Showing posts with label D-Log. Show all posts
Showing posts with label D-Log. Show all posts

Monday, December 24, 2012

D-Log - Bidan kucing

25 April 2000
Selasa

Aku bangun pukul 9:15. Macam biasa, aku makan sambil tengok TV. Hari-hari kat TV akan tayang cerita Alvin and The Chipmunks, Dennis and Gnasher, Mighty Max dan Quasimodo. Rutin harian dengan TV bermula pukul 9:30 sampai 11:30.

Lepas habis kartun untuk aku, mula lah aku siap2 ke sekolah. Mak dengan ayah aku kerja. Jiran belakang rumah aku kebetulan pulak buat bisnes hantar budak2 ke sekolah. Jadi hari-hari pukul 12 aku akan berjalan ke rumah Aunty Ling. Nama anak dia Chong Mei Soon. Comel. Dia suka ajak aku datang rumah makan megi dengan dia.

Aku paling suka scene makan megi kat rumah Aunty Ling. Dia akan setup meja bulat kat laman rumah dia dan letak empat bangku comel. Nanti Aunty Ling akan bawa semangkuk besar megi dan kami akan makan megi dalam mangkuk kecil guna chopstik. Megi dia buat selalu sedap.

Disebabkan mak aku bayar secara bulanan ke Aunty Ling, transportation pulang dari sekolah juga aku akan naik van Aunty Ling. Rumah aku paling dekat dengan rumah dia. Jadi aku lah orang terakhir yang dihantar balik.

Pukul 6:30 petang aku dah sampai rumah. Lepas mandi, mengaji, makan, pukul 7:45 aku pergi tusyen kat Johan Akademi. Aku yang syorkan tusyen tu kat kawan-kawan. Sebab aku sorang je dari SK Taman Muda yang tusyen kat situ.

Rumah aku ni memang dekat dengan segala benda termasuklah Johan Akademi. Jadi, pergi tusyen pun mak aku hantar jalan kaki je. Lepas tu dia lepak lah kat kedai mamak bawah tu atau jalan-jalan kat Paragon tunggu aku habis pukul 9:30.

Balik je rumah, aku terus tengok TV. Cerita Kopitiam. Tiba-tiba kucing aku, MakLong namanya, mengiau pelik. Dia dah nak beranak. Nenek aku panggil tolong usapkan perut MakLong. Takut juga aku masa tu. MakLong dah tak senang duduk.

Bila nenek aku datang dengan air panas, aku makin takut. Tapi MakLong nampak lega bila kena tuam dengan tuala basah dengan air panas tu. Tempat aku usap tu pun macam bergerak-gerak. Lama-lama seekor keluar dari MakLong. Aku geli tengok anak kucing tu berlendir-lendir lagi tapi aku gagahkan jugak bersihkan sikit-sikit. Lepas tu terkeluar lagi seekor. Nenek aku mula dah bercakap dengan MakLong "Sabar ye. Sikit lagi. Sikit lagi.."

Lepas tu MakLong mengerang lagi. Masa tu dah pukul 11:30. Nenek aku suruh tidur takut bangun lambat nak pergi sekolah esok. Aku akur. Dalam bilik, aku masih terdengar bunyi MakLong menjerit-jerit.



26 April 2000
Rabu

Pukul 9:30, aku cepat-cepat turun intai kotak MakLong. Ada enam ekor anaknya. Alhamdulillah..

Monday, December 17, 2012

D-Log - Pengembaraan ke PWTC

Jumaat
21 April 2000

Cikgu Khursiah ajak aku pergi pameran buku di PWTC. Dia ajar aku Matematik di sekolah, dan BM di tusyen. (Jangan tanya aku kenapa. Aku tak faham kompleks kerja cikgu masa tu.)

Dia selalu kata gaya penulisan aku terlalu abstrak so dia nak suruh aku asah dengan membaca. Supaya markah 95% dalam aku punya penulisan akan meningkat terus ke 100%.

Dan juga, sebab aku ni feveret student. Satu sekolah tau. Heh.

Hari ni hari sekolah. Budak darjah 4 sekolah sesi petang. Jadi, pagi tu aku ada banyak masa nak pergi PWTC.

Pukul 8:15 pagi aku dah bangun. Gelabah nenek aku kejut sebab cikgu aku kata nak ambil aku pukul 8:30. Memang tepat2 8:30 dia sampai dengan kereta Honda.

PWTC besar gila. Buku2 semua, banyak gila. Aku beli satu buku tebal. Tajuknya "Puteri Daing Yang Hilang". Lepas tu Cikgu Khursiah belanja aku lagi satu buku cerita tajuknya "Pengembaraan Ahmad Si Penyiasat".

Lepas tu jalan2 lagi. Cikgu Khursiah beli beberapa buku keagamaan dan buku cinta2. Untuk makan pagi, dia belikan aku roti bawang putih. Tapi aku tak makan pun sebab aku bukan jenis bersarapan punya orang.

Aku seronok dan penat sangat. Tapi Cikgu Khursiah kata jangan bagitau kawan2 takut diorang dengki.

Pukul 1 dah sampai rumah. Aku terus siap2 nak pergi sekolah. Dalam van aunty yang hantar aku pergi sekolah, aku makan roti bawang putih yang Cikgu Khursiah bagi.





/** Cerita "Puteri Daing Yang Hilang" tu aku masih ingat sampai sekarang. Scary pun ada. Tapi memang tebal gila! **\

Diary log (or just log?)

Masa aku berumur 10 tahun, tiba2 aku diserang penyakit menulis. Aku akan ambil buku sekolah yang dah tak guna dan aku tulis benda2 best yang berlaku siap dengan tarikh dan masa.

Aku tak sedar pun yang aku sedang tulis jurnal atau lebih dikenali oleh gadis remaja ketika itu sebagai "Diary". Lalu arwah mak aku berkata "Ala kesian Wan. Tulis diary dalam buku sekolah je."

Birthday aku tahun tu, arwah mak aku bagi buku cantik untuk dijadikan diary.

 Dalam buku tu, aku masih tulis tarikh dan setiap minit dalam kehidupan seharian aku. Masa dah masuk sekolah menengah, baru lah aku tulis ikut tarikh je lepas tu update segala benda yang berlaku dalam 2-3 hari macam tu. Macam blog.

Tulisan buruk. "Binti" pun taktau nak eja lagi.




Sampai sekarang, bila2 aku ada masa, aku akan tulis something dalam diary tu. Ini adalah khazanah aku.


*************************************************

Perkataan "Blog" berasal dari cantuman dua perkataan iaitu "web blog".

Memandangkan blog aku ni asyik penuh dengan cerita dongeng, cerita sambung2, pepatah yang entah apa2 dan emosi, dan agak dah lama juga aku takde idea nak menulis, aku nak abadikan sebahagian dari diary aku dalam blog ni.

I'll call it D-Log.

Kah kah kah.