Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

people, where is your humanity?

kat fb kecoh pasal MU kalah dengan Man City 6-1 hari tu. bila aku respon "i'm a fan of MU but i dont really care about it right now", orang akan balas "eleh. dah kalah, malu ah tu"

did they know pada masa yang sama keluar berita pasal gempa bumi melanda Turki? diorang tau x gempa bumi tu dah meragut lebih kurang 200 nyawa?



mungkin bola lebih penting.

lagi satu, pemimpin diktator Muammar Gaddafi dah meninggal. Gaddafi tu orang Islam. tapi kenapa mayat arwah tu dipamer kepada orang ramai untuk xtau berapa lama.

memang Gaddafi tu zalim. tapi sebagai orang Islam, diorang patut lebih tau mana baik, mana buruk. diorang layan mayat arwah macam tu, perangai diorang sama je la macam arwah tu sebenarnya. malah lebih teruk.

sibuk beratur nak tengok mayat

siap bergambar lagi. kot2 la nak add kat fb.

mayat Gaddafi, Mutassim (anak) dengan Abu Bakr Yunis Jabr (menteri pertahanan)
setahu aku xde sape pun lagi nak argue pasal mayat mereka dipamerkan. sebab diorang ni zalim? ingat, diorang tu Islam juga.

aku nak tanya lagi sekali. where are your humanity and morality?

p/s : kalau ada info yang salah, sila inform so that aku boleh betulkan.

*sumber dari Obefiend dan Luca DK

Sunday, September 25, 2011

seronok download movie and tv series kat cc. lajuuuuuuuu

you might find i'm annoying because you hate me.

but if i am your best friend, you will find me charming.

true story.

p/s : finished House. waiting for new season of House, Dexter, How I Met Your Mother and White Collar. currently addicted to Supernatural.

p/s/s : <- is it p/s/s or p/p/s? please someone answer this sebab aku dah tanya cikgu English masa kat matrix dulu tapi dah lupa dia jawab pe. hahah.

Saturday, May 14, 2011

why do people change?

kalau manusia berubah, perasaan tu berubah jugak tak?

kenapa manusia berubah?

perubahan tu sesuatu yang menakutkan. sebab ia satu benda baru.

tapi kalau perubahan tu menyebabkan kehilangan, tolonglah jangan berubah.

at least biar aku tau perasaan tu takkan berubah.

Monday, February 7, 2011

masa berlalu begitu pantas. aku dah x larat nak kejar.

dah 1 tahun 3 hari dah mak pergi. rasa macam baru semalam aku mandikan jenazah mak.

Al-Fatihah.

Monday, November 1, 2010

hye, november

bulan november. dulu aku suka sangat bulan november. sebab ni bulan aku. kadang2 datang bulan. tapi selalunya 17 november nanti aku sambut birthday ah.

tapi tahun ni mana sama dengan yang dulu. aku bukan suka ada birthday party or surprise2. tapi orang buat jugak. dan aku ingat semua party or surprise yang orang buat untuk aku. especially kalau mak aku yang buat.

so tahun ni. i dont expect anything. sebab orang yang suka buat surprise dah xkan buat surprise lagi untuk aku.

well, i miss u =)

Monday, October 25, 2010

anak di dalam balang kaca yang mudah pecah

setelah lama baru aku sedar. kau terlalu cepat dewasa. terlalu cepat. seingat aku, kau masih lagi seperti anak2 kecil yang seronok berlari kesana sini. seronok menikmati hidup yang masih panjang dihadapan kau.

tapi kini kau sudah dewasa. dah pandai menilai perasaan sendiri. dah pandai berfikir yang mana baik, yang mana buruk.

namun, aku lebih suka kau yang kecil tu. kau suka aku manjakan kau. kau suka meluangkan masa bersama aku. kau suka bermain2 dengan aku. walaupun kau banyak lagi teman2 lain yang ajak bermain.

sekarang kau kian jauh dari aku. tanpa aku sedar, kau sudah terlalu jauh. jauh untuk aku gapai.

aku hanya dapat ucap semoga melalui kehidupan yang lebih gembira tanpa aku, anakku.

