kadang2 minah duduk. kadang2 minah baring. x selesa berbaring atas lantai yang sejuk. minah duduk semula. memandang kosong 2 objek didepannya.
depan minah ada jantung. masih berdegup. berdegup tenang dengan 65 degupan seminit. dan disebelah jantung tu ada sebilah pisau. diukir halus dengan ukiran abstrak. penuh seni.
minah xtau perlu buat apa dengan objek tu. minah bingung. dalam kesunyian tu, ada 2 bunyi. degupan jantung tu. dan bunyi jarum jam saat berdetik jenama Polo di pergelangan tangan sebelah kiri minah.
minah pelik. hairan. tiba2 teringat sesuatu. minah letak tangan di dada. dulu minah pernah baca sesuatu tentang badan manusia. ada sesuatu yang hidup dalam badan manusia. dan ia berdegup seperti jantung tu.
cuma dalam dada minah tiada yang berdegup. bukan di dada. di peha, perut, betis, kepala, semuanya tiada degupan.
minah rasa sesuatu yang kosong. kosong dalam dada. minah capai pisau, terus membelah dadanya. x cukup dalam. minah tekan lagi pisau tu ke dadanya. dalam. sangat dalam.
minah ambil jantung atas lantai, terus tolak masuk ke dalam bukaan di dadanya. dalam sekelip mata, minah rasa puas. teruja. dan rasa hidup.
minah mula berjalan keluar. keluar berjumpa manusia lain yang mempunyai degupan. tangan minah sentiasa di dada. bila nampak bunga, degupan jantung tu lambat. bosan.
bila nampak taman permainan, degupan jantung semakin lambat. bosan.
bila nampak kanak2 bermain, degupan jantung laju sikit dari tadi. menarik.
tiba2 ada kanak2 terjatuh di depan minah ketika sedang berlari2. minah sambut budak tu sebelum kepalanya terhantuk di tiang. refleks.
minah terpana. degupan jantung semakin laju. minah terpaksa duduk di kerusi taman kerana x mampu menahan dadanya yang berombak2. makin lama makin perlahan degupan tu.
tapi, minah rasa benda tu menarik. sangat teruja. minah terus ke jalan raya. harap2 dapat lihat sesuatu yang lebih dahsyat untuk melajukan semula degupan jantung.
sambil berdiri tegak di tepi jalan, minah nampak seorang lelaki sedang membelek bunga segar di kedai bunga. muka beliau berubah2. kadang2 berkerut. kadang2 merenung kosong. kadang2 menggeleng2. tiba2 beliau senyum sambil menarik sekuntum bunga merah jambu.
ketika itu jantung tu berdegup dengan pantas. minah kaget. kenapa? kenapa perlu begitu pantas? lebih pantas dari tadi. bukannya ada orang jatuh. lelaki tu cuma senyum. minah hairan. tetapi masih memandang lelaki tadi. sehingga x sedar minah dah mendekati lelaki itu. jarak mereka x lebih dari 50 meter.
lelaki tu pandang minah. senyum. "cantik kan bunga ni?" suara garau yang dalam diikuti dengan segaris senyuman di sebalik kumis nipis.
degupan jantung semakin laju. terlalu laju sehingga minah takut kalau2 lelaki tu dengar bunyi degupan jantung tu. "cantik" jawab minah.
"untuk isteri saya" lelaki tu berlalu pergi lepas meninggalkan rm5 di atas kaunter.
degupan jantung seperti terhenti. tapi masih berdegup. minah tau tu. kerana tangan minah masih di dada. tapi minah rasa seperti x bernyawa. rasa perit di jantung. mungkin kerana belahan pisau tadi.
tapi x mungkin. sebab rasa perit itu di dalam. di jantung. minah lari semula ke tempat tadi. terduduk semula di atas lantai yang sejuk. di depan pisau.
segala yang baru berlaku tadi seperti imej2 dalam album gambar. pantas bergerak di depan mata minah. sehingga imej akhir sekali, imej lelaki tu. imej senyuman tu. minah rasa semula sakit di jantung.
minah x dapat tahan. mempunyai jantung terlalu kompleks. minah lebih suka dirinya yang tiada jantung. seperti dulu. x kompleks. x sakit.
minah capai pisau. hunus ke dada dan bawa keluar jantung tadi. dicampak jauh2. jauh dari penglihatan. dan minah semakin tenang. lalu dunia semakin kelam. semakin gelap. selamanya.