Showing posts with label miss u already. Show all posts
Showing posts with label miss u already. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Berniaga di bazar Ramadhan

mula2 sekali aku cerita kenapa aku boleh terjebak berniaga di bazar.

arwah mak aku beli warung dekat kampung aku untuk tampung masa depan. ayah aku retired masa aku darjah 5, i think. so, untuk mengelakkan ayah aku melepek (ye, melepek. bukan melepak) je kat rumah dan membazir duit entah untuk apa, arwah mak aku ambil inisiatif tu.

sadly, ayah aku usahakan warung tu 2-3 tahun je rasenye. lepas tu lari kemana entah. ok. tu cerita lain.

bila dah seronok berniaga kat warung, arwah mak aku pun cadangkan ambil satu tapak kat bazar Ramadhan tahun 2002. masa tu aku darjah 6. yang usahakan gerai tu ayah aku, makcik aku and aku. arwah mak aku busy kerja cari duit untuk raya masa tu.

best juga berniaga kat bazar. kitorang jual nasi ayam dengan laksa. ramai orang datang beli laksa. sebab dari jauh dah bau kuah laksa yang pekat tu. makcik aku terer gila masak laksa. dia pun berniaga juga. dia dah memang ada warung kat kampung aku.

yang paling best, sambil panggil2 orang singgah gerai, boleh usha abang2 opis yang baru balik kerja. semua nampak hensem sebab berkemeja. tapi sebab aku kecik sangat, diorang buat xtau je. haih..

dekat2 berbuka, ayah aku akan bagi duit suruh usha2 makanan untuk berbuka. kadang2 diorang suruh aku beli kuih atau bubur lambuk yang kena jalan jauh dan lintas jalan. aku selalu ajak budak gerai sebelah teman aku. sebab aku takut lintas jalan.

time berbuka, suasana kat bazar tu sunyi je sebab semua orang tengah sibuk makan kat gerai masing2. ada yang otai, dah siap2 kemas gerai sebab nak berbuka kat rumah.

kadang2 tu ada je foreigner jalan2 lagi kat area bazar tu. sebab diorang tau masa tu xde orang yang datang membeli, jalan pun lengang. tapi masalahnya semua orang dah xde mood nak menjual. semua dah sibuk nak balik. kalau nasib baik, foreigner tu akan beli semua makanan lebih2 yang x habis dijual. untung..untung...

tapi sekali tu je lah kitorang berniaga kat bazar. lepas2 tu ayah aku malas. leceh juga sebenarnya berniaga kat bazar ni. banyak benda nak kena prepare.

haih. rindu nak berniaga.

Thursday, March 17, 2011

lenguh ahh tangan main badminton!!

lama dah x balik umah. sebelum kakak aku bising2, better aku balik dulu.

dah sampai umah, aku terus basuh baju. pastu tengok sekeliling rumah. ya. rumah ni perlu tukang kemas yang mantap.

aku cadang esok pagi nak bangun kemas rumah.

p/s : penimbang dah rosak. xleh nak tengok berat terbaru. dem.

p/s/s : dah rindu kat kau arghhh!!!

Monday, November 22, 2010

diary Sephia

aku turun dari kereta, mencari2 kelibat dia dalam gelap malam. janji nak jumpa pukul 8.45 malam.

dari jauh aku nampak objek kecil bercahaya merah bergerak2. aku tau tu dia. aku datang dekat.

bila aku makin dekat, dia campak objek kecil bercahaya merah tu ke tanah dan memijaknya sampai padam cahaya merah tu sambil tersenyum. lihat senyuman dia, aku turut senyum.

