Showing posts with label imy. Show all posts
Showing posts with label imy. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

Bulan Syawal

1. Raya
- tak best
- duit raya ada la dalam RM10
- kakak dah selamat bertunang
- seminggu kat kampung rasa macam 100 tahun duduk bawah batu

2. Kekeluargaan
- tiada ikatan yang semakin kukuh. semua sama
- kecuali kakak aku. dia mengikat ikatan kekeluargaan dengan tunang baru dia lah
- kubur mak makin cantik. like!

3. Praktikal
- esok start dengan GiTN, Menara TM, Bangsar. kalau pergi Mid Valley, singgah la situ belanja aku makan
- pergi kerja nanti naik tren. DUA tren. sebab kat BTS xleh nak parking, kena naik STAR kat Miharja. tukar Putra kat Masjid Jamek. kalau aku drive, 20 minit dah sampai. tapi sebab kat sana parking mahal, kena naik tren. nice kan? huh.
- xde handbag yang sesuai. ada sape2 nak belikan? aku malas nak shopping. hahah.

4. Kesihatan
- makin gemuk. masa raya x makan banyak pun. tapi dah gemuk. tahniah
- pinggang dan kaki sama2 sakit. sehati sejiwa
- demam. nak tido lah

bye.

Sunday, August 14, 2011

Reunion 2011

dah lama x berbuka besar besaran macam tadi. maksud aku, makan buffet. boleh makan non stop dengan pelbagai jenis lauk pauk yang boleh diambil sesuka hati.

tahun lepas pun xde rasenye. last time aku berbuka buffet kat tempat yang kena reserve, bila ntah. tapi dengan mak aku. dengan mak aku selalu dapat makan best2. sebab dia banyak connection.

ok. sekarang aku xtau nak fokus pasal buffet atau pasal mak aku punya connection.

mak aku ni dia kerja TM as a supervisor. dia rajin involve benda2 yang TM anjurkan macam family day, dinner, kelab wanita, kelab apa ntah lagi, marching time 31st August, etc. banyak sangat. sebab tu mak jarang ada kat rumah.

bila dah banyak join aktiviti, banyak la jugak invitation dinner and tea time kat tempat best2. tempat yang kitorang xkan mampu pergi sendiri. so, mak akan angkut aku and kakak aku pergi makan free.

dah lama2, mak banyak handle macam2 majlis, dia pun dah kenal dengan orang2 hotel. kadang2 tu manager hotel tu yang bagi mak makan free kat hotel dia. salah satu hotel yang dimaksudkan adalah Hotel Citrus kat KL. ada la dua tiga kali kitorang pernah berbuka kat situ.

mak aku memang power.

berbalik pada buffet tadi. makanan banyak. macam2 jenis. sampai 2-3 round la juga bertukar pinggan. budak2 lain semua sibuk amik gambar, aku dengan kawan aku setia duduk depan makanan.

tapi aku xsure aku makan banyak ke x. sebab aku x ingat. yang aku ingat sekarang, aku dahaga je. hahah..

puasa2 ni kering juga tekak ye. masa sahur minum la banyak air. lepas berbuka pun minum lagi banyak air. supaya x dahaga dan cepat hilang fokus ketika makan macam aku.

sekarang aku still x sure lauk apa yang ada tadi. kecuali kambing panggang. ok. aku nak minum kopi ais sekarang.

 updated : sekarang perut macam masuk angin. aku betul2 confuse aku makan ke x tadi. hahah.

Tuesday, April 5, 2011

harap masa berlalu dengan pantas tapi berhenti untuk saat tu

Boy I think about it every night and day
I'm addicted wanna jump inside your love
I wouldn't wanna have it any other way
I'm addicted and I just can't get enough

I just can't get enough



esok pagi presentation AutoCAD. lepas tu nak amik slip exam. tapi sampai sekarang still x boleh tido. sigh.

Thursday, January 13, 2011

*krik krik krik* bunyi cengkerik. sunyi.

i spend my time just thinking bout you.
every single day, yes i'm really missing you.
want to have you around like every single minute.
i can't go any further than this.
it's my only wish.

