Thursday, September 29, 2011

I won't use IE. walaupun langit nak runtuh!!

Setelah beberapa hari xde kerja.

S - Supervisor
W - Aku

S : Wan, sini jap.
W : Yep? (dengan buku dan pen di tangan macam nerd)
S : Awak tolong buat assessment kat page ni k?
W : HELL YEAH!!!
S : Owh, and you can't use Mozilla. Page ni boleh bukak dengan IE je.
W : HELL NO!!!

terus bakar komputer, opis, menara Annexe. balik rumah tengok Vampire Diaries.

**************
dah 2-3 hari jugak la sampai opis dekat2 kul 10. Supervisor, sila bagi kerja yang serius sikit kat aku.

GiTN ni kalau xde kerja, memang semua orang lepak2 je. nama pun anak syarikat TM. hahah.

Adele - Someone Like You


sekarang asyik dengar lagu ni kat radio. turns out orang yang x heart broken pun boleh touching bila dengar lagu ni.

Tuesday, September 27, 2011

craving for sweets. badly!

hari tu teringin putu buluh. x dapat lagi.

pagi tadi teringin cheese cake. ingatkan sebab lapar. tapi lepas lunch pun still rasa nak makan cheese cake.

dah bosan xtau nak buat apa, tengok dexter season 1. terus teringin donuts.

lepas tu balik nanti rasa macam nak buat puding karamel. yummyyyy..

thank God i drove to work today. so, in my mind, bila balik nanti :

1. singgah Mid Valley, beli donuts.

2. race ke Bangi, beli putu buluh kat pasar malam.

3. otw nak sampai rumah, singgah dulu Jusco, beli cheese cake kat Secret Recipe.

WIN!!

tu pun kalau aku larat. sekarang fikir nak balik rumah, baring depan lappy, pasang Supernatural sambil hisap lolipop.

ahh..damn you cravings..

Monday, September 26, 2011

sentiment de malaise

orang kata anak bongsu ni rebel dia lebih sikit dari anak2 lain. sebab terlebih manja, kata mereka lagi.

kalau anak bongsu yang x berapa nak manja macam aku ni, tapi rebel, macam mana pula tu?

mungkin sebab kakak sulung yang terlebih manja mengakibatkan aku selaku anak bongsu memberontak?

pernah terfikir nak lari dari rumah. but that is too mainstream.

baik aku lepak kat rumah, rebel dalam hati. but that is too pussy.

last resort? heh. takkan aku nak bagitau satu dunia pulak. simpan sendiri dah ah.

p/s : kakak aku busy fikir pasal kahwin and abaikan aku. no..no... i have no problem with that since we are not that close. aku happy, sebenarnya. sebab aku bukan perhatian utama dia sekarang. heh.

Sunday, September 25, 2011

seronok download movie and tv series kat cc. lajuuuuuuuu

you might find i'm annoying because you hate me.

but if i am your best friend, you will find me charming.

true story.

p/s : finished House. waiting for new season of House, Dexter, How I Met Your Mother and White Collar. currently addicted to Supernatural.

p/s/s : <- is it p/s/s or p/p/s? please someone answer this sebab aku dah tanya cikgu English masa kat matrix dulu tapi dah lupa dia jawab pe. hahah.

Friday, September 23, 2011

nasib baik demam time xde kerja

kalau x tegur makcik cleaner, cakap budak2 kerja opis sekarang sombong2. kalau tegur, macam ni pulak

aku : selamat pagi makcik! (muka ceria gila walaupun demam dengan suara sengau2)

makcik cleaner : ........ (pandang dengan pandangan 'apahal')

*******************
pukul 6 pagi.


tido balik sampai kul 7 pagi

nak mandi pun takut sebab sejuk sangat

sampai opis muka dah merah. demam balik.

dah la server down. nak on9 pun x boleh. so aku main game and last2 tido. kul 4:15 pm aku dah gerak balik sebab x tahan sejuk sangat dalam opis.

sampai rumah, bosan. hahah.

Thursday, September 22, 2011

x boleh tido sebab dengar diri sendiri bising sedut hingus. hahaha

eye to eye, cheek to cheek.
side by side, you were sleeping next to me.
arm in arm, dusk to dawn with the curtains drawn.

so how come when i reach out my fingers,
it seems like more than distance between us?

asyik hujan je beberapa hari ni. aircond dalam opis pulak macam aircond peti ais.
selesema and sakit tekak macam xnak hilang. makin teruk ada ah.

cepat lah bulan 12. sebab time tu aku akan bebas.

hope so.

sigh

Tuesday, September 20, 2011

ada orang nama Mikhaella rupanya

dalam hidup ni kita kena yakin dan berani tonjolkan diri kepada orang ramai. sebagai contoh, Nazrin Saad. lihat ulasan beliau.

"Gua dah putih sekarang. Nanti lu pun terkejut dengan kulit gua yang putih melepak bak salju"

**************

ada ke nama orang Markisa? nama Marissa aku tau lah. tapi Markisa xde eh?

