Wednesday, July 28, 2010

kuih...kuih....

sila baca tajuk entry dgn gaya makcik jual kuih kat tingkap bilik tingkat 4...

owhhh..macam tahun lepas, kali ni aku jual kuih gak..dari orang yang sama, kuih je dah bertambah2. still, aku jual kuih yang sedap macam tahun lepas. x caye, tanye shira. die ade beli kat aku.

KUANTITI SEBEKAS = +-50 BIJI
HARGA SEBEKAS = RM25

tester banyak kat aku for serious buyers only. kalau setakat nak kenyangkan perut, tunggu lepas 5 ogos. sebab DUE DATE UNTUK ORDER ADALAH 5 OGOS. so lepas tu kalau tester banyak lagi, korang leh ahh melantak secara percuma.

ni antara kuih2 yang feymes dan sedap dan nyum nyum!!

Red Pearl

Orange Mousse

Snow

Hazel Oat Ball

lagi banyak gambar ade kat fb aku..semua skali ade 13 jenis kuih. nanti beli tauuuu!!

bye~

Saturday, July 24, 2010

rindu sangat

a few days ni, ade budak2 pancaragam dari beberapa sekolah datang practice kat ukm. xtau laa diorang ade event ape. tapi tiap2 petang laa aku dengar bunyi-bunyian kat padang tu.

hari ni je dah 2-3 kali aku lalu kat diorang. aku dah try avoid dari jumpa diorang tapi xtau nape. asyik2 aku lalu jugak jalan yang ade budak2 tu. macam laa xde jalan lain.

bila tengok, hati aku sakit. bila dengar diorang main, hati aku sebak. seronok sebenarnye bila tengok diorang buat formation. pastu ade gadis2 bendera. wah..cantiknya...tapi semua tu bawak kenangan lalu. teringat time2 aku dengan band members lepak2 kat BR. practice tiap2 hari. marching atas padang sekolah. even menyarung pakaian marching band yang dah berumur berkurun2 tu pun boleh buat aku bangga jadi budak band.

walaupun kitorang ni dikenali sebagai budak x aktif acara padang dan acara trek, aku kesah pe? asalkan aku masih ade mereka dan muzik. ahhhh...susahnya!!!

dah berapa lama aku x sentuh flute dengan perasaan yang gembira dan bangga. time practice untuk majlis konvo hari tu pun aku macam malas je. lagu pun ntah pape. rindu zaman sekolah. sebab boleh main lagu dengan feeling yang x boleh nak describe. kat sini, aku rase macam loser. aku join orkestra ukm for the sake of money je. huhu...

tadi aku lalu padang lagi. aku nampak ade satu sekolah tengah buat formation. yang lain duduk2 je. pastu ade sorang conductor tengah practice dengan drum line die. secara automatik, aku perlahankan kereta dan turunkan tingkap. sekadar nak dengar drum line main camne. pastu x sedar orang belakang dah hon bape ribu kali. ahhh...pedihnya hati!!

rindu band. sangat.

Monday, July 19, 2010

kenapa aku x boleh pandang kau

bila aku jauh, kau tarik2.
bila aku dekat, kau campak2.
bila aku kejam, kau merajuk2.
bila aku lembut, kau guna2.

what else do u want from me?
whatever u wanna say, i dont give a damn.

because u are TOO MUCH!

argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

dari lensa

semalam abg long, abg zul dengan kakak datang amik aku kat ukm. masuk je keta, dapat macam2 ole2 dari abg long. hari tu die gi london. maceh abg long bagi kitorang macam2 ^_^



pastu teruskan perjalanan balik kampung abg zul kat negeri sembilan. perjalanan x jauh sangat sebab ikut high way. tapi nak masuk umah abg zul tu yang adventure. tapi best!!

sampai2, terus abg zul gi kutip durian.



pastu semua orang macam x sabar2 nak NGAAAAP durian tu. abg long yang x reti kopek durian pun tibe2 reti sampai hancur kulit durian tu dibuatnye. huhu...



kakak x tahan bau durian so die x boleh makan! tapi durian ni sedap gile. berlemak, banyak isi. *telan air liur*

berapa banyak biji ntah kitorang tibai semalam. sampai sakit2 perut. hahahaha...



pastu sebab aku teringin sangat nak gi istana seri menanti, abg zul capaikan gak cita2 aku tu. hehehehe...