Sunday, October 24, 2010

once upon a time

tibe2 teringat zaman kecik2 dulu. dulu best. x macam sekarang. ok. sama je sebenarnye. sebab x ramai kawan nak main.

dulu duk kat kampung selalu panjat pokok rambutan. main basikal tengah2 panas. cari aiskrim yang letak dalam tube tu.

pastu dah besar sikit main rounders lak. ok. ni bukan main sorang2. satu hari aku tengah berbasikal. pastu nampak ade sekumpulan kanak2 laki main rounders. aku terus join. padahal x kenal pun. haha..

pastu kalau x puas hati dengan sape2, terus gaduh. ludah2. tumbuk2. a ah. aku memang macam laki dulu. sekarang ni kira pompuan sikit ah.

bile dah popular kat sekolah, ade budak2 ni bile ade masalah je, terus datang cari aku. suro gi pukul orang. pergh. dah macam bonzer dah aku. and of coz, kena bayar ah.

tapi yang paling best dulu, bile gaduh dengan kawan2, esok terus baik. sekarang? jawab sendiri.

Wednesday, October 20, 2010

bangsa bernama Myvi

William Noir Uszfa. specimen number 2872.

Will dicipta untuk memudahkan umat manusia. dan kini Will bersama aku. sudah 7 bulan.

aku xtau secara detail sejarah Will dengan teman yang lama. yang aku tau, Will diberikan sempena hari jadi seorang remaja. dan mereka dah bersama selama mungkin 3 tahun. or more. or less. ah. i dont care.

walaupun Will dicipta untuk memudahkan manusia, tapi bagi aku Will lebih dari tu. Will peneman yang setia. selalu tolong aku dalam kesusahan. selalu bersama aku x kira bila, x kira di mana.

dan aku selalu biarkan Will kesejukan seorang diri di luar. dulu kadang2 aku temankan Will sehingga pagi. dan sekarang semakin kerap aku temankan Will. x sanggup tengok Will tidur sorang2.

Will x boleh mandi sendiri. aku yang selalu bawak ke specialist untuk bersihkan Will.

kadang2 atas kecuaian aku, Will ditimpa musibah. kaki patah, terhencut2. muncung pecah, huduh. dan aku selalu rasa bersalah. dan terus bawa ke unit kecemasan. x kira berapa banyak duit yang aku akan habis untuk Will.

semuanya untuk Will. sebab Will x pernah sakitkan aku. x pernah.

terima kasih, Will.

pisau + hati = raksasa

selagi kau mempunyai pisau tu di tangan kau, x mungkin aku akan mempunyai hati. sehingga kau melepaskan pisau tu ke lantai.

ataupun cuma lepaskan aku dan hati aku pergi dari cengkaman jari jemari kau. dari kuku kau.

kerana aku x daya lagi nak kehilangan darah lagi. darah dari hati aku.

kini kau dah cipta satu raksasa.

Tuesday, October 19, 2010

u might wanna see the other side of me

kadang2 minah duduk. kadang2 minah baring. x selesa berbaring atas lantai yang sejuk. minah duduk semula. memandang kosong 2 objek didepannya.

depan minah ada jantung. masih berdegup. berdegup tenang dengan 65 degupan seminit. dan disebelah jantung tu ada sebilah pisau. diukir halus dengan ukiran abstrak. penuh seni.

minah xtau perlu buat apa dengan objek tu. minah bingung. dalam kesunyian tu, ada 2 bunyi. degupan jantung tu. dan bunyi jarum jam saat berdetik jenama Polo di pergelangan tangan sebelah kiri minah.

minah pelik. hairan. tiba2 teringat sesuatu. minah letak tangan di dada. dulu minah pernah baca sesuatu tentang badan manusia. ada sesuatu yang hidup dalam badan manusia. dan ia berdegup seperti jantung tu.

cuma dalam dada minah tiada yang berdegup. bukan di dada. di peha, perut, betis, kepala, semuanya tiada degupan.

minah rasa sesuatu yang kosong. kosong dalam dada. minah capai pisau, terus membelah dadanya. x cukup dalam. minah tekan lagi pisau tu ke dadanya. dalam. sangat dalam.

minah ambil jantung atas lantai, terus tolak masuk ke dalam bukaan di dadanya. dalam sekelip mata, minah rasa puas. teruja. dan rasa hidup.

minah mula berjalan keluar. keluar berjumpa manusia lain yang mempunyai degupan. tangan minah sentiasa di dada. bila nampak bunga, degupan jantung tu lambat. bosan.

bila nampak taman permainan, degupan jantung semakin lambat. bosan.

bila nampak kanak2 bermain, degupan jantung laju sikit dari tadi. menarik.

tiba2 ada kanak2 terjatuh di depan minah ketika sedang berlari2. minah sambut budak tu sebelum kepalanya terhantuk di tiang. refleks.

minah terpana. degupan jantung semakin laju. minah terpaksa duduk di kerusi taman kerana x mampu menahan dadanya yang berombak2. makin lama makin perlahan degupan tu.