Markisa tu nama buah, aku tau. dan jus Markisa sangat sedap.

x boleh ke bubuh nama anak Markisa? hahahahaha..

**************

turun Putra Kerinchi kul 12, pergi makan dulu. masuk opis like a boss. tengok2 supervisor pergi training. so hari ni xde kerja. yay!!!
**************

subuh tadi selsema teruk. bangun kul 10, dah ok. masuk opis balik, selsema lagi. balik ah camni!
**************

actually aku xtau nak buat apa. so, aku update blog.

Monday, September 19, 2011

aku xtau pun kat sini hujan tadi

kerja banyak. tapi aku dah bosan.

opis yang memang senyap, makin senyap since semua orang pergi jamuan raya x ajak aku.

cepat lah pukul 1. aku lapar ni.

owh. komputer ni lembab nak mampus. camne aku nak upgradekan tanpa kacau apa2 program GiTN dalam ni?

hurm..

p/s : at last boss kat sini ajak gak aku gi jamuan raya. heh. satu-satunya boss tua yang hensem.
p/s/s : nope. x pergi jamuan raya sebab x larat nak jalan kaki jauh2 tengah2 panas.

Friday, September 16, 2011

travelling

aku suka travel. sebab tu aku teringin nak duk kat australia.

so dah tua lepas pencen nanti, aku nak travel around. Asia rasanya hampir semua dah pergi. so nak travel blah2 barat lah. Europe sounds nice.

tiba2 aku bayangkan diri aku bawak huge backpack travel around sambil pegang map dan sebagainya di tangan. tu pun kalau aku larat lagi. hahah.

tu pun kalau aku hidup lagi.

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

LRT sucks

Putra LRT punya sistem down hari ni. hampir sejam aku stuck kat Masjid Jamek dengan beratus2 orang lagi.





bahu sakit. pinggang sakit. kaki sakit. lapa.


x larat dah nak mencarut.

Monday, September 12, 2011

dah start buat projek nanti korang x payah dah tengok aku post entry hari2 ye

disebabkan ofis penuh dengan perempuan, topik keperempuanan sering menjadi perbualan.


antaranya ialah resepi, masakan, kuih muih, suami dan anak2.


topik yang sedang hangat sekarang ialah mengandung. dari pagi tadi x stop lagi cerita pasal baby dalam perut lah, perut keras lah, jaga berat badan lah, beranak nanti sakit lah, itu lah, ini lah. haih. penat nak dengar.


dengar kata aku kena pindah ke menara sebelah. supervisor aku nak bawak aku gi sana petang ni.


tapi sebab dah start bergosip, ntah bila la dia nak bawak aku tu ye?

Gelabah nak update blog sampai lupa letak tajuk. Ass.

Hari ni penyelia dah ada.



Meja kosong. Xde Komputer, xde telepon.
So, esok aku kena bawak laptop sendiri. Struggle ah esok nak naik tren bagai...


I will feel like this.
But at least aku akan dapat meja sendiri.


Sigh.

Friday, September 9, 2011

Wanita emo, lelaki x emo. Gitu?

kat 9gag selalu ada post pasal perempuan emo time period.


kawan2 lelaki selalu komplen awek mereka over2 emo time period lalu mereka ambil keputusan untuk menjauhkan diri dari awek mereka sekali dalam setiap bulan. iaitu ketika awek mereka period.


aku tau sebab mereka selalu cerita kat aku. mereka anggap aku lelaki jua.


tadi dengar gosip liar di ofis.
Tajuk Gosip : Encik J lafaz talak kat bini dia yang tengah pregnant.
Alasan beliau : bininya sangat emo time period. time pregnant, lagi emo. tambahan pula, bininya x sexy ketika pregnant.


adakah ini wajar?


well, male creatures, sila dengar nasihat aku yang sopan santun ni.


try la lalui kehidupan yang boleh rasa darah keluar and rasa geli geleman lepas tu senggugut kadang2 xleh nak bangun. plus, kena jaga kebersihan diri setiap jam. sebab darah tu bukan keluar sehari sekali. dia lebih kurang macam runny nose lah. tu pun dah rimas kan?


tu period.


kalau pregnant, badan naik sebab nak imbangkan dengan perut yang membesar. kalau x, patah la tulang si ibu. perut tu pulak bukannya ringan. dalam tu bukan isi yang boleh dibuang macam taik. dalam tu ada manusia. pinggang sakit. kaki bengkak. baju x muat, kena beli baru.


dan yang paling penting, perubahan emosi tu akibat dari perubahan hormon dalam badan. kaum wanita x boleh kontrol yang tu. kalau nak argue jugak, pergi argue kat atas sana.


paham?


untuk Encik J tadi, harap2 kau menduda sampai tua tanpa ada seorang perempuan pun dalam hidup kau sampai mati. termasuklah pelacur sekalipun. huh.

Thursday, September 8, 2011

hehe..saya nak tanya tapi x konfiden lah. hehe..

satu petang yang hening, masuk seorang gadis dari department lain ke department aku.


