Showing posts with label practical. Show all posts
Showing posts with label practical. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

I won't use IE. walaupun langit nak runtuh!!

Setelah beberapa hari xde kerja.

S - Supervisor
W - Aku

S : Wan, sini jap.
W : Yep? (dengan buku dan pen di tangan macam nerd)
S : Awak tolong buat assessment kat page ni k?
W : HELL YEAH!!!
S : Owh, and you can't use Mozilla. Page ni boleh bukak dengan IE je.
W : HELL NO!!!

terus bakar komputer, opis, menara Annexe. balik rumah tengok Vampire Diaries.

**************
dah 2-3 hari jugak la sampai opis dekat2 kul 10. Supervisor, sila bagi kerja yang serius sikit kat aku.

GiTN ni kalau xde kerja, memang semua orang lepak2 je. nama pun anak syarikat TM. hahah.

Monday, September 19, 2011

aku xtau pun kat sini hujan tadi

kerja banyak. tapi aku dah bosan.

opis yang memang senyap, makin senyap since semua orang pergi jamuan raya x ajak aku.

cepat lah pukul 1. aku lapar ni.

owh. komputer ni lembab nak mampus. camne aku nak upgradekan tanpa kacau apa2 program GiTN dalam ni?

hurm..

p/s : at last boss kat sini ajak gak aku gi jamuan raya. heh. satu-satunya boss tua yang hensem.
p/s/s : nope. x pergi jamuan raya sebab x larat nak jalan kaki jauh2 tengah2 panas.

Monday, September 12, 2011

dah start buat projek nanti korang x payah dah tengok aku post entry hari2 ye

disebabkan ofis penuh dengan perempuan, topik keperempuanan sering menjadi perbualan.


antaranya ialah resepi, masakan, kuih muih, suami dan anak2.


topik yang sedang hangat sekarang ialah mengandung. dari pagi tadi x stop lagi cerita pasal baby dalam perut lah, perut keras lah, jaga berat badan lah, beranak nanti sakit lah, itu lah, ini lah. haih. penat nak dengar.


dengar kata aku kena pindah ke menara sebelah. supervisor aku nak bawak aku gi sana petang ni.


tapi sebab dah start bergosip, ntah bila la dia nak bawak aku tu ye?

Gelabah nak update blog sampai lupa letak tajuk. Ass.

Hari ni penyelia dah ada.



Meja kosong. Xde Komputer, xde telepon.
So, esok aku kena bawak laptop sendiri. Struggle ah esok nak naik tren bagai...


I will feel like this.
But at least aku akan dapat meja sendiri.


Sigh.

Thursday, September 8, 2011

hehe..saya nak tanya tapi x konfiden lah. hehe..

satu petang yang hening, masuk seorang gadis dari department lain ke department aku.


Gadis : Eh, sape ni? (merujuk kepada aku) Hehe..Sukati aku je tanya.


Aku : (senyum)


Gadis : (lepas sembang dengan orang lain) Oh, awak budak baru tu eh? Hehe..Tanya lagi..


Aku : Tak. Saya praktikal. (senyum)


Gadis : Dari mana? Ish. Nyibuk je kan aku tanya2?


Aku : UKM. (senyum)


Gadis : Course ape? Hehe..Banyak pulak aku tanya.


Aku : Komputer Industri (senyum dan terus pandang komputer)


aku x suka orang macam tu. kalau nak tanya, tanya je la. konfiden la sikit nak bertanya soalan. dah keje opis pun x konfiden lagi. huh.

Wednesday, September 7, 2011

kita tengok lepas Hari 1Malaysia macam mana

16 September - Hari 1Malaysia.
anda silap. ni bukan entry berunsurkan politik.

seperti syarikat ternama yang lain, TM pun suka menempa nama. so, aktiviti kawad, fund raising dan sebagainya amat digemari.

ofis sekarang agak kosong sebab ramai pergi training untuk kawad 1Malaysia kat Dataran Merdeka minggu depan. termasuklah bos aku.

sebab tu aku xde kerja nak buat sampai ke hari ni.

silap. tadi ada satu kerja. kena key in data orang kerja overtime. kerja tu pun aku buat x sampai setengah jam.

lepas tu, none, nothing, nada.

termenung lah aku sampai ke petang sambil main Plant Vs. Zombies.

lepas Hari 1Malaysia baru bos masuk kot. lepas tu introduce aku ke seisi department. dan akhirnya aku akan dapat meja aku sendiri.

dan mungkin masa tu aku akan ada kawan nak lunch sekali.

owh. this is why i'm all alone here. tengok list budak praktikal yang lapor diri Isnin lepas.

and the list goes on...
dalam 50 orang budak praktikal, aku sorang je kat GiTN. huh.

and aku sorang je lahir tahun 90-an.

p/s : baru hari ni aku berani update blog kat ofis. lagipun, kat sini diorang x pakai Mozilla. diorang pakai IE.

Monday, September 5, 2011

hampir2 nak update blog kat opis tadi tapi terbantut sebab orang asyik lalu lalang belakang aku

hari ni super bosan. so i'll just doodle it.










jam2 berikutnya, aku surf internet je lah. keluar makan pun x sebab kad pekerja aku x berfungsi lagi. so aku malas nak pinjam dari kakak2 dalam tu untuk keluar makan.

in the end, aku asyik tengok jam je. lambat betul masa tu nak bergerak ke pukul 5:30. hoh.

harap2 esok ada kerja untuk aku.

Wednesday, April 6, 2011

Practical!!

aku dah pilih syarikat nak practical. abg long aku dah offer buat kat Telekom je. tapi aku kena daftar dulu lah syarikat dia. for the mean time, aku pilih je dulu 3 syarikat ni.

1. KWSP - Jalan Reko Kajang. dekat dengan umah. yang paling penting, aku tau area2 tu. senang sikit. hehe..

2. Cleo Magazine - Damansara. aku pilih sebab aku suka mag ni. pastu aku rasa aku just kena buat design frontpage je kot. tapi susah. sebab jauh. =(

3. Koperasi UNIKEB - UKM. hahahaha..ni last choice. sebab xtau nak amik ape dah. yang lain2 tu more to engineering. walaupun course aku memang sepatutnya berkait dengan engin. tapi aku xnak jugak!

tapi lepas aku dah daftar Telekom tu, aku drop ah UNIKEB. gila. aku sorang je kot apply untuk UNIKEB. hahahaha..

hujan kejap je. lega. aku boleh study dengan aman. er..sambil baca manga. hehe.. harap2 x tido2 atas kerusi dah. sakit belakang ahh!!