tempat honeymoon yang jadi keinginan sejak azali adalah Venice. tapi rasanya x mampu kot. so nak pergi Australia je lah. hahah.
dari kecik teringin nak pergi Australia. nak study kat sana and kerja kat sana. tapi result matrik pun macam celaka je so dapat kat UKM pun jadilah.
last2 aku simpan keinginan nak kerja je kat Australia. pernah juga cakap kat mak. dia bagi. alasan dia "nanti mak boleh la visit Wan kat sana! sambil shopping2!!" aku dah agak. mak aku memang suka jalan2. hahah.
lepas mak meninggal, aku bagitau kakak aku pulak azam nak kerja kat Australia. then dia x bagi sebab tinggal kitorang berdua je kan. nak tanya ayah aku, ntah mana pulak dia sekarang. duit pun x pernah bagi, ni kan pulak aku nak pandangan beliau tentang kerja di Australia. hahaahahahaha..
oh ya. kakak aku dah nak kawin bulan 12 ni. buat kenduri kat kampung, Teluk Intan. lega juga aku dia nak kawin. nasib baik sedara ramai tolong2 buat persiapan kawin. ayah aku? dia setuju nak jadi wali pun kitorang dah bersyukur habis. tu pun kena gertak2 guna parang, baru dia nak datang bincang pasal kawin.
apahal masuk cerita kakak aku nak kawin ni? mungkin aku harap lepas dia kawin, dia bagi aku lari ke Australia? harap2 begitulah. sebab aku xnak menghabiskan sisa2 remaja aku duduk serumah dengan dia and laki dia dan kemungkinan anak2 dia.
"lepas Wan ni dah stabil atau dia nak kawin baru Lis fikir nak duk mana" kata kakak aku kepada nenek aku semalam. so, terbuktilah bahawa aku kena kerja kuat2 sampai dapat gaji berjuta2 atau kawin awal, baru la aku boleh duduk rumah sendiri tanpa kakak dan keluarganya.
kenapa aku suka Australia? entah. aku ikut perangai mak aku kot. sebab dia suka oversea. tapi mak aku suka London. sebab dia pernah pergi sana masa aku kecik2 dulu. walaupun aku x pernah pergi Australia, tapi suka jugak. xtau lah kenapa. jangan banyak tanya boleh x?
so, doa2kan lah aku kerja nanti dapat gaji juta2. ataupun aku kawin awal. weehuuu~~!!
2 comments:
aku tawu. kangaroo dah hasut kau gi sane kan?
memang aku ade bela kangaroo! hahahaha
Post a Comment