sebab gigih sangat nak tengok semua benda, terpaksa laa panjat istana tu sampai atas. dah la tangga kecik2. tapi asalkan hajat dipenuhi, aku gagahkan jugak meniti papan2 tu. huhu..


bile dah sampai tingkat ataaaaassss sekali


ok, aku pun terjelepuk

then bile dah penat gelak2, tangkap2 gambar, jalan2, terus je serang kedai2 kat situ. kitorang beli air and aiskrim. aiskrim buatan sendiri pulak tu. sejuk!!



sejak aku suka DSLR, setiap kali kitorang keluar sama2, mesti abg zul bawak and MESTI aku je yang pegang Canon die. hahaha...


bile dah minat, aku pun amik laa gambar keliling umah abg zul. then aku pasang cita2 murni. nak kumpul duit, beli DSLR sendiri by the time aku nak konvo. hehehehe...pehal?? duit aku! sukati ah!

ni antara gambar2 yang aku amik.


ikan kat tobek godang

buah asam pe ntah












banyak lagi gambar kat wall aku. gambar yang lain2 kat profile abg zul. yang penting, best sangat!!!!!!!!!!!

Wednesday, July 14, 2010

dahi cecah bumi

semalam hantar abg nas naik bas balik perlis.

sebelum subuh demam panas.

pagi tadi jumpa abg lan nak mintak tukar bilik, tapi x dapat.

gi kelas muka macam haram.

sekarang demam x kebah lagi.

konklusi, aku emo.

kau diam ah.

Tuesday, July 13, 2010

selamat pulang, abang.

tadi hantar abg nas kat terminal kajang. tadi kongsi duit dgn kk belikan baju untuk abg nas. tadi kongsi duit dgn kk blanje abg nas minum. tadi tengok abg nas naik bas. tadi lambai abg nas sampai hilang dari pandangan. tadi kejar bas abg nas walaupun kereta banyak beratur kat depan. sekarang, aku dgn kk...........ahhh...kami rindu abg nas =(

p/s : abg nas, ingat janji kita tadi kat mapley.

Sunday, July 11, 2010

singgah

hari ni nak balik ukm.

dan semalam mimpi mak hantar balik ukm.

mak singgah sebab nak hantar aku balik =)

Saturday, July 10, 2010

secangkir lemon madu part 3

Bersepah2 kek coklat atas tanah. Aku tak fikir apa2. Terus lari masuk kelas menunggu waktu sekolah habis. Zaiton yang duduk sebelah aku diam je sebab die xnak kena jerit kalau kacau aku. Lepas habis kelas Pendidikan Seni, aku terus berlari keluar sekolah.
Entah bila sampai rumah pun aku xtau. Yang aku tau, aku kena marah dengan nenek sebab baju comot dengan coklat. Aku bagi alasan ade budak prank aku dengan kek. Aku tido awal malam tu.

*********************************************
“Abang, betul ni xnak jemput kawan2 si Hani tu penuhkan rumah? Nanti die x seronok pulak sambut birthday xde kawan2 die”
“Alah awak ni. Kita dah belikan kek coklat tu pun, mesti die dah cukup happy. Siap ade muka Barbie lagi. Lagipun, tahun lepas kita dah jemput satu sekolah die datang. Tahun ni, kita2 je la, ok sayang?"
“Ye lah abang”
“Awak jangan la risau sangat. Hani mesti happy punye” kata Badrul sambil tersenyum mengusik dagu isterinya.
“Abang! Tngok depan!”
BANG!!!!!!!
********************************************
Habis berpeluh aku ketika terbangun dari mimpi. Aku selalu mimpi parents aku. Tapi aku x suka mimpi yang tu. Macam real. Dan kerana kejadian itu.
Aku bergegas siap2 untuk ke sekolah lepas sembahyang subuh. Aku guru sebelah pagi. Mengajar upper form. Mereka nakal tapi senang dapat ilmu. Alhamdulillah.
Aku sampai sebelum mula perhimpunan supaya x lambat masuk ke kelas. Ketika aku mahu mengeluarkan beg dari kereta, seorang pelajar menghampiri aku.
“Selamat pagi cikgu Hani. Boleh saya tolong?”
“Oh, selamat pagi Mei Soon. Boleh. Jom tolong cikgu angkat buku2 tu naik bilik guru.”
“Nah, cikgu. Selamat Hari Guru!” kata Mei Soon sambil menghulurkan coklat Cadburry sejurus selepas meletakkan buku2 sekolah di atas meja.
“La..susah2 je kamu ni. Tapi, terima kasih, tau!”
“Hehehe…sama2. Ok lah cikgu. Dah lambat ni. Jumpa kat kelas Chemistry nanti!”
Budak2 sekolah aku ni nakal2, tapi baik jugak. X cukup dengan hadiah guru yang bertimbun2 semalam, hari ni dapat lagi. Coklat pulak tu. Seronoknya!

