Monday, December 31, 2012

A new year is unfolding

2012 have been good to me.

So I hope 2013 will be great.

Though I'm going to hate the age 23.











Mestilah aku upload gambar kucing aku sebab kucing aku comel. Dari aku upload gambar aku? Haaaa.

Thursday, December 27, 2012

PENTER Unplugged 2013


Sign up now!

"Sign up for what?", you ask?

To join our team and be one of the PENTER Ambassadors!

OR

To perform on our stage with your band!

For more information, go to our fan page *click*

Or you can simply contact one of ours!

Amar       - 012 6050013
Wann       - 017 2054283
Joe           - 017 8877395
Yan          - 012 6040802
Acap        - 013 9789082
Shamirah - 017 2562737
Sahirah    - 017 9774110

Toodles!

Monday, December 24, 2012

D-Log - Bidan kucing

25 April 2000
Selasa

Aku bangun pukul 9:15. Macam biasa, aku makan sambil tengok TV. Hari-hari kat TV akan tayang cerita Alvin and The Chipmunks, Dennis and Gnasher, Mighty Max dan Quasimodo. Rutin harian dengan TV bermula pukul 9:30 sampai 11:30.

Lepas habis kartun untuk aku, mula lah aku siap2 ke sekolah. Mak dengan ayah aku kerja. Jiran belakang rumah aku kebetulan pulak buat bisnes hantar budak2 ke sekolah. Jadi hari-hari pukul 12 aku akan berjalan ke rumah Aunty Ling. Nama anak dia Chong Mei Soon. Comel. Dia suka ajak aku datang rumah makan megi dengan dia.

Aku paling suka scene makan megi kat rumah Aunty Ling. Dia akan setup meja bulat kat laman rumah dia dan letak empat bangku comel. Nanti Aunty Ling akan bawa semangkuk besar megi dan kami akan makan megi dalam mangkuk kecil guna chopstik. Megi dia buat selalu sedap.

Disebabkan mak aku bayar secara bulanan ke Aunty Ling, transportation pulang dari sekolah juga aku akan naik van Aunty Ling. Rumah aku paling dekat dengan rumah dia. Jadi aku lah orang terakhir yang dihantar balik.

Pukul 6:30 petang aku dah sampai rumah. Lepas mandi, mengaji, makan, pukul 7:45 aku pergi tusyen kat Johan Akademi. Aku yang syorkan tusyen tu kat kawan-kawan. Sebab aku sorang je dari SK Taman Muda yang tusyen kat situ.

Rumah aku ni memang dekat dengan segala benda termasuklah Johan Akademi. Jadi, pergi tusyen pun mak aku hantar jalan kaki je. Lepas tu dia lepak lah kat kedai mamak bawah tu atau jalan-jalan kat Paragon tunggu aku habis pukul 9:30.

Balik je rumah, aku terus tengok TV. Cerita Kopitiam. Tiba-tiba kucing aku, MakLong namanya, mengiau pelik. Dia dah nak beranak. Nenek aku panggil tolong usapkan perut MakLong. Takut juga aku masa tu. MakLong dah tak senang duduk.

Bila nenek aku datang dengan air panas, aku makin takut. Tapi MakLong nampak lega bila kena tuam dengan tuala basah dengan air panas tu. Tempat aku usap tu pun macam bergerak-gerak. Lama-lama seekor keluar dari MakLong. Aku geli tengok anak kucing tu berlendir-lendir lagi tapi aku gagahkan jugak bersihkan sikit-sikit. Lepas tu terkeluar lagi seekor. Nenek aku mula dah bercakap dengan MakLong "Sabar ye. Sikit lagi. Sikit lagi.."

Lepas tu MakLong mengerang lagi. Masa tu dah pukul 11:30. Nenek aku suruh tidur takut bangun lambat nak pergi sekolah esok. Aku akur. Dalam bilik, aku masih terdengar bunyi MakLong menjerit-jerit.



26 April 2000
Rabu

Pukul 9:30, aku cepat-cepat turun intai kotak MakLong. Ada enam ekor anaknya. Alhamdulillah..

Monday, December 17, 2012

D-Log - Pengembaraan ke PWTC

Jumaat
21 April 2000

Cikgu Khursiah ajak aku pergi pameran buku di PWTC. Dia ajar aku Matematik di sekolah, dan BM di tusyen. (Jangan tanya aku kenapa. Aku tak faham kompleks kerja cikgu masa tu.)

Dia selalu kata gaya penulisan aku terlalu abstrak so dia nak suruh aku asah dengan membaca. Supaya markah 95% dalam aku punya penulisan akan meningkat terus ke 100%.

Dan juga, sebab aku ni feveret student. Satu sekolah tau. Heh.

Hari ni hari sekolah. Budak darjah 4 sekolah sesi petang. Jadi, pagi tu aku ada banyak masa nak pergi PWTC.

Pukul 8:15 pagi aku dah bangun. Gelabah nenek aku kejut sebab cikgu aku kata nak ambil aku pukul 8:30. Memang tepat2 8:30 dia sampai dengan kereta Honda.

PWTC besar gila. Buku2 semua, banyak gila. Aku beli satu buku tebal. Tajuknya "Puteri Daing Yang Hilang". Lepas tu Cikgu Khursiah belanja aku lagi satu buku cerita tajuknya "Pengembaraan Ahmad Si Penyiasat".

Lepas tu jalan2 lagi. Cikgu Khursiah beli beberapa buku keagamaan dan buku cinta2. Untuk makan pagi, dia belikan aku roti bawang putih. Tapi aku tak makan pun sebab aku bukan jenis bersarapan punya orang.

Aku seronok dan penat sangat. Tapi Cikgu Khursiah kata jangan bagitau kawan2 takut diorang dengki.

Pukul 1 dah sampai rumah. Aku terus siap2 nak pergi sekolah. Dalam van aunty yang hantar aku pergi sekolah, aku makan roti bawang putih yang Cikgu Khursiah bagi.





