Monday, October 4, 2010

sometimes we dont have to face the truth

minah berjalan tepi highway. minah jumpa bunga merah atas jalan. layu. minah kutip, letak dalam botol air. dengan harapan bunga merah tu akan segar semula. minah simpan botol air dalam beg.

minah sambung perjalanan. mahu ke singapura, fikirnya. tengok signboard, lagi 5km nak sampai JB. minah dah letih. minah berehat dulu bawah pokok. panas betul bila matahari terpacak atas kepala.

banyak kereta atas jalanraya hari ni. ade yang laju. ade yang perlahan. ade kereta mahal. ade kereta murah. ade kereta baru. ade kereta lama. lori2 bawak barang. lori2 bawak minyak. minah tengok semuanya. sampai x tersedar dunia makin kelam.

minah bangun2 je dah senja. kereta makin laju. semua nak kejar masa. minah teruskan perjalanan. dengan harapan mahu sampai ke singapura. dengan bunga yang kian segar dalam botol air.

2 comments:

Acid said...

minah. wpon kau sgt tabah berjalan di kala panas mentari terpacak di atas kepala. tapi aku tetap mahu mengatakan yg dirimu bkn bodoh, tetapi kurang memakan kismis minda.

wann afzan™ said...

hahahaha..minah kate trimas a lot!!