"Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda.
Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup.
Smua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.
Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan.
Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus."
Benda ni aku jumpa kat fb. Personaliti ikut birthday masing2. Aku tengok ramai sangat post benda ni so aku pun baca lah..
Bila aku baca personaliti aku ni, I was like "Wow. Macam betul gak benda ni". But then aku baca personaliti untuk orang birthday lain. Guess what? Yang lain2 tu pun ada jugak yang macam sama dengan diri aku. Pfft.
Dalam zaman moden ni pun ramai lagi eh orang percaya benda2 camni. Kalau untuk suka2, boleh lah. Tapi jangan la percaya terus. Tu semua psikologi je. Sama macam horoskop ah.
Sadly, yang paling ramai percaya benda ni, orang Melayu lah.
No comments:
Post a Comment