Showing posts with label bila x boleh tido kita update blog. Show all posts
Showing posts with label bila x boleh tido kita update blog. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Fakta tentang aku. Hihi.

Nama penuh aku, Nur Azwan Afzan binti Ahmad. Ramai orang ingat nama lelaki walaupun sudah terang lagi bersuluh ada "binti" di situ. Aku masuk hospital masa darjah satu dulu pun nurse situ bagi aku mainan budak lelaki.

Sekolah menengah, aku pun meng-perempuan-kan sikit nama aku. Aku teringat ada penyanyi nama "Wann" suatu ketika dahulu yang pernah popular. Lalu aku mem-popularkan nama "Wann Afzan".

Tapi, orang masih fikir nama tu nama lelaki dan sesungguhnya ramai yang bertanya "Orang Kelantan ke?"

Aku tak suka benda manis. Aku tak suka junk food. Tapi aku suka cekelat. Kalau tengah craving manisan, aku makan sikit je. Selebihnya aku akan bagi ke orang lain. Kalau takde orang nak share, aku akan lupakan saja craving tu.

Aku tak suka bunga. Sebab aku tak faham bau bunga. Dia tak wangi. Tapi dia tak busuk. Cuma bau bunga tak kena dengan selera aku. Perfume aku pun mana ada bau manis-manis atau base bunga. Tapi kalau pewangi bilik, aku prefer lavendar sebab dia warna ungu.

Aku suka ungu. Dan oren. Tapi ungu nombor satu. Meskipun baju aku banyak warna hitam. Ya. Aku sedang cuba ubah wardrobe aku.

Aku termasuk dalam golongan makan-ketika-stress. Masa stress, aku tak peduli dah apa yang aku makan tu menggemukkan ke, aku tak suka ke apa. Janji aku makan. Tapi bila otak aku fikir nak diet, aku boleh tahan tak makan nasi berbulan-bulan lamanya.

Kadang-kadang orang suka klasifikasikan aku sebagai lone ranger. Aku tak kisah pergi mana sorang-sorang. Tapi aku akan jadi awkward dengan semua orang la. Masa makan, aku akan fikir semua orang sedang pandang aku. Bila berjalan, aku rasa semua orang nak ragut aku. Kecuali tengok wayang. Aku tak kisah tengok wayang sorang-sorang.

Aku ni agak pemalu sebenarnya tapi kalau tak kenal, orang akan kata aku ni sombong. Aku tak reti nak bersembang dengan orang tak kenal kecuali bila aku tengah hyper. Makcik cleaner pun aku boleh bersembang berjam-jam lamanya bila tengah hyper.

Bila dah pemalu tu, mesti la aku ni akan jadi awkward dengan orang baru kenal. Kalau selalu bersembang online ataupun sms, mesti aku jadi gagap sikit bila bercakap betul-betul dengan orang tu. Sebab tu aku tak suka phase "cinta internet" suatu ketika dahulu. Semua tak menjadi.

Dari kecil nenek aku yang besarkan aku. Aku duduk dengan dia di Kampung Pandan, Teluk Intan dan Sri Gombak. Teluk Intan paling lama sebab tu kampung aku. Masa dah mula sekolah di Ampang pun, nenek aku stay untuk besarkan aku.

Family matter is sacred and secret for me. Kalau kadang-kadang aku terlepas emo di mana-mana laman sosial pasal family tu, abaikan je. Nanti aku delete la tu. Macam orang lain, aku pun ada masalah family. Family kau mungkin tak seteruk atau sebagus family aku. Tapi aku masih ada masalah family.

Aku tak ramai kawan sebab dari kecil aku selalu main dengan sepupu aku je. Dia sorang je dalam family aku yang sebaya. Tapi dia lelaki. So, most of the time, dia akan buli aku. Aku tak reti berkawan. Jadi, aku akan rapat dengan orang yang faham dan boleh tahan dengan aku.

Aku memang suka cakap lepas bila emo. Aku selalu je jaga hati semua orang. Tapi bila aku emo, aku tak peduli dah apa perasaan orang lain. Mungkin tu sebabnya aku cuba tak mencari ramai kawan. Takut mereka terluka dengan hirisan kata-kata aku. Eceh!

Aku suka kucing. Sangat! Dari aku umur 6 tahun dah mula bela kucing. First kucing aku mati, aku menangis sampai bengkak-bengkak mata pergi sekolah. Waktu rehat, cikgu suruh aku balik. Lepas nenek aku pindah balik Teluk Intan, dia bawak semua kucing aku sebab takde orang nak jaga. Tapi sekarang aku bela balik. Puas hati!

Akhir sekali, aku memang berharap aku dilahirkan sebagai lelaki supaya dapat mendukung cita-cita bangsa dan negara. Kah kah kah. Takde lah. Tu dulu. Sekarang, aku terima takdir aku sebagai perempuan. Banyak pahala jadi perempuan ni.

Saturday, March 3, 2012

Sang Rama-Rama

Aku ada rama-rama. Aku simpan dalam sangkar emas.

Kejam? Siapa? Aku? Tak. Aku tak kejam. Kadang-kadang aku lepaskan juga rama-rama itu terbang dalam rumah. Kadang-kadang aku biarkan sahaja ia terbang keluar. Menghirup udara kota.

Selalu juga rama-rama tu terbang jauh. Tinggi ke langit biru. Tapi aku tak kesah. Menjelang senja, pulanglah ia ke sangkar emas itu.

Tapi aku risau. Takut kalau-kalau sang Helang menyambar rama-rama itu. Rama-rama aku.

Kalau rama-rama itu hilang, maka hilanglah juga punca hidup aku. Hidup sebagai si Penjaga Rama-rama.

Ketika saat itu tiba, kehidupan ini akan lenyap. Pupus dari mata dunia.

Kosong.

Sunday, August 14, 2011

McD amik budak lepas UPSR ke kerja kat sana?

pada suatu pagi dalam pukul 10:35 am, aku drive ke mcd dengan tujuan nak lalu dekat drive thru mcd. malas pulak rasanya nak tayang muka dalam restoran mcd tu.

Awek McD : Selamat datang. Boleh saya ambil pesanan anda?

aku : (sambil pandang ke board order depan kereta)

Er...Bagi saya Spicy Chicken McDeluxe, medium, light coke eh

Awek McD : Maaf ye. Tu untuk tengahari punya. Pukul 11 baru boleh order yang tu. Sekarang still breakfast

aku : Aaaa...Ok....Mana eh menu breakfast?
(sambil tinjau2 sekeliling. board kat belakang pun aku tinjau. sebab x hafal breakfast punya menu)

Awek McD : Tu yang depan cik tu

aku : (pandang depan)
Xde lah. Yang depan ni bukan breakfast punya

Awek McD : Ada....(suara dia sangat yakin dan macam nak cakap aku ni bodoh bangang buta sangat)

Fuck You.