Showing posts with label jiwa kekacauan. Show all posts
Showing posts with label jiwa kekacauan. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

tepuk dada, tanya selera. tak2. amik pisau, cucuk perut. yeah.

Maya jumpa Jimmy. Jimmy suruh Maya telan biji berlian sebab Jimmy sayang Maya. Maya pun telan sebab Maya sayang Jimmy.

lepas berminggu2, perut Maya sakit. sebab biji berlian tersekat kat appendix. Maya xnak jumpa doktor sebab Maya takut nanti doktor cas mahal2.

Maya bagitau Jimmy. Jimmy pun xtau nak buat ape. lama2 Maya tertekan. Maya telan pil banyak2. Maya amik pisau, Maya belah sendiri perut Maya. biji berlian terkeluar dari perut Maya.

Maya senyum puas. Jimmy? Jimmy pun senyum. tapi lepas tu Maya pejam mata.

sekarang aku super depressed.
i need pills.
i need pills!!!

Tuesday, May 31, 2011

minggu report mereport

minggu ni kelam kabut. ada tiga report, untuk tiga subjek, SEMUA kena hantar minggu ni. memang lah kerja group. tapi macam lah semua orang ada masa nak diskas bagai.

ingatkan nak follow budak2 pergi opkim kat pahang esok. tapi memang x boleh. semua sebab report!

lepas minggu ni nak rehat2 lah. nak bercuti. nak berhoneymoon. apa? x boleh? apahal??

sebab final exam dah dekat. aku kan target nak 4.0 sem ni. haha..

ok. lepas final exam jom bercuti. ke Jakarta!!!

Saturday, May 14, 2011

why do people change?

kalau manusia berubah, perasaan tu berubah jugak tak?

kenapa manusia berubah?

perubahan tu sesuatu yang menakutkan. sebab ia satu benda baru.

tapi kalau perubahan tu menyebabkan kehilangan, tolonglah jangan berubah.

at least biar aku tau perasaan tu takkan berubah.

Tuesday, April 5, 2011

Sunday, April 3, 2011

aku bekas ketua unit Teater

dalam bibir luka. sakit gila. susah nak cakap, gelak, makan, gosok gigi. lagi2 part nak bersembang. habis kene nganjing (babi).

********************

dah lama x online. aku pun xtau sebab pe. fb berhabuk. blog apatah lagi. bilik pun hari ni baru dapat kemas sikit. heh.

********************

rindu kampung. berapa tahun dah x balik Teluk Intan. rindu nak jenguk kubur mak. rindu nak jumpa tok. rindu nak kejar kucing2 manja tok. ingat lepas exam nak balik jap. kena kumpul duit nih. nak cukupkan duit tol, minyak ngan duit nak hulur2 kat tok.

********************

exam dah dekat. aku neves. aku tau aku extend. awal2 lagi dah bincang ngan ketua jabatan. tapi...tapi..tapi...arghhh...neves!

********************

aku bekas ketua unit Teater KDO. lepas perkataan "Kelab Teater" diubah kepada "Unit Teater", aku orang first and last yang pegang jawatan "Ketua Unit Teater". bak kata arep, "at least we have a story to pass on". ntah story pe die nak pass aku pun xtau.

owh. sebab ape aku yang last pegang jawatan tu? sebab lepas ni unit2 bawah kelab kebudayaan dah xde ketua. semua unit dibawah Ketua Kelab Kebudayaan yang baru iaitu arep. kacak kan? memang arep sorang boleh tengok semua unit. KDO memang suka mencabar kredibiliti seseorang.

nama DOT tu, ntah la. minta maaf DOT. aku x dapat jadi ketua yang baik untuk korang. lepas short sem, aku practical. lepas tu aku pun xtau aku still stay KDO ke x. kalau x, aku terus cari kerja sambilan dan sewa kat luar. aku masih mahu datang menjenguk kalian. tapi dengan rules baru KDO, ntah aku dapat lagi join produksi DOT ke x.

rules agak2 bodoh KDO yang baru :
1. orang luar x boleh menjejakkan kaki ke KDO untuk membantu atau melihat perkembangan Unit Teater. kalau nak jugak, BUAT SURAT.

2. setiap kali nak masuk pertandingan di UKM, sila BUAT SURAT kepada Prof.

3. nak guna bilik Kelab Kebudayaan (yang memang dibina untuk kemudahan budak2 Kelab Kebudayaan), kena buat surat JUGA.

