Monday, August 30, 2010

Nazim dan Nizam

Nazim dengan Nizam remaja yang beruntung. dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna. ayah pegawai bank. dan mak supervisor sebuah syarikat telekomunikasi. apa2 yang Nazim dan Nizam nak, mesti dapat.

sejak kecil Nazim dan Nizam dididik oleh nenek sebelah mak. sebab mak dan ayah terlalu sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga kecil itu. alhamdulillah, Nazim dan Nizam membesar dengan sempurna walaupun kurang perhatian mak dan ayah.

Nazim dan Nizam dihantar masuk ke sekolah tentera untuk mendapat pembelajaran yang berkualiti dan khas. jadi, semakin kuranglah Nazim dan Nizam berjumpa mak dan ayah. kadang2 nenek sahaja yang datang menjenguk.

Nazim dan Nizam tidak sedar akan pergolakan keluarga sehingga mereka mengambil PMR. ayah telah pergi meninggalkan rumah tanpa sebarang alasan kukuh. namun, Nazim dan Nizam terus tabah dan gigih belajar.

5 tahun berlalu, kini Nazim dan Nizam melanjutkan pelajaran ke luar negeri. mak menghantar mereka pergi dengan harapan mereka dapat membawa pulang kejayaan. sementara itu, mak masih bertungkus lumus mencari rezeki. ayah pula, tiada khabar berita.

ketika final exam di universiti, Nazim dan Nizam dikejutkan dengan berita kematian mak. sakit jantung. Nazim dan Nizam bergegas pulang ke kampung halaman untuk mengebumikan jenazah. ketika itulah baru nampak wajah ayah. lepas habis tahlil, ayah hilang semula. pergi tanpa meninggalkan walau sekeping syiling.

berkat ketekunan mak bekerja, Nazim dan Nizam masih mampu menyara hidup sendiri dengan duit peninggalan mak. mereka menghabiskan saki baki pelajaran di sana dan terus pulang ke Malaysia untuk berkhidmat dengan hospital tempatan dengan harapan dapat menyelamatkan nyawa. sebagai ganti nyawa mak.

raya tahun itu rasa lain sekali. tiap2 tahun mesti dirayakan di kampung dengan nenek dan mak. tapi tahun itu, mak tiada. Nazim dan Nizam menghubungi ayah. mahu beraya dengan ayah.

"ayah x dapat raya dengan Nazim dan Nizam. ayah ada hal."

pagi raya, Nazim dan Nizam temankan nenek ke masjid untuk sembahyang raya. selepas itu, mereka terus menuju ke kubur mak. bersihkan kubur mak. temankan mak sehingga senja.

Nazim dan Nizam memandu keluar dari perkarangan kubur. x perasan sebuah lori sedang memandu laju. terus melanggar sisi kenderaan.

tajuk depan Berita Harian
"Remaja Mati Dirempuh Lori"

raya yang sempurna.

Saturday, August 28, 2010

kalau keliru, sila guna shampoo

dulu hati aku keliru. serabut. serabai! sebab? sebab suka orang tu, dia ignore. suka orang ni, x reti nak confess. pastu xtau nak buat decision macam mana.

sekarang x keliru dah! because there will be no love. anymore. ever! maybe...

hati aku dah kosong. serius. tapi kalau ade orang dating2 depan aku, memang ah jeles. tapi malas nak couple dah!

aku memang x pernah main2 dalam hal ni.

Wednesday, August 25, 2010

some says one can eat popplars

dulu aku berjalan. kini aku berjalan lagi. berjalan dengan langkah yang besar. langkah yang laju. itu dipanggil berlari.

berlari mengejar sesuatu yang tak pasti. mengejar sesuatu yang tak mungkin akan tunggu aku.

mungkin di depan sana ada sinar matahari yang sedia untuk aku.

mungkin.

aku akan terus berlari.

kutip minah, kutip!

minah dengan ceria berjalan2 di jalan tar. boleh tengok baju. murah2. jimat pun jimat.

minah terpandang segulung kertas. e eh. RM1. minah pun kutip. rezeki!

jalan2 lagi. dongak2 tengok baju yang tergantung kat kedai2. hampir terlanggar pakcik kudung kaki. pakcik tu hulur tupperware hijau yang kosong. minah hulur RM1 tadi. xpe lah minah. rezeki pakcik kudung kaki tu.

jalan lagi. panas betul masa tu. padan muka kau. nak lagi keluar tengah2 hari rembang macam tu. tiba2 silau. bulat atas jalan. e eh. 50 sen. nak kutip ke x? kutip je lah!

berat dah kantung syiling minah. simpan dalam poket je lah. nanti masuk tabung.

owh, dahaga pulak minah. minah singgah gerai jual keropok lekor. ade air jugak. minah pilih air kaler ungu. macam best je.

