Showing posts with label mata berair macam nangis2. Show all posts
Showing posts with label mata berair macam nangis2. Show all posts

Friday, January 21, 2011

impian untuk jadi lanun x tercapai

Lokasi : PK UKM
Sebab : sakit mata

Doc : awak datang dah minggu lepas kan? sakit mata lagi?
Aku : yeap.
Doc : merah sangat ni. berair2 siap. awak kena gi hospital. takut luka dalam mata. nanti Doc kat sana bagi eye patch.
Aku : ok.

Lokasi : Hospital Serdang
Sebab : Doc PK UKM suruh

setelah mengorek2 mata aku dengan kasar menggunakan pelbagai jenis peralatan.

Doc : mata awak ni x luka..
Aku : (mungkin dah luka sekarang lepas Doc korek2 mata saya tadi)
Doc : mata awak ni macam kena sagat. lens mata awak ni x rata.
Aku : so xyah pakai eye patch la?
Doc : xyah. saya bagi ubat titis dengan krim je.
Aku : (damn. x dapat jadi lanun) jap. krim?
Doc : yeap. nanti letak dalam mata.
Aku : horghhhhhhhhhhhh

sambil tulis MC

Doc : minggu depan hari Rabu datang balik ye.
Aku : datang petang leh? pagi ade kelas.
Doc : eh. awak xleh gi kelas sebenarnye.

aku intai MC. Doc tulis "Cuti 6 (Enam) Hari"

Aku : (pengsan)

gila ah. aku mesti ah nak gi jugak kelas. tapi Doc suro duk belakang2. sebab dia still x sure ni infection ke ape.

sigh.

Thursday, January 13, 2011

*krik krik krik* bunyi cengkerik. sunyi.

i spend my time just thinking bout you.
every single day, yes i'm really missing you.
want to have you around like every single minute.
i can't go any further than this.
it's my only wish.

Black Eyed Peas

you make me feel like i could touch the planets.
see i ain't never seen the stars this close.
you got me struck by the way you glow.
take my hand, close your eyes.
with you right here, i'm a rocketeer.

Far East Movement

i miss you ='(

Wednesday, January 12, 2011

mata merah. dah boleh jadi hantu dalam cite kak limah

i am 20 years old.
i am 242 months old.
i am 1,052 weeks old.
i am 7,360 days old.
i am 176,662 hours old.
i am 10,599,771 minutes old.
i am 635,986,264 seconds old.

Rock Hudson same birthday dengan aku! heee..ape? x kenal Rock Hudson? *geleng2 tanda kesal*

ni semua gara2 Acid suro aku test kat sini. pastu x pasal2 aku eager gila nak tau pasal birthday aku. hah. sape2 yang baca ni try jugak!

okeh. aku dah x larat nak pandang skrin lappy. sakit mata!

thanx dokter kat PK =)
thanx awak teman saya gi PK =)

Sunday, January 9, 2011

tol mahal sangat nak kena tampar

dalam ngantuk2, berair2 mata, aku boleh tersesat dari kelana jaya ke shah alam. x pasal2 habis duit aku.

cuba bagitau aku, camne la duit aku x habis kalau setiap 5km, ade tol harga rm2.20. terbang rm10 macam tu je. bodo.

seseorang tolong bagi aku keje yang gaji lumayan. aku dah hampir kering.

terkocoh2 balik bangi sebab nak makan. lapa. ok. jangan tanya nape x jadi makan.

sekarang cuba pulak bagitau camne aku nak tido dalam keadaan lapa.

hoh. jantung bergerak terlalu pantas. aku tensi.

Tuesday, December 14, 2010

gombak - seremban - puchong - seremban. eh?

kadang2 kalau jalan tu straight je, pun boleh sesat jugak. dari mrr2, ikut jalan ke seremban. tup2 dah sampai puchong. boleh percaya x?

pastu kalau dah sesat tu, kena la cari jalan, ye dak? pastu kena la bawak slow2 sebab nak tengok sign board, ye dak? tapi kalau meter tu asyik tunjuk 120 km/j je, apa cerita?

pastu dah la sesat. bawak laju. pastu bila dah nampak jalan yang benar, terus melintang patah atas jalan raya yang ada 6 lane. terus melencong masuk jalan yang tunjuk hala seremban tu. sambil2 tu ada la jugak kereta lebih 10 buah yang bawak 120 km/j jugak.

pergh. memang cool.

ah sudah. barang2 yang bukan barang aku ni pun aku la yang kena angkut balik? nice.

pastu pehal xleh nak tido pulak? boleh buat sakit kepala tahap maksima ni.

ok. mata dah merah macam langsuir.