/** Cerita "Puteri Daing Yang Hilang" tu aku masih ingat sampai sekarang. Scary pun ada. Tapi memang tebal gila! **\

Diary log (or just log?)

Masa aku berumur 10 tahun, tiba2 aku diserang penyakit menulis. Aku akan ambil buku sekolah yang dah tak guna dan aku tulis benda2 best yang berlaku siap dengan tarikh dan masa.

Aku tak sedar pun yang aku sedang tulis jurnal atau lebih dikenali oleh gadis remaja ketika itu sebagai "Diary". Lalu arwah mak aku berkata "Ala kesian Wan. Tulis diary dalam buku sekolah je."

Birthday aku tahun tu, arwah mak aku bagi buku cantik untuk dijadikan diary.

 Dalam buku tu, aku masih tulis tarikh dan setiap minit dalam kehidupan seharian aku. Masa dah masuk sekolah menengah, baru lah aku tulis ikut tarikh je lepas tu update segala benda yang berlaku dalam 2-3 hari macam tu. Macam blog.

Tulisan buruk. "Binti" pun taktau nak eja lagi.




Sampai sekarang, bila2 aku ada masa, aku akan tulis something dalam diary tu. Ini adalah khazanah aku.


*************************************************

Perkataan "Blog" berasal dari cantuman dua perkataan iaitu "web blog".

Memandangkan blog aku ni asyik penuh dengan cerita dongeng, cerita sambung2, pepatah yang entah apa2 dan emosi, dan agak dah lama juga aku takde idea nak menulis, aku nak abadikan sebahagian dari diary aku dalam blog ni.

I'll call it D-Log.

Kah kah kah.

Friday, December 7, 2012

Trash Stuff 8

Malam ini aku berbaring di katil, merenung siling.

Dan aku tahu, siling itu akan merenung aku jua.

Tiada yang lain.

Sunday, December 2, 2012

Fakta tentang Tabby. Hmph!


Gemuk.

Bunyi dia bukan "Meow". Sebaliknya "Eh".

Penakut dan pemalu.

Suka mengigit dan mencakar. Sukar bagi aku untuk bermanja dengan beliau.

Kalau dia tidur terlentang, dia susah nak bangun. Well, sebab dia gemuk.

Perut dia putih. Sangat.

Di-anak-angkat oleh aku pada 17 November 2012.

Nama yang diberi oleh tuan sebelum ini ialah "Bella". Aku tak suka nama tu.

Dia suka menyorok celah mana-mana. Yang bodohnya, dia tak reti keluar. Jadi, tugas aku ialah menjadi garang dan menarik dia keluar. Lepas tu dia terus pergi makan.

Apa-apa jadi pun, dia akan pergi makan. Bangun tidur, makan. Kena marah, makan. Lepas pergi litter box, makan. Kesimpulannya, kerja Tabby ni makan je.

Dia tak suka bising-bising sebab telinga dia besar. Deria pendengaran dia tinggi.

Last but not least, dia gemuk.

Apa? Dia memang gemuk lah!

Fakta tentang aku. Hihi.

Nama penuh aku, Nur Azwan Afzan binti Ahmad. Ramai orang ingat nama lelaki walaupun sudah terang lagi bersuluh ada "binti" di situ. Aku masuk hospital masa darjah satu dulu pun nurse situ bagi aku mainan budak lelaki.

Sekolah menengah, aku pun meng-perempuan-kan sikit nama aku. Aku teringat ada penyanyi nama "Wann" suatu ketika dahulu yang pernah popular. Lalu aku mem-popularkan nama "Wann Afzan".

Tapi, orang masih fikir nama tu nama lelaki dan sesungguhnya ramai yang bertanya "Orang Kelantan ke?"

Aku tak suka benda manis. Aku tak suka junk food. Tapi aku suka cekelat. Kalau tengah craving manisan, aku makan sikit je. Selebihnya aku akan bagi ke orang lain. Kalau takde orang nak share, aku akan lupakan saja craving tu.

Aku tak suka bunga. Sebab aku tak faham bau bunga. Dia tak wangi. Tapi dia tak busuk. Cuma bau bunga tak kena dengan selera aku. Perfume aku pun mana ada bau manis-manis atau base bunga. Tapi kalau pewangi bilik, aku prefer lavendar sebab dia warna ungu.

Aku suka ungu. Dan oren. Tapi ungu nombor satu. Meskipun baju aku banyak warna hitam. Ya. Aku sedang cuba ubah wardrobe aku.

Aku termasuk dalam golongan makan-ketika-stress. Masa stress, aku tak peduli dah apa yang aku makan tu menggemukkan ke, aku tak suka ke apa. Janji aku makan. Tapi bila otak aku fikir nak diet, aku boleh tahan tak makan nasi berbulan-bulan lamanya.

Kadang-kadang orang suka klasifikasikan aku sebagai lone ranger. Aku tak kisah pergi mana sorang-sorang. Tapi aku akan jadi awkward dengan semua orang la. Masa makan, aku akan fikir semua orang sedang pandang aku. Bila berjalan, aku rasa semua orang nak ragut aku. Kecuali tengok wayang. Aku tak kisah tengok wayang sorang-sorang.

Aku ni agak pemalu sebenarnya tapi kalau tak kenal, orang akan kata aku ni sombong. Aku tak reti nak bersembang dengan orang tak kenal kecuali bila aku tengah hyper. Makcik cleaner pun aku boleh bersembang berjam-jam lamanya bila tengah hyper.

Bila dah pemalu tu, mesti la aku ni akan jadi awkward dengan orang baru kenal. Kalau selalu bersembang online ataupun sms, mesti aku jadi gagap sikit bila bercakap betul-betul dengan orang tu. Sebab tu aku tak suka phase "cinta internet" suatu ketika dahulu. Semua tak menjadi.

Dari kecil nenek aku yang besarkan aku. Aku duduk dengan dia di Kampung Pandan, Teluk Intan dan Sri Gombak. Teluk Intan paling lama sebab tu kampung aku. Masa dah mula sekolah di Ampang pun, nenek aku stay untuk besarkan aku.

