Showing posts with label ngantuk juge ye. Show all posts
Showing posts with label ngantuk juge ye. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Personaliti aku menurut pandangan psychologist

"Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda.
Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup.
Smua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.
Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan.
Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus."

Benda ni aku jumpa kat fb. Personaliti ikut birthday masing2. Aku tengok ramai sangat post benda ni so aku pun baca lah..

Bila aku baca personaliti aku ni, I was like "Wow. Macam betul gak benda ni". But then aku baca personaliti untuk orang birthday lain. Guess what? Yang lain2 tu pun ada jugak yang macam sama dengan diri aku. Pfft.

Dalam zaman moden ni pun ramai lagi eh orang percaya benda2 camni. Kalau untuk suka2, boleh lah. Tapi jangan la percaya terus. Tu semua psikologi je. Sama macam horoskop ah.

Sadly, yang paling ramai percaya benda ni, orang Melayu lah.

Saturday, August 13, 2011

simpang bersepah

simpang nak masuk taman aku xtau la nak kata simpang empat ke simpang apa. tapi dari dulu aku ngan mak aku panggil simpang tu simpang bersepah.

awal2 pindah sini dulu xde lagi traffic light. bayangkan je la macam mana semua orang berebut2 nak lalu dulu. tengok gambar ni.


jalan hala ke taman aku tu naik bukit. kalau datang dari arah kanan (dalam gambar) tu, memang x nampak pun kereta datang dari arah kiri (bawah bukit). kena intai sampai keluar kepala kat tingkap baru nampak kereta yang kat area rumah-rumah orang tu.

lepas dah dapat lesen, berdebar la juga nak lalu simpang ni. tapi terpaksa la jugak gagahkan diri sebab ni je satu2 nya jalan nak balik rumah. dah la xde lampu jalan. kalau malam, memang semua orang sanggup berhenti lama2, tinjau dulu kiri kanan depan belakang, baru jalan.

x lama lepas tu baru la diorang tambah lampu jalan dengan traffic light. tu pun nasib je la kalau lampu jalan tu elok. kadang2 silau je mata sebab lampu jalan rosak, traffic light je hidup. bangang jugak sistem lampu2 kat simpang tu.

tadi, traffic light kat simpang tu rosak. arrow merah2 tu hala perjalanan aku. memang neves. boleh tahan juga bilangan kereta bersimpang siur x sabar2 nak jalan tadi. dah sampai waktu lunch, macam tu la.

nasib baik aku x lalu time budak2 balik sekolah. kalau x, semua orang stuck kat tengah2 tu. campur dengan budak2 sekolah yang melintas macam ayam, pengguna jalan semua kucar kacir nak balik rumah, simpang tu akan jadi macam medan perang. scary.

tu pun jalan tu dah upgrade sikit. sebelum ada traffic light dulu, jalan tu lagi la x senonoh. tapi x pernah pulak aku tengok orang accident teruk kat situ. kira bersopan santun la juga orang2 taman aku ni ya? hahah.

p/s : sakit perut. jap lagi ada reunion kat Shah Alam. macam mana aku nak habiskan semua makanan sedap kat buffet tu nanti?

Wednesday, May 4, 2011

fucking retard



tadi struggle bangun kul 7 lebih sebab nak gi kelas kul 8. rupa2nya kelas kul 12. damn.

"bangun ah. dah 7:30"
*tengok handphone lagi satu*
"baru kul 7:15!"
"jam kau lambat"

time mandi, fikir pasal jam. hari2 aku set kul 7:15 am, so that aku bangun, fikir dah 7:30, then aku akan cepat2 bangun.

lepas tu mesti aku akan lambat2 siap sebab fikir jam handphone aku dua2 baru kul 7:30 walaupun waktu sebenar dah kul 7:45.

haha. aku memang suka menipu diri sendiri.

Tuesday, April 19, 2011

nak demam?

baru bangun tido. erk. rephrase. baru tersedar dari tido (sebab tertido atas kerusi, depan lappy). then rasa macam nak demam. ahh crap.

dahaga! dahaga! dahaga!!

Thursday, March 3, 2011

hujan jugak akhirnya

aku baru baik demam. still, xde mood nak update blog.

owh. aku baru jumpa method baru kumpul duit dari blog selain dari nuffnang. ye lah. duit makin hari makin sikit.

dah berjaya nanti aku bagitau lah benda apa. sekarang xde mood. sakit tekak. hoh.

Tuesday, February 8, 2011

pukul berapa Datuk Harimau

selama aku hidup, kalau aku mimpi harimau je, mesti sesak nafas. lepas tu bila bangun, sakit dada. x paham.

tapi mimpi harimau bukan macam mimpi yang lain, boleh terbangun sendiri. mimpi harimau kena ada orang kejut. kalau x, aku rasa boleh mati kot. huhu..

pernah sekali tu masa aku form 3. aku tido dalam kelas time prep petang. budak2 semua dah balik dorm tapi tinggal aku sorang je kat kelas. mimpi harimau. xde sape kejut. aku sampai xleh bernafas langsung dalam mimpi tu. nasib baik ada kucing tiba2 lompat atas peha. terkejut bangun, terus termuntah.

pagi tadi pun same lah. nasib baik ada orang call. tapi x sakit dada sangat sebab sakit perut lagi power. minggu ni je dah dua kali mimpi harimau.

*********************

semalam time mekap2 untuk Full Dress Rehearsal Takdir Illahi, budak2 ni sembang ah pasal game "pukul berapa datuk harimau" tu.

pastu bincang2 pasal apa significant kita nak tanya pukul berapa pastu datuk harimau tu datang kejar bagai.

last2 semua orang terfikir apsal la game tu wujud padahal macam xde benda pun.

hahahahaha~

Thursday, January 6, 2011

masyarakat 1Kucing. ok. konon nak nganjing 1Malaysia. tapi macam x jadi.

hari ni aku sedar masyarakat kucing dah makin maju. sekarang kucing dah x beranak merata2 pastu buang gitu je.

dan yang penting, kucing dah pandai lintas jalan. tadi aku tengah drive. tepi jalan ada kucing. die tengok aku, die stop. kebetulan ade bonggol. so aku brek skit2 sebab nak rendahkan impak langgar bonggol dengan ganas.

then bila die nampak aku slow sebelum bonggol, die pun melintas sebab die confirm die selamat. pastu aku kagum sorang2. terus nak tulis blog.

bila aku tengah susun2 ayat nak puji masyarakat kucing, tiba2 aku nampak ade kucing tergolek tepi jalan. eksiden.

*sigh*

awak.
awak tido comel lah.
=)