*****************************************
Sejak aku campak kek coklat tu, budak laki tu selalu jauhkan diri dari aku. aku rasa serba salah sangat. Zaiton x habis2 suruh aku tulis surat minta maaf. Tapi aku xnak. Aku ade reason aku. tapi satu hari aku bertembung dengan die mase latihan sukan.
“Hai. Awak kan yang nak bagi kek coklat tu?”
“A ah. Tapi sorry la. Kek tu tanah dah makan”
“Erk. Pasal tu….sorry ye awak. Saya…ok macam ni. Saya belikan kek untuk awak sebagai ganti, nak?”
“Xnak la. Terima kasih”
“Aaaaa…ok…”
“Tapi, saya nak awak buatkan air lemon madu untuk saya, boleh?”
To be continued….

an almost happy ending

er...ni entry conclusion untuk entry yang ini.

aku sedang baring keletihan sebab tadi sungguh2 melompat2, menari2 kat dctar..so, entry ni macam simple je ah..

minggu ni mula dengan finale wind orchestra. walaupun ssp dapat saguhati je, aku tetap bangga dengan diorang. sebab diorang dah membesar dengan jayanya. aku sangat kagum tengok diorang main lagu Armenian Dance part 1 sebab bagi aku, lagu tu susah nak bawak.

then aku terus gerak ke pangsapuri ukm kat taman tenaga. dah la kena panjat tingkat 4. nasib baik laa ade yan and ain kat situ. pastu aku pun jadi pc pusat. so, banner banyak yan and ain yang buat. huhu...kesian diorang..

semalam, pangsapuri tu buat hal, XDE AIR. dah la xde wifi. kitorang nak buat keje pun susah. pastu bile xde air, aku balik umah ahh nak mandi semua. then hari2 aku ulang alik ke ukm ah dari taman tenaga tu.

so far, ok la minggu ni. banner pun orang atasan terima. tinggal nak buat banting je. then suka sangat sebab student teater bagi kerjasama kat kitorang pc2 untuk teater ni. aku kagum gak sebab walaupun beberapa hari je practice, tapi diorang dapat bagi yang terbaik.

ahad ni dah nak check in ukm balik. harap2 dapat rumet ngan kk. nanti nak jumpe orang pejabat skali dengan ida. doa2kan laa eh? huhuhu..

owh ye. nape "almost happy ending"? sebab tadi ade someone yang rosakkan mood aku. huh!

bye~

Saturday, July 3, 2010

a pack week

er...salah ni..sepatutnye aku nak sambung cerita secangkir lemon madu..pastu nak update cerita minah...tapi baru terfikir..aku mane ade idea lagihh!!!!

just draft ideas...tapi tengah malas nak susun ayat..so, aku roughly lahh cerita pasal minggu depan nih..dua cerita tu boleh hold lagi..maybe lepas dah setel down masuk ukm blk..huuu...

so, esok paling simple, tapi paling penat, kot..esok pagi bangun kemas2 barang nak check in masuk pangsapuri ukm..nape? nanti aku cerita..then gi tengok Finale Wind Orchestra kat picc putrajaya..harap2 sekolah aku menang..

then amik yan and ain kat ktm, terus check in pangsapuri...ingat lagi pasal microcontroller projek mtdc? well, basically kitorang kena involve dengan diorang selama setahun..so, kali ni along, yan, yana, ain and aku berkumpul untuk buat banner perasmian..lecturer yang terlibat pun bagi laa penginapan kat pangsapuri tu...

kitorang akan kerja seminggu ni sekali dengan meeting dengan lecturer untuk perasmian 3 ogos..so, lepas check out dari pangsapuri, terus masuk hostel masing2..aaa...satu konklusi je..PENAT...harap2 kat pangsapuri dapat bilik bawah lak kali ni..penat dah aku nak panjat tingkat tinggi2..