"RM1.50, dik"

minah amik RM1 dalam beg duit. damn. kantung syiling tadi terlalu jauh dalam beg galas. minah seluk poket. ah. duit 50sen tadi. boleh gak ah.

sambil minum air, minah jalan2 lagi. bosan pulak jalan sorang2. xpe lah. lepas beli 2 3 helai baju, balik ah.

minah masuk Kedai Pakaian Hari2. minah terpandang sehelai baju kaler turqoise. cantik! minah terus campak air dalam tong sampah, grab baju tu, terus lari masuk fitting room.

lepas sarung baju turqoise tu, minah terus teruja. cantik! memang minah confirm beli! ok, minah nak pergi pilih baju lagi.

baru je bukak baju turqoise tu, minah terpandang kertas merah atas lantai. RM10. damn. nasib minah sangat baik. tapi minah x berani nak kutip. sebab besar sangat.

masa minah pegang pintu nak keluar, minah pandang lagi duit tu. kutip je lah!

minah pergi pilih2 baju lagi. tiba2 minah dengar ade orang kecoh2. owh, budak sekolah rupanya. kecoh.

"tadi aku rasa duit aku banyak weh. tercicir la agaknye ni mase tengah try seluar! matilah aku. mane ade duit nak balik"

minah pandang budak tu, hulur RM10 tadi.

"ni duit awak?"

budak tu angguk, senyum.

minah blah dari kedai tu tanpa singgah ke kaunter. sebab minah xde mood nak beli baju. baju turqoise minah campak balik kat tempat yang minah amik.

minah terus balik ke rumah.

Monday, August 23, 2010

wahai gadis

wahai gadis berbibir merah. hidup kau terlalu mudah. hidup kau terlalu ceria. hidup kau terlalu bergelumang dengan dosa.

wahai gadis berbibir merah. bagi kau cinta boleh dijual beli. boleh diambil dan diberi kepada sape2 saje.

wahai gadis berbibir merah. sedarlah. marilah kembali ke realiti.

*aku xtau pehal aku nak post entry ni. ayat2 ni asyik terngiang2 dalam otak aku. baik aku tulis.*

waktu dulu

aku rindu time riang kanak2.

aku rindu time ade orang care pasal aku.

aku rindu time aku ambil berat tentang seseorang.

aku rindu time yang aku x serabut2 fikir pasal benda2 ni.

aku rindu masa lalu.

Thursday, August 19, 2010

hujan

hujan yang kat luar tu nampak. hujan dalam hati, sape yang tau?

a ah. esok semua perlukan aku. bila aku perlukan semua, aku dapat x? nanti orang kata aku selfish.

ntah. terima kasih, kawan.

*ni bukan menganjing.*

Wednesday, August 18, 2010

lepas lah!

malam tadi lepak. walaupun aku tau aku kena siapkan assignment java. pastu terus sahur. pastu terus g putrajaya. pastu tengok matahari terbit. pastu balik, silau dengan matahari. then sakit kepala.

selama ni aku mencari matahari untuk panaskan aku. tapi tadi matahari silaukan aku, sakitkan kepala aku. then, aku cipta satu teori.

aku dah xkan tunggu Encik Matahari. yup, aku mau move on. sebab aku dah x mampu menahan sakit.

gila. boleh ke move on?

come on ah!

Monday, August 16, 2010

puasa dtg lg

hoh? dah 6 hari puasa baru nak post entry ni?? lembab ahh wann!!

er..sukati aku ahh!!
a
dulu mase kecik2, time puasa, aku sangat suka. sebab duduk dengan tok kat kampung. boleh main2 sampai penat. pastu tido. pastu bangun, buka, gi terawih. malam ngaji. aku x pernah miss terawih. full 20 rakaat setiap hari.

dah besar, terlalu bz untuk balik kampung. sebab selalu skolah cuti lambat. dah dekat2 raya baru cuti. then, dah jarang balik kampung. tapi aku happy gak.