4. latihan lebih dari pukul 12 pagi, buat surat LAGI.

surat2 di atas kalau Prof x approve, x payah buat latihan. x payah masuk pertandingan. sebab KDO x kesah pun budak2 ni bawak nama kolej masuk pertandingan ke x.

terima kasih DOT atas kenangan selama dua tahun. lepas ni aku masih DOT. sebab DOT family.

Wednesday, February 16, 2011

Yang Terbuang

Pija dan Nina bermain2 kat tempat yang diorang biasa main. padang permainan. tengah main kejar2, tiba2 Nina terdengar anak kucing mengeow.

"Pija. ada anak kucing tersangkut celah dahan pokok lah"
"ye lah Nina. jom kita tolong dia"

Pija terus panjat pokok. dengan perlahan, Pija turunkan anak kucing tu dan Nina sambut dari bawah.

"Nina. Pija rasa anak kucing ni lapar lah"
"jap. Nina pergi cari makanan untuk dia"

Nina berlari ke rumah ambil sekotak susu dan sempat mencapai ikan goreng lauk tengahari tadi. anak kucing tersebut menjilat susu dengan rakus sementara Pija mengoyak2 isi ikan goreng untuk anak kucing tu makan.

"Pija, siapa nak bawa balik anak kucing ni?"
"Nina lah. rumah Pija ada burung. nanti anak kucing ni bunuh burung tu pulak"
"mak Nina x bagi Nina bela apa2 pun, Pija"
"habis tu, macam mana ni?"
"kita nak tinggalkan dia kat sini ke?"
"kesian dia xda ibu"

anak kucing tu masih cuba untuk makan isi2 ikan goreng yang telah dikoyak halus. Pija dan Nina perlahan2 bangun dan pergi dari situ.

setelah sedar tiada orang di sekelilingnya, anak kucing tu mengangkat muka mencari2 kelibat dua orang budak tadi. dan terus mengeow memanggil mereka.

dari jauh, Nina dan Pija memandang anak kucing tu sambil melangkah pergi.

Tuesday, February 8, 2011

pukul berapa Datuk Harimau

selama aku hidup, kalau aku mimpi harimau je, mesti sesak nafas. lepas tu bila bangun, sakit dada. x paham.

tapi mimpi harimau bukan macam mimpi yang lain, boleh terbangun sendiri. mimpi harimau kena ada orang kejut. kalau x, aku rasa boleh mati kot. huhu..

pernah sekali tu masa aku form 3. aku tido dalam kelas time prep petang. budak2 semua dah balik dorm tapi tinggal aku sorang je kat kelas. mimpi harimau. xde sape kejut. aku sampai xleh bernafas langsung dalam mimpi tu. nasib baik ada kucing tiba2 lompat atas peha. terkejut bangun, terus termuntah.

pagi tadi pun same lah. nasib baik ada orang call. tapi x sakit dada sangat sebab sakit perut lagi power. minggu ni je dah dua kali mimpi harimau.

*********************

semalam time mekap2 untuk Full Dress Rehearsal Takdir Illahi, budak2 ni sembang ah pasal game "pukul berapa datuk harimau" tu.

pastu bincang2 pasal apa significant kita nak tanya pukul berapa pastu datuk harimau tu datang kejar bagai.

last2 semua orang terfikir apsal la game tu wujud padahal macam xde benda pun.

hahahahaha~

Friday, November 12, 2010

last paper

aku bosan study macam ni. sejuk + malas + sunyi.

sakit pinggang xnak kalah. dah letak losyen mustajab, dah tampal koyok. makin sakit ade ah.

mata lak macam nak xnak je pejam. terpaksa ah duduk tegak ngadap lappy gak.

lollipop pulak xde. gila saiko imaginasi aku kalau study teruk2 x dapat lolly.

esok sape2 tolong hantar aku gi exam naik kerusi roda. malas nak jalan dan drive.

