Showing posts with label untuk kawan2. Show all posts
Showing posts with label untuk kawan2. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Captured Memories in Jakarta

ni gambar2 yang aku curi sedikit sebanyak dari orang2 yang berkamera ketika di Jakarta. thanks to Abang Nuex, Kak Ila, Tojo, Echa and Dior. kalau nak tengok banyak lagi, tengok kat fb diorang lah. banyak gila kot. huhu..

*kelik nama2 untuk link mudah ke fb mereka.

1st Day

buang masa di KFC sambil menunggu 2nd trip sampai


muka2 masih ceria dalam perjalanan ke Asrama Riau (sebelum tau keadaan asrama macam mana)


sebelum semua orang tertido sebab jem teruk di Jakarta


berkumpul di bilik yang budak laki stay untuk sesi perkenalan


semua orang naik motor untuk pergi makan. scary.


reaksi biasa bila nampak kamera walaupun baru lepas ketakutan naik motor

2nd Day

mood : marah sebab budak UI lambat dan xtau nak sembang apa dengan diorang. last2 dia ni yang paling baik dengan kitorang sampai kitorang gelar dia mak ayam. sayang kamu Yesy!


bulatan di kaki lima bersama Jose Rizal kat TIM


depan Planetarium Jakarta. kot..


tempat latihan terbuka


menemani E
cha surviving kelaparan sementara orang lain makan Pecel Lele



latihan di Mess Riau (scene dengan Ira)

3rd Day

tempat show di UI. kitorang turun bas, cari sendiri tempat ni without budak UI


sebenarnya semua orang pun malas nak buat rehearsal. haha..


rehearsal teater Kencing Peluh


Alif tengah rehearsal, abang kat belakang tengah naikkan lampu.


bilik mekap. 20 minit sebelum show dan kitorang still melepak2. haha..


show Damia. scene kegemaran. Alif dengan Abang Nuex.


show Damia. scene kegemaran. Echa dengan dialog "hilang.."


show
Damia. Mai dengan scene epic. shuffle gaya Damia. hahahaha..



show teater Pentingnya Menjadi Earnest oleh Teater UI.


show teater Buruk Cantik Si Ayam Itik


lepas show. bergambar dengan Teater UI.


makan dekat restoran yang best gila. owh. ni lah Dior. artis.

4th Day

MONAS.


muzium kat Kota Tua. patung tu ada daun je tutup nonet dia. hehe..


lepas penat berkelabing di bilik karok.

5th Day

Cafe Safari yang mewah.


shopping di Blok M


lepak2 di restoran atas bangunan. yang depan ni tengah main ayat2 klaka. yang belakang tu tengah serius main poker.


semua dah letih sebab seharian berjalan

6th Day

mahu ke Depok


persembahan spontan dari Teater UI


persembahan dari KTR


persembahan dari anak2 Mess Riau


KTR di hujung2. jenis malas nak bergaul. haha. Yesy je yang suka join kitorang. kamu memang mak ayam kitorang ah Yesy!!!


geng2 Teater UI


acara menari ramai2 dalam bulatan

*seriously xde sape ke amik gambar ayam BBQ?? biar aku lukis.


ilustrasi penulis. lebih scary jika tengok in real life.

Last Day

bergambar depan Mess Riau sebelum bertolak ke airport

it was a nice memory. cuma bagi beberapa orang, x berapa nak nice la sebab sakit perut, sakit kepala, sakit hati dan sebagainya. hahaha..

apa2 pun, aku kagum dengan Teater UI. diorang memang hebat.

Sunday, April 3, 2011

aku bekas ketua unit Teater

dalam bibir luka. sakit gila. susah nak cakap, gelak, makan, gosok gigi. lagi2 part nak bersembang. habis kene nganjing (babi).

********************

dah lama x online. aku pun xtau sebab pe. fb berhabuk. blog apatah lagi. bilik pun hari ni baru dapat kemas sikit. heh.

********************

rindu kampung. berapa tahun dah x balik Teluk Intan. rindu nak jenguk kubur mak. rindu nak jumpa tok. rindu nak kejar kucing2 manja tok. ingat lepas exam nak balik jap. kena kumpul duit nih. nak cukupkan duit tol, minyak ngan duit nak hulur2 kat tok.

