Monday, August 30, 2010

Nazim dan Nizam

Nazim dengan Nizam remaja yang beruntung. dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna. ayah pegawai bank. dan mak supervisor sebuah syarikat telekomunikasi. apa2 yang Nazim dan Nizam nak, mesti dapat.

sejak kecil Nazim dan Nizam dididik oleh nenek sebelah mak. sebab mak dan ayah terlalu sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga kecil itu. alhamdulillah, Nazim dan Nizam membesar dengan sempurna walaupun kurang perhatian mak dan ayah.

Nazim dan Nizam dihantar masuk ke sekolah tentera untuk mendapat pembelajaran yang berkualiti dan khas. jadi, semakin kuranglah Nazim dan Nizam berjumpa mak dan ayah. kadang2 nenek sahaja yang datang menjenguk.

Nazim dan Nizam tidak sedar akan pergolakan keluarga sehingga mereka mengambil PMR. ayah telah pergi meninggalkan rumah tanpa sebarang alasan kukuh. namun, Nazim dan Nizam terus tabah dan gigih belajar.

5 tahun berlalu, kini Nazim dan Nizam melanjutkan pelajaran ke luar negeri. mak menghantar mereka pergi dengan harapan mereka dapat membawa pulang kejayaan. sementara itu, mak masih bertungkus lumus mencari rezeki. ayah pula, tiada khabar berita.

ketika final exam di universiti, Nazim dan Nizam dikejutkan dengan berita kematian mak. sakit jantung. Nazim dan Nizam bergegas pulang ke kampung halaman untuk mengebumikan jenazah. ketika itulah baru nampak wajah ayah. lepas habis tahlil, ayah hilang semula. pergi tanpa meninggalkan walau sekeping syiling.

berkat ketekunan mak bekerja, Nazim dan Nizam masih mampu menyara hidup sendiri dengan duit peninggalan mak. mereka menghabiskan saki baki pelajaran di sana dan terus pulang ke Malaysia untuk berkhidmat dengan hospital tempatan dengan harapan dapat menyelamatkan nyawa. sebagai ganti nyawa mak.

raya tahun itu rasa lain sekali. tiap2 tahun mesti dirayakan di kampung dengan nenek dan mak. tapi tahun itu, mak tiada. Nazim dan Nizam menghubungi ayah. mahu beraya dengan ayah.

"ayah x dapat raya dengan Nazim dan Nizam. ayah ada hal."

pagi raya, Nazim dan Nizam temankan nenek ke masjid untuk sembahyang raya. selepas itu, mereka terus menuju ke kubur mak. bersihkan kubur mak. temankan mak sehingga senja.

Nazim dan Nizam memandu keluar dari perkarangan kubur. x perasan sebuah lori sedang memandu laju. terus melanggar sisi kenderaan.

tajuk depan Berita Harian
"Remaja Mati Dirempuh Lori"

raya yang sempurna.

9 comments:

say- O said...

best,
dan macam saduran.

Nazrin Saad said...

nazim dan nizam punya masing-masing.

sesuatu yg sempurna bukan dinilai dari apa yg kita dapat. tapi dengan siapa kita kongsi bersama.

ya. nazim dan nizam punya masing-masing.

bagi aku, itu dah cukup memadai.

p/s : raya pun macam hari-hari yang lain. aku pun payah nak merasai kemeriahan raya sekarang, mungkin aku harus kena a raya carol agaknya. pehhhh~~

wann afzan™ said...

raya? whatever.

Anonymous said...

obvious gilee
bkn cite psl org laen...

nape perlu ending yg mcm ni?
everyone have dreams...
they deserve to dreaming...
n deserve to having a nice happy ending dream...
even it's just a dream...

fikir2 kan...& selamat b'amal...

Unknown said...

sepatutnya hari raya disambut meriah. bukan sedih mengenang orang yang telah pergi berjumpa tuhannya.

Zaman nabi dulu mereka gembira kerana cabaran puasa telah berjaya ditempuh. Mereka menyambut dengan gembira tanpa mengenang orang yg telah pergi. Cuma mereka hanya bersedih kerana Ramadhan meninggalkan mereka tanpa tahu akan datang munculnya Ramadhan di tahun akan datang.

Ketika nabi wafat, ada cerita tak tentang para sahabat bersedih pada hari raya kerana beraya tanpa baginda.

chill up. semua yg hidup pasti kembali. jangan terlalu mengingat kerana MUNGKIN boleh terjadi kita tak meredhai pemergiannya. =)

mikhaelahmad said...

sempurna.

wann afzan™ said...

=)

Syuhaili A Hamid said...

B strong, everybody got their own challenges,manage the challenges and you will enjoy your life even better and greater dear ;-)

wann afzan™ said...

thnx abg long =)