Family matter is sacred and secret for me. Kalau kadang-kadang aku terlepas emo di mana-mana laman sosial pasal family tu, abaikan je. Nanti aku delete la tu. Macam orang lain, aku pun ada masalah family. Family kau mungkin tak seteruk atau sebagus family aku. Tapi aku masih ada masalah family.

Aku tak ramai kawan sebab dari kecil aku selalu main dengan sepupu aku je. Dia sorang je dalam family aku yang sebaya. Tapi dia lelaki. So, most of the time, dia akan buli aku. Aku tak reti berkawan. Jadi, aku akan rapat dengan orang yang faham dan boleh tahan dengan aku.

Aku memang suka cakap lepas bila emo. Aku selalu je jaga hati semua orang. Tapi bila aku emo, aku tak peduli dah apa perasaan orang lain. Mungkin tu sebabnya aku cuba tak mencari ramai kawan. Takut mereka terluka dengan hirisan kata-kata aku. Eceh!

Aku suka kucing. Sangat! Dari aku umur 6 tahun dah mula bela kucing. First kucing aku mati, aku menangis sampai bengkak-bengkak mata pergi sekolah. Waktu rehat, cikgu suruh aku balik. Lepas nenek aku pindah balik Teluk Intan, dia bawak semua kucing aku sebab takde orang nak jaga. Tapi sekarang aku bela balik. Puas hati!

Akhir sekali, aku memang berharap aku dilahirkan sebagai lelaki supaya dapat mendukung cita-cita bangsa dan negara. Kah kah kah. Takde lah. Tu dulu. Sekarang, aku terima takdir aku sebagai perempuan. Banyak pahala jadi perempuan ni.

Wednesday, November 28, 2012

Maksud "Okay" aku

Serius punya "okay".
"Wan, awak buat soalan nombor 2."
"Ok."



Chill punya "okay".
"Wan, tunggu jap eh? Aku nak mandi dulu."
"Okeh."

Serius tapi tak berapa nak serius macam bisnesman disamping itu nak tunjuk chill sikit punya "okay".
"Nanti call aku eh kalau ada apa-apa?"
"Okay."


Saya cool dan saya tahu itu punya "okay".
"Wan, thanks temankan aku hari tu! Lain kali lepak lagi!"
"Okayh."

This conversation is over punya "okay". Kadang-kadang tengah busy punya "okay".
"Dah ah! Malas layan kau!"
"K."

"Wan, kau tengah drive eh? Nak pinjam barang please?"
"K."



1. Saya sedang chill dan saya setuju dengan awak punya "okay".
"Kita bincang esok boleh tak?"
"Okehh."

2. Ya saya memang setuju dengan awak jadi berhenti bertanya punya "okay".
"Boleh ke esok? Kau free ke tak? Confirm boleh eh? Buat kat library eh?"
"Okehhhhh."

3. BOLEH SANGAT LAH TU PROCEED JE LAH! punya "okay".
"Esok betul boleh? Buat kat library? Dengan semua orang? Bawak laptop segala? Siapkan semua benda?"
"Okehhhhhhhhhhhhhhhhhh."





Tapi kadang-kadang maksud "okay" aku boleh dibezakan dengan titik hujung. Lain kali lah sembang pasal tu. Mata aku berpinar dah tengok banyak sangat "okay" ni.

Sunday, November 25, 2012

Makcik Ani

Sepanjang aku hidup 22 tahun ni, aku kenal dua orang Makcik Ani.

Makcik Ani SKTM.
Makcik Ani ni kurang siuman. Dia selalu lepak kat pagar belakang sekolah rendah aku kat Ampang dulu. Pernah sekali tu dia masuk sekolah, dia gigit kepala kawan aku, depan mata aku. 18 jahitan budak tu kena.

Padan muka pun. Budak tu jahat sebenarnya.

Dengarnya anak makcik Ani tu dah meninggal. So dia selalu usha2 sekolah kitorang nak cari anak baru.

Ada juga kata makcik Ani tu makan budak2.

Lepas kejadian dia gigit kepala kawan aku tu, aku tak datang sekolah seminggu. Demam.

Makcik Ani Kampung Pandan.
Aku pernah post satu entry rasanya pasal aku pernah duduk dengan nenek aku kat Kampung Pandan. Kalau cari, mesti jumpa. Kalau tak jumpa, lantak.

Makcik Ani ni orang Boyan, tak silap aku. Dia baik sangat. Dia jual sate. Dia pernah ajar aku macam mana nak cucuk daging ke lidi. Susah nak mampus.

Anak dia ada 4 orang, tak silap. Yang bongsu, sebaya aku. Namanya Atan. Kebetulan makcik aku pun duduk sebelah2 situ jugak. Anak dia yang bongsu pun sebaya aku. Namanya Fizee. Jadinya, aku, Atan dengan Fizee selalu la main sama2, comot sama2, gaduh sama2 kat Kampung Pandan tu.

Tapi dua2 tu kan budak laki. Mesti lah diorang suka buli aku. Sekarang aku dengan Fizee ok je. Dah sepupu pulak kan. Si Atan tu dah jadi Navy. Huiyoh.

Begitulah ceritanya Makcik Ani dalam hidup aku.




p/s : Tadi pergi MAHA 2012. Penat, besar gila, mandi peluh. K.

Saturday, November 17, 2012

Wednesday, November 14, 2012

Movie Marathon

Sekarang aku tengah melepak rehatkan minda lepas tengok cerita Sinister dan Paranormal.

Cerita Sinister mula pukul 4, habis pukul 6. Paranormal mula pukul 6. Keseronokan movie marathon sebenarnya ialah itu. Berlari masuk semula ke GSC untuk next movie.

Pukul 9:30 nanti cerita Istanbul Aku Datang pulak. Jadi, untuk mengelakkan aku nampak bangang duk refresh TL, baik aku tulis blog, ye dop?

Nak tulis apa? Review dan suasana kot.

