Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

kalau keliru, sila guna shampoo

dulu hati aku keliru. serabut. serabai! sebab? sebab suka orang tu, dia ignore. suka orang ni, x reti nak confess. pastu xtau nak buat decision macam mana.

sekarang x keliru dah! because there will be no love. anymore. ever! maybe...

hati aku dah kosong. serius. tapi kalau ade orang dating2 depan aku, memang ah jeles. tapi malas nak couple dah!

aku memang x pernah main2 dalam hal ni.

Monday, August 9, 2010

again and again

heart broken again and again. so should i wait or should i go?

owh yes, i think he already knows bout how i feel.

but then...

*sigh*

Tuesday, August 3, 2010

gedik2 part 2

hati aku still nak kau. tapi rasenye macam aku x layak je simpan hati kau.

aku ingat nak bagi kau happy. tapi maybe kau lagi happy tanpa aku.

xpe lah =)

1st accident

orang selalu kata kat aku "orang yang drive ke, bawak moto ke, mesti ade skali yang die eksiden. mesti punye lah!" . dan mase tu aku risau gile. dah la aku ni boleh dikategorikan dalam pemandu merbahaya. so setiap kali aku drive mesti aku doa banyak2.

then hari ni hari yang x boleh dielakkan. aku eksiden dengan moto. Alhamdulillah pakcik tu xde pape. moto die pun klac je yang patah. tapi keta aku teruk gak. bumper depan patah and terkoyak2. kakak aku? ngamuk ah die!

however, aku bersyukur sangat2 sebab xde sape yang cedera parah or berlaku kemalangan jiwa. pakcik tu pun bagi nasihat je la kat aku. semua dah setel. keta pun dah masuk bengkel. tapi pakcik tu x cakap lagi camne dengan moto die. die just cakap nanti die contact aku je.

aku harap2 sangat ni la 1st and last eksiden. scary. serabut. risau. down.

bye~

Saturday, July 24, 2010

rindu sangat

a few days ni, ade budak2 pancaragam dari beberapa sekolah datang practice kat ukm. xtau laa diorang ade event ape. tapi tiap2 petang laa aku dengar bunyi-bunyian kat padang tu.

hari ni je dah 2-3 kali aku lalu kat diorang. aku dah try avoid dari jumpa diorang tapi xtau nape. asyik2 aku lalu jugak jalan yang ade budak2 tu. macam laa xde jalan lain.

bila tengok, hati aku sakit. bila dengar diorang main, hati aku sebak. seronok sebenarnye bila tengok diorang buat formation. pastu ade gadis2 bendera. wah..cantiknya...tapi semua tu bawak kenangan lalu. teringat time2 aku dengan band members lepak2 kat BR. practice tiap2 hari. marching atas padang sekolah. even menyarung pakaian marching band yang dah berumur berkurun2 tu pun boleh buat aku bangga jadi budak band.

walaupun kitorang ni dikenali sebagai budak x aktif acara padang dan acara trek, aku kesah pe? asalkan aku masih ade mereka dan muzik. ahhhh...susahnya!!!

dah berapa lama aku x sentuh flute dengan perasaan yang gembira dan bangga. time practice untuk majlis konvo hari tu pun aku macam malas je. lagu pun ntah pape. rindu zaman sekolah. sebab boleh main lagu dengan feeling yang x boleh nak describe. kat sini, aku rase macam loser. aku join orkestra ukm for the sake of money je. huhu...

tadi aku lalu padang lagi. aku nampak ade satu sekolah tengah buat formation. yang lain duduk2 je. pastu ade sorang conductor tengah practice dengan drum line die. secara automatik, aku perlahankan kereta dan turunkan tingkap. sekadar nak dengar drum line main camne. pastu x sedar orang belakang dah hon bape ribu kali. ahhh...pedihnya hati!!

rindu band. sangat.

Monday, July 19, 2010

kenapa aku x boleh pandang kau

bila aku jauh, kau tarik2.
bila aku dekat, kau campak2.
bila aku kejam, kau merajuk2.
bila aku lembut, kau guna2.

what else do u want from me?
whatever u wanna say, i dont give a damn.

because u are TOO MUCH!

argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, June 27, 2010

dirty little secret

semua orang ada rahsia. dirty little secret aku adalah hari2 hitam tu. hari2 yang aku lalui tanpa aku sedar yang aku dah makan ke belum, dah tido ke belum, dah mandi ke belum. dan dah tentulah aku keseorangan selama beberapa hari tanpa cahaya matahari. udara? x pasti.

dan hari2 hitam tu kian menghantui aku saban hari.

hari2 hitam tu bagaikan pasir. aku genggam, aku campak jauh2. tapi, pasir tu still ade kat tapak tangan aku. dalam udara. masuk mata.

aku berlari ke darat. butir2 pasir tu masih melekat kat tapak kasut. boleh pulak termasuk dalam lipatan kaki seluar.

walau macam mana pun, apa yang berlaku pada hari2 hitam tu masih melekat segar dalam ingatan aku. dan setiap kali tu mesti peluh jantan aku keluar. terus aku memikirkan masa depan. otak aku terus berhenti berfungsi.

dunia terus malap.

Thursday, June 17, 2010

awak

dulu saya nganjing awak, awak marah. saya panggil awak gila dengan cara gurau2, awak sentap. saya suruh awak tido awal, awak kate saya kongkong. ok. saya jahat.

sekarang, awak pulak kongkong saya. saya marah, awak sentap, JUGAK. saya xnak benci awak. tapi awak yang buat keadaan jadi saya benci awak.

entry ni bukan untuk awak. sebab saya tau awak mesti nak kaitkan diri awak dengan setiap kata2 emo saya. tengok, saya dah kata ni bukan untuk awak.

I'M OVER YOU. sebab pe? awak pun tau sebabnye.

bye.

*hoh. nampak macam saya jahat LAGI. damn.*

Thursday, June 10, 2010

situations

noted that this entry had been posted a few min after the previous one

situasi aku : memandu pulang ke rumah...dropping yan, yana and ain kat ktm serdang, melalui pelbagai traffic jammed.

aku tengah memandu, msg masuk dari timah *bukan nama sebenar*

timah : wan. kau ade no zenab *bukan nama sebenar* x? urgent ni. pas kat aku.
aku : aku mane de no die weh
timah : kau tolong mintak kat salmah *bukan nama sebenar*
aku : aku tengah drive ni

aku tetap bersabar. beberapa min kemudian, aku masih di atas jalan, msg masuk dari timah

timah : wan. kau tolong bank in kat maybank leh x? kalau xleh xpe. kalau leh, aku bagi no akaun skrg. aku tengah dinner ni.
aku : jap2. nak bank in pe ni?? untuk pe?
timah : x.. ni haa bla bla bla bla bla *situasi dirahsiakan. lagipun x berapa penting*
aku : hohhh?? aku dah masuk area rumah aku kot.. klu kuar balik, cnfirm laa jammed. kau tau laa kan..
timah : pas kat aku no zenab

aku dengan geram, send msg kat salmah

aku : salmah. tolong bagi no zenab kat timah. kalau kau xde no zenab, gtau kat die. aku tengah drve ni.

sila beri perhatian bahawa aku x pernah rapat pun dengan timah tu. dan dia mintak tolong aku bank in duit aku untuk benda yang xde kena mengena dengan aku. yup, die cakap nanti die bayar balik.. tu pun die suruh aku datang umah die and amik duit.. dan rumah die bukan dalam kawasan perumahan aku. get it?

aku bukan xnak tolong. aku xde laa jahat sangat. kawan2 aku semua pun tau aku akan tolong KALAU aku boleh. dan situasi tu terus aku buat bengang dan geram. sebab aku pk dah laa aku balik dari kursus, tengah drive pulak. tibe2 die suruh aku buat itu ini. aku orang gaji die ke?

ye la.. bagi korang, "alah...xde pe pun kursus tu....." .. well, up to u... aku still ingat dialog aku and arwah mak..

aku : amcam mak? best gi kursus?
mak : best jugak.. macam2 aktiviti buat..
aku : owh... kalau best, xde laa penat kan mak? *sebab dalam hati nak ajak mak g jalan2*
mak : gi kursus mane pun, mesti penat. bangun pagi, ade aktiviti. habis pulak petang. kalau nasib baik, malam tu xde aktiviti. kalau ade, memang x larat la. nak drive lagi. tempuh jammed lagi.. blaa blaa blaa blaa *mak aku bebel panjang menunjukkan die penat*

so, aku baru dapat rasa ape yang die rase. lagi2 bile muncul si timah tu. aku patut geram, kan? kalau korang rasa aku x patut geram, sukati korang la. kesah pulak aku.


"For friends, we are just bra. They wear us. Got a breast implant. They threw us away and hope to never see us again." nazrin saad.

Thursday, June 3, 2010

jealousy

jeles tengok orang lain happy2...
jeles tengok kawan2 lama doing a great life...
jeles tengok diorang bercouple2 depan aku...
jeles when they are happy with their life...

what? am i not happy?
yup, i'm happy enough...
but not now..
i...feel....so............

whatever~

Friday, February 26, 2010

keemoan terserlah..

ye...hari ni aku sangat emo...mula dari kelas tadi...assignment yang x siap sebab orang lain buat hal...group project yang nak kena hantar tiba2 tapi sebenarnye x siap lagi...then benda yang kitorang buat susah payah tidak diterima, tidak memuaskan dan perlu diperbaiki lagi...itu sangat down....

pasal hal project tu pulak terpaksa aku ulang alik dari fac ke kolej then ke fac semula...x termasuk lagi assignment yang kena buat pembetulan..bukan 1, tapi 3 assignment...wah...nasib baik group project..xde laa beban sangat..but still...

petang tadi xla emo sangat...just kuar beli barang dengan fatin and kak wawa..beli barang2 jualan untuk hakera...x emo pun..just aku penat dari segi mental...nasib baik diorang best..xde laa aku emo secara tiba2...tapi, sebab aku x dapat lelapkan mata, aku jadi sangat penat....

sampai kolej lak kul 8.40 malam setelah menempuh hujan dan kepenatan...meeting teater kul 9...so aku inform pengarah yang aku mungkin lambat sikit....then bila aku datang, baru 2 orang yang tiba...biase la tu...perkara selepas itu x perlu dituliskan di sini...hanya orang tertentu yang tau secara detail tentang apa yang berlaku...

dan apa yang berlaku ketika itu memang aku sangat sangat emo...even aku still terasa sehingga sekarang...aku akan try lupakan kejadian tu tapi mungkin ambil masa yang lama...sebab aku sangat bengang, terasa and sangat x berbaloi....rumet je laa jadi tempat luahan aku...thanx alot, kk....

disebabkan keserabutan yang mendadak dan bertimbun, aku terus menerima jemputan abg palie untuk melepaskan tensi di mapley...aku ajak rumet...rupa2nya abg palie ajak abg nas..so, on saje...asalkan orang yang menyakitkan hati aku hilang dari pandangan...asalkan aku kuar dari ukm seketika untuk melupakan rasa emosi itu....

namun, perasaan tu xkan hilang..sebab kini aku di ukm semula...perlahan2 perasaan tu semua datang memenuhi ruang ketenangan aku...aku cuba tenang...dan kat sini je la tempat aku luah...

sekarang aku amat busy...kerana aku yang membusykan diri...aku x mampu nak hadapi ruang2 kosong dalam kehidupan harian aku...sebab aku takut untuk hadapi perasaan rindu dan kosong tu...even waktu tidur pun aku lanjutkan supaya aku betul2 mengantuk dan terus tidur...so, x perlu laa fikiran aku melayang2 fikirkan betapa kosongnya hidup aku sekarang tanpa arwah....tapi, aku harus kuat dan tabah...aku tau...

so, mari buat kerja!sekian~

Tuesday, February 16, 2010

harap2 matahari tu bersinar kembali

ye..tajuk mungkin x sesuai dengan keadaan malaysia sekarang yang panas menggelegak...tapi, tajuk itu datang dari perasaan...bukan dari cuaca...

nape aku pilih tajuk ni?sebab ade kawan aku cakap, muka aku dah xde seri...then ade yang cakap "weh wann..pehal kau dah x bersosial skrg?kuar ahh jumpe matahari.." ..gila..dah laa rasa panas walaupun duk dalam umah..ni nak suruh aku jumpe matahari lak...ye la..aku paham laa maksud die nak suruh aku kuar....tapi, aku dah xde mood untuk semua tu...mungkin belum lagi...

sekarang aku x rase macam nak keluar berfoya2...mungkin nanti...sekarang aku x rase macam nak on9 24/7....mungkin nanti....sekarang aku x rase macam aku perlu bergelak ketawa dengan rakan2 di mapley hingga subuh...mungkin nanti....

