pastu kawan2 abg long aku datang. sembang2 jap, aku terus masuk bilik abg long, tido. aku sedar makin ramai tetamu kat luar. tapi aku gagahkan jugak diri untuk tido. hahahaha..x senonoh kan?

dah petang camtu, aku terbangun sebab panas sangat. peluh2 aku dibuatnye. tengok2 kawan abg long aku dah balik semua. tinggal kitorang je. pastu lepas siap2, kitorang terus gerak gi kuala selangor untuk sauna.

kalau time travel tu macam biase ah. abg long aku akan mengunyah je pape yang ade dalam kereta die. kurma, die telan. kerepek mende ntah, die telan gak. chewing gum je die x telan. pastu x sah kalau die x sumbat minyak cap kapak dalam hidung die. kalau xde minyak cap kapak, mesti die bising ngantuk lah, pening lah, silau lah. sumbat je minyak cap kapak, setel.

abg zul pulak masuk kereta, die banyak diam. tengok je luar. sedar2 dah tido dah pun. singgah mane2 petrol station, die turun, beli red bull, minum sorang2. pastu masuk kereta balik, diam je tengok luar.

kakak aku, xleh diam langsung. bercakap je kejenye. cite macam2. kalau part die membebel yang x tahan. even lembu melintas pun die akan membebel panjang2. lembu tu salah, penternak lembu tu salah, penduduk kampung yang kenal lembu tu pun salah. time die senyap mase die tido je. tu pun kalau die tido.

pastu ade benda lawak kakak aku cakap tadi. kitorang stop kat petronas. pastu die balik2 dari toilet, die bebel

"tadi orang dah flush. pastu taik tu xnak pergi"

aku gelak je sepanjang jalan. aku x larat nak cakap pape dah. pastu aku bukak tingkap luas2 nak amik angin. pastu kakak aku bebel lagi

"jangan ah bukak tingkap kuat2. sejuk"

kakak aku punye ayat kadang2 leh tahan pening gak. hahahahaha

er..tu je lah entry raya haji aku. bosan kan? pastu penat. aku pun x sure pe yang penat sangat. haihhh


aku rasa ni pinggan ketiga.


dua budak bolat!


jubah abg long bagi!!


muka puas lepas sauna

Saturday, July 10, 2010

an almost happy ending

er...ni entry conclusion untuk entry yang ini.

aku sedang baring keletihan sebab tadi sungguh2 melompat2, menari2 kat dctar..so, entry ni macam simple je ah..

minggu ni mula dengan finale wind orchestra. walaupun ssp dapat saguhati je, aku tetap bangga dengan diorang. sebab diorang dah membesar dengan jayanya. aku sangat kagum tengok diorang main lagu Armenian Dance part 1 sebab bagi aku, lagu tu susah nak bawak.

then aku terus gerak ke pangsapuri ukm kat taman tenaga. dah la kena panjat tingkat 4. nasib baik laa ade yan and ain kat situ. pastu aku pun jadi pc pusat. so, banner banyak yan and ain yang buat. huhu...kesian diorang..

semalam, pangsapuri tu buat hal, XDE AIR. dah la xde wifi. kitorang nak buat keje pun susah. pastu bile xde air, aku balik umah ahh nak mandi semua. then hari2 aku ulang alik ke ukm ah dari taman tenaga tu.

so far, ok la minggu ni. banner pun orang atasan terima. tinggal nak buat banting je. then suka sangat sebab student teater bagi kerjasama kat kitorang pc2 untuk teater ni. aku kagum gak sebab walaupun beberapa hari je practice, tapi diorang dapat bagi yang terbaik.

ahad ni dah nak check in ukm balik. harap2 dapat rumet ngan kk. nanti nak jumpe orang pejabat skali dengan ida. doa2kan laa eh? huhuhu..

owh ye. nape "almost happy ending"? sebab tadi ade someone yang rosakkan mood aku. huh!

bye~

Wednesday, June 30, 2010

sayangsss

ni quick entry untuk cuti2 dengan DOT hari tu sebab aku xde idea nk tulis ape..huuu..

well, bkn laa the whole DOT..ade abg nas, fatin, abg ijan, abg hazal, abg say o dengan kk je..