Sinister.
Kalau nak tau cerita ni pasal apa, sila google IMDB untuk Sinister. Overall, dia banyak scene terkejut. Sebenarnya aku tengok cerita ni dengan rasa annoying yang menebal sebab sekumpulan budak sekolah memenuhi dua row keliling aku. Dan mereka bising.

Budak lelaki sebelah aku konon2 macho dan cool dengan jam tangan bercahayanya asyik bercakap macam nak impressed someone. Last2, menjerit macam perempuan jugak. Aku? Still cool.

Hahaha. Actually aku tak rasa takut sebab aku diselubungi rasa menyampah kot. Tu yang tak boleh fokus kat keseraman cerita ni.

Sepanjang cerita, aku dengar "Oh shit oh shit oh shit. Aaaahhhhh!" "Aaahhhh! Kepala hotak dia la. Bodoh." dan "Ni cerita apa? Cerita omputih kan? Ending dia apa? Dia mati tak? Oh my God, dia mati kan?!"

Akhir sekali, setiap benda yang tiba2 atau macam nampak awesome, diorang akan tepuk tangan macam baru lepas tengok Ning Baizura tarik high notes masa tengah nyanyi. Dah habis cerita pun, diorang tepuk tangan. Tu memang trend sekarang, eh?

Ok, sekarang kita move on.

Paranormal Activity.
Lepas beria lari ke hall untuk movie ni, aku pun duduk dengan tenang, dengan tiada bunyi "Weh. Biar ah Ju duduk sebelah aku. Kau duduk la dengan Iwan" dan sebagainya. Jadi aku fikir, "Ahh. Boleh menikmati movie, akhirnya." Well, I am wrong!

Ada kakak bawak anak dia yang berumur 3 tahun yang sedang petah bercakap. Dan ada juga budak sekolah 2-3 orang. Bila part seram je, diorang gelak dan cakap "Tak seram pun!!"

Oh ya. Overall, banyak gila scene terkejut yang takde kaitan dengan entiti paranormal. BANYAK. GILA.

Lastly, as usual, setiap scene awesome ke, slightly awesome ke, mesti ada orang tepuk tangan. Wtf?




Jadi, untuk Istanbul Aku Datang, aku tak buat review lah kot. Tweet je, senang. Sebab mesti benda biasa. Couple lovey dovey peluk peluk cium cium awh sana awh sini dan akhirnya "Best weh cerita ni!"



P/S : Aku selalu eja "Instanbul". Setiap kali taip Istanbul mesti kena padam balik sebab salah eja.

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 7, 2012

Trash stuff 7

Aku menarik cebisan langit malam.

Kini aku tidur berselimutkan bintang dan bulan.

posted from Bloggeroid

Friday, October 26, 2012

Accident di MRR2.

Aku selalu menggunakan MRR2. Sebab perjalanannya mudah dan 15min sahaja dari rumah aku. Keluar dari Bangi pun senang. Tapi masalahnya MRR2 selalu jammed. Dan kadang2 sebab ada orang bodoh accident. Kenapa bodoh?

Bila Tak Jammed

Standard di mana2 pun, lane 1(kanan sekali) punya tahap kelajuan adalah 100km/j minimum. Tetapi ada la orang nak berhati2, dia menggunakan lane 1 tapi bawa dengan kelajuan 60km/j sambil brek secara berkala tanpa sebab.

Jadinya, orang yang ikut belakang dia pun akan mencium punggungnya dan kadang2 tak perasan bila dia brek. Di sini, kedua2 pemandu adalah bodoh.

Fakta : Apabila anda memandu di lane 1, anda tak boleh main brek (kecuali jammed) apatah lagi brek emergency (ketika mahu mengelak kucing halimunan, misalnya). Bahaya.

Bila Jammed

Bila ada orang yang accident ketika jammed, memang aku panggil bodoh. Tapi ada dua situasi.

Kalau salah orang yang dilanggar:
Biasanya ketika jammed, dia suka ambil jarak sikit, bila kereta depan dah jalan, dia tak jalan lagi. Lama2 baru dia jalan, sambil menekan minyak, tiba2 brek sebab dah dekat sangat dengan orang depan.

Kereta belakang dia pun follow kelajuan dia, dan terkejut dia brek tiba2, lantas si pemandu di belakang ni pun tak sempat nak elak kereta dia ni tadi.

Keadaan ini juga biasa berlaku jika lampu breknya rosak lalu mengakibatkan kekeliruan pemandu dibelakangnya.

Fakta : Lampu brek rosak boleh kena saman dengan JPJ.


Kalau salah orang yang melanggar:
Jenis ni memang ego tinggi, sombong, tak sabar, annoying. Dia suka follow kereta depan rapat2 sampai orang depan dia boleh nampak jerawat di mukanya. Jadi, kadang2 dia tak sempat nak bajet jarak, lalu melanggar kereta depan dia.




Since aku dah accident banyak kali sebab memandu laju, aku lebih berhati2 sekarang. Kalau bawak lane 1, paling laju pun aku tekan 140km/j. Tu pun sebab lewat malam (2-5 pagi) di highway. Kalau ada kereta, aku follow belakang dia dengan jarak satu atau dua kereta bergantung kepada kelajuan.

Kalau hujan, aku bawak lane kiri sekali, dengan kelajuan 60km/j sebab jalan licin, aku tak yakin dengan tayar murah aku.

Kalau urgent, aku akan call bila tengah drive. Tweet dengan mesej pun jarang dah sekarang. Kalau dapat tweet atau mesej guna singkatan bahasa tu mungkin aku tengah drive. Atau aku malas nak layan. Hahah.

Fakta : Dalam banyak2 sekolah, aku paling excel di Sekolah Memandu. Sebabnya aku ambil lesen di Teluk Intan. Kalau kena repeat, payah. Lagipun masa tu aku ada job Orchestra for Christmas di Pavilion so aku taknak bazir masa lama2 di kampung. Dan aku taknak bazir duit. Jadi, aku berpegang kuat pada peraturan jalanraya dan aku masih ingat ajaran cikgu sekolah memandu aku tu.

