Sebenarnya aku malas nak review panjang2 sebab tadi dah review puas2 sambil minum kopi lepas movie marathon.
Senang kata, jalan cerita menarik dan berterusan dari awal hingga akhir. Konflik jelas, dan agak berat la juga. Gaya Songlap ni macam gaya teater pun ada. Mungkin sebab banyak geng2 teater dan geng2 Aloy Paradoks dalam tu kot.
Serius, tadi tengok Songlap kadang2 rasa macam tengah tengok teater.
Bagi aku, watak dalam tu xde pun watak yang suci murni. Semua twisted, masing2 ada masalah dan dark characteristic.
Tapi yang aku tau, diorang tekankan orang jahat tu x semestinya jahat macam setan naharom. Contoh, kawan Ad yang penagih tu. Dia curi radio bapak dia, jual kat orang, siap hisap dadah lagi. Tapi dia bagi boleh bagi duit kat Ad walaupun dia tu bukannya orang senang2.
Si Am tu jangan cakap ah. Dia memang jual baby, main judi, jual perempuan, tapi tengok apa yang dia korbankan. Dia jaga Ad dari kecil, dan dia x marah pun Ad amik duit dia. Dia marah sebab Ad bagi duit kat mak a.k.a pelacur tu je.
Konklusinya, cerita ni berat x berat jugak la. Lawak2 dia pun menarik dan x klise. Konflik2 agak klise tapi diorang twist bagi menarik membuatkan aku punya rasa ingin tahu tu membuak2.
So, Songlap ni berbaloi la tengok kat panggung. Tahniah untuk Effendee dan Fariza Azlina kerana berjaya mengarah filem ni. Tahniah kepada Shaheizy Sam sebab berjaya membawa watak Am dengan berkesan.
Sumpah, kalau skrip ni boleh ubah ke teater, memang aku nak bawak skrip ni untuk PTU.
p/s : Ayam, gua suka doh lu berlakon. Tapi rambut lu tu trim2 ah skit, kurangkan serabut. Kirim salam kat Aloy. Bagitau dia, gua tengah free ni kalau nak panggil berlakon teater. Teehee.
2 comments:
Dah dengar belum cerita ayam kena bayar 500 ja untuk filem ni?
Daaahhh.. Kitorang dah sembang2 time minum kopi hari tu..
Post a Comment