********************

exam dah dekat. aku neves. aku tau aku extend. awal2 lagi dah bincang ngan ketua jabatan. tapi...tapi..tapi...arghhh...neves!

********************

aku bekas ketua unit Teater KDO. lepas perkataan "Kelab Teater" diubah kepada "Unit Teater", aku orang first and last yang pegang jawatan "Ketua Unit Teater". bak kata arep, "at least we have a story to pass on". ntah story pe die nak pass aku pun xtau.

owh. sebab ape aku yang last pegang jawatan tu? sebab lepas ni unit2 bawah kelab kebudayaan dah xde ketua. semua unit dibawah Ketua Kelab Kebudayaan yang baru iaitu arep. kacak kan? memang arep sorang boleh tengok semua unit. KDO memang suka mencabar kredibiliti seseorang.

nama DOT tu, ntah la. minta maaf DOT. aku x dapat jadi ketua yang baik untuk korang. lepas short sem, aku practical. lepas tu aku pun xtau aku still stay KDO ke x. kalau x, aku terus cari kerja sambilan dan sewa kat luar. aku masih mahu datang menjenguk kalian. tapi dengan rules baru KDO, ntah aku dapat lagi join produksi DOT ke x.

rules agak2 bodoh KDO yang baru :
1. orang luar x boleh menjejakkan kaki ke KDO untuk membantu atau melihat perkembangan Unit Teater. kalau nak jugak, BUAT SURAT.

2. setiap kali nak masuk pertandingan di UKM, sila BUAT SURAT kepada Prof.

3. nak guna bilik Kelab Kebudayaan (yang memang dibina untuk kemudahan budak2 Kelab Kebudayaan), kena buat surat JUGA.

4. latihan lebih dari pukul 12 pagi, buat surat LAGI.

surat2 di atas kalau Prof x approve, x payah buat latihan. x payah masuk pertandingan. sebab KDO x kesah pun budak2 ni bawak nama kolej masuk pertandingan ke x.

terima kasih DOT atas kenangan selama dua tahun. lepas ni aku masih DOT. sebab DOT family.

Tuesday, March 15, 2011

thanks =)

haha.. thanks. gua pun sayang lu gak.. ni sincere punya thanks.

tapi.. kalau nak tegur sebab sayang gua, tegur je lah depan2. x payah hantar orang. gua boleh accept lah bai. mungkin terasa sebentar. tapi gua accept.

kah kah kah!

Tuesday, February 15, 2011

Takdir Illahi

habis dah produksi Takdir Illahi.

thanks alot kepada orang2 yang dah bagi tunjuk ajar. pastu x jemu2 suro aku buat muka sombong berlagak takbur dan sebagainya. thanks sudi ajar aku yang x reti berlakon ni.

thanks juga kepada bahagian produksi yang banyak membantu sepanjang produksi.

x lupa juga kepada orang2 yang sudi hadir menonton Takdir Illahi kat panggung budaya.

thanks =)

p/s : aku rasa macam ayat aku berterabur. ah. lantak ah. paham kan?

Tuesday, October 26, 2010

12 perkara yang akan terjadi kalau terlebih kaffein dan x tidur sebelum exam

1. tiba2 anda akan jalan terlalu laju ke toilet sampai terlanggar pintu shower

2. lepas gosok gigi, anda akan gosok gigi semula kerana x sure rasa mint dalam mulut tu adalah disebabkan ubat gigi atau eclipse

3. semasa pakai tudung, anda akan cucuk kerongsang ke udara. lalu tudung anda akan terbarai semula

4. anda mula memaki hamun orang2 bawak lori sampah kerana kereta anda kotor. padahal dah 2 minggu anda sendiri x cuci kereta

5. mula mencari parking yang jauh kerana anda lupa parking yang terdekat dengan dewan peperiksaan biasanya kosong jika anda datang 45 minit awal

6. bila orang berselisih dengan anda mula pandang dan tersenyum, anda akan fikir "kau kenal aku ke?" padahal orang2 itu adalah teman sekuliah anda

7. otak anda akan mula fikir semua nombor meja x ikut turutan lalu anda akan mencari nombor meja "406" di bahagian hadapan dewan

8. apabila menjawab soalan, secara tidak sedar anda akan tulis "....is fucked" di atas kertas jawapan. and then anda x tau bagaimana nak padam kembali tulisan tu

9. pundi kencing anda mula terasa ingin melimpah. tapi bila di toilet, anda mengambil keputusan untuk tidur. setelah kembali ke tempat duduk anda, anda akan sedar yang anda tidak membuang air kecil pun ketika di toilet

10. tahap kesenyapan anda akan menurun apabila hendak keluar dari dewan peperiksaan sejam lebih awal. anda akan melanggar meja dan kerusi. tambahan pula kalau anda memakai gelang kaki

11. sampai di parking lot untuk pulang, anda lupa bagaimana rupa kereta anda. kecuali no plat. tetapi bagaimana kalau ada 4 buah kereta yang mempunyai no plat yang sama?