27th june 2010
gi amik keta sewa dengan abg ijan n kk kat hentian kajang..gi awal sebab nak kejar tengok devdas kul 9..hahaha...amik 2 keta; kancil dengan iswara..kancil tinggal kat umah aku..iswara duk kat ukm.

28th june 2010
abg ijan sampai umah, gerak gi amik fatin..ni sesi dialog before amik fatin

aku : gerak dlm kul 7, confirm jammed jalan otw gi ampang..
abg ijan : xpe2. tau jalan lain. x jammed sangat la..

20 minit berikutnye, kami masih dalam cheras..kalau ikut tol, waktu tu dah sampai ampang pun..then tibe2 dari jalan-abg ijan-kate-x-jammed, terus masuk balik high way yang utama..rupe2nye 20 minit duk pusing2 dalam cheras je..buang masa kat situ..huhu..

so, memang makan mase kat situ..so, bertolak lambat..sampai melaka dah tengahari..terus gi zoo melaka..jalan2, tangkap gambar, gi makan, then semayang..

pastu check in kat Harsh Hotel lepas gaduh2 nak amik hotel mane..pastu semayang asar, tido2, jalan kaki ke MP ngan DP..pastu g A Famosa, kapal..tapi kapal dah tutup so amik gambar dari luar je..

malam pulak xde aktiviti pun..lepas makan, stuck kat kedai tu sebab tengok bola..balik2 dah ngantuk..terus tido...

29th june 2010
check out awal, dalam kul 10 camtu..breakfast kat mapley..pastu abg hazal and abg say o semangat nak masuk kapal..so, menapak laa ke sana..lepas tu gi muzium tentera laut..dah laa panas gile..peluh macam air terjun...

xnak buang masa, terus pecut gi PD...para jejaka sampai dulu kat masjid sebab kancil kitorang sangat slow..dan juge kitorang singgah jap kat makam sape ntah..hahahaha...

lepas semayang, gi makan, then terus gi mandi...aku and kk x mandi..alasan aku, peristiwa berdarah..kk, malas tukar baju..tapi last2 die kena campak gak dalam laut..hahahaha...

pastu sambut laa terus bday abg nas kat situ..ade tepung, ade kek..ingatkan nak beli telur tapi mahal..jimat2..huhu...

kat pantai diorang duk tanam fatin, jadikan ikan duyung...tapi punggung besar..hahahaha...then lumba lari, mandi manda, campak kk dalam laut *ok, tu dah cakap* , baling tepung, makan kek..aaaa...tu je lah!

pastu bilas2 badan dekat dengan TM resort, bincang2 pasal duit semua, terus balik...para penumpang iswara dah sampai bangi awal2 sebab nak gi pasar malam..kitorang dalam kancil ni singgah dulu seremban sebab lapa...

malam tu hantar fatin, hantar keta sewa semua...then semua orang balik dengan kepenatan...konklusi, aku hepy sangat cuti dengan DOT kali ni...maceh sayangsss~!!

p/s : entry ni x best, kn? kesah pulak aku! asalkan aku hepy! ahh..bukan ade orang bace pun..hahahahahahaha~~

sayang kamu lebih ah!

Sunday, June 27, 2010

kisah Si Gadis

satu hari, Si Gadis keluar dengan Yah Tau Hu ke Mid Valley. kerana mereka Wanita, Encik KTM telah menyediakan tempat khas untuk mereka dipanggil Koc Wanita.


pelbagai aksi telah dipertontonkan di hadapan mereka supaya Si Gadis dan Yah Tau Hu terhibur sepanjang perjalanan ke Mid Valley. mula2, para Girl Guide menceriakan suasana. Si Gadis x habis2 mengomen persembahan mereka. Yah Tau Hu pula sibuk menstabilkan diri kerana Koc Wanita agak bergoyang2.

kemudian muncul pula Puan MakCik. beliau mementaskan sketsa pendek. ia menceritakan tentang kisah hidup mereka seharian. bermula dengan Si Jejaka mahu menyertai kumpulan Wanita naik ke Koc Wanita. tapi Puan MakCik itu mencemuh2 Si Jejaka sehingga beliau terus melarikan diri. dan Puan MakCik terus mencemuh2 saudara-mara Si Jejaka yang sudah pun berada dalam Koc Wanita.

