Showing posts with label cerita sambung2. Show all posts
Showing posts with label cerita sambung2. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Cucuk Sanggul Suri v2.0

sambungan dari Cucuk Sanggul Suri v1.0

Cucuk sanggul yang Suri selalu pakai tu dibeli dari Kedai Serbaneka Haruko Ehsan. Pemilik kedai tu, Haruko, merupakan kacukan Jepun dan Melayu. Bapak Melayu, mak Jepun. So, banyak barang2 dalam kedai serbaneka tu ada ciri2 ke-Jepun-an sikit.

Masa Suri beli cucuk sanggul tu, Suri pergi dengan Ana. Mula2 Ana yang nampak dulu cucuk sanggul tu minggu lepas. Setiap hari Ana akan datang ke kedai serbaneka tu untuk tengok cucuk sanggul tu.

Bila datang dengan Suri, Ana belek2 je cucuk sanggul tu. Warna emas, ada kilat2 sikit. Cantik sempurna di mata Ana. Nak beli, Ana punya rambut pendek. Nanti kesian kat cucuk sanggul tu xde fungsi.

Tiba2 Suri datang belek cucuk sanggul tu jugak. Suri cuba cucuk kat sanggul. "Cantik." kata Ana. Suri senyum lebar dan terus beli cucuk sanggul tu. Ana pun putih mata sebab cucuk sanggul tu ada satu je yang macam tu dalam banyak2 cucuk sanggul.

Lepas beli cucuk sanggul tu, tiap2 kali Suri keluar, Suri mesti pakai cucuk sanggul tu. Kalau Suri terlupa, dah berjalan jauh sampai ke rumah Pak Mail pun, Suri sanggup patah balik ambil cucuk sanggul tu.

Setiap kali Ana tengok Suri pakai cucuk sanggul tu, hati Ana mesti pedih. Sejak tengok cucuk sanggul tu lama dulu, Ana dah tekad nak simpan rambut panjang. Nanti boleh la pakai cucuk sanggul tu. Tapi bila Suri dah beli dulu, punah semua harapan Ana.

Setahun lepas tu, rambut Ana dah cukup panjang untuk disanggul. Suri masih lagi cantik. Suri masih lagi guna cucuk sanggul tu. Dan Ana x pernah buang perasaan suka kat cucuk sanggul tu.

Satu hari Ana pergi rumah Suri. Malam tu mereka berdua dah janji nak pergi Pesta Muda Mudi Kampung Api sama2. Sambil tunggu Suri habis mandi, Ana belek2 meja solek Suri.

Mata Ana tertumpu pada cucuk sanggul tu. Ana mula menyanggul rambutnya dan cucuk guna cucuk sanggul emas tu. Setelah setahun, baru lah Ana dapat merasa kepuasan menyucuk sanggul guna cucuk sanggul kesukaanya tu. Lama Ana berdiri depan cermin mengagumi kecantikan cucuk sanggul tu di rambutnya.

"Kau buat apa dengan cucuk sanggul aku tu?"

bersambung...

Cucuk Sanggul Suri v1.0

Suri merupakan gadis paling cantik dalam Kampung Api. Kecantikan Suri menjadi kegilaan para jejaka dalam kampung tu. Semua makcik2 berebut2 nak buat Suri jadi menantu.

Dengan kulit yang putih mulus, bibir merah delima, leher jinjang, rambut ikal mayang, siapa yang xnak Suri? Gadis2 dalam kampung tu pun nak jadi bestfriend Suri.

Suri selalu berjalan sekitar kampung tiap2 petang sebagai senaman. Nak jogging, malas katanya. Dengan kebaya nyonya, rambut disanggul rapi siap dicucuk, pegang payung, Suri akan keliling kampung sejam sebelum Maghrib. Dah Maghrib, Suri cepat2 balik rumah. Takut disorok hantu kopek.

Suri ada ramai kawan. Baik lelaki, mahupun perempuan. Suri suka berceloteh dan manja, sebab tu ramai orang senang berkawan dengan Suri. Ada juga yang jeles dengan Suri tapi Suri biarkan aje. Asalkan orang2 tu x kacau hidup Suri.

Tapi ada sorang kawan Suri yang dah lama berkenan dengan cucuk sanggul yang selalu Suri pakai.

Nama dia Ana.

bersambung ke Cucuk Sanggul Suri v2.0...