mak aku bz kerja. jarang jumpa kat rumah siang2. tapi kalau time buka, dia akan try jugak balik untuk buka ngan kitorang. pastu dia slalu bawak kitorang gi buka kat mana2 hotel. ye, kitorang x pernah buka simple2.

kitorang bukan orang senang. tapi mak aku nak spend time and manjakan kitorang dengan cara tu. bagi aku, asalkan dapat buka sama2 pun dah cukup. tapi, cara masing2 tunjukkan kasih sayang tu lain.

even 1st day puasa pun, kalau aku bukan kat rumah, mak aku akan struggle datang kat aku untuk buka sekali. at least kalau x dapat, dia akan try sahur dengan aku. 1st day puasa. sebab semua tu penting bagi dia. dan bagi aku jugak.

then sahur. walaupun die tau aku x suka makan time sahur, dia akan tunggu and kejut gak aku supaya bangun sahur. dulu dia rajin masak lauk2. lama2 makan benda2 segera je lah. hahah..tapi bagi aku, benda tu best. sebab dia nak jugak aku bangun, and sahur sekali.

lepas sahur, masing2 pegang air bancuhan lain2. sebab mak and kakak suka minum ais pastu air pe ntah. aku je teh o panas tiap2 hari. pastu sembang2 depan tv. owh, mak and kakak je la yang sembang2. aku tengok tv.

walaupun macam tu, aku suka gak. sebab at least subuh2 tu x sunyi rumah. dengar diorang sembang pun dah cukup.

tapi tu dulu.

balik hari tu, kakak aku beriya2 masak walaupun aku xtau dia masak pe. tapi sedap. pastu berbuka dua orang. sunyi.

sahur dekat bangsar. tu pun stakat nak sembang2 je dengan abang angkat aku. belum pukul 3 pun lagi. so, aku x konsider sangat time tu sahur. pastu balik umah, kitorang terus tido. sunyi lagi.

before aku balik ukm, kakak bekalkan nasi dengan kari ikan untuk sahur. thanks kakak.

sebab tu aku x suka balik umah. sunyi. tapi weekend ni nak balik kampung. jenguk mak. haihh..rindu pulak =)

Friday, August 13, 2010

terlepas

Helang Si Dada Bidang merenung Sang Tikus dari jauh. hendak di sambar, macam sayang. perlu disimpan dulu.

eh, lincahnya Sang Tikus berlari2. Helang Si Dada Bidang masih angkuh. x mahu tunduk awal2 dengan kegemukan tubuh Sang Tikus yang bisa mengenyangkan perutnya untuk seminggu.

Sang Tikus mula perasan akan kehadiran Helang Si Dada Bidang. namun, Sang Tikus masih lagi bermain2 di tempat tadi. seakan-akan sengaja memanggil Helang Si Dada Bidang untuk datang menyambar.

Helang Si Dada Bidang mula pelik dengan tingkah laku Sang Tikus. mengapa tidak lari saja dan hilang dari pandanganku? mengapa tidak menyelamatkan diri dari pandangan tajamku?

tiba-tiba datang Helang Si Sepet menerkam dan menyambar Sang Tikus. Sang Tikus berdiam diri. menjerit tidak. menangis tidak. meminta tolong pun tidak.

sambil dibawa terbang tinggi, Sang Tikus hanya memandang ke arah Helang Si Dada Bidang. memandang kosong. Helang Si Dada Bidang masih tidak merebut Sang Tikus dari Helang Si Sepet.

semakin jauh Sang Tikus dibawa pergi, Helang Si Dada Bidang masih bertenggek di situ. tempat di mana ia bertemu dengan Sang Tikus. Sang Tikus mula merasai kesakitan. kesakitan di leher akibat cengkaman Helang Si Sepet.

owh, tidak. rupanya sakit itu datang dari hati. kerana Helang Si Dada Bidang tidak merebutnya pergi.

Helang Si Dada Bidang masih bertenggek di situ. merenung ke arah Sang Tikus yang kian hilang dari pandangan. makin jauh. makin jauh. makin jauh..

dah terlambat sekarang. mahu dikejar, entah dimana sarang Helang Si Sepet. tapi, mana pula nak cari tikus gemuk seperti Sang Tikus?

sekian~

Wednesday, August 11, 2010

dh x sakit hati

bahaya bila aku dah berhati batu.
semua salah kau.
so, sory kalau aku sangat xde perasaan.
sebab kini hati aku telah menjadi batu.