Si Gadis menggeleng. begitu pentingnya Koc Wanita ini kepada Puan MakCik. setelah memberi beberapa penghargaan kepada Encik KTM dan juga semua yang telah cuba menceriakan mereka, Si Gadis dan Yah Tau Hu meneruskan perjalanan ke Karnival Haiwan.


selama beberapa hari Si Gadis cuba mencari binatang kesayangannya, Sugar. dia amat berharap bahawa Sugar akan datang ke Karnival Haiwan. Yah Tau Hu juga x sabar2 untuk bertemu kembali dengan Sugar.


tiba2, mereka didatangi oleh PakCik Berbulu dari Nepal. beliau juga mahu melihat sejauh mana sayangnya Si Gadis terhadap haiwan. setelah puas mencari, Si Gadis dan Yah Tau Hu sudah penat berjalan. ditambah pula kaki mereka amat sakit seperti berjalan di atas batu bata yang tajam.

PakCik Berbulu dari Nepal berasa kasihan lalu memberi mereka sedikit makanan dan minuman. untuk Si Gadis, beliau menukarkan gelang Puteri Salji kepada Kuih Gelang. untuk Yah Tau Hu pula, ros merah jambu ditukarkan kepada roti bersalut krim strawberry. dan untuk dirinya sendiri, PakCik Berbulu dari Nepal menukarkan bulu2nya sendiri menjadi seketul donut yang berbulu.


untuk minuman pula, PakCik Berbulu dari Nepal menggunakan resipi rahsia turun temurun. Si Gadis dan Yah Tau Hu disajikan dengan air mata air dan juga buah strawberry.

selepas menyegarkan diri, Si Gadis telah menerima takdir bahawa jodohnya dengan Sugar telah berakhir. mereka x mungkin akan bersama semula sekarang. tapi mungkin satu hari nanti.

apa yang Si Gadis ada sekarang, sudah cukup untuk menjadi teman beliau. Si Gadis tersenyum sendirian kepada Yah Tau Hu dan PakCik Berbulu dari Nepal.

=)

Friday, June 18, 2010

2nd week

....continued from 1st week

budak2 skolah sampai kat za'ba hari ahad petang..buat sikit ice breaking, then mentor2 semua siapkan diri untuk mengajar esoknye...

adik2 form 4 semua memang BANYAK soalan bile start belajar...kitorang pun naik pening bila soalan yang diorang tanya tu macam complicated gila..kadang2 soalan yang senang pun, kitorang leh keliru...

bila dah start coding and applying to components, lagi la..error sana sini, soalan lagi, timbul idea pelik2...kadang2 banyak error sebab salah eja...banyak antara kami yang terlepas pandang..bila tau je error tu sebab salah eja, terus hilang semua pening..hahaha...

tapi diorang ni sangat kreatif..macam2 benda diorang fikir..ade yang laju dari lecturer, ade yang betul2 ikut lecturer, ade yang lambat sebab masalah komputer...bila masalah komponen and coding, x kesah sangat..bila masalah komputer je, aku terus give up..

ade laa try restart, copy coding semua..tapi bila dah banyak kali restart, aku suruh je budak2 tu tukar komputer..huhu...tapi, diorang still enjoy sebab belajar benda baru..

macam kitorang dulu gak, budak2 ni semua pening dengan traffic light..kitorang lagi laa...hahaha...time kat lab, sangat riuh...sana sini jerit2 sebab banyak error bagai..ade yang jerit2 happy sebab dapat..ade yang berkeliaran je sebab dah tension dengan prob masing2..

ade gak aktiviti yang kitorang buat kat kolej..xnak bagi diorang bosan..and leh gak merapatkan hubungan sesama mentor and adik2..isnin malam buat teambuilding...main laa game IQ and game budak2...then lepas2 tu aku pun dah x ingat urutan aktiviti...jalan2 kat tasik kejut, explorace, dengan riadah...riadah tu kitorang bagi je barang2 mainan, so ikut suka diorang laa nak main ke x...

