Friday, March 18, 2011

merah jambu

dulu kau lemah lembut macam kain satin.

dulu kau peramah macam Cik Kiah.

dulu kau x ganas macam Incredible Hulk.

tapi sekarang kau dah lain. mulut dah lancang, kasar macam kertas pasir. melenting kuat macam orang letak cili kat bontot.

kau tau? sejak kejadian tu, kau dah berubah. kau sibuk cerita sana sini kat orang lain cakap aku dah berubah. tapi pasal kau, aku x payah cerita. semua orang nampak. semua orang tau aku atau kau yang betul.

xpelah. teruskan lah dengan hidup kau, wahai gadis. dan jangan kacau dah hidup aku.

Thursday, March 17, 2011

lenguh ahh tangan main badminton!!

lama dah x balik umah. sebelum kakak aku bising2, better aku balik dulu.

dah sampai umah, aku terus basuh baju. pastu tengok sekeliling rumah. ya. rumah ni perlu tukang kemas yang mantap.

aku cadang esok pagi nak bangun kemas rumah.

p/s : penimbang dah rosak. xleh nak tengok berat terbaru. dem.

p/s/s : dah rindu kat kau arghhh!!!

Tuesday, March 15, 2011

thanks =)

haha.. thanks. gua pun sayang lu gak.. ni sincere punya thanks.

tapi.. kalau nak tegur sebab sayang gua, tegur je lah depan2. x payah hantar orang. gua boleh accept lah bai. mungkin terasa sebentar. tapi gua accept.

kah kah kah!

Sunday, March 13, 2011

Jom karok weh

Sepanjang minggu ni je dah berapa banyak panadol dah aku telan. Semua sebab fikir pasal dinner kolej, study dan lain2 hal berbangkit.

1. Dinner kolej
Sebagai pengarah sekretariat persembahan, aku rasa malam tu agak berjaya la. Dari bahagian aku, x silap apa2 pun. Kalau budak2 persembahan tu sendiri yang salah step, lupa lirik bagai, tu lantak diorang ah. Haha..

Yang penting, malam tu aku penat gila pakai heals. Keje aku duk ulang alik je kat backstage tu. Pastu aku x tahan, sebelum habis dinner lagi aku dah tukar slipar dah. Sampai la kemas2, angkat2 barang kat dