Showing posts with label lapar. Show all posts
Showing posts with label lapar. Show all posts

Monday, June 20, 2011

time exam fikir pasal jawapan ke makanan?

dari start enjin kereta sampai la aku tengah jawab paper information sharing tadi, aku asyik fikir je pasal lunch. exam mula pukul 8:30 am sampai 11 am. ok la tu.

paper tadi ada 3 section. tiba2 section A dengan B aku excellent gila. sebab lebih kurang dengan tutorial yang aku buat semalam.

sampai section C, aku menung. tengok jam, baru pukul 9. banyak masa lagi ni nak fikir jawapan.

"kalau keluar sekarang, boleh beli nasi lemak sambal sedap."

dengan lajunya idea nak tibai bertalu2 datang dan dengan hensemnya aku keluar dewan dengan semangat nak makan nasi lemak.

nak makan sekarang!

p/s : harap2 x dapat C untuk paper tadi. heh.

p/s/s : kadang2 rasa Will nampak ganas berbontot merah.

Saturday, May 14, 2011

why do people change?

kalau manusia berubah, perasaan tu berubah jugak tak?

kenapa manusia berubah?

perubahan tu sesuatu yang menakutkan. sebab ia satu benda baru.

tapi kalau perubahan tu menyebabkan kehilangan, tolonglah jangan berubah.

at least biar aku tau perasaan tu takkan berubah.

Wednesday, May 4, 2011

Pilah. yay.

esok pergi Kuala Pilah. wakil KTR. dengan budak2 kebudayaan lain. program anak angkat sambil bermesra lah, kot.

kitorang kena ajar budak2 sekolah benda2 kebudayaan ni. macam teater, ajar teater lah. tarian, ajar tarian. nasyid dan lain2 tu ajar ikut diorang punya side lah. macam KTR, dapat 20 orang budak sekolah menengah.

xtau lah best ke x. aku xde geng ni kalau semua orang xnak gi. kalau macam tu, ade 3 orang je wakil KTR untuk ajar 20 orang budak sekolah. seronok, bukan?

memandangkan aku x suka budak sekolah menengah, tengoklah aku handle diorang macam mana nanti. mungkin aku akan banyak ignore diorang, kot.

ntah. xde mood.

fucking retard



tadi struggle bangun kul 7 lebih sebab nak gi kelas kul 8. rupa2nya kelas kul 12. damn.

"bangun ah. dah 7:30"
*tengok handphone lagi satu*
"baru kul 7:15!"
"jam kau lambat"

time mandi, fikir pasal jam. hari2 aku set kul 7:15 am, so that aku bangun, fikir dah 7:30, then aku akan cepat2 bangun.

lepas tu mesti aku akan lambat2 siap sebab fikir jam handphone aku dua2 baru kul 7:30 walaupun waktu sebenar dah kul 7:45.

haha. aku memang suka menipu diri sendiri.

Tuesday, May 3, 2011

yeah whatever.

tadi pergi tesco. lalu kedai kek sebelah pizza hut, sebelah kfc. tengok ade promotion dengan berhiaskan kaler purple. so aku terus berhenti untuk membaca.

"Early Bird Promotion! Every purchase of Mother's Day cake, get a bouquet of roses"

yelah. sekarang baru nak ada promotion macam ni. aku terus beli beberapa jenis bagel sebab macam tiba2 lapar.

orang tensi selalu shopping, makan or tido. dulu aku tido. sekarang aku shopping makanan. lepas tu xtau macam mana nak habiskan semua makanan tu. hahah.

and yeah, Happy Mother's Day to all mothers out there.

Saturday, April 30, 2011

aku xde kolej untuk short sem

hari ni kena balik rumah. kakak suruh. tapi hari selasa dah start short sem.

short sem lebih kurang 2 bulan lah kot. dalam masa tu ada dekon. ntah macam mana aku boleh volunteer masuk produksi. bukan boleh pergi sabah pun. horghh..

then maybe pergi Indonesia untuk buat show teater dengan Universiti Indonesia. kalau kakak aku tau aku pergi, mesti die mengamuk. sebab pergi Indonesia lepas exam short sem. so, aku x balik rumah lah. alah.. berapa hari je pun.

lepas tu cuti lah sampai praktikal. xtau lah berapa lama cuti tu. dah biase x cuti lama2. heh.

sedikit olah vokal untuk short sem.

"aisyah rasa sushi masam masa short sem"

Thursday, April 28, 2011

kalau paper hujung2 ni memang selalu gabung ramai2 eh?

tadi last paper kat DTAMS pukul 12 tengahari. sampai awal. sebelum 11.30. aku kaget. semua muka x kenal. muka budak FPI ade, budak law ade, budak FPEND pun ade. ape kejadah paper aku campur dengan diorang? bukan paper HE or TITAS pun.

tadi paper AutoCAD.

"wan, autocad tu ape?"

"computer aided design"

"er..camne tu?"

"buat objek 3D guna solidwork. lepastu boleh terus sambung ke mesin untuk hasilkan replika objek tu. kalau nak buat satu produk terus pun boleh"

"lepastu kau exam, nak tulis ape? sejarah2 CAD ke?"

"lukis2 lah. kot."

"macam mana nak lukis 3D kat kertas?"

"er..good point"

hahah. tadi memang kerja aku melukis je. pastu keluar awal. lepas tu budak kelas aku marah sebab aku keluar awal. nak buat camne. aku lukis benda paling simple je dalam semua contoh tadi.

aku lukis kotak2 3D. nak nampak bijak sikit, tambah kon. dengan lubang2. hehe. tapi Daniel keluar 15 minit awal dari aku. mesti die lukis bulatan je.

soalan essay last skali je xde lukisan. tapi ade peta minda. amacam? nampak bijak x aku?

sekarang most of budak2 kelas aku mesti baru nak keluar dewan. aku dah siap keluar tapau nasik, dan salin baju selesa kat bilik.

ok. nak makan nasik sambil tengok One Piece.

Sunday, April 17, 2011

KL FlashMob

Bertempat di KLCC.
Ingat nak gi support FlashMob ni.
Tapi x kesampaian.

Sebab bangun dah tengahari.
Roomate asyik tido.
Sambil study, tengok roomate tido.
Lepas tu tengok katil.
Tak sampai 2 chapter aku study, aku tido jugak.

Last2 bangun kul 8.
Damn.

Lain kali ada FlashMob, ajak la eh?