Showing posts with label silau lah. Show all posts
Showing posts with label silau lah. Show all posts

Friday, March 4, 2011

high beam

semalam ada Viva baik hati. lampu tinggi. siap boleh suluhkan billboard depan aku. ya, terima kasih..

cermin sisi, cermin pandang belakang, semua dia suluhkan untuk aku. memang x silau ah mata aku kan..

aku terus brek, bawak slow2 sampai dia potong. pastu aku terus laju masuk belakang dia, pasang high beam gak. baru kau rasa!!

pastu x sedar diri gak tu. x tutup2 jugak high beam dia. lepas berpisah jalan dekat bulatan, aku stop kat lampu merah UKM.

tiba2 ada kereta bagi beam kat aku dari belakang. pastu terus belok ke arah Kajang. rupanya Viva tadi.

huh. perangai macam kanak2.

Friday, January 21, 2011

impian untuk jadi lanun x tercapai

Lokasi : PK UKM
Sebab : sakit mata

Doc : awak datang dah minggu lepas kan? sakit mata lagi?
Aku : yeap.
Doc : merah sangat ni. berair2 siap. awak kena gi hospital. takut luka dalam mata. nanti Doc kat sana bagi eye patch.
Aku : ok.

Lokasi : Hospital Serdang
Sebab : Doc PK UKM suruh

setelah mengorek2 mata aku dengan kasar menggunakan pelbagai jenis peralatan.

Doc : mata awak ni x luka..
Aku : (mungkin dah luka sekarang lepas Doc korek2 mata saya tadi)
Doc : mata awak ni macam kena sagat. lens mata awak ni x rata.
Aku : so xyah pakai eye patch la?
Doc : xyah. saya bagi ubat titis dengan krim je.
Aku : (damn. x dapat jadi lanun) jap. krim?
Doc : yeap. nanti letak dalam mata.
Aku : horghhhhhhhhhhhh

sambil tulis MC

Doc : minggu depan hari Rabu datang balik ye.
Aku : datang petang leh? pagi ade kelas.
Doc : eh. awak xleh gi kelas sebenarnye.

aku intai MC. Doc tulis "Cuti 6 (Enam) Hari"

Aku : (pengsan)

gila ah. aku mesti ah nak gi jugak kelas. tapi Doc suro duk belakang2. sebab dia still x sure ni infection ke ape.

sigh.

Monday, December 20, 2010

hari pertama kelas di sem 2

hari ni aku berjaya pergi semua kelas. walaupun selalu habis awal. sebab 1st day kelas untuk sem ni. mesti ah habis awal. lecturer bagi intro je. malas nak start ajar.

semangat aku bangun nak pergi kelas. ok tipu. aku bangun lambat sebenarnye. terkocoh2 siap2 nak gi kelas.

lepas tu sekarang aku semangat cari buku untuk kelas simulasi robot. sebab lecturer kata buku diorang x jual kat fac dah. kena cari sendiri. tapi library kat ukm ni cam haram. xde pun buku robot yang aku nak. so kena cari kat luar. macam nak gi hari ni gak.

sekarang duduk kat old town. minum chocolate. gigih search buku. tak. aku xtau aku gigih buat apa sebenarnye. sebab aku macam semangat gila babi sem ni. tapi..

ntah.

i dont want u to go.
but i dont want u to suffer.
with me.