Sebab tu aku tak suka jammed di MRR2 disebabkan oleh accident. Bodoh sangat.

Friday, October 5, 2012

Sepuluh minit

3.00 am
tik tik tik tik

Aku teguk sisa air terakhir dalam botol. Dahaga. Sambil menyumpah malas, aku seret badan bawa botol ke dapur.

Suasana gelap gelita. Waktu macam ni pesakit insomnia macam aku memang keseorangan. Jadi makhluk malam.

Aku tekan punat "warm" di bekas air automatik yang berharga RM700. Mahal nak mampus. Lagi murah kalau pakai cerek yang bingit tu. Tapi manusia zaman sekarang semuanya nak mudah. Semuanya mahu "dihujung jari".

Elok je aku pusing mahu menjejak perjalanan balik ke bilik, aku nampak satu susuk tubuh kecil berdiri di pintu bilik air. Kepalanya lonjong, matanya hitam besar bersinar. Jari jemarinya panjang, ada empat semuanya.

"Kau......alien?"

Senyap.

"Are you an alien?"

Sunyi.

Cis. Selalu kalau orang buat cerita, alien tu tahu je cakap bahasa ibunda. Atau.....dia ni hantu?

Aku panik. Kaki aku bagaikan dipaku ke lantai. Sejuk. Berdiri bulu-bulu tengkuk aku.

Dalam sekelip mata makhluk itu pimpin tangan aku dan terus sekeliling aku bertukar. Daripada dapur yang gelap, suasana menjadi terang. Aku berada di tengah-tengah kawasan yang lapang. Langit hijau dan aku seperti berpijak di atas permaidani berbulu tebal warna biru. Sesekali bertukar-tukar warna mengikut melodi pergerakan kami.

Aku masih kaku. Adakah ini fantasi? Kenapa begitu.......ringkas?

Makhluk pelik tadi merenung aku dalam-dalam. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa tenang dan gembira secara tiba-tiba. Mungkin ini rasanya "high".

Aku dan makhluk itu terus bergolek-golek di atas permaidani biru dan bergelak ketawa tanpa sebab. Aku ketawa dan ketawa sampai berair mata aku.

Ketawa. Ketawa lagi. Dan lagi. Ketawa tak berhenti.

********************************

Aku terbaring keliru. Dada aku terasa kosong dan basah. Makhluk tadi berdiri di sebelah aku sambil memegang segumpal darah. Masih bergerak. Tapi....kenapa ia macam berdegup?

3.10 am
tik tik tik tik

Friday, September 28, 2012

Pecado

Air menitis dari jurai rambutnya yang panjang. Dia capai sisir dan menyikat tiap helai rambut mula dari kulit kepala, sehingga ke hujung. Dia lepaskan tualanya ke lantai, terpampang luas susuk tubuh yang sedikit gempal lagi montok.

Tanpa sedar, sepasang mata redup sedang mengintai dari balik pintu kamar sambil menahan bonjol dari dalam seluar.

"Masuklah."

Dan syaitan mula bersorak.

Thursday, September 27, 2012

Trash Stuff 6

Kenapa kau cuba melakar senyuman pada sebiji batu sedangkan mulut kau sendiri berjahit rapat?

Sunday, September 16, 2012

Sindiran dalam diam.

Kau tau? Air kalau dicincang tak akan putus.

Tapi kalau pisahkan air tu kepada dua bahagian, maka terputus lah mereka.


Kau tau? Tikam belakang tu sakit.


Tapi tak sakit kalau kita tak tau siapa yang menikam tu.


Kau tau? Sakit perut nanti makan nasi basi.


Tapi lebih baik makan nasi basi daripada mati kebuluran.


Aku harap kau tau.


Aku harap kau semua tau.

Thursday, September 13, 2012

Header

Bagi aku, header tu benda yang sangat susah nak dibuat. Sebab aku tak kreatif. Apatah lagi dalam menggunakan warna.

Ni first header yang aku buat (agaknya lah).



  

Tengok. Dua colour je aku guna. Lepas tu nampak macam emo sangat.

Sebelum ni punya header upgrade sikit la. Colour merah, hitam, putih. Hahaha.. Mana entah header tu..

So, ni header yang aku buat menggunakan tahap kreativiti sekarang. Mohon komen dan beri tunjuk ajar.



Pilihan font pun tak banyak. Dengan laptop dulu aku ada beratus2 font. Entah kemana semua tu. Haih.


Sebenarnya aku bukan suka sangat guna muka sendiri buat header. Kali ni aku takde idea langsung nak guna brush apa. So, terima lah gambar aku dengan hati yang terbuka..

Ok lah. Down tengok header sendiri lama2. Babai.

Monday, September 10, 2012

Perjumpaan bersama TNC HEPA.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ini adalah satu pengumuman. Kepada semua pelajar Kolej Dato Onn, malam ini akan diadakan perjumpaan bersama TNC HEPA pada pukul 8 malam..."

Blok sebelah : "Alaaa leceh la taknak pergi!!"


"....Anda diminta untuk berkumpul di kafe Kolej Dato Onn pada jam 7:40 malam ini...."


Blok sebelah : "Taknak! Taknak! Leceh!!"


"...Kepada pelajar tahun 1, kehadiran anda adalah diwajibkan. Terima kasih."


Blok sebelah : "Yayyy!!"



Budak senior memang begini.

Sunday, September 2, 2012

Job

Sekarang ni kalau sedara minta jadi pengapit je, aku assume tu job lah. Baru la macam gangster.

Haha. Haha.

So, kali ni aku jadi pengapit untuk Kak Nany pulak. Dia anak kepada Pak Teh. Kenduri sebelah perempuan di Teluk Intan pada 1 Sept.




Kenduri sebelah lelaki pula di Ipoh pada 2 Sept.




Diorang ni memang suka kahwin dekat2. Senang nak balik raya katanya.

Pasangan ni dah kenal sejak berumur 16 tahun. Tahun ni mereka berdua berumur 27. Lama kan? Sweet lah diorang ni.


