Tuesday, October 26, 2010

12 perkara yang akan terjadi kalau terlebih kaffein dan x tidur sebelum exam

1. tiba2 anda akan jalan terlalu laju ke toilet sampai terlanggar pintu shower

2. lepas gosok gigi, anda akan gosok gigi semula kerana x sure rasa mint dalam mulut tu adalah disebabkan ubat gigi atau eclipse

3. semasa pakai tudung, anda akan cucuk kerongsang ke udara. lalu tudung anda akan terbarai semula

4. anda mula memaki hamun orang2 bawak lori sampah kerana kereta anda kotor. padahal dah 2 minggu anda sendiri x cuci kereta

5. mula mencari parking yang jauh kerana anda lupa parking yang terdekat dengan dewan peperiksaan biasanya kosong jika anda datang 45 minit awal

6. bila orang berselisih dengan anda mula pandang dan tersenyum, anda akan fikir "kau kenal aku ke?" padahal orang2 itu adalah teman sekuliah anda

7. otak anda akan mula fikir semua nombor meja x ikut turutan lalu anda akan mencari nombor meja "406" di bahagian hadapan dewan

8. apabila menjawab soalan, secara tidak sedar anda akan tulis "....is fucked" di atas kertas jawapan. and then anda x tau bagaimana nak padam kembali tulisan tu

9. pundi kencing anda mula terasa ingin melimpah. tapi bila di toilet, anda mengambil keputusan untuk tidur. setelah kembali ke tempat duduk anda, anda akan sedar yang anda tidak membuang air kecil pun ketika di toilet

10. tahap kesenyapan anda akan menurun apabila hendak keluar dari dewan peperiksaan sejam lebih awal. anda akan melanggar meja dan kerusi. tambahan pula kalau anda memakai gelang kaki

11. sampai di parking lot untuk pulang, anda lupa bagaimana rupa kereta anda. kecuali no plat. tetapi bagaimana kalau ada 4 buah kereta yang mempunyai no plat yang sama?

12. anda tidak akan dapat tidur selagi ada kerja yang x setel lagi. dan end up anda berbaring di atas katil, merenung kosong kipas yang xtau bila akan berhenti

jadi, jangan la x tidur kalau nak exam. walaupun sebelum tu korang x ngantuk langsung.

tapi.....sampai sekarang pun aku x tidur lagi. orang yang bagi nasihat memang selalu x ikut nasihat sendiri. hahaha..

owh!! owh!! sambil tingtong tadi aku perasan satu benda yang menarik untuk jadual exam aku.


menarik kan? kan??