aku ada janjikan sesuatu dengan keluargaku di ukm...aku akan luangkan masa dengan mereka lepas habis campus election..tapi lain pula jadinya...betul kata abg nas...jangan janjikan sesuatu yang tidak pasti...maaf, DOT...aku perlukan sedikit masa sebelum aku boleh jadi seperti dulu....tapi jangan risau tentang aku...aku ok...walaupun bukan itu yang anda lihat sekarang...

ye..aku perlukan sedikit masa...kerana aku perlu kejar cita2 dan impian yang belum tercapai..aku perlu buktikan sesuatu kepada keluarga terutama kakak aku...maaf kerana telah mengecewakan anda sekali lagi...mungkin lepas ni aku akan menolak jemputan2 untuk melepak...tapi ketahuilah bahawa aku nak sangat melepak dengan anda semua seperti dulu...kalau masa mengizinkan, aku akan tebus tu semua...itu janji aku...walaupun kita xtau masa depan nanti macam mana...

untuk kawan2 yang lain, mungkin aku dah xleh nak cari masa untuk korang..banyak benda yang perlu aku selesaikan sekarang ni...sesiapa yang telah melaluinya, mereka tau...dan sekali lagi aku ulang, aku perlukan buktikan sesuatu kepada keluargaku...terima kasih kerana masih sudi berada di sini untuk aku...tapi, jangan risaukan aku...aku ok....aku ok......

sila tegur jika anda semua lihat aku telah lari dari landasan kebenaran...aku masih belum matang dan memerlukan seseorang untuk menarik aku kembali ke landasan tersebut...kerana sinar itu telah hilang....

sekian~

Saturday, January 23, 2010

selalu kan?

bile aku happy je, mesti lepas tu aku down...
x pernah ahh aku leh happy sepanjang hari...
tengok ahh sok..
bile kuar dengan dot, mesti aku happy..
mungkin malam tu xkan happy dah...
walaupun aku x terfikir pun pasal tu, mesti kejadian yang x happy, akan datang gak..
standard ah!!
ok...
sekian~

Tuesday, January 19, 2010

dugaan ketika aku jiwa kacau

ok...jiwa memang kacau....dengan kawan2 leh laa gelak2 macam setan...tapi dalam hati ni aku sorang je laa tau..kadang2 ade laa aku luah kat rumet...kat abg nas..sebab dengan diorang je aku selesa nak share or carut pape...

first skali aku pressure pasal mefek..tu aku dah cite kan?pasal mefek dah pun lepas, x pressure dah la...pastu assignment lab c++ yang aku dapat 2 minggu lepas...pergh...susah kot...die bagi 2 minggu untuk siapkan...1st week dah terbantut sebab mefek...2nd week, aku bantutkan jugak...weekend hari tu dah laaa ade kursus aspirasi...memang habis jahanam ahh lab aku...nasib baik ade kawan2 aku yang sudi, baik hati nak tolong aku..trimas laa yan, mai dan sape2 je laa yang rase macam ade tolong aku untuk c++ nih...

cam biase la, c++ ni leh copy paste je...pastu error semua pandai2 ah betulkan sendiri...selalu je jadi bile member punye cun abes ahh bile compile..tapi bile dah copy paste, cam haram menimbun error dia..memang pressure ah...so, semalam aku ngan mai lepak kat fac dari pagi sampai petang sebab nak siapkan c++ tu guna ubuntu kat lab *well, mai je laa lepak dari pagi sampai petang sebab aku x datang kelas pagi* ....

aku copy paste dari yan..then berlambak laa error...dah laa xleh run...so, lepas bertungkus lumus dengan mai nak betulkan error, kitorg give up....kitorang pulang saje ke kolej dengan harapan time kelas nanti ade orang sudi bantu...last2, dalam lab c++ tadi, aku punye program boleh run dengan jayanya dan aku terjerit kuat2 sehingga coursemate ku semua pandang sinis..hahahahaha....sory beb!

untuk c++ nih bahaya gak sebab walaupun kau dah copy paste, compile dengan run baik punya, kalau kau x reti jawab soalan lecturer tu, x dapat ahh markah..nasib baik die tanye soalan simple je..boleh laa aku jawab...so, lepas aku kusut2 dengan c++, berjaya jugak akhirnya...kesimpulannya, c++ kembali bertakhta dihatiku!!