Monday, December 27, 2010

hadiah sempurna untuk mama 2

Masturina ambil wudhu tepat ketika azan maghrib berkumandang. Masturina bentang sejadah dan solat maghrib.

selesai semua tu, Masturina terus capai Yasin.

hadiah birthday untuk mama x pernah sesempurna ini.

"Happy Birthday, mama"

Saturday, July 10, 2010

secangkir lemon madu part 3

Bersepah2 kek coklat atas tanah. Aku tak fikir apa2. Terus lari masuk kelas menunggu waktu sekolah habis. Zaiton yang duduk sebelah aku diam je sebab die xnak kena jerit kalau kacau aku. Lepas habis kelas Pendidikan Seni, aku terus berlari keluar sekolah.
Entah bila sampai rumah pun aku xtau. Yang aku tau, aku kena marah dengan nenek sebab baju comot dengan coklat. Aku bagi alasan ade budak prank aku dengan kek. Aku tido awal malam tu.

*********************************************
“Abang, betul ni xnak jemput kawan2 si Hani tu penuhkan rumah? Nanti die x seronok pulak sambut birthday xde kawan2 die”
“Alah awak ni. Kita dah belikan kek coklat tu pun, mesti die dah cukup happy. Siap ade muka Barbie lagi. Lagipun, tahun lepas kita dah jemput satu sekolah die datang. Tahun ni, kita2 je la, ok sayang?"
“Ye lah abang”
“Awak jangan la risau sangat. Hani mesti happy punye” kata Badrul sambil tersenyum mengusik dagu isterinya.
“Abang! Tngok depan!”
BANG!!!!!!!
********************************************
Habis berpeluh aku ketika terbangun dari mimpi. Aku selalu mimpi parents aku. Tapi aku x suka mimpi yang tu. Macam real. Dan kerana kejadian itu.
Aku bergegas siap2 untuk ke sekolah lepas sembahyang subuh. Aku guru sebelah pagi. Mengajar upper form. Mereka nakal tapi senang dapat ilmu. Alhamdulillah.
Aku sampai sebelum mula perhimpunan supaya x lambat masuk ke kelas. Ketika aku mahu mengeluarkan beg dari kereta, seorang pelajar menghampiri aku.
“Selamat pagi cikgu Hani. Boleh saya tolong?”
“Oh, selamat pagi Mei Soon. Boleh. Jom tolong cikgu angkat buku2 tu naik bilik guru.”
“Nah, cikgu. Selamat Hari Guru!” kata Mei Soon sambil menghulurkan coklat Cadburry sejurus selepas meletakkan buku2 sekolah di atas meja.
“La..susah2 je kamu ni. Tapi, terima kasih, tau!”
“Hehehe…sama2. Ok lah cikgu. Dah lambat ni. Jumpa kat kelas Chemistry nanti!”
Budak2 sekolah aku ni nakal2, tapi baik jugak. X cukup dengan hadiah guru yang bertimbun2 semalam, hari ni dapat lagi. Coklat pulak tu. Seronoknya!

*****************************************
Sejak aku campak kek coklat tu, budak laki tu selalu jauhkan diri dari aku. aku rasa serba salah sangat. Zaiton x habis2 suruh aku tulis surat minta maaf. Tapi aku xnak. Aku ade reason aku. tapi satu hari aku bertembung dengan die mase latihan sukan.
“Hai. Awak kan yang nak bagi kek coklat tu?”
“A ah. Tapi sorry la. Kek tu tanah dah makan”
“Erk. Pasal tu….sorry ye awak. Saya…ok macam ni. Saya belikan kek untuk awak sebagai ganti, nak?”
“Xnak la. Terima kasih”
“Aaaaa…ok…”
“Tapi, saya nak awak buatkan air lemon madu untuk saya, boleh?”
To be continued….

Thursday, June 10, 2010

1st week

entry sebelum ni penuh dengan keemoan sebab aku penat...so kali ni, aku nak cite elok2 skit..huhu...

aku join microcontroller course dengan budak2 fac aku...sebab benda ni budak2 kejut yang mahir, so bengkel ni pun kat kejut...hari2 kena gi lab kejut, pasang benda2 elektronik tu then programkan fungsi2 yang kitorang nak supaya benda tu berfungsi...

literally, kitorang dah buat lampu kelip2, buzzer, traffic light, water sensor dengan tracking line robot...paling pening, traffic light with sensor...huh....tu yang buat aku emo...

tapi hari ni, semua kursus dah habis...dan aku paling suka hari ni sebab robot yang aku dengan yan reka menang race kat track tadi dengan kelajuan 1 minit 3 saat untuk 3 lap...wooohoooo!!!!