Friday, December 10, 2010

silau2 malam

20 km/j

30km/j

40km/j

40 km/j

potong.

60 km/j

keta kancil yang kena potong tadi bagi2 lampu. pehal lak ni? x puas hati ke?

aku check semua pintu, dah tutup. bonet pun tutup. nak ape lak kancil ni?

owh. aku putar punat kecil dan terus memecut laju.

babi. cakap ah lampu aku x bukak.

Wednesday, December 8, 2010

awak suka tido ye?

aku tengok dia dah terbaring atas sofa. pelbagai gaya dah dia baring. aku geram. terus meluru kepadanya.

mula2 aku usap2 kepala. xde respon. lepas tu aku usap2 lengan pula. xde respon. then aku usap2 perut. cilaka. xde respon jugak!

aku geram, aku garu2 perut dia. lepas tu baru lah dia menggeliat kegelian. ceh. kelemahan kat perut rupanya. aku garu2 lagi perut dia dengan ganas. sambil2 tu aku ramas2 kepala dia bagi dia rimas.

masa tu baru lah dia buka mata pandang aku dengan mata yang separuh terbuka. "ngantuk lagi ye? tidolah" kata aku sambil tersenyum.

bosan betul kucing zaman sekarang ni. tido je kejenye.

Monday, December 6, 2010

semalam mata bengkak. hari ni mata gatal.

aku terjaga dari tidur. basah baju dengan peluh. mesti mimpi yang teruk. aku x ingat mimpi tu. tapi aku pasti, mimpi yang teruk.

aku gosok2 mata sehingga sekeliling jadi terang. aku pandang sebelah dan nampak kau. masih tidur. comel seperti bayi.

aku peluk kau. senyum. dan tidur semula.

Monday, November 8, 2010

aku patut bermastautin dalam tandas

malam ni sejuk betul. aku bergerak ke arah will. basah dah. rupanya hujan tadi.

lalu aku memecut laju membelah kesunyian malam yang sesunyi hati aku. tiba2 sebelah kanan aku sebuah lori bawak tong gas memotong aku. cis. laju pulak lori ni. aku tarik satu tong tu kang.

aku terus memandu tanpa arah tuju. tujuan awal hanya mahu mengambil angin. sambil ditemani beberapa rakan kecil.

kemudian aku terus membelok pulang. berlari ke toilet. sial. habis terus komponen2 dalam perut aku.

Tuesday, November 2, 2010

korek otak keluar ikut hidung. woah~!

kadang2 kita xtau apa yang dalam otak kita sampai la ada orang push untuk keluarkan. contoh paling baik ialah brainstorming.

tapi bila2 ada projek or kena jawab soalan susah2 baru la nak buat brainstorming. tu pun still ada yang malas nak fikir. or maybe ada jugak yang xnak orang tau apa ada dalam lipatan otak dia.

secara tidak langsung, setiap hari sebenarnya kita brainstorming. bukan dalam group discussion. tapi dalam perbualan kasual.

sometimes kita x tau apa sebenarnya motif kita buat sesuatu benda. contoh macam sorang budak baling batu kat pasu bunga mak dia. tapi dia pun xtau kenapa dia buat macam tu. bila mak dia paksa2 suruh dia mengaku, baru lah dia cakap "sebab mak lagi sayang bunga tu dari saya".

macam aku jugak. aku pun kadang2 x tau kenapa aku malas nak gi tido. selalunya aku akan fikir "sebab macam lagi best tengok movie". tapi lepas cakap dengan kk, baru aku sedar.

kk : awak x tido lagi ke?
aku : dah tadi. kejap je ah.
kk : lah. nape x tido lame2?
aku : sebab bila tido je mimpi bukan2.

see? senang je mengaku kalau ada orang korek otak kita. well, i hate it. sebab orang senang nak tau apa yang aku tengah fikir. rasa macam privasi diri terganggu. heh.

jangan lah korek otak aku!

perkataan bold merah2 tu saje je buat.
macam cool~