Showing posts with label sakit tua dah datang. Show all posts
Showing posts with label sakit tua dah datang. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

Bulan Syawal

1. Raya
- tak best
- duit raya ada la dalam RM10
- kakak dah selamat bertunang
- seminggu kat kampung rasa macam 100 tahun duduk bawah batu

2. Kekeluargaan
- tiada ikatan yang semakin kukuh. semua sama
- kecuali kakak aku. dia mengikat ikatan kekeluargaan dengan tunang baru dia lah
- kubur mak makin cantik. like!

3. Praktikal
- esok start dengan GiTN, Menara TM, Bangsar. kalau pergi Mid Valley, singgah la situ belanja aku makan
- pergi kerja nanti naik tren. DUA tren. sebab kat BTS xleh nak parking, kena naik STAR kat Miharja. tukar Putra kat Masjid Jamek. kalau aku drive, 20 minit dah sampai. tapi sebab kat sana parking mahal, kena naik tren. nice kan? huh.
- xde handbag yang sesuai. ada sape2 nak belikan? aku malas nak shopping. hahah.

4. Kesihatan
- makin gemuk. masa raya x makan banyak pun. tapi dah gemuk. tahniah
- pinggang dan kaki sama2 sakit. sehati sejiwa
- demam. nak tido lah

bye.

Thursday, March 3, 2011

hujan jugak akhirnya

aku baru baik demam. still, xde mood nak update blog.

owh. aku baru jumpa method baru kumpul duit dari blog selain dari nuffnang. ye lah. duit makin hari makin sikit.

dah berjaya nanti aku bagitau lah benda apa. sekarang xde mood. sakit tekak. hoh.

Monday, December 27, 2010

hadiah sempurna untuk mama 2

Masturina ambil wudhu tepat ketika azan maghrib berkumandang. Masturina bentang sejadah dan solat maghrib.

selesai semua tu, Masturina terus capai Yasin.

hadiah birthday untuk mama x pernah sesempurna ini.

"Happy Birthday, mama"

Tuesday, December 21, 2010

hadiah sempurna untuk mama

Masturina - 12 tahun.

minggu depan birthday mama. Masturina bingung fikir hadiah yang best2 untuk mama. sebelum ni dah bagi jam, selendang, baju, kad yang lebih besar dari Masturina, subang, kasut. apa lagi yang Masturina belum bagi?

sekecil tu Masturina boleh memerah otak untuk hadiah birthday mama.

nak bagi BMW? Masturina masih belum mampu.

rumah? belum boleh buat loan.

pakaian? ah. dah pernah bagi.

teddy bear comel2? mama bukan kanak2.

makanan? nanti mama telan, tiada lagi kenangan hadiah tu.

doa? tiap2 hari Masturina berdoa untuk mama.

Masturina termenung sepanjang hari memikirkan hadiah birthday untuk mama.

yes. Masturina dah tau nak bagi apa untuk mama. hadiah yang paling sempurna.

Monday, December 20, 2010

hari pertama kelas di sem 2

hari ni aku berjaya pergi semua kelas. walaupun selalu habis awal. sebab 1st day kelas untuk sem ni. mesti ah habis awal. lecturer bagi intro je. malas nak start ajar.

semangat aku bangun nak pergi kelas. ok tipu. aku bangun lambat sebenarnye. terkocoh2 siap2 nak gi kelas.

lepas tu sekarang aku semangat cari buku untuk kelas simulasi robot. sebab lecturer kata buku diorang x jual kat fac dah. kena cari sendiri. tapi library kat ukm ni cam haram. xde pun buku robot yang aku nak. so kena cari kat luar. macam nak gi hari ni gak.

sekarang duduk kat old town. minum chocolate. gigih search buku. tak. aku xtau aku gigih buat apa sebenarnye. sebab aku macam semangat gila babi sem ni. tapi..

ntah.

i dont want u to go.
but i dont want u to suffer.
with me.

Sunday, November 28, 2010

ramai dah sepupu aku kawen. kakak aku bila ntah.

2-3 hari lepas aku kat teluk intan. kazen aku kawen. die ni kawen kena buat kenduri tok nenek dulu. sebab die anak laki kepada anak bongsu lelaki kepada nenek aku. x paham kan? hahahahaha...

lepas buat kenduri tok nenek baru ah kenduri die ni berjalan lancar. kalau x, sebelum tu kelam kabut semua orang.

sepanjang wedding tu, aku ditugaskan jadi doorgift girl. doorgift girl ni budak yang kena bagi buah tangan kat tetamu2. macam gadis bunga telur gak ah. tapi aku, budak hadiah pintu. bezanya, aku kena bagi bahulu.

habis sakit2 badan aku sepanjang kat kampung. mase wedding tu keje aku berdiri, senyum, hulur bahulu je. mase lain2, keje aku bergusti, kena tindih, kena pijak, menindih dan memijak. pastu ade bunyi budak nangis. aku la yang buat tu. hahahahaha..

anak sepupu aku macam bertambah ramai lak. yang baby2 tu confirm ah ade. yang dah besar 4 tahun pun nak wrestling gak ngan aku. aku layan je lahh.

kadang2 kena babysit baby. baby senang sikit. bila merengek, dodoi. nak susu, suap botol susu. nangis lagi, dokong je bawak jalan sekitar umah. pastu dodoi bagi tido balik.

ni kalau kena babysit budak dah besar2, kena ah layan diorang main. main dalam hujan pun ade. huarghhhh..sampai demam2.

last night aku kat kampung, selsema teruk terus. budak2 semua x main dengan aku dah. bagus!

tapi, malam tu aku tersedar dalam kul 3-4 pagi camtu, ade baby dah sebelah aku. kazen aku letak situ. huhu..nasib baik x tertindih...

so, aku tido memang x lena. sekarang still sakit badan, ngantuk, selsema.

Friday, November 19, 2010

skyline?

1:21 pm
"wan, aku nak lepak dengan kau malam ni leh? sok pagi aku nak gi homestay dah"

"means kau nak lepak umah aku?"

"yelah"

"ok. kau dtg bts. aku amik kau. then sok pg aku hntr blk bangi"

then aku dah kumpul macam2 plan dalam otak aku. otw gi amik beliau kat bts, leh makan lolly. otw pulang ke rumah dari bts juge boleh makan lolly. esoknye otw ke bangi, lolly lagi. begitu juge ketika lepak di bangi. lolly sampai lebam. rasenye dah bertahun2 aku x makan lolly.

then boleh ah aku tunjuk skill pelbagai resepi roti aku kat beliau sepanjang beliau menetap kat umah aku. peh. style gak otak aku berfikir.

hari ni aku ke jusco. sambil2 tu ade gak terfikir nak makan lolly. tapi aku tahan je. sebab mengenangkan bakal pekena lolly malam ni. dan juge esok.

kadang2 ade jugak aku intai2 kedai mane2 yang ade jual lolly mint kegemaran aku. tapi aku tahan je. seksa doh tahan nafsu macam tu.

7:30 pm
"kau dah naik tren lom?"

"belom!!! sory lambat!!"

"xpe. dah naik tren gitau ah"

8:30 pm
"wan!!! aku rase x jadi ah!! sory weh sory!!!"

"laaaahhhhh.... xpe ah!!"

"gi ah tengok skyline. best!!! ade orang sedut orang!!"

"xnak!!!!!!"

pehal ntah suro aku tengok skyline. aku nak tengok dengan sape? boleh je nak tengok sorang. tapi kalau cite tu x best, nak mencarut dengan sape?

aku memang x into sangat duk umah ni.

ntah bila demam aku nak kebah.