Monday, November 8, 2010

surat kepada alam sana

kehadapan encik mimpi.

tadi aku mimpi kau lagi. dalam waktu yang singkat. dalam kereta pulak tu. pandai kau eh pancing aku supaya tido.

kali ni kau kejar aku kat taman permainan rumah nenek aku dulu. kat gombak. aku pernah suka taman permainan tu. tapi sebab kau ada, aku x suka dah.

aku terjatuh dalam tong air. kau tolong aku keluar dari tong air tu. wah. baik betul kau. aku betul2 ingat kali ni kau xkan sakitkan aku lagi.

ternyata sangkaan aku meleset. kau genggam pergelangan tangan aku kuat2. sambil mulut kau macam nak cakap something. "aku....nak kau..." kau kata sambil merenung tajam kearah aku.

aku try fokus pada apa yang kau nak cakap. tapi genggaman kau terlalu kuat. aku x tahan.

lalu aku terbangun. dan syukurlah bukan aku yang memandu masa tu.

kau nak cakap apa sebenarnya? aku nak tau sangat. tapi lain kali tolonglah jangan sakitkan mana2 bahagian badan aku.

haish.

dari aku,
wannsusahnaktido

Sunday, November 7, 2010

zuma deluxe

semenjak dua menjak ni aku jarang tido lama2. paling lama setakat ni 3 jam je ah. ke 4 jam? lebih kurang ah tu.

so, aku takut aku kena insomnia. sebab aku ade sikit2 ah simtom insomnia. siap google tau x. keries gile ah.

and paling teruk pagi ni. aku tau aku tengah drive. tapi aku x tau aku perlu buat ape. as if aku sedang auto pilot. aku bukan takut aku kena penyakit pelik2 ni. tapi aku takut kang aku eksiden dan melibatkan orang lain.

pastu kadang2 aku xtau aku tido ke x. i mean, aku baring dan pejam mata. tapi setiap kali tengok jam kat hp mesti baru je seminit dua aku lelap. padahal masa tu aku dah rasa macam tido lama.

tapi at least aku tau la aku mimpi ke x. sebab kalau mimpi je, encik mimpi bangangnakmatiasyiknakbunuhaku tu mesti ada. confirm dia tu wujud dalam alam mimpi je sebab aku try gak google muka dia. tapi x jumpa.

a ah. kadang2 kalau google "encik mimpi" memang jumpa pun.

hahahahaha.

encik mimpi.

aku berjalan di pesisir pantai. oh laut. dah lama x mandi laut. sekali tu pergi laut x mandi. sebab period. then lagi sekali pergi, x bawak baju pulak. lama2 aku dah malas nak mandi laut. lagipun melekit2 lah mandi laut.

tapi kali ni aku berjalan straight masuk air. dengan tshirt, selendang dan jeans. aku dah masuk dalam laut paras pinggang. ada something cucuk2 betis aku. aku raba2, rupa2nya obor2.

aku angkat obor2 hingga paras dada. tiba2 langit gelap. dah malam. aku pun lepaskan semula obor2 masuk dalam laut. dan obor2 tu jadi warna ungu.

banyak lagi obor2 lain kat dalam laut tu rupanya. ada warna biru, merah dan oren. cantik sangat. macam kelip2 kat pokok.

aku cepat2 kejar obor2 warna ungu tadi. berlari aku dalam laut. ntah kenapa aku x berenang. tapi obor2 tu cepat sangat lari. kaki aku dah x mampu nak bergerak. dah krem.

rupa2nya ada seorang lelaki dah datang cucuk peha aku dengan lembing. kejap. aku kenal lelaki ni. macam selalu nampak. aku tenung lelaki tu dalam2. dan makin dalam lelaki tu tekan lembing ke peha aku.

aku menjerit. sedar2 aku terbaring dalam bilik dan masih menjerit. baru aku perasan. lelaki tadi lelaki yang sama muncul dalam setiap mimpi aku baru2 ni. selalu cuba untuk sakitkan aku. tapi aku x kenal lelaki tu.

lepas ni xnak tidur dah! damn u Mr whatever-in-my Dream.

jeanne : where do u live?
johnny : i live in this moment.

Tuesday, November 2, 2010

rasakan!

pagi ni pagi yang sejuk. sejuk sampai membekukan jari jemari.

aku selak langsir. masih gelap.

aku tengok hp. kabur. eh? bukan aku tidur dengan lens ke?

kelam kabut berlari ke cermin. dan tarik keluar lens yang tersekat di kelopak mata.

sekarang mata sakit. air mata mengalir non stop.

dan perut lapar. mula teringin nak makan macam2 sampai loya sendiri.

owh. hebatnya penangan kau, lollipop.

bebas tanpa lollipop selama 12 jam.