next week kitorang semua akan jadi mentor untuk budak2 tingkatan 4 sekolah bangi and kajang...diorang akan belajar benda yang sama macam kitorang dah belajar..so, senang laa untuk kitorang nak ajar diorang...

pasal budak2 sekolah tu, aku akan upload next week laa lepas habis semua...harap2 diorang x nakal....

traffic light yang buat aku tensi

the champion =)

more pic on fb..

sekian~

Wednesday, May 26, 2010

secangkir lemon madu part 2

Argh. X sangka lak leh tersenyum sorang2 bile teringat kisah bodo tu. X jadi minum lemon madu. Aku terus capai megi, rendam dalam air panas. By the time aku cari cerita best kat tv dan capai chopstick, megi tu dah tersedia pun untuk dimakan.

Ye lah. Gaji aku sebagai cikgu sekolah menengah bukan tinggi sangat pun. Kena laa jimat2. Lagipun dah biasa. Dari kecik nenek aku ajar menabung. Duit raya pun selamat dalam bank sementara rakan sebaya aku beli set Barbie, lego dan gula2. Jelesnya aku…
*******************************************
“Kesiannya budak ni. Kecik lagi dah hilang mak bapak. Lagu mana la dia nak besaq? Teruk budak ni nanti” kata Mak Bedah ala2 mengumpat.

“Ntah. Nanti dia duk dengan neneknya laa kan? Elok laa tu. Nenek x larat nak bela cucu. Cucu pulak ntah kemana2 adab sopan semua. Biaq pi la kat depa” sampuk Mak Siti pulak.

“Eh, harta benda mak pak si Hani tu pi kat sapa? Ntah2 …..”

“Oi Cik Bedah! Awak tu xdak kerja ka nak duk mengumpat kat tangga rumah orang? Kubur anak aku tu pun basah lagi aku siram tadi. Bawak2 laa mengucap, mintak ampun kat Allah sementara sempat ni Cik Bedah, Cik Siti!” tiba2 nenek aku muncul kat muka pintu.

Aku yang tengah main guli kat bawah rumah pun terkejut. Aku terus lari masuk rumah ready nak pergi mandi sebab takut nenek aku marah aku pulak. Sekarang nenek aku yang jaga. Dia garang. Tapi dia je la yang aku ada lepas mak ayah aku meninggal. Kemalangan jalan raya. X sempat aku nak tunjuk piala silat aku.

Nenek ajar aku berdikari. Mandi sendiri. Tidur sendiri. Kalau lapar, pandai2 la masak sendiri. Dia pun x larat nak jaga aku macam budak kecik. Lagipun aku dah 12 tahun. Kalau bergaduh kat sekolah pun, kena handle sendiri. Tapi xpe, aku ade silat.

Nenek pindah dari kedah ke rumah aku semata2 nak jaga aku. Sebab aku sekolah kat kl. Sementara nak habiskan setahun, better aku teruskan je kat sekolah tu. Then baru sambung sekolah menengah kat kedah kalau x dapat asrama. Aku berusaha gigih supaya dapat masuk asrama. X suka duduk kedah. X suka jiran2 nenek. Kuat mengumpat.

Duit belanja sekolah selalunya nenek aku bagi 50 sen. Cukup2 untuk aku beli mi goreng dengan air sirap. Tapi selalunya aku simpan 50 sen tu. Menabung. Nanti boleh la aku beli set rumah Barbie. Boleh berlagak dengan anak dato sorang tu. Seronoknya!

Lepas kejadian “cawan” kat kelas aku, budak2 tu selalu nganjing aku. Tapi masalahnya xde sape tau sape yang bagi aku cawan tu. Zaiton sendiri pun xtau. So, aku diamkan je la. Malas nak layan gossip liar macam tu. Lama2, kes tu pun lenyap terus.

Sejak nenek jaga aku, pengawas pagar sekolah dah xde masalah nak backup aku. Sebab aku selalu datang awal. Kadang2 aku murid yang pertama sampai ke sekolah. Bosan betul. Dah la kena beratur dalam perhimpunan. Lagi bosan. Sebab aku kena beratur depan sekali.

Satu hari, aku dan Zaiton bergegas ke kantin lepas loceng rehat berdering. Aku tengah bukak bekal aku ketika sorang budak laki panggil aku. Dengan malasnya aku tarik Zaiton temankan aku pergi bawah pokok tempat budak laki tu berdiri.