Sesi baling gula2 dan duit

Jadi, terima lah gambar gedik aku selaku pengapit.







Kbye.
posted from Bloggeroid

Tuesday, August 28, 2012

YNWA

Perhatian! Jika anda datang kesini kerana anda peminat/pembenci Liverpool, sila ketahui bahawa ini bukan post tentang Liverpool.

Aku beria2 je buat post untuk budak2 DOT yang dah nak grad (sini). Rupa-rupanya ada yang tak grad lagi tahun ni. Extend ke sem depan. Sama macam aku.

YNWA wehh.. Don't worry.

Kah kah kah.

Thursday, August 23, 2012

Perlibahasa 1

"Seperti anjing yang suka makan muntah sendiri."

Maksudnya lebih kurang sama dengan "Seperti ludah, jilat balik" tapi lain sikit.

Contoh :
"Weh apa benda la makan gula2. Tak cool langsung", kata Lina.

Beberapa hari kemudian, Lina tak boleh berhenti makan gula2 dan mula mengherdik orang yang memerli beliau makan gula2.
posted from Bloggeroid

Thursday, August 16, 2012

Ada Apa Dengan Raya?

Raya adalah hari untuk diraikan. Semua umat Islam bergembira pada hari raya. Setelah menikmati keindahan Ramadhan sebulan.

Raya juga merupakan hari untuk berjumpa sanak saudara, berkumpul sekeluarga dan bergembira.

Rakyat jelata semua bercuti dan berjumpa kawan-kawan lama dikampung dan bergembira.

Sang kaya dan miskin sama-sama bergembira. Yang kaya, beli barang-barang baru. Yang miskin, dapat zakat dan itu pun sudah cukup untuk menimbulkan sinar bahagia di matanya.

Ya. Hari untuk bergembira.

Mari kita cuba untuk bergembira. Walaupun ianya sudah tidak sesempurna tiga tahun dulu.

SELAMAT HARI RAYA!

Monday, August 13, 2012

Late night thoughts.

Kau beruntung. Kau minta matahari, tapi kau dapat dengan kombo pelangi sekali.

Aku cemburu.

Tapi kau nak lebih. Kau nak kuda putih yang bisa memuntahkan warna pelangi ketika berjalan di atas butir-butir berlian di tepi pantai.

Kau patut belajar kata syukur.

Dengan itu, aku dah tak cemburu dengan kau. Aku bersyukur kerana aku ada kuda hitam yang bisa tersenyum ketika hujan.

Friday, August 10, 2012

Facebook Timeline.

Akhirnya pada 10 Ogos 2012, Facebook aku telah ditukarkan kepada timeline oleh Mark Zuckerberg.

Dengan perasaan bercampur baur antara marah dan geram, aku terus buat cover photo. Terima kasih kepada awak yang sudi tolong =)


Header blog ni je huduh lagi. Hahahaha...

Tunggu ah aku rajin, aku buat sendiri header blog ni.

KALAU aku rajin.......

Tuesday, August 7, 2012

Trash Stuff 5

Kalau membaling batu, janganlah ke dinding.

Kelak terkena batang hidung sendiri.

Thursday, August 2, 2012

Buta.

Seorang gadis memimpin tangan si buta. Mereka berjalan mengelilingi blok-blok bangunan yang dipenuhi kedai makan.

Mereka melewati beberapa kedai. Berhenti di setiap meja, menghulur tangan. Mulut si buta seperti bergerak. Tapi tiada suara yang dilontarkan.

Seorang demi seorang membalas dengan gelengan kepala. Ada yang senyum. Tapi ada juga yang menjeling.

Si gadis dan si buta meneruskan perjalanan menuju ke barisan kedai yang lain pula.

Usai berjalan ke semua kedai, si gadis memimpin tangan si buta menuju sebuah Chevy. Pantas menaikinya dan memandu laju menuju destinasi berikutnya.
posted from Bloggeroid

Friday, July 27, 2012

Tips Ramadhan

Haaa bukan selalu nak nampak aku post tips-tips ni.

Ni tips untuk badan yang sihat dan ramping ketika berpuasa. Memang ramai gadis-gadis yang ambil peluang untuk berdiet ketika Ramadhan. Tapi gayanya kena betul. Jangan berdiet sampai taknak makan.

Diet ikut cara islam, sunnah Nabi. Bersahur ketika hampir dengan waktu imsak. Berbuka betul-betul bila dah dengar azan.

1. Sahur tu penting. Wajib makan.

DAN

2. Makan ketika berbuka. Tetapi secara sederhana.

TETAPI jangan makan lewat malam iaitu makan lepas terawih atau kalau yang tak pergi terawih tu, makan lepas pukul 8:30 malam lah, senang cerita. Kalau makan pada waktu tu, memang badan akan gemuk. Kalau tak sempat nak makan banyak masa berbuka (mengejar Maghrib dan terawih), takpe. Makan lah lepas terawih. Tapi beragak lah.

Kalau nak mempunyai badan yang sihat dan kurus murus, sila ikut petua di atas. Makan je nasi ketika sahur dan berbuka tapi berpada-pada lah. Jangan lah tambah sampai 5-6 pinggan. 2 pinggan sudah. Hahahaha..

Bukan sahaja anda boleh kurus, tapi anda juga dapat mengawal nafsu makan anda.

Assalamualaikum, dan selamat beramal!

Thursday, July 19, 2012

Aku ada seorang kawan.

Dia setia. Dari tahun 2009 dia berkawan dengan aku. Sehingga sekarang. Macam mana kami kenal? Kami sekelas. Macam mana kami rapat? Dia terlanggar tiang ketiga di FTSM.

Itulah cerita kami. Tiada yang menarik pun. Tapi, dia tetap setia di samping aku.

Orang kata kami kembar. Ke mana-mana asyik bersama. Muka pun dah macam sama.

Kami ada gelang yang sama.

Baju pun banyak yang sama.