yang aku still jiwa kacau sekarang, selsema, batuk dan demam aku...selsema still berterusan dari last week lagi...batuk kadang2 datang...demam, setiap kali aku sejuk melampau especially hari ni...aku pinjam moto syafiq *ben* sebab nak ulang alik dari fac ke fssk...so, bile dah hujan lebat tadi, terpakse gak ah redah je sebab lab basic electronic dah nak start time tu...habis basah lenjun baju dengan seluar aku...nasib helmet ben tu full face...aku pun kesejukan lalu demam semula...haihhh....

pastu mak aku lak buat ayat sentap lagi "xleh jugak balik minggu ni?ish....ingat ke jalan pulang?" ...wuargh.....aku kan dah cakap, aku bukan anak manje walaupun aku anak last..tapi mak aku sangat menyeru supaya aku selalu balik umah...kalau boleh, die nak every week aku balik umah...pergh...lagi ahh tensi aku..dah laa aku memang xleh nak balik campur pulak dengan pressure2 gini..mak aku lak bawak kuar ayat sentap cmtu....aku paham ahh perasaan die sebab dari form 1 aku x duk umah..ni dah study dekat pun x balik umah gak kan..mane x ngamuk beliau...nak xnak, terpakse ahh aku skip kelas jumaat ni so that aku leh laa lepak lame2 skit kat umah..xde laa mak aku bising kan...dah laa kene balik ukm hari sabtu pagi sebab ko-k...3 kali dah x g..huhu...pape lah.......

hari ni ade satu lagi benda yang aku down tapi aku xnak cite..buat ape..bukan leh setel pun kalau takat tulis kat blog je, kan?hahahaha...k ah..tu saje...sekian~

Monday, January 18, 2010

sudah dewasakah aku?

aku baru pulang dari kursus aspirasi..butiran kursus tersebut sangat sulit jadi, x perlu tanya kerana aku xkan cerita pun..lain laaa kalau ade yang nak sponsor aku g venice..ngahahaha...ok...itu keluar topik...

melangkah je ke tahun 2010, menandakan umur pun meningkat saban tahun..saban hari...aku sungguh selesa menghadapi tahun2 sebelumnya walaupun banyak obstacles and stuff tapi aku x kesah..kerana aku masih belasan...dan bagi aku, umur belasan tahun masih lagi mentah dan banyak lakukan kesilapan untuk belajar erti kehidupan...tapi, bila melangkah ke tahun puluhan, aku rasa bimbang...banyak tanggungjawab yang perlu dipikul...dan bukan semua perkara boleh dipandang remeh seperti sebelumnya...

mengapa aku fikir tentang ini?kursus aspirasi memang x memberi impak terhadap kesedaran umur....tapi aku belajar bagaimana mahu membawa diri..ye la..aku ngaku..aku memang sombong dan x reti nak bergaul dengan orang baru kenal..tapi, aku cuba juga, kan?hahahaha..cukup setakat itu...

tahun ini, bulan november, aku berumur 20 tahun...haihhh...sangat berat dada aku bila memikirkan umur itu..bukan takut untuk menghadapi hari tua..tapi takut akan cabaran dan tanggungjawab yang akan datang...lagi setahun, aku akan bebas dari pegangan keluarga...itu juga sangat besar tanggungjawab...kerana aku perlu menjaga diri sendiri dan prepare for all the consequences of my doings...huh....

aku berazam untuk tidak menyusahkan mak dan kakak lagi *ok..nampak macam aku slalu nyusahkan mereka* ....sebagai anak bongsu, aku sangat nakal..semua benda aku nak buat sendiri tanpa pertolongan mereka..last2, mereka kena tolong juge kerana aku telah pilih jalan yang salah...haihh...harap2 umur yang matang ni akan mematangkan juga pemikiranku...roomate aku kate, aku dah cukup matang...tapi, aku x rasa begitu..aku perlu lebih matang...ya....

entry kali ni mungkin x bermakna bagi segelintir pembaca...tapi, inilah luahan aku untuk blog..so, aku kesah pe??hahahaha....sekian~

Tuesday, January 12, 2010

hari down sedunia

sepatutnya aku update tentang camp kdo 1malaysia hr tu...tapi aku xde mood sekarang...aku sedang down...

mungkin tajuk agak hiperbola..tapi, biarkan saja aku dengan pemikiran aku...