“Happy birthday Hani!” kata budak laki tu sambil hulurkan sepotong kek coklat.

“Bodoh!”

To be continued in secangkir lemon madu part 3

Tuesday, May 25, 2010

minah : apocalypse

*memandangkan kisah minah macam sambung2 tapi macam xde kaitan, so aku nak buat tajuk macam movie kat panggung gak..contoh macam resident evil, spiderman...ikuti kisah minah dari sini*

minah ingat kisah dia boleh jadi macam cerita hindustan. hero dan heroin lari2 kat bukit, menari dan menyanyi lagu cintan cintun. then cinta diorang terhalang. tapi akhirnya kahwin jugak. macam cerita fairy tale. hero dan heroin ada masalah dan salah faham. gaduh, lari, x jadi kahwin. tapi last2 hero dan heroin disatukan jugak.

well, lebih kurang, minah ingat kisah cintan cintun dia pun boleh jadi camtu gak. tapi takdir manusia semua berbeza. mana boleh minah bunuh diri dengan racun sebab nak ikut romeo pergi syurga macam juliet. mana ada putera raja nak datang cium minah kalau dia tercekik epal macam snow white.

minah hanya boleh berusaha jadikan hubungan tu berkekalan. tapi kalau x boleh jugak, terpaksa laa minah berserah. dan kata2 terakhir minah untuk abu,

"bye2"

owh, jangan salah faham. mungkin minah nampak kejam di sini. tapi minah xtau nak cakap ape lagi.

sekian~

p/s : kalau x phm, diam. ni kan cerita sambung2 yang xde kaitan macam kat panggung.

Tuesday, May 18, 2010

secangkir lemon madu

On fb, nampak ade event invitation dari Zaiton. Reunion sekolah rendah. Wow. Dah lame sangat x jumpa kawan2 skolah dulu. Ape2 pun, aku klik “attending” dulu. Nanti kecik hati lak si Zaiton tu.

Aku terus bergerak ke dapur. Panas2 camni best gak kalau minum lemon madu. Segar sikit badan. Aku tengok sinki penuh. Pemalas tul la budak2 serumah aku ni. Tengok rak cawan, kosong. Damn! Jap lagi diorang balik, sekor2 kena basuh dengan aku. Dah reti pakai, x reti basuh. Sinki yang penuh aku biarkan je. Nak ajar budi bahasa sikit kat budak2 tu.

Aku mengorek2 almari yang penuh dengan hadiah2 hari guru semalam. Biasa la. Hadiah yang popular mesti pen merah, cawan, atau patung kecik. Susah jugak nak cari hadiah yang ada cawan. Lagipun aku dah x ingat yang mana satu murid2 aku bagi dengan hadiah2 lama. Sebab aku angkut semua hadiah ni kemana2 aku pergi. Mana la tau hadiah2 tu boleh guna time2 desperate camni.
Tangan aku terhenti pada seketul cawan teh yang standard saiznya.

*******************************************
“…. dan pemenang pertandingan silat cekak peringkat sekolah dimenangi oleh saudari Bie Hani binti Jonet”

“Hani! Kau menang pertandingan tu! Tahniah!! “ ucap Zaiton sejurus lepas aku turun pentas ambil hadiah.
X sabar2 si Zaiton ni nak serang aku. Kami terus bergerak ke kantin. Dahaga betul lepas seharian memanaskan punggung duduk dalam dewan untuk acara penyampaian hadiah kejohanan sekolah. Dah la panas terik. Aku segera memilih air lemon dan mengambil tempat duduk.

“Kau berdiri laa kejap Hani. Aku nak ambil gambar kau dengan trofi besar tu” Zaiton menyergah aku lepas dia bergaduh dengan pakcik kantin sebab harga air sirap 70sen.

“Sabar la. Aku nak tuang madu jap dalam air ni. Kalau ye pun, tunggu la aku minum dulu”

Lepas aku sedut sekali je air tu, die terus tarik2 aku untuk ambil gambar. Tertumpah2 madu aku yang aku selalu bawa ke sekolah. Sial la Zaiton. Mahal lak tu madu lebah sekarang. Habis botol tu tergolek2 ke lantai. Terbongkok2 aku nak kejar botol madu tu supaya x tumpah semua. Kalau x, habis aku kena marah dengan baba.