12. anda tidak akan dapat tidur selagi ada kerja yang x setel lagi. dan end up anda berbaring di atas katil, merenung kosong kipas yang xtau bila akan berhenti

jadi, jangan la x tidur kalau nak exam. walaupun sebelum tu korang x ngantuk langsung.

tapi.....sampai sekarang pun aku x tidur lagi. orang yang bagi nasihat memang selalu x ikut nasihat sendiri. hahaha..

owh!! owh!! sambil tingtong tadi aku perasan satu benda yang menarik untuk jadual exam aku.


menarik kan? kan??

Saturday, October 9, 2010

mesej suwit angat!!

" hp aku rosak. habis hilang mesej2 chumil. habis hilang nombor2 telefon. tapi no telefon kau aku ingat. sebab no kau aku x simpan dalam hp. aku simpan dalam hati "

sweet. terharu. nak nanges.

kan?

last2 aku dapat tau die cakap camtu kat pompuan lain jugak.

damn.

p/s : dah post dalam blog baru gua x majuk bai. hahahahahaha..gi beli hp baru ah der!

Saturday, September 4, 2010

gadis kuku merah tukar tayar seksi sebenarnye

12.15pm
berlari ke tandas memakai selipar licin. aku cuci muka sambil gosok gigi. jimat masa. hampir tergolek di tandas baru perasan, aku x pakai selipar jamban yang ade cop "Spiderman".

bukak almari, tarik je baju mana yang sempat. dan sempat berfikir "aku perlu pakai jeans". pakai spek, tudung, berlari ke kereta memakai crocs. padahal lebih mudah kalau aku sarung selipar.

aku terus memecut laju ke arah tol bangi. aku masih teringat arahan "kau nampak desa waterpark, kau masuk" . sambil mencari2 signboard desa waterpark, aku dah sampai ke lorong smart, rupenye.

dengan laju aku belok masuk ke petaling jaya dengan aksi yang cool.

*********************************************
12.07pm
aku kat kedai bunga. tiba2 mamat kat sebelah pasang lagu arctic monkeys. brianstorm. pehal lak dia nak pasang ringtone handphone aku? makin lama makin kuat. owh, mimpi rupenye.

mat : wan, tolong aku boleh x? aku kat mid.
aku : tolong pe? *sambil fikir, ok, aku g mid nanti naik ktm...*
mat : tayar keta aku pecah..
aku : ok..*still fikir g mid naik ktm*
mat : oi wan. boleh tolong x ni??
aku : hah?? tolong pe ni? owh, aku xtau jalan g mid! *baru dapat berfikir dengan waras*
mat : kau masuk highway sg besi, nampak signboard desa waterpark, masuk kiri.
aku : ok2..tapi tunggu aku cuci muka, gosok gg, bla bla bla..
mat : *letak tepon dah*

*********************************************
1.01pm
aku dah nak u-turn untuk g mid. laju jugak aku bawak. dengan sesat2 bagai. aku bawak slow je himpit kiri takut terlepas keta mat. pastu nampak tiff tersadai di bahu jalan.

dipendekkan cerita, nak tukar tayar, toolkit aku terlalu besar untuk skru tayar tu. last2 ade pomen datang dari mane ntah stop kat kitorang.

lepas dia habis tukar tayar spare yang amik dari aku, dia mintak RM20. bagi je lah!

lepas tu will dengan bangganya escort tiff balik ukm. wah. seronok will dengan tiff dating hari ni. will asyik tengok je bahagian belakang tiff. nasib baik bulan puasa.

lebih sejam kemudian baru sampai ukm.

p/s : will seronok dapat date dengan tiff hari ni =)

Monday, August 23, 2010

wahai gadis

wahai gadis berbibir merah. hidup kau terlalu mudah. hidup kau terlalu ceria. hidup kau terlalu bergelumang dengan dosa.

wahai gadis berbibir merah. bagi kau cinta boleh dijual beli. boleh diambil dan diberi kepada sape2 saje.

wahai gadis berbibir merah. sedarlah. marilah kembali ke realiti.