tapi, minah rasa benda tu menarik. sangat teruja. minah terus ke jalan raya. harap2 dapat lihat sesuatu yang lebih dahsyat untuk melajukan semula degupan jantung.

sambil berdiri tegak di tepi jalan, minah nampak seorang lelaki sedang membelek bunga segar di kedai bunga. muka beliau berubah2. kadang2 berkerut. kadang2 merenung kosong. kadang2 menggeleng2. tiba2 beliau senyum sambil menarik sekuntum bunga merah jambu.

ketika itu jantung tu berdegup dengan pantas. minah kaget. kenapa? kenapa perlu begitu pantas? lebih pantas dari tadi. bukannya ada orang jatuh. lelaki tu cuma senyum. minah hairan. tetapi masih memandang lelaki tadi. sehingga x sedar minah dah mendekati lelaki itu. jarak mereka x lebih dari 50 meter.

lelaki tu pandang minah. senyum. "cantik kan bunga ni?" suara garau yang dalam diikuti dengan segaris senyuman di sebalik kumis nipis.

degupan jantung semakin laju. terlalu laju sehingga minah takut kalau2 lelaki tu dengar bunyi degupan jantung tu. "cantik" jawab minah.

"untuk isteri saya" lelaki tu berlalu pergi lepas meninggalkan rm5 di atas kaunter.

degupan jantung seperti terhenti. tapi masih berdegup. minah tau tu. kerana tangan minah masih di dada. tapi minah rasa seperti x bernyawa. rasa perit di jantung. mungkin kerana belahan pisau tadi.

tapi x mungkin. sebab rasa perit itu di dalam. di jantung. minah lari semula ke tempat tadi. terduduk semula di atas lantai yang sejuk. di depan pisau.

segala yang baru berlaku tadi seperti imej2 dalam album gambar. pantas bergerak di depan mata minah. sehingga imej akhir sekali, imej lelaki tu. imej senyuman tu. minah rasa semula sakit di jantung.

minah x dapat tahan. mempunyai jantung terlalu kompleks. minah lebih suka dirinya yang tiada jantung. seperti dulu. x kompleks. x sakit.

minah capai pisau. hunus ke dada dan bawa keluar jantung tadi. dicampak jauh2. jauh dari penglihatan. dan minah semakin tenang. lalu dunia semakin kelam. semakin gelap. selamanya.

Tuesday, October 5, 2010

sang rama2 putih

seekor rama2 putih terbang tinggi. membawa sekeping hati. rama2 putih terus terbang hingga sampai ke sebuah pemandangan.

semua umat manusia suka pemandangan tu. mereka terus melihat pemandangan tu. tapi rama2 putih x suka. rama2 putih benci pemandangan tu.

rama2 putih terus terbang pergi dengan laju. sangat laju. terlalu laju. hingga hati yang dibawa terjatuh. dan pecah. berkecai.

rama2 putih terus terbang pergi x mempedulikan hati tu.

datang la balik rama2 putih. bawa kembali serpihan hati2 ni.

Monday, October 4, 2010

sometimes we dont have to face the truth

minah berjalan tepi highway. minah jumpa bunga merah atas jalan. layu. minah kutip, letak dalam botol air. dengan harapan bunga merah tu akan segar semula. minah simpan botol air dalam beg.

minah sambung perjalanan. mahu ke singapura, fikirnya. tengok signboard, lagi 5km nak sampai JB. minah dah letih. minah berehat dulu bawah pokok. panas betul bila matahari terpacak atas kepala.

banyak kereta atas jalanraya hari ni. ade yang laju. ade yang perlahan. ade kereta mahal. ade kereta murah. ade kereta baru. ade kereta lama. lori2 bawak barang. lori2 bawak minyak. minah tengok semuanya. sampai x tersedar dunia makin kelam.

minah bangun2 je dah senja. kereta makin laju. semua nak kejar masa. minah teruskan perjalanan. dengan harapan mahu sampai ke singapura. dengan bunga yang kian segar dalam botol air.

Wednesday, September 29, 2010

hidup ni lebih mudah kalau asyik makan coklat

kadang2 aku rase dah malas nak amik tau pasal tu. malas betul nak pikir benda2 macam tu.

so sekarang aku mau enjoy je lah. happy2 je. pastu main banyak2. erk. bukan main yang tu. bukan.

sebab sekarang bukan masanya aku pikir susah payah pasal tu. sekarang ahhh waktu nak enjoy weh. bile lagi kan.

aku harap ah x heart broken gila2 lagi macam hari tu. loser ahhhhh.

sekarang aku cinta diri sendiri je =)

Thursday, September 23, 2010

maybe theres a human with a rock as his/her heart

a girl standing next to a door. with a sign "no enter".

she opens the door and enter that room.

now she understand why they put the sign "no enter".

but its too late.

loser.