*bodo la entry ni. xyah ahh bace!*

Tuesday, August 10, 2010

ni bukan jiwang jiwangan

tibe2 aku ter"flashback" kat cerita kawan2 aku. nama dirahsiakan atas dasar2 privasi.

Situasi 1
Aku : pehal kau beli hadiah bday untuk awek kau sampai rm300 weh?? gile kaya ahh kau.
Mamat A : sebab die pernah bagi sesuatu yang berharga kat aku.
Aku : horghh..mendE??kaye gak awek kau ehh.
Mamat A : die bagi no tepon die time bday aku *sambil senyum bahagia*

Situasi 2
Gadis B : awk, kite kan baru kapel. xde hadiah untuk sy ke?
Mamat B : hoh? hadiah pe?
Gaids B : hadiah br kapel lah!
Mamat B : *mase tu jugak keluar g bli teddy bear untuk si gadis*

Situasi 3
Gadis C : call jap leh?
Mamat C : *terus call* nape ni?
Gadis C : blaa..blaaa..blaaaa...*tengah emo*
Mamat C : bla..bla..bla.. *ayat motivasi*
Gadis C : thanx ye awk. sory kacau awk tdo. kesian awk.
Mamat C : xpe. asalkan awk x sedih2. sy nk tgk awk hepy je.

Situasi 4
Mamat D : sy dapat study overseas. awk tunggu sy, leh?
Gadis D : mesti la sy tunggu. *sambil hulurkan coklat cadburry saiz besar*
Mamat D : *patahkan coklat tu jadi dua, hulur separuh kat si gadis*
Gadis D tunggu Mamat D selama 3 tahun. tapi, hampa.

Situasi 5
Gadis E : awk, cantik x dompet ni?
Kawan E : cantik gak. nak bg bf awk ke? bday ke anniversary?
Gadis E : saje je nak bagi. *sambil senyum simpul*

horgh...tu baru sikit. banyak lagi sebenarnye orang sekeliling aku yang sweet2 pastu dengan kisah cinta yang comel2. haha.. aku doakan korang bahagia..aku happy tengok korang happy =)

i may not be a good listener, but i can spend a whole day to listen to your probs and stories. i may not be a good solver, but at least i'll try to solve all your probs =)

*tau ahh xde kena mengena pun dengan entry ni. saje je nak tulis!!!*

bye~

stabilised

time ade production mesti emosi terganggu. biar lah. abaikan aku emo2 sebelum ni. abaikan cintan cintun yang aku gedik2kan selama ni. abaikan2..

yup, confession is hard. tapi better confess dari senyap je. nanti aku pun xtau ade orang sayangkan aku. and orang yang aku sayang pun xkan tau. bagi aku, confession tu agak berat nak buat. lepas buat, lega.

thanks sangat2 sebab sayangkan aku. thanks.

dan orang yang aku sayang, sila jangan terasa seperti dipaksa. its just a confession =)

wargh!!! entry ni berbaur geli2 lagi. damn ah! ok, tukar sikit.

tahniah buat DOT sebab berjaya merangkul gelaran Persembahan Terbaik and 1st Runner Up. sumpah aku x kesah korang dapat nombor berapa janji korang puas dengan apa yang korang dah buat. sebab aku pernah rasa puas, tapi x menang dengan x puas, x menang.

dua benda tu sangat berbeza. bila aku puas, aku dah x kesah menang x menang. sebab aku tau aku dah all out dan penonton semua dapat rasa apa yang aku nak sampaikan. tapi kalau aku x puas, x menang pulak tu, sumpah aku down. dan juga kalau x puas, tapi menang, lagi fuck ah...

owh, pehal tbe2 nak emo di sini. sila tukar.

seorang abang dah pulang. dia la yang selalu dengar prob aku. dia la yang selalu try nak buat aku happy bile emo2. tapi semua tu xkan jadi sama lagi. tapi, saya still sayang abg nas =)

entry ni kelam kabut. lantak ah!

sekian~

Monday, August 9, 2010

again and again

heart broken again and again. so should i wait or should i go?

owh yes, i think he already knows bout how i feel.

but then...

*sigh*

Friday, August 6, 2010

tunggu wan balik, ye? =)

Produksi Pesta Konvo 2009
Tajuk : Boria
Tema : Warisan Kita

mak x datang. mak x bagi aktif teater. mak takut pelajaran terganggu.

aku aktif gak teater.