Sorang budak laki terus capai botol tu dan hulur kat aku. Aku ucapkan terima kasih dan terus blah tanpa tengok muka dia. Segan aku bila terbongkok2 depan dia. Nasib baik madu tu ade lagi separuh. Yang Zaiton pulak sibuk nak ambil gambar lagi. Aku cepat2 lap botol madu tu. Sayangnya isi yang tumpah tu. Aku segera habiskan air sebab nak kejar bas pulang ke rumah.

Tiba2 aku dengar ade orang jerit “Awak! Nape awak suka minum madu?”

“Sebab maksud nama saya madu lebah” jerit aku ketika aku betul2 di pagar sekolah. Tapi aku tetap x nampak wajah budak laki yang bertanya tadi. Aku abaikan saja. Dah lambat ni. Zaiton pun jerit2 nama aku supaya cepat2 naik bas.

Esoknya aku datang lambat ke skolah. Owh, ini bukan kali pertama. Aku memang suka berlengah2 ke skolah. Bangun pagi memang bukan hobi aku. Setiap pagi rutin yang sama. Berlengah2 di rumah. Dah sampai pagar skolah baru berlari sambil muka bersalah. Tu semua lakonan supaya pengawas x ambil nama aku. Memang nama aku x pernah kena ambil. Mungkin lakonan aku cukup bagus. Ataupun diorang takut aku bukak silat cekak.

Tapi pagi tu berbeza sekali. Dari pengawas di pagar, sampai la budak2 perempuan yang kuat bergosip di kelas aku. Diorang semua sibuk tersenyum2 dan tepuk2 bahu aku. Bangang. Nak bodek aku la tu. Macam aku xtau diorang semua nak tiru kerja sekolah aku. Budak2 zaman sekarang.

Aku tengok dari jauh Zaiton tersenyum lebar dan menjerit2 “Wahh Hani!! Kau dah ade peminat! Wirawati skolah dah ade orang yang berani tackle!! Bangga aku jadi kawan kau!”

Ni lagi satu bangang. Aku x paham ape2. Sehinggalah aku nampak seketul cawan dengan ukiran bunga yang ringkas atas meja aku. Cawan tu dibalut dengan plastic lutsinar warna merah disertai sekeping kad.
“Guna lah saya ketika minum madu! p/s : saya suka awak”

To be continued in secangkir lemon madu part 2

Sunday, April 18, 2010

minah

dari kecik kawan2 minah ejek minah si hati kering...antara minah dengan kakak minah, kakak minah yang selalu nangis tengok kucing accident, anjing kena maki, mak gaduh dengan cikgu kat skolah, baca novel yang hero atau heroin mati dan juga tengok hindustan...tapi minah tetap cool simpan air mata...

minah dibesarkan oleh nenek di kampung...ditinggalkan jauh dari keluarga...tapi minah tetap cool...kawan2 selalu ejek minah xde family...minah pandang ganas...kawan2 curi aiskrim minah yang minah susah payah pergi beli lepas pujuk nenek bagi minah duit...minah tumbuk budak2 tu...kawan2 minah ketuk kepala time minah naik bas...tau apa minah buat?minah kejar budak2 tu dengan pembaris panjang dan pukul diorang sampai patah pembaris tu...macam biasa, minah kena denda dengan guru besar..tapi minah tetap x nangis...

minah dah jadi gadis...ramai boyfriend2 minah yang tinggalkan minah dengan alasan minah x hot, minah bosan dan juga diorang ada girlfriend lain...tapi minah x pernah nangis untuk lelaki2 tu...bila ada problem, minah cuba simpan untuk diri sendiri sebab dia tau, tak semua orang faham apa yang minah rasa...so, dari kecil minah keraskan hati...biarlah orang kata minah hati kering, budak sombong dan sebagainya...asalkan orang lain tak menderita seperti minah....

selama ni minah simpan air mata supaya orang tak kata minah lembik...minah nak jadi kuat untuk semua orang...supaya orang lain boleh bergantung pada minah...minah perlu kuat untuk bantu keluarga minah...minah nak tolong orang yang lagi penting untuk minah...macam mana minah nak protect orang lain bila minah tak boleh kawal air mata sendiri?

tapi, bila dengan abu, minah tewas...butir2 mutiara yang minah simpan selama ni asyik bergaduh2 nak keluar...tiap kali minah fikir tentang kehilangan abu, hati minah sakit...bila minah rasa bersalah kat abu, minah x tahan...banyak air mata yang minah hilang untuk abu...minah hairan...tapi, minah tau...air mata tu untuk abu...sebab minah sayang abu...