Sunday, October 31, 2010

mata dah blur

wow. banyak jugak pokok kat bangi ni. jap nak kira.

satu....
dua.....
tiga.....
er....lapan?

pehal tiba2 lapan? banyak dah pokok terlepas. owh, laju sangat rupenye.

then betul2 depan aku, ade kereta langgar motor. aku xtau camne. basically, kereta langgar motor. motor jatuh. dengan barang2. dengan pembonceng. penunggang tengah try tegakkan motor.

aku nak stop. tapi aku terlalu laju. x sempat nak berhenti tepi. mungkin aku patut bawak slow sikit.

tapi kenapa semua benda still blur walaupun lepas bawak slow? motor kat tepi macam bayang2 je. divider nampak macam jalan. penanda jalan nampak macam anjing. damn it. aku bawak 60 km/j kot.

kenapa dengan aku hari ni?

owh. hari ni lepas makan terus buang. ni pun aku baru je lepas makan. dan buang balik. camne la aku nak kenyang kalau asyik buang je neh. haish..

Saturday, October 30, 2010

dont fucking care

"do what u want to do bcoz i dont fucking care"

u said it yourself. do u have to hate me this much?

they tell me that i have to be happy. yeah. im trying.

but im so sad. should i?

ok. i dont fucking care either.

wann, stop viewing his profile.
perut rase x sedap.
macam nak muntah.
nice.

Friday, October 29, 2010

empty

"i remember years ago. someone told me i should take caution when it comes to love. i did"
yeah. i fucking did.

"lets just fall in love again"
urm...nahhh...i dont think so.

"the silence isnt so bad. 'till i look at my hands and feel sad. 'cos the spaces between my fingers are right where yours fit perfectly"
nasib baik ade cincin kat jari manis.

"bye2. assalamualaikum"
u finally said it. and the worst part is, i can do nothing to stop u.

mata dah bengkak. x sempat nak cover dengan eyeliner. lantak ah.

asyik keluar masuk toilet. perut dah completely kosong.

so, i'm now completely empty.

humpty dumpty.

hujan pulak!!

sekarang hujan. aku baru je nak tido. how am i supposed to be sleeping tightttttttt????!!!

owh. mungkin aku belum cakap. aku takut hujan. tak. aku takut berada dalam bangunan time hujan. sebab macam seram. x tenang. dan sunyi.

pehal lak aku tulis kat sini pasal takut hujan? bodoh lah.

xtau nak tulis pasal pe. owh. ade nightmare sebenarnye mase kecik2. dan pasal hujan. bangun2, dah basah baju sebab peluh. dan sedang hujan lebat. sangat.

mungkin sebab tu ah kot aku takut hujan sampai sekarang.

oh how i need a company right now.

mungkin aku patut keluar. ya! keluar!

boleh duk dengan will =)

Thursday, October 28, 2010

registration. eh. resistation. eh? english aku teruk, kan? haha

i cant resist u. i'm fucking cant resist u.

tell me how the fuck am i going to do that.

fuck. fuck. fuck.

being alone is one of my specialties. well, some says it is their middle name.

but now, i cant be alone. even for a minute. ok tipu. even for a day.

shit. shit. shit.

aku cuba lah

kalau aku cuba, boleh berjaya x? tapi nak cuba sekuat mana lagi? aku x kuat lah. lengan je besar.

but...its killing me. it hurts.

haih..sunyinya malam ni.

owh. subuh dah rupenye.

Monday, October 25, 2010

anak di dalam balang kaca yang mudah pecah

setelah lama baru aku sedar. kau terlalu cepat dewasa. terlalu cepat. seingat aku, kau masih lagi seperti anak2 kecil yang seronok berlari kesana sini. seronok menikmati hidup yang masih panjang dihadapan kau.

tapi kini kau sudah dewasa. dah pandai menilai perasaan sendiri. dah pandai berfikir yang mana baik, yang mana buruk.

namun, aku lebih suka kau yang kecil tu. kau suka aku manjakan kau. kau suka meluangkan masa bersama aku. kau suka bermain2 dengan aku. walaupun kau banyak lagi teman2 lain yang ajak bermain.

sekarang kau kian jauh dari aku. tanpa aku sedar, kau sudah terlalu jauh. jauh untuk aku gapai.

aku hanya dapat ucap semoga melalui kehidupan yang lebih gembira tanpa aku, anakku.

Saturday, October 23, 2010

the end.

selama ni betul kata KK. she is right all along. always right. dan kau selalu mengelak. berpaling dari kebenaran.

jadi sekarang kau berpaling dan menutup terus pintu tu. meninggalkan aku di luar.

kau yang nak semua ni. aku x mintak ape2 dari kau. i just want to hear it from your mouth.

but then, you shut me out.

so, bye2 black bird.