*aku xtau pehal aku nak post entry ni. ayat2 ni asyik terngiang2 dalam otak aku. baik aku tulis.*

Tuesday, August 10, 2010

ni bukan jiwang jiwangan

tibe2 aku ter"flashback" kat cerita kawan2 aku. nama dirahsiakan atas dasar2 privasi.

Situasi 1
Aku : pehal kau beli hadiah bday untuk awek kau sampai rm300 weh?? gile kaya ahh kau.
Mamat A : sebab die pernah bagi sesuatu yang berharga kat aku.
Aku : horghh..mendE??kaye gak awek kau ehh.
Mamat A : die bagi no tepon die time bday aku *sambil senyum bahagia*

Situasi 2
Gadis B : awk, kite kan baru kapel. xde hadiah untuk sy ke?
Mamat B : hoh? hadiah pe?
Gaids B : hadiah br kapel lah!
Mamat B : *mase tu jugak keluar g bli teddy bear untuk si gadis*

Situasi 3
Gadis C : call jap leh?
Mamat C : *terus call* nape ni?
Gadis C : blaa..blaaa..blaaaa...*tengah emo*
Mamat C : bla..bla..bla.. *ayat motivasi*
Gadis C : thanx ye awk. sory kacau awk tdo. kesian awk.
Mamat C : xpe. asalkan awk x sedih2. sy nk tgk awk hepy je.

Situasi 4
Mamat D : sy dapat study overseas. awk tunggu sy, leh?
Gadis D : mesti la sy tunggu. *sambil hulurkan coklat cadburry saiz besar*
Mamat D : *patahkan coklat tu jadi dua, hulur separuh kat si gadis*
Gadis D tunggu Mamat D selama 3 tahun. tapi, hampa.

Situasi 5
Gadis E : awk, cantik x dompet ni?
Kawan E : cantik gak. nak bg bf awk ke? bday ke anniversary?
Gadis E : saje je nak bagi. *sambil senyum simpul*

horgh...tu baru sikit. banyak lagi sebenarnye orang sekeliling aku yang sweet2 pastu dengan kisah cinta yang comel2. haha.. aku doakan korang bahagia..aku happy tengok korang happy =)

i may not be a good listener, but i can spend a whole day to listen to your probs and stories. i may not be a good solver, but at least i'll try to solve all your probs =)

*tau ahh xde kena mengena pun dengan entry ni. saje je nak tulis!!!*

bye~

stabilised

time ade production mesti emosi terganggu. biar lah. abaikan aku emo2 sebelum ni. abaikan cintan cintun yang aku gedik2kan selama ni. abaikan2..

yup, confession is hard. tapi better confess dari senyap je. nanti aku pun xtau ade orang sayangkan aku. and orang yang aku sayang pun xkan tau. bagi aku, confession tu agak berat nak buat. lepas buat, lega.

thanks sangat2 sebab sayangkan aku. thanks.

dan orang yang aku sayang, sila jangan terasa seperti dipaksa. its just a confession =)

wargh!!! entry ni berbaur geli2 lagi. damn ah! ok, tukar sikit.

tahniah buat DOT sebab berjaya merangkul gelaran Persembahan Terbaik and 1st Runner Up. sumpah aku x kesah korang dapat nombor berapa janji korang puas dengan apa yang korang dah buat. sebab aku pernah rasa puas, tapi x menang dengan x puas, x menang.

dua benda tu sangat berbeza. bila aku puas, aku dah x kesah menang x menang. sebab aku tau aku dah all out dan penonton semua dapat rasa apa yang aku nak sampaikan. tapi kalau aku x puas, x menang pulak tu, sumpah aku down. dan juga kalau x puas, tapi menang, lagi fuck ah...

owh, pehal tbe2 nak emo di sini. sila tukar.

seorang abang dah pulang. dia la yang selalu dengar prob aku. dia la yang selalu try nak buat aku happy bile emo2. tapi semua tu xkan jadi sama lagi. tapi, saya still sayang abg nas =)

entry ni kelam kabut. lantak ah!

sekian~

Friday, August 6, 2010

peluang

selalunye kalau xde yang tu, yang ni pun boleh. kalau orang tu x boleh, orang lain pun boleh. kalau masa ni x boleh, masa lain pun boleh.

tapi sekarang

x nak yang tu sebab NAK yang ni. x nak laa mase ni sebab NAK mase tu. x nak laa orang tu sebab NAK orang ni.

people change. but i dont like this changes. sebab aku tau, nanti ade orang sakit hati. ade orang terluka. mungkin dah ade pun yang terluka.

maaf.