pagi tadi bermula dengan ceria...sungguh ceria..bangun awal..ke kelas...pulang ke bilik...kemudian kelas asas elektronik tadi mungkin merupakan titik tolak kepada ketidakstabilan mood aku hari ini...dah laa lambat..kene buat 5 soalan yang x sempat aku siapkan..jadi aku hantar kertas kosong sekaligus namaku popular sebentar diumumkan di DEWAN kuliah tadi..merah padam mukaku...

dicampur pula rasa mengantukku yang x semena2...sempat tido sekejap je kat bilik mengakibatkan aku pening2 ke kelas hubungan etnik...tapi kelas tu ok je..seronok seperti biasa..dan habis tepat pukul 7...

lepas makan malam dengan kk di bilik, aku pun mengambil kesempatan untuk melelapkan mata..mula2 di atas lantai..kemudian melompat ke atas katil...kemudian terbangun tepat2 masa untuk ke meeting aspirasi...bergegaslah daku dan aku pening2 kembali...

kami meeting dengan aku kebekuan di bawah air cond...jawatan aku dinaikkan...ok..itu agak stress kerana aku dah dapat rasa tanggungjawab yang berat itu...kemudian trip ke KFC bersama DOT hujung minggu ni terpaksa dibatalkan kerana aku perlu ke kursus aspirasi selama 2 hari 1 mlm...

aku rase bersalah...dah lame abg say o merancang trip itu..tapi syik ditunda..dan kali ni ditunda lagi kerana aku...tapi aku berkeras...tapi beliau lebih keras..jadi aku pun mengundang semula semua ahli DOT untuk menunda tarikh trip tersebut..belum ada yang reply..x mengapa...

kemudian aku mengajak ismeth untuk melantak di KTHO bersama abg nas...ismeth x reply..itu menyumbang kepada tahap stress aku...bukan salah beliau..mungkin kerana aku amat perlukan teman untuk mabuk2 sebentar...abg nas pula masih sibuk..jadi, aku pun menyibukkan diri di bilik dengan siri2 one piece...

kemudian sedang aku mengelamun melayan keemoan, abg zul *kawan mak* memberitahu bahawa ibuku demam..aku makin down..dah la aku asyik menolak pelawaan beliau untuk pulang ke rumah..ingatkan minggu ni nak balik laa rumah selepas bersuka ria di KFC...tapi ada pula kursus aspirasi tu...haihhh...

sumpah aku sedih...memang aku selalu cakap, aku bukan anak manja..tapi semua orang pun tau, bila mak demam atau sakit, mesti kita rasa nak je balik, jaga dia...mula rasa bersalah kalau ada melawan cakap dia..tapi aku nak balik bila?tadi aku ym mak...mak x reply...then die terus logout...mungkin dia marah aku?atau mungkin dia x perasan ym dari aku?apa2 pun, aku amat sedih..sehingga sekarang..jangan cuba bantu kerana perasaan ini aku perlu overcome sendiri...esok aku akan call mak, tapi bukan malam ni..biarlah dia berehat dahulu...

itu sahaja..sekian~

Sunday, January 10, 2010

kejatuhankah?

kejadian mefek...warga dot semua tau kejadian mefek..namun aku menulis untuk orang lain juga..jadi, aku akan ceritakan serba sedikit tentang perjalanan dot untuk mefek 2010...

bermula dari perbincangan jalan cerita...semua orang menyumbang idea...tema ketika itu adalah 1malaysia dan muzikal..jadi, timbul pelbagai idea..kisah ibu dan anak yang berlainan bangsa...kisah warung mamak...3 sekawan...dan akhirnya idea datang dari abg nas yang diterima pakai....

tidak lama kemudian, kami dapat surat invitation yang rasmi dari kajai...mereka menyatakan bahawa tema 1malaysia itu hendaklah disertakan dengan sedikit unsur dari filem2 P.Ramlee....ok..itu sangat membingungkan...jadi kami teruskan dengan idea asal abg nas dan skrip asal ditulis beliau...jalan cerita tersebut tidak perlu diceritakan di sini...jika ada yang mahu tau, sila minta video kerana xleh nak upload masuk youtube...

sesi latihan bermula dengan agak hambar..teruk...dan pelbagai masalah timbul...seperti juga hubungan adik beradik..walau rapat macam mana sekalipun, tentu bergaduh juga, betul x?dua hari sebelum pertandingan, kami rapat semula setelah segala perselisihan dijelaskan...