then dalam seminggu tu jugak aku terlibat dengan teater kat dctar..so, aku pc pusat yang haram..aku yang nak..so, tiada rungutan di sini..aku just serabut sebab pass masuk x dapat lagi..baju pc F1 aku xde..so, tu je laa kot aku serabut..hahaha...

well, tunggu je laa entry aku lepas dah settle down nanti...harap2 x penuh dengan keemoan..hahaha...

bye~

Friday, July 2, 2010

how she plays the double role

1 day, aku lepak2 dengan Cik A. lepak2 minum2 je la. then bestfriend die, Cik B, smoke. aku memang x suka bau rokok, but its fine with me kalau nak smoke depan aku. pompuan smoke pun aku xde hal ah.

then bila Cik B dah blah, Cik A memulakan perbincangan

Cik A : weh. aku x suke dow orang smoke. kalau smoke depan aku, lagi la aku x suke. tu yang Cik B tadi hembus asap tempat lain sebab die tau aku x suke.

aku : aaa..aku pun. tapi aku x kesah kalau nak smoke depan aku. asalkan jangan pelawa aku. aaa..itu bahaya!

Cik A : *blur sebab x paham maksud aku*

p/s : sape2 yg paham, sila diam.

then tibe2 aku tengok gambar Cik A dan Cik B lepak2, well, its normal nowadays but, very shocking. Cik A sedang sedap hisap shisha.

aku x kesah sangat pompuan hisap shisha. er..senang cite aku x kesah laa orang lain buat ape dengan life diorang. asalkan diorang tau the consequences and jangan libatkan aku.

but then, die x suka orang smoke, tapi die leh hisap shisha?? er..aku xtau nak cakap pe. korang tafsir ahh sendiri.

tu 1st double role. ataupun kalau korang nak kate benda lain pun, ikut lah. sebab aku xde perkataan yang lagi better.

dulu ade gak aku dan Cik A sembang2 pasal kawan2 yang lain. argh..baik sangat bunyinye..ok2. kitorang gosip2 laa kirenye. then terbukak cite pasal gadis2 yang agak rosak.

pastu Cik A beriyer2 laa cite pasal Cik C. die kate Cik C dah lain sejak study oversea, badan naik mendadak, maybe pregnant bagai. serius ni. Cik A cakap semua tu. and aku, ternganga. where the hell she knows all this??

so, aku biar je la. aku x berapa nak ingat details. then, tup2 rupenye Cik A dengan Cik C tu bestfriend. wtf?!!!

people, if u like to talk bad about others, jangan laa sampai seronok mengutuk kawan sendiri. kalau nak cerita sikit2, leh la. ni sampai cerita benda yang buruk2, macam kau pun sama taraf dengan orang yang kau kutuk la weh.

dah la kutuk bestfriend sendiri. entah2 Cik C tu memang betul2 pregnant, then die cite kat kau je as a secret, patut ke kau cite kat orang lain??

aku mengaku, aku mulut jahat gak. but then, aku xde la sampai bukak cerita yang buruk2 pasal kawan2 aku weh. aku cerita pun tanpa mengaibkan dan dengan niat nak bagi pengajaran. tolong laaa wahai manusia sekalian.

aku benci orang yang talam dua muka.

bye~

Thursday, July 1, 2010

orang lidi

Mase kecik2, aku suka lukis orang lidi sebab tu je yang paling senang nak lukis. Semua orang pun suka lukis, kn? Ahh..jangan nak tipu!


Selalu lukis2 orang lidi time bosan2. Kalau ngantuk dalam kelas pun, lukis orang lidi. Kalau tengah marah kat someone, aku lukis orang lidi jugak!


Pastu kalau happy2, lukis orang lidi jugak. Hehehe..


Bila dah besar, pandai laa lukis benda2 lain. Pastu orang lidi pun dah pakai baju.


Lama2, dah malas lukis orang lidi. Selalunye orang lidi yang rajin temankan aku. Pastu bile dah malas nak lukis orang lidi, nasib baik ade orang lidi sebenar temankan aku.


So, orang lidi memang dah bersama aku sejak kecil lagi. Bila aku marah, happy, bosan. Kalau sedih2, orang lidi jugak yang temankan aku. Kalau xleh tido, suruh orang lidi temankan. Orang lidi memang pandai hiburkan hati aku.

Happy bday, orang lidi =)
p/s : ni orang lidi aku. Korang punye?