Saturday, August 13, 2011

simpang bersepah

simpang nak masuk taman aku xtau la nak kata simpang empat ke simpang apa. tapi dari dulu aku ngan mak aku panggil simpang tu simpang bersepah.

awal2 pindah sini dulu xde lagi traffic light. bayangkan je la macam mana semua orang berebut2 nak lalu dulu. tengok gambar ni.


jalan hala ke taman aku tu naik bukit. kalau datang dari arah kanan (dalam gambar) tu, memang x nampak pun kereta datang dari arah kiri (bawah bukit). kena intai sampai keluar kepala kat tingkap baru nampak kereta yang kat area rumah-rumah orang tu.

lepas dah dapat lesen, berdebar la juga nak lalu simpang ni. tapi terpaksa la jugak gagahkan diri sebab ni je satu2 nya jalan nak balik rumah. dah la xde lampu jalan. kalau malam, memang semua orang sanggup berhenti lama2, tinjau dulu kiri kanan depan belakang, baru jalan.

x lama lepas tu baru la diorang tambah lampu jalan dengan traffic light. tu pun nasib je la kalau lampu jalan tu elok. kadang2 silau je mata sebab lampu jalan rosak, traffic light je hidup. bangang jugak sistem lampu2 kat simpang tu.

tadi, traffic light kat simpang tu rosak. arrow merah2 tu hala perjalanan aku. memang neves. boleh tahan juga bilangan kereta bersimpang siur x sabar2 nak jalan tadi. dah sampai waktu lunch, macam tu la.

nasib baik aku x lalu time budak2 balik sekolah. kalau x, semua orang stuck kat tengah2 tu. campur dengan budak2 sekolah yang melintas macam ayam, pengguna jalan semua kucar kacir nak balik rumah, simpang tu akan jadi macam medan perang. scary.

tu pun jalan tu dah upgrade sikit. sebelum ada traffic light dulu, jalan tu lagi la x senonoh. tapi x pernah pulak aku tengok orang accident teruk kat situ. kira bersopan santun la juga orang2 taman aku ni ya? hahah.

p/s : sakit perut. jap lagi ada reunion kat Shah Alam. macam mana aku nak habiskan semua makanan sedap kat buffet tu nanti?

2 comments:

mikhaelahmad said...

tapau sudah.

wann afzan said...

hahah. nasib baik aku cirit sekali je before buka tadi. dah start makan, dah x sakit perut.