Black Eyed Peas

you make me feel like i could touch the planets.
see i ain't never seen the stars this close.
you got me struck by the way you glow.
take my hand, close your eyes.
with you right here, i'm a rocketeer.

Far East Movement

i miss you ='(

Monday, December 27, 2010

hadiah sempurna untuk mama 2

Masturina ambil wudhu tepat ketika azan maghrib berkumandang. Masturina bentang sejadah dan solat maghrib.

selesai semua tu, Masturina terus capai Yasin.

hadiah birthday untuk mama x pernah sesempurna ini.

"Happy Birthday, mama"

Tuesday, December 21, 2010

hadiah sempurna untuk mama

Masturina - 12 tahun.

minggu depan birthday mama. Masturina bingung fikir hadiah yang best2 untuk mama. sebelum ni dah bagi jam, selendang, baju, kad yang lebih besar dari Masturina, subang, kasut. apa lagi yang Masturina belum bagi?

sekecil tu Masturina boleh memerah otak untuk hadiah birthday mama.

nak bagi BMW? Masturina masih belum mampu.

rumah? belum boleh buat loan.

pakaian? ah. dah pernah bagi.

teddy bear comel2? mama bukan kanak2.

makanan? nanti mama telan, tiada lagi kenangan hadiah tu.

doa? tiap2 hari Masturina berdoa untuk mama.

Masturina termenung sepanjang hari memikirkan hadiah birthday untuk mama.

yes. Masturina dah tau nak bagi apa untuk mama. hadiah yang paling sempurna.

Sunday, November 28, 2010

ramai dah sepupu aku kawen. kakak aku bila ntah.

2-3 hari lepas aku kat teluk intan. kazen aku kawen. die ni kawen kena buat kenduri tok nenek dulu. sebab die anak laki kepada anak bongsu lelaki kepada nenek aku. x paham kan? hahahahaha...

lepas buat kenduri tok nenek baru ah kenduri die ni berjalan lancar. kalau x, sebelum tu kelam kabut semua orang.

sepanjang wedding tu, aku ditugaskan jadi doorgift girl. doorgift girl ni budak yang kena bagi buah tangan kat tetamu2. macam gadis bunga telur gak ah. tapi aku, budak hadiah pintu. bezanya, aku kena bagi bahulu.

habis sakit2 badan aku sepanjang kat kampung. mase wedding tu keje aku berdiri, senyum, hulur bahulu je. mase lain2, keje aku bergusti, kena tindih, kena pijak, menindih dan memijak. pastu ade bunyi budak nangis. aku la yang buat tu. hahahahaha..

anak sepupu aku macam bertambah ramai lak. yang baby2 tu confirm ah ade. yang dah besar 4 tahun pun nak wrestling gak ngan aku. aku layan je lahh.

kadang2 kena babysit baby. baby senang sikit. bila merengek, dodoi. nak susu, suap botol susu. nangis lagi, dokong je bawak jalan sekitar umah. pastu dodoi bagi tido balik.

ni kalau kena babysit budak dah besar2, kena ah layan diorang main. main dalam hujan pun ade. huarghhhh..sampai demam2.

last night aku kat kampung, selsema teruk terus. budak2 semua x main dengan aku dah. bagus!

tapi, malam tu aku tersedar dalam kul 3-4 pagi camtu, ade baby dah sebelah aku. kazen aku letak situ. huhu..nasib baik x tertindih...

so, aku tido memang x lena. sekarang still sakit badan, ngantuk, selsema.

Tuesday, November 23, 2010

hidup x sampai 12 jam

8:36 pm (isnin)
"wan!! akak dah beli anak ikan!!"
"beli anak ikan lagi?"
"biar ah! comel!"
"bile pulak nak mati tu?"
"diam ah!"

6:50 am (selasa)
"waaaaaannnn!! anak ikan akak dah mati!!!!"

aku terus masuk toilet malas nak layan.

my heart stops when u look at me
the way u turn me on
i cant sleep