Gadis : Eh, sape ni? (merujuk kepada aku) Hehe..Sukati aku je tanya.


Aku : (senyum)


Gadis : (lepas sembang dengan orang lain) Oh, awak budak baru tu eh? Hehe..Tanya lagi..


Aku : Tak. Saya praktikal. (senyum)


Gadis : Dari mana? Ish. Nyibuk je kan aku tanya2?


Aku : UKM. (senyum)


Gadis : Course ape? Hehe..Banyak pulak aku tanya.


Aku : Komputer Industri (senyum dan terus pandang komputer)


aku x suka orang macam tu. kalau nak tanya, tanya je la. konfiden la sikit nak bertanya soalan. dah keje opis pun x konfiden lagi. huh.

Wednesday, September 7, 2011

kita tengok lepas Hari 1Malaysia macam mana

16 September - Hari 1Malaysia.
anda silap. ni bukan entry berunsurkan politik.

seperti syarikat ternama yang lain, TM pun suka menempa nama. so, aktiviti kawad, fund raising dan sebagainya amat digemari.

ofis sekarang agak kosong sebab ramai pergi training untuk kawad 1Malaysia kat Dataran Merdeka minggu depan. termasuklah bos aku.

sebab tu aku xde kerja nak buat sampai ke hari ni.

silap. tadi ada satu kerja. kena key in data orang kerja overtime. kerja tu pun aku buat x sampai setengah jam.

lepas tu, none, nothing, nada.

termenung lah aku sampai ke petang sambil main Plant Vs. Zombies.

lepas Hari 1Malaysia baru bos masuk kot. lepas tu introduce aku ke seisi department. dan akhirnya aku akan dapat meja aku sendiri.

dan mungkin masa tu aku akan ada kawan nak lunch sekali.

owh. this is why i'm all alone here. tengok list budak praktikal yang lapor diri Isnin lepas.

and the list goes on...
dalam 50 orang budak praktikal, aku sorang je kat GiTN. huh.

and aku sorang je lahir tahun 90-an.

p/s : baru hari ni aku berani update blog kat ofis. lagipun, kat sini diorang x pakai Mozilla. diorang pakai IE.

Monday, September 5, 2011

hampir2 nak update blog kat opis tadi tapi terbantut sebab orang asyik lalu lalang belakang aku

hari ni super bosan. so i'll just doodle it.










jam2 berikutnya, aku surf internet je lah. keluar makan pun x sebab kad pekerja aku x berfungsi lagi. so aku malas nak pinjam dari kakak2 dalam tu untuk keluar makan.

in the end, aku asyik tengok jam je. lambat betul masa tu nak bergerak ke pukul 5:30. hoh.

harap2 esok ada kerja untuk aku.

Sunday, September 4, 2011

Mari Belajar Teater

Ketua Kelab Kebudayaan aku dulu suruh tulis artikel pasal disiplin pentas dengan carta organisasi produksi. untuk 1st year baru nak masuk ni kot. dah berbulan tinggalkan teater. xtau lah ingat lagi ke x.

tipu je. aku dah siapkan artikel tu tadi. mestilah aku ingat. dua tahun berguru dengan senior2 DOT. yang paling banyak ajar, abg nas. tapi part produksi je lah yang banyak. sebab diorang selalu suruh aku jadi pengarah produksi.

sekarang aku rindu nak berlakon balik. produksi yang lepas, nak berlakon sebenarnye. tapi sebab ciri2 x mencukupi, jadi la pengarah produksi, again.

next sem xde DOT dah. fuck. dari sem lepas dah bubar kot. gila punya kolej. sem ni aku praktikal. nak datang jenguk UKM pun xtau nak jenguk pe.

rindulah sama teater.

sakit perut.

bye.

Bulan Syawal

1. Raya
- tak best
- duit raya ada la dalam RM10
- kakak dah selamat bertunang
- seminggu kat kampung rasa macam 100 tahun duduk bawah batu

2. Kekeluargaan
- tiada ikatan yang semakin kukuh. semua sama
- kecuali kakak aku. dia mengikat ikatan kekeluargaan dengan tunang baru dia lah
- kubur mak makin cantik. like!

3. Praktikal
- esok start dengan GiTN, Menara TM, Bangsar. kalau pergi Mid Valley, singgah la situ belanja aku makan
- pergi kerja nanti naik tren. DUA tren. sebab kat BTS xleh nak parking, kena naik STAR kat Miharja. tukar Putra kat Masjid Jamek. kalau aku drive, 20 minit dah sampai. tapi sebab kat sana parking mahal, kena naik tren. nice kan? huh.
- xde handbag yang sesuai. ada sape2 nak belikan? aku malas nak shopping. hahah.

4. Kesihatan
- makin gemuk. masa raya x makan banyak pun. tapi dah gemuk. tahniah
- pinggang dan kaki sama2 sakit. sehati sejiwa
- demam. nak tido lah

bye.