Produksi Mefek 2010
Tajuk : Antara Dua Darjat
Tema : 1Malaysia

mak datang. mak eksaited. mak cakap "best rupenye benda2 teater ni...len kali ajak mak!! terutama yang boria tu!!". aku cakap "bukan tiap2 tahun boria laa mak..nanti lepas2 ni mak datang la tengok kitorang"

Produksi Pesta Konvo 2010
Tajuk : Boria
Tema : Ceritera Kemerdekaan

mak, tahun ni boria jugak. wan teringin nak mak datang. tapi wan tau, mak mesti tengok wan, kan?

tunggu wan balik bulan puasa ni k? nanti wan cari bunga cantik2 untuk mak. tok kate bunga2 lambat layu untuk mak =)

peluang

selalunye kalau xde yang tu, yang ni pun boleh. kalau orang tu x boleh, orang lain pun boleh. kalau masa ni x boleh, masa lain pun boleh.

tapi sekarang

x nak yang tu sebab NAK yang ni. x nak laa mase ni sebab NAK mase tu. x nak laa orang tu sebab NAK orang ni.

people change. but i dont like this changes. sebab aku tau, nanti ade orang sakit hati. ade orang terluka. mungkin dah ade pun yang terluka.

maaf.

Thursday, August 5, 2010

bila matahari ditutupi awan, ada yang masih sudi memancarkan sinar suria

hari ni aku down. down sangat. sangat. ade yang aku cite kat blog. ade yang aku keluarkan kat status fb. ade yang aku lepas kat mai. tapi ade yang simpan dalam hati.

pastu mat mengembara dari zaba ke kdo bagi aku ayam bbq ktr td. mula2 aku rilek je. pastu die cite.

aku : kau dgn sape ni?
mat : sorg
aku : huh?? dari mana?? (sbb aku expect die dtg straight dr bbq kt panggung seni)
mat : zaba ah. tadi aku blk bilik lepas bbq. pastu bace blog kau. pastu rasa macam nak bg kau ayam.
aku : terharu melangit.

so, aku janji nak tulis dalam blog, ni dia... mat, sumpah aku terharu. thanx a lot. btw, ayam tu sedap gila!!!

*ye, sejak kebelakangan ni aku suka selitkan dialog dalam entry*

Wednesday, August 4, 2010

owhh myviku...

keta masuk bengkel. ganti bumper and spray balik. tambah spoiler. smart. petang ni dah boleh amik. ehh jap. hp bunyi lagu bunkface.

Uncle : wan, kereta u ni lampu indicator die terpasang la. u langgar kuat ke?
Aku : rasenye x laa kuat sangat uncle. camne eh?
Uncle : u bawak la g perodua. i xleh buat pasal indicator ni. ni pasal enjin ni...
Aku : down.

pastu kakak pulak call ngamuk2 sebab ade masalah enjin. dah langgar depan, most probably akan ade masalah enjin. so aku dah prepare untuk semua tu. nak xnak, dengar je laa die bebel. last2 die cakap

Kakak : ni keta masuk bengkel lagi. 2 minggu lagi ahh baru nak siap..bla bla bla bla....
Aku : down cecah lantai.

so skrg, aku down sebab keta x siap lagi. dan down sebab kena marah.

Tuesday, August 3, 2010

gedik2 part 2

hati aku still nak kau. tapi rasenye macam aku x layak je simpan hati kau.

aku ingat nak bagi kau happy. tapi maybe kau lagi happy tanpa aku.

xpe lah =)

1st accident

orang selalu kata kat aku "orang yang drive ke, bawak moto ke, mesti ade skali yang die eksiden. mesti punye lah!" . dan mase tu aku risau gile. dah la aku ni boleh dikategorikan dalam pemandu merbahaya. so setiap kali aku drive mesti aku doa banyak2.

then hari ni hari yang x boleh dielakkan. aku eksiden dengan moto. Alhamdulillah pakcik tu xde pape. moto die pun klac je yang patah. tapi keta aku teruk gak. bumper depan patah and terkoyak2. kakak aku? ngamuk ah die!

however, aku bersyukur sangat2 sebab xde sape yang cedera parah or berlaku kemalangan jiwa. pakcik tu pun bagi nasihat je la kat aku. semua dah setel. keta pun dah masuk bengkel. tapi pakcik tu x cakap lagi camne dengan moto die. die just cakap nanti die contact aku je.

aku harap2 sangat ni la 1st and last eksiden. scary. serabut. risau. down.

bye~

Monday, August 2, 2010