(Ni baru dua baju. Ada lagi 2-3 lagi baju yang sama)

Wallpaper di handphone pun pernah sama...

Kami jarang keluar atau melepak sama-sama. Tapi kalau dia ada masalah, dia tau aku ada. Dan bila aku ada masalah, aku tau dia ada.













Inilah kawan aku, Maizura Osman.

Mai, terima kasih sebab setia jadi kawan aku selama 3 tahun di UKM ni. Aku harap lepas ni kita tak terputus hubungan. Kau kan dah janji nak jadi pengapit aku?
=')

Tuesday, July 17, 2012

Trash Stuff 3

Mengucapkan selamat pada kekasihku, malam. Semoga tidurmu selari dengan tidurku. Agar mimpi kita dapat bersatu.

Thursday, July 12, 2012

Monday, July 9, 2012

Cinta Seorang Pencuri

Produksi paling stress yang pernah aku join. Produksi yang tiada krew produksi. Haa. Macam mana tu?

Ada Pengarah, Pengarah Produksi, Pelakon (10 orang), Pemuzik (4 orang), Audio dan Lighting sahaja. Makeup, Kostum, Props, Setting semua sama2 buat.

Bukan untuk ICAF. Bukan untuk MEFEK mahupun show dalam UKM. Tapi untuk MAKUM. Gila.

Semua titik peluh dan darah tak sia2 apabila kami merangkul gelaran JUARA KESELURUHAN.

Tahniah, kawan2. Tahniah, KTR.

Dan terima kasih. =)

 Tengok! Awek Jepun pun datang support kitorang. Sayang kau lah Yukari!!

Poster pun sampai dua. Kah kah kah!

Terlupa. Selain itu, kami juga merangkul anugerah :Pelakon HarapanAudio/Tata Cahaya TerbaikArahan/Adaptasi Terbaik

Tuesday, June 26, 2012

Trash stuff 1

Air dingin membasahi tiap helai rambut. Tatkala diintai sepasang mata syaitan.
posted from Bloggeroid

Thursday, June 21, 2012

Kampung Aku Awesome

Teluk Intan.

Dulu memang kampung. Macam kampung orang lain lah. Aku suka. Sebab bebas boleh lari sini sana.

Sekarang dah urban. Banyak kereta. Takut nak lari2 dah.

Masa kecik2 dulu selamba je aku naik basikal pergi pekan. Balik rumah, kena marah dengan nenek. Risau, sebab badan aku kecik, tak sepadan dengan usia.

Setiap tahun, masa bulan puasa, aku habiskan sepanjang bulan di kampung. Lepas raya baru balik KL. Tu pun nangis2 taknak balik KL.

Walaupun aku takde kawan dekat kampung, aku suka sebab aku bebas main sorang2.

Sekarang dah makin jarang balik kampung sebab sekolah, kelas dan study.

Walau begitu, aku tetap takkan lupa balik kampung. Sebabnya, ada nenek aku. Dia jaga aku dari kecik, takkan la aku boleh lupa dia.

Dan satu sebab lagi, ada kubur mak kat sana.

Tunggu aku balik bulan puasa ni, Teluk Intan.

Monday, June 18, 2012

Tiada idea nak letak title sinis.

 Komen? Hmm..

Kalau nak lebih padu, tengok lah blog dia kat sini. Nak tergelak pun ada. Hahah..



Saturday, June 9, 2012

Homecoming Bash

Tu nama majlis graduasi MSU. Buat pertama kali PTPL buat majlis graduasi. Alhamdulillah, sepupu aku tersenarai untuk grad di majlis graduasi sulung PTPL ni.

Kat sini ada budak kurang ajar. Kitorang duduk di cafe je sambil tengok layar yang tayang majlis ni. So budak2 ni duk cakap "Woi makcik tudung hitam, x nampak la. Jangan ah berdiri depan kitorang".

Dah nama pun tu makcik, sopan kan lah bahasa tu. Ni duk terjerit2 macam setan, apahal? Anak dara apa macam tu?

Lagipun makcik tu x salah. Dia memang berdiri kat tempat tengok layar sedangkan budak2 setan ni duduk dalam cafe. Layar tu luar cafe sebenarnya.

Kalau dengan makcik2 pun macam tu, macam mana lah agaknya diorang layan mak sendiri eh.

Sedih dengan perangai budak2 zaman sekarang.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 5, 2012

Cerita J. Bukan Jay. Atau Josh. Atau Jai. Hanya J.

Jijah jalan-jalan. Jijah jumpa jagung. Jijah jerit "Jagung?!"

Jagor jalan-jalan. Jagor jumpa Jijah. Jagor jerit "Jijah! Jijah!"

Jijah jerit "Jagor! Jagung, Jagor! Jagung!"

Jagor jerit "Jagung?"

Jijah jerit "Jagung, Jagor!! Jagung!!!!"

Jagor jerit "Jagung, Jijah?"

Jijah jerit "Jagung, Jagor!"

Jagor jerit "Jagung....... Jagung...! Jagung!!!!"

Jijah jerit "Jagung!"

Jagor jerit "Jagung!"









Makin lama baca makin ridiculous ejaan jagung tu.

Sunday, May 27, 2012

Observer

Satu hari, lebih kurang 4 tahun lalu, abg angkat aka anak angkat arwah mak ajak join piknik kat Sungai Tekala. Event tu dikendalikan oleh seorang pakar motivasi (kot).

Selepas semua orang memujuk rayu, aku pun akhirnya setuju. The scene goes like this

Dialog aku dan arwah mak

"Wan, jom join Abg Zul punya piknik?"

"Malas ah"

"Jom je lah!"

"Ok......"

Kalau arwah mak yang suruh, mana boleh bantah. Takut wooooooooo...

Then disebabkan aku x suka event yang ada orang ramai yang tidak dikenali, maka aku pun memencil diri. Sebab aku x suka bergaul dengan orang x kenal. Aku memang kera sumbang pun....

Then pakar motivasi (kot) tu pun mendekati aku

"You ni not a chatty person, is it? You are more like a.... An observer.. Kan?"

