Showing posts with label lapa macam nak makan meja. Show all posts
Showing posts with label lapa macam nak makan meja. Show all posts

Monday, September 19, 2011

aku xtau pun kat sini hujan tadi

kerja banyak. tapi aku dah bosan.

opis yang memang senyap, makin senyap since semua orang pergi jamuan raya x ajak aku.

cepat lah pukul 1. aku lapar ni.

owh. komputer ni lembab nak mampus. camne aku nak upgradekan tanpa kacau apa2 program GiTN dalam ni?

hurm..

p/s : at last boss kat sini ajak gak aku gi jamuan raya. heh. satu-satunya boss tua yang hensem.
p/s/s : nope. x pergi jamuan raya sebab x larat nak jalan kaki jauh2 tengah2 panas.

Friday, March 18, 2011

merah jambu

dulu kau lemah lembut macam kain satin.

dulu kau peramah macam Cik Kiah.

dulu kau x ganas macam Incredible Hulk.

tapi sekarang kau dah lain. mulut dah lancang, kasar macam kertas pasir. melenting kuat macam orang letak cili kat bontot.

kau tau? sejak kejadian tu, kau dah berubah. kau sibuk cerita sana sini kat orang lain cakap aku dah berubah. tapi pasal kau, aku x payah cerita. semua orang nampak. semua orang tau aku atau kau yang betul.

xpelah. teruskan lah dengan hidup kau, wahai gadis. dan jangan kacau dah hidup aku.

Thursday, February 24, 2011

hari ni hari Khamis

hari ni aku hidup tanpa lappy. hari ni jugak lah aku hyper active.

1. aku kira duit syiling yang aku kumpul. aku letak dalam bekas pringles. berat dia ada lah lebih kurang dalam 10kg. agak2 dah sejuta kot tu. tapi tu belum tambah lagi dengan duit 5sen yang aku malas nak campur sebab kecik sangat. dan juga duit 50sen yang aku asingkan untuk basuh baju. kalau campur2, ada la dalam 2 juta.


syiling versi piramid

dah bosan sangat, aku tiru je corak kat karpet KK

2. aku basuh bedsheet, siap sidai kat bawah. pastu basuh lagi baju dalam bakul. pastu tunggu je depan mesin basuh. agak2 bosan, aku sandar kat mesin tu. boleh urut2 badan. mesin bergetar macam nak meletup.

3. lepas sidai baju, aku menung tengok bilik. terus amik penyapu, sapu lantai. semua celah aku sapu. tengok meja. lap meja pulak. sampai kilat2 boleh nampak muka.

4. lepas tu aku dah xtau nak buat ape. aku msg semua orang. ade la jugak yang reply. tengah lepak2, tiba2 aku dengar guruh. dah hujan. bedsheet yang aku baru sidai kat bawah dah basah. yay.

5. dapat lappy dalam kul 5. lega.

Tuesday, February 8, 2011

pukul berapa Datuk Harimau

selama aku hidup, kalau aku mimpi harimau je, mesti sesak nafas. lepas tu bila bangun, sakit dada. x paham.

tapi mimpi harimau bukan macam mimpi yang lain, boleh terbangun sendiri. mimpi harimau kena ada orang kejut. kalau x, aku rasa boleh mati kot. huhu..

pernah sekali tu masa aku form 3. aku tido dalam kelas time prep petang. budak2 semua dah balik dorm tapi tinggal aku sorang je kat kelas. mimpi harimau. xde sape kejut. aku sampai xleh bernafas langsung dalam mimpi tu. nasib baik ada kucing tiba2 lompat atas peha. terkejut bangun, terus termuntah.

pagi tadi pun same lah. nasib baik ada orang call. tapi x sakit dada sangat sebab sakit perut lagi power. minggu ni je dah dua kali mimpi harimau.

*********************

semalam time mekap2 untuk Full Dress Rehearsal Takdir Illahi, budak2 ni sembang ah pasal game "pukul berapa datuk harimau" tu.

pastu bincang2 pasal apa significant kita nak tanya pukul berapa pastu datuk harimau tu datang kejar bagai.

last2 semua orang terfikir apsal la game tu wujud padahal macam xde benda pun.

hahahahaha~