bila ade aktiviti malam, SANGAT penat...sebab selalunya mesti x sempat nak rest banyak...balik je bilik, terus tidur...kul 2 confirm dah lena habis...esoknya pulak, bangun lambat..hahaha...

aku, yan, yana and ain lak selalu keluar g mcd, pasar malam, and kadang2 g isi minyak...bila dapat keluar dari ukm, rasa sangat bebas...balik je za'ba, down balik...makan aiskrim mcd pun rasa down..huhu...

aku xde semangat sangat nak menaip pasal ni..sebab baru balik umah hari ni..so, still x banyak energy...tapi, asalkan memory tu still fresh, baik aku tulis cepat2..hahaha...konklusinye, adik2 semua memang best la..x banyak bunyi bila kitorang bagi aktiviti...bila mentor2 ajar, diorang dengar and apply btul2...bagi aku yang x reti mengajar ni pun, aku sangat bersyukur budak2 tu paham ape yang aku ajar...

bila tengok diorang, teringin nak jadi budak2 balik..huhu...diorang semua still kekalkan contact..add kat fb, amik no hp...sekarang ni diorang tengah riuh komen2 kat video pasal budak2 tu kena denda..aku yang rimas tengok notifikasi banyak2..hahaha...

for us, this is not the end..this is just a beginning...selalu dengar orang cakap camtu kan? well, i mean it! lepas ni tiap2 bulan mentor2 semua kena g check adik2 tu kat sekolah tengok diorang punye progress...diorang still kena go on buat satu projek untuk present nanti...wahh...satu projek yang mencabar bagi mtdc..gud luck =)

robotic yang ditunggu2

lepas jalan2 kat tasik kejut

aktiviti kat kolej

more pics on fb~

Tuesday, June 8, 2010

kursus microcontroller

bengkel di fkab. penempatan di za'ba. spesifik, tngkat 3 blok F. diulangi, TINGKAT 3.

hari2 bangun pagi racing ke fkab. hari2 buat programming. hari2 kena buat lampu menyala, kelip2, selang seli dengan bunyi buzzer, traffic light, sensor, check kelembapan tanah, pam air, robot.

yup, aku belajar programming jugak sebab benda wajib untuk course aku. tapi xlaa SETIAP HARI. dan x jugak C LANGUAGE.

owwhhh...nape aku macam marah? sebab aku sakit kepala sekarang. sebab aplikasi aku hari ni asyik x jadi je. traffic light yang aku program bakal buat simpang 3 mengalami kemalangan jiwa paling besar dalam sejarah.

dan juga aku kena hadapi sesuatu yang besar. next week aku kena ajar budak2 sekolah pasal yang aku dah belajar ni. yup, yang aku pun sakit2 kepala buat. hebat.

Sunday, June 6, 2010

finally!!

layout pun dah baru..header pun siap jugak akhirnya...lotss of thanx to nazrin saad...

letih sangat lahh hari ni...esok pagi lak nak pegi sekolah melawat budak2 band...then petang tu rempit gi ukm...ade kursus...haishhh...nasib baik malam free...

well, so happy with new layout and stuff..hoping the best for tomorrow onwards =)

sekian~

Saturday, June 5, 2010

penat + sakit badan

sepanjang hari ni aku duk mengadap lappy...kakak gi mane ntah aku pun xtau...lepas lunch aku terus menjalankan usaha promote jualan lens aku...hoh..aku agent dueba lens sekarang...

mula2 aku edit2 skit gambar yang boss aku bagi..then sort pulak sebab gambar dia semua terabur...pastu aku terus buat page kat fb...pastu invite kwn2 semua, terus beralih ke blog pulak...

mula2 mesti laa pilih layout..kejap je pun sebab aku malas nak banyak kerenah...then, masukkan gambar, description bagai, maka terciptalah blog jualan lens aku...hoho...

sekarang dah malam, kakak aku pun baru balik...dia duk cite pasal g umah mak mentua bagai, aku duk urut2 badan..x paham sangat pe yang die cite...last2 ade sebunjut gula2 untuk aku..yeargh!!! erk...maksud aku, ingat aku budak2 ke hah??!!!

so, meh laa datang beli lens, ye?