Thursday, August 5, 2010

bila matahari ditutupi awan, ada yang masih sudi memancarkan sinar suria

hari ni aku down. down sangat. sangat. ade yang aku cite kat blog. ade yang aku keluarkan kat status fb. ade yang aku lepas kat mai. tapi ade yang simpan dalam hati.

pastu mat mengembara dari zaba ke kdo bagi aku ayam bbq ktr td. mula2 aku rilek je. pastu die cite.

aku : kau dgn sape ni?
mat : sorg
aku : huh?? dari mana?? (sbb aku expect die dtg straight dr bbq kt panggung seni)
mat : zaba ah. tadi aku blk bilik lepas bbq. pastu bace blog kau. pastu rasa macam nak bg kau ayam.
aku : terharu melangit.

so, aku janji nak tulis dalam blog, ni dia... mat, sumpah aku terharu. thanx a lot. btw, ayam tu sedap gila!!!

*ye, sejak kebelakangan ni aku suka selitkan dialog dalam entry*

Wednesday, July 28, 2010

kuih...kuih....

sila baca tajuk entry dgn gaya makcik jual kuih kat tingkap bilik tingkat 4...

owhhh..macam tahun lepas, kali ni aku jual kuih gak..dari orang yang sama, kuih je dah bertambah2. still, aku jual kuih yang sedap macam tahun lepas. x caye, tanye shira. die ade beli kat aku.

KUANTITI SEBEKAS = +-50 BIJI
HARGA SEBEKAS = RM25

tester banyak kat aku for serious buyers only. kalau setakat nak kenyangkan perut, tunggu lepas 5 ogos. sebab DUE DATE UNTUK ORDER ADALAH 5 OGOS. so lepas tu kalau tester banyak lagi, korang leh ahh melantak secara percuma.

ni antara kuih2 yang feymes dan sedap dan nyum nyum!!

Red Pearl

Orange Mousse

Snow

Hazel Oat Ball

lagi banyak gambar ade kat fb aku..semua skali ade 13 jenis kuih. nanti beli tauuuu!!

bye~

Tuesday, July 13, 2010

selamat pulang, abang.

tadi hantar abg nas kat terminal kajang. tadi kongsi duit dgn kk belikan baju untuk abg nas. tadi kongsi duit dgn kk blanje abg nas minum. tadi tengok abg nas naik bas. tadi lambai abg nas sampai hilang dari pandangan. tadi kejar bas abg nas walaupun kereta banyak beratur kat depan. sekarang, aku dgn kk...........ahhh...kami rindu abg nas =(

p/s : abg nas, ingat janji kita tadi kat mapley.

Thursday, July 1, 2010

orang lidi

Mase kecik2, aku suka lukis orang lidi sebab tu je yang paling senang nak lukis. Semua orang pun suka lukis, kn? Ahh..jangan nak tipu!


Selalu lukis2 orang lidi time bosan2. Kalau ngantuk dalam kelas pun, lukis orang lidi. Kalau tengah marah kat someone, aku lukis orang lidi jugak!


Pastu kalau happy2, lukis orang lidi jugak. Hehehe..


Bila dah besar, pandai laa lukis benda2 lain. Pastu orang lidi pun dah pakai baju.


Lama2, dah malas lukis orang lidi. Selalunye orang lidi yang rajin temankan aku. Pastu bile dah malas nak lukis orang lidi, nasib baik ade orang lidi sebenar temankan aku.


So, orang lidi memang dah bersama aku sejak kecil lagi. Bila aku marah, happy, bosan. Kalau sedih2, orang lidi jugak yang temankan aku. Kalau xleh tido, suruh orang lidi temankan. Orang lidi memang pandai hiburkan hati aku.

Happy bday, orang lidi =)
p/s : ni orang lidi aku. Korang punye?