"Err... Ya... Kot...?"

"Heheh. Thought so.."

Observer? Pfft.

Aku x suka crowd places, crowded people, bunch of strangers. Bukan x suka. Takut. Paranoid. Seriously.. Dan aku jarang suka berjalan yang memerlukan aktiviti berjalan yang terlampau banyak.

Kalau suka tu pun melibatkan aktiviti yang aku suka lah macam PC Fair (tu pun kadang2 x suka) dan juga jalan2 DOT.

Aku ingat lagi jalan2 DOT ke PD, Melaka dan merata Kajang. Sekarang masa macam terlalu singkat. Tahun depan, maybe...

Oh ya. Aku x suka shopping/window shopping. Kalau aku nak shopping, dalam otak aku dah memang ada benda yang aku nak beli serta jenis, design dan sebagainya.

Berbalik kepada observer tadi.

Aku lebih suka mendengar dari bercerita. Kalau ramai2, lagilah aku akan banyak diam. Kadang2 x buka mulut pun. Just dengar, dan respon. Mungkin tu sebab dia kata aku observer, kot?

Entahlah.

Saturday, May 26, 2012

Perlu berusaha lebih

Supposed aku dah kena hantar draft tesis sekarang. Tapi aku masih tersangkut kat bab 2.

Dengan saranan supervisor dan Ketua Jabatan, aku extend hantar tesis before masuk sem 1.

Dan sekarang tengah struggle buat jugak tesis. Struggle kenapa? Sebab aku x suka subjek ni. X pernah suka. No. Never.

Ketua Jabatan juga sarankan aku ambil subjek yang dapat gred rendah untuk sem 1 nanti so that CGPA aku akan naik. Dan xde lah aku kebosanan the whole semester sementara tunggu sem 2 untuk ambil 2 subjek yang tergendala masa 2nd year.

Tapi sekarang, tesis ni. TESIS NI!!

This is hard. So damn hard.

Terima kasih Cik Zuraidah selaku supervisor tesis.
Terima kasih Dr Elan selaku Ketua Jabatan.

Terima kasih sayang selaku cinta hati.

"Aku hampir putus asa dengan tesis ni"
"No. Don't give up. Please"

Saturday, May 19, 2012

Janji

Secret Recipe, Masjid Putrajaya.
2011

"Kenapa kau x sambung muzik?"

"Sebab nak kejar impian dia"

***************************

Taman Kota Cheras.
2007

"Mak, Wan nak sambung degree muzik boleh?"

"Kenapa?"

"Sebab minat"

"Kat sekolah kan dah belajar muzik, main orkestra, masuk pertandingan. Tak cukup?"

"Wan nak sambung.. Nak belajar lagi dalam pasal muzik"

"Wan sambung la belajar benda yang boleh cari kerja. Nanti senang hidup.."

"Tapi kalau jadi pemuzik hebat, boleh join Malaysian Philharmonic Orchestra, jelajah satu dunia, dapat duit banyak"

"Wan xnak kawin? Nanti kalau jelajah satu dunia, x boleh kawin. Kalau dah kawin, x boleh jelajah dunia.."

"Mak nak Wan belajar apa?"

"Sains?"

"Ok..."

***************************

Secret Recipe, Masjid Putrajaya.
2011 

"Kenapa kau x buat dua benda dalam satu masa? Sambil belajar, join lah orkestra UKM"

"Aku x boleh buat banyak benda dalam satu masa. Aku x boleh fokus. Lagipun dia mesti x bagi"

 ***************************

Taman Kota Cheras.
2009

"Mak, Wan join orkestra UKM. Main dalam Konsert Diraja"

"Tapi jangan lupa belajar. Jangan ponteng kelas. Ok?"

"Ok"

  ***************************

Secret Recipe, Masjid Putrajaya.
2011

"Sekarang sempat lagi kalau nak kejar impian kau, Wan"

"Tapi aku dah janji. X semestinya dia dah x ada, aku boleh buat sesuka hati aku"







Ya, sebab aku dah janji.

But. I need you here. I can't travel this road alone.

Ahh.

Thursday, May 17, 2012

Baby

"Goal!!"

Ahh sial. Manchester City gol. Sekarang dah seri. Menggigil aku tengok match ni.

Tiba2 aku terlihat satu susuk tubuh bersandar di pintu dapur. Memandang aku. Susuk tubuh yang cukup aku kenal.

Aku senyum.

"Baby buat apa kat situ? Meh sini.."

Dengan lenggok manja, Baby datang mendekati aku. Makin rapat makin manja lagak gayanya.

Eiii Baby ni. Aku terkam jugak kang...

Bila Baby dah dekat dengan aku, digesel2 tubuh dia pada aku. Manjanya Baby malam ni...

Nak tengok final match Manchester City dengan United pun x boleh nak fokus bila ada Baby kat sebelah.

Tak puas menggesel2 di tubuh, Baby rapatkan muka dia dengan muka aku pulak.

"Eeeee bau ikan dinner tadi... X malu mulut busuk..."

Baby tersengih manja. Baby x pedulikan langsung komen aku tadi. Dia terus main dengan leher aku. Baby ni dah lebih ni....

"Ok la.. Ok la... Nak makan lagi ke? Meh gi dapur".

Aku bangun malas membetulkan kain pelikat lalu ke dapur. Baby masih di situ terpinga2.

Bila terdengar bunyi plastik di dapur, bingkas Baby datang berlari. Aku tuang Friskies dalam mangkuk Baby.

"Goal!!!!!!!!"

Apa? Siapa gol? Manchester City?

Babi lah kau Baby. Sebab kau lah aku x boleh tengok match ni elok2!

Baby tetap makan dengan penuh khusyuk macam x salah langsung.

Cis.






Ni cerita karut marut. Tapi aku memang pernah ada kucing nama Baby yang aku sayang sangat2. Dia mati tahun 1999 masa aku darjah 3. Aku nangis sepanjang hari kat sekolah sebab dia mati Subuh tu. Rindu Baby =(