********************

aku jumpa dia sekejap. kemudian pulang. memang x puas. tapi dah janji nak jumpa lain kali.

tapi aku pulang membawa wangian dia. wangian Jimmy Hendrix.

p/s : ayat bersepah2. lantak ah. korang bukan paham pun =D

Thursday, November 18, 2010

=D


been there?

orang lain tulis, aku nak jugak!


sempena raya ni, kena la letak muka raya sikit ye dak?

ni entry raya haji.

seingat aku, aku x pernah sambut raya haji. seingat aku la. in fact, aku x pernah pun balik rumah time raya haji. aku akan duduk je kat hostel. orang lain balik rumah. aku bajet macam rumah jauh sangat je sampai x balik untuk raya haji. tapi, raya haji je kot.

tapi tahun ni aku balik rumah. sebab ukm dah cuti 4 hari sebelum raya haji. so, kakak aku dengan gembiranya angkut aku pergi raya rumah abg long aku kat puchong.

sampai2 je, aku terus makan. kebulur kot. pastu kawan2 abg long aku datang. sembang2 jap, aku terus masuk bilik abg long, tido. aku sedar makin ramai tetamu kat luar. tapi aku gagahkan jugak diri untuk tido. hahahaha..x senonoh kan?

dah petang camtu, aku terbangun sebab panas sangat. peluh2 aku dibuatnye. tengok2 kawan abg long aku dah balik semua. tinggal kitorang je. pastu lepas siap2, kitorang terus gerak gi kuala selangor untuk sauna.

kalau time travel tu macam biase ah. abg long aku akan mengunyah je pape yang ade dalam kereta die. kurma, die telan. kerepek mende ntah, die telan gak. chewing gum je die x telan. pastu x sah kalau die x sumbat minyak cap kapak dalam hidung die. kalau xde minyak cap kapak, mesti die bising ngantuk lah, pening lah, silau lah. sumbat je minyak cap kapak, setel.

abg zul pulak masuk kereta, die banyak diam. tengok je luar. sedar2 dah tido dah pun. singgah mane2 petrol station, die turun, beli red bull, minum sorang2. pastu masuk kereta balik, diam je tengok luar.

kakak aku, xleh diam langsung. bercakap je kejenye. cite macam2. kalau part die membebel yang x tahan. even lembu melintas pun die akan membebel panjang2. lembu tu salah, penternak lembu tu salah, penduduk kampung yang kenal lembu tu pun salah. time die senyap mase die tido je. tu pun kalau die tido.

pastu ade benda lawak kakak aku cakap tadi. kitorang stop kat petronas. pastu die balik2 dari toilet, die bebel

"tadi orang dah flush. pastu taik tu xnak pergi"

aku gelak je sepanjang jalan. aku x larat nak cakap pape dah. pastu aku bukak tingkap luas2 nak amik angin. pastu kakak aku bebel lagi

"jangan ah bukak tingkap kuat2. sejuk"

kakak aku punye ayat kadang2 leh tahan pening gak. hahahahaha

er..tu je lah entry raya haji aku. bosan kan? pastu penat. aku pun x sure pe yang penat sangat. haihhh


aku rasa ni pinggan ketiga.


dua budak bolat!


jubah abg long bagi!!


muka puas lepas sauna

Wednesday, November 17, 2010

an awesome person was born today 20 years ago

aku rasa sekarang aku xleh ah kalau ade orang cucuk2 belakang keta aku. mesti aku agak gelabah. ok, sangat gelabah.

lagi2 kalau malam. dengan lampu lagi, siap cucuk rapat baaaaiiikkk punye, confirm aku gelabah sampai peluh2.

macam hari ni. dua kali kena cucuk, dua kali terlepas simpang. sebab pe? sebab tengah fokus kat keta yang cucuk belakang aku.

mula2 teksi yang cucuk. then terlepas simpang. fine ah. aku bagi die potong dulu. pastu lori balak pulak cucuk aku. yang tu memang xleh nak buat ape ah weh. kalau terlepas simpang, pastu kalau aku brek tibe2 untuk masuk jugak simpang tu, memang selamat dunia akhirat ah aku lepas tu.

nak kate aku bawak slow sangat, x jugak. haihh.. lepas ni kena bawak laju sikit tapi sopan santun.

owh, baru pulang ke rumah. sampai2 rumah, tengok tv. pastu tiba2 gelap. tertido dah depan tv. rumah aku suka serap energy aku. nak basuh baju pun x larat.

*sigh*

"it's your birthday, so tell me what you want to"
"it's my birthday, i really wanna get with you"