Tuesday, September 21, 2010

when someone leading the way

seorang penunggang motosikal menunggang di tengah2 lorong di sebuah lebuh raya yang agak banyak kereta. penunggang tu pakai baju "LIVE FOREVER". so ironic.

p/s : mula2 aku nak update pasal raya. tiba2 tertaip terus benda ni. lantak ah!

Saturday, August 28, 2010

kalau keliru, sila guna shampoo

dulu hati aku keliru. serabut. serabai! sebab? sebab suka orang tu, dia ignore. suka orang ni, x reti nak confess. pastu xtau nak buat decision macam mana.

sekarang x keliru dah! because there will be no love. anymore. ever! maybe...

hati aku dah kosong. serius. tapi kalau ade orang dating2 depan aku, memang ah jeles. tapi malas nak couple dah!

aku memang x pernah main2 dalam hal ni.

Wednesday, August 25, 2010

some says one can eat popplars

dulu aku berjalan. kini aku berjalan lagi. berjalan dengan langkah yang besar. langkah yang laju. itu dipanggil berlari.

berlari mengejar sesuatu yang tak pasti. mengejar sesuatu yang tak mungkin akan tunggu aku.

mungkin di depan sana ada sinar matahari yang sedia untuk aku.

mungkin.

aku akan terus berlari.

kutip minah, kutip!

minah dengan ceria berjalan2 di jalan tar. boleh tengok baju. murah2. jimat pun jimat.

minah terpandang segulung kertas. e eh. RM1. minah pun kutip. rezeki!

jalan2 lagi. dongak2 tengok baju yang tergantung kat kedai2. hampir terlanggar pakcik kudung kaki. pakcik tu hulur tupperware hijau yang kosong. minah hulur RM1 tadi. xpe lah minah. rezeki pakcik kudung kaki tu.

jalan lagi. panas betul masa tu. padan muka kau. nak lagi keluar tengah2 hari rembang macam tu. tiba2 silau. bulat atas jalan. e eh. 50 sen. nak kutip ke x? kutip je lah!

berat dah kantung syiling minah. simpan dalam poket je lah. nanti masuk tabung.

owh, dahaga pulak minah. minah singgah gerai jual keropok lekor. ade air jugak. minah pilih air kaler ungu. macam best je.

"RM1.50, dik"

minah amik RM1 dalam beg duit. damn. kantung syiling tadi terlalu jauh dalam beg galas. minah seluk poket. ah. duit 50sen tadi. boleh gak ah.

sambil minum air, minah jalan2 lagi. bosan pulak jalan sorang2. xpe lah. lepas beli 2 3 helai baju, balik ah.

minah masuk Kedai Pakaian Hari2. minah terpandang sehelai baju kaler turqoise. cantik! minah terus campak air dalam tong sampah, grab baju tu, terus lari masuk fitting room.

lepas sarung baju turqoise tu, minah terus teruja. cantik! memang minah confirm beli! ok, minah nak pergi pilih baju lagi.

baru je bukak baju turqoise tu, minah terpandang kertas merah atas lantai. RM10. damn. nasib minah sangat baik. tapi minah x berani nak kutip. sebab besar sangat.

masa minah pegang pintu nak keluar, minah pandang lagi duit tu. kutip je lah!

minah pergi pilih2 baju lagi. tiba2 minah dengar ade orang kecoh2. owh, budak sekolah rupanya. kecoh.

"tadi aku rasa duit aku banyak weh. tercicir la agaknye ni mase tengah try seluar! matilah aku. mane ade duit nak balik"

minah pandang budak tu, hulur RM10 tadi.

"ni duit awak?"

budak tu angguk, senyum.

minah blah dari kedai tu tanpa singgah ke kaunter. sebab minah xde mood nak beli baju. baju turqoise minah campak balik kat tempat yang minah amik.

minah terus balik ke rumah.

Monday, August 23, 2010

wahai gadis

wahai gadis berbibir merah. hidup kau terlalu mudah. hidup kau terlalu ceria. hidup kau terlalu bergelumang dengan dosa.

wahai gadis berbibir merah. bagi kau cinta boleh dijual beli. boleh diambil dan diberi kepada sape2 saje.

wahai gadis berbibir merah. sedarlah. marilah kembali ke realiti.

*aku xtau pehal aku nak post entry ni. ayat2 ni asyik terngiang2 dalam otak aku. baik aku tulis.*