Showing posts with label dah habis exam. Show all posts
Showing posts with label dah habis exam. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

aku xde kolej untuk short sem

hari ni kena balik rumah. kakak suruh. tapi hari selasa dah start short sem.

short sem lebih kurang 2 bulan lah kot. dalam masa tu ada dekon. ntah macam mana aku boleh volunteer masuk produksi. bukan boleh pergi sabah pun. horghh..

then maybe pergi Indonesia untuk buat show teater dengan Universiti Indonesia. kalau kakak aku tau aku pergi, mesti die mengamuk. sebab pergi Indonesia lepas exam short sem. so, aku x balik rumah lah. alah.. berapa hari je pun.

lepas tu cuti lah sampai praktikal. xtau lah berapa lama cuti tu. dah biase x cuti lama2. heh.

sedikit olah vokal untuk short sem.

"aisyah rasa sushi masam masa short sem"

Thursday, April 28, 2011

kalau paper hujung2 ni memang selalu gabung ramai2 eh?

tadi last paper kat DTAMS pukul 12 tengahari. sampai awal. sebelum 11.30. aku kaget. semua muka x kenal. muka budak FPI ade, budak law ade, budak FPEND pun ade. ape kejadah paper aku campur dengan diorang? bukan paper HE or TITAS pun.

tadi paper AutoCAD.

"wan, autocad tu ape?"

"computer aided design"

"er..camne tu?"

"buat objek 3D guna solidwork. lepastu boleh terus sambung ke mesin untuk hasilkan replika objek tu. kalau nak buat satu produk terus pun boleh"

"lepastu kau exam, nak tulis ape? sejarah2 CAD ke?"

"lukis2 lah. kot."

"macam mana nak lukis 3D kat kertas?"

"er..good point"

hahah. tadi memang kerja aku melukis je. pastu keluar awal. lepas tu budak kelas aku marah sebab aku keluar awal. nak buat camne. aku lukis benda paling simple je dalam semua contoh tadi.

aku lukis kotak2 3D. nak nampak bijak sikit, tambah kon. dengan lubang2. hehe. tapi Daniel keluar 15 minit awal dari aku. mesti die lukis bulatan je.

soalan essay last skali je xde lukisan. tapi ade peta minda. amacam? nampak bijak x aku?

sekarang most of budak2 kelas aku mesti baru nak keluar dewan. aku dah siap keluar tapau nasik, dan salin baju selesa kat bilik.

ok. nak makan nasik sambil tengok One Piece.