selama dua hari tu la kami betul2 practice...segala scene yang x siap, kami siapkan..segala lagu yang perlu tiada, kami adakan siap dengan lirik yang telah diubah...segala koreografi juga telah direka...dan sempat juga kami menukar beberapa scene..bagi aku, itu sangat hebat...syabas DOT...

seperti biasa, jika berlatih dengan DOT, mesti la pulang lambat...lagi2 kami kesuntukan masa...selalunya selepas subuh baru tidur...jadi, ade la antara kami yang x tidur dan terus ke kelas...lambat dan juga x datang kelas, contoh terbaik adalah Ismeth..haha...

tapi, apakan daya...aku memang rasa yang segala kami dah tempuhi amat x berbaloi, tapi aku tau ade hikmahnya di sebalik kekalahan ni...kak leha cakap "batch kami x pernah x dapat placing"...itu aku ingat sebab aku rasa terkilan juga bagi pihak dia...tapi, bagi batch aku, mula2 lagi kami dah dapat 1st untuk boria..kemudian 2nd untuk english drama...tipu la aku kalau aku kata kami x berlagak...bagi aku, kalau kami x kalah sekarang, bila lagi?mungkin jika kami kalah kemudian, mesti kami akan down dengan teruknya..jadi, biarlah kami rasakan kekalahan ini sekarang...

jadi, kami dapat pengajaran dari situ...jangan pandang remeh pada kolej2 lain...dan jangan terlalu konfiden dengan apa yang kita ada..bagi aku, ini bukan kejatuhan..ini adalah titik tolak untuk kebangkitan....aku masih sayang mereka tidak kira apa jua berlaku...itu sahaja..sekian~

p/s : tahniah kepada abg hazal kerana dapat anugerah pelakon lelaki terbaik..dan tahniah kepada abg say o kerana mendapat tempat pertama dalam pes 10...dan tahniah kepada kk kerana berjaya membawa watak tengku zaleha sehingga merentap hati dan perasaanku...

Friday, December 25, 2009

aku yang gila

minggu ni sangat dahsyat...scary dan hell....ni 1st week dalam sem 2...so, aku busy selesaikan hal2 pendaftaran, jadual klas dan lab....lari sana..lari sini...kelam kabut on9 sebab nak bukak spin dan smpweb ukm semata2 nak check balik jadual, drop subject...amik subject...kejar klas tu..kejar klas ni....miserable...

lepas selesaikan semua hal clashing class, lab and stuff, aku susun betul2 jadual...wahhh...memang xde mase untuk diluangkan bersama anime atau movie...ade pun waktu malam tapi dah tentulah untuk dihabiskan bersama keluarga DOT ataupun siapkan assignment...dan aku makin gila...

minggu ni juga aku sangat down..i mean it...SANGAT...aku x perlu ceritakan di sini...orang lain x patut tahu tentang kisah sebenar...biar aku je yang menghadapinye dengan tabah *selagi aku mampu* ....

tapi, ade juga kejadian yang mampu membuatkan aku tersenyum gembira walaupun hanya sekejap...abg nas dan roomateku, kk, buat surprise...mereka bagi birthday cake ketika meeting DOT...dan hadiah *kasut feminin* pada keesokan harinya...walaupun simple dan bersahaja, aku tetap gembira bagai nak mati kerana aku sayang mereka dan aku juga tau mereka sayang aku...

memanglah result sem1 aku tak lah hebat kalau nak dibandingkan dengan orang2 lain tapi aku tetap bersyukur dengan result aku kerana aku x pernah dapat result yang sebaik itu..jadi, aku ada hak untuk bangga...tapi mungkin x cukup dan aku sangat kecewa di situ...ade orang mengharapkan terlalu tinggi tapi aku hanya mampu bagi setakat yang aku boleh..jadi, mereka x suka, dan aku kecewa....

walaubagaimanapun, sem 2 yang terpaksa dilalui dengan 25 jam kredit *8 subjects* akan aku tempuhi dengan senyuman...walaupun aku terpaksa menjahit bibir aku untuk menggagahkan juga senyuman itu...dan jika mereka x mahu lagi mengharap pada aku, aku akan buktikan, aku mampu buat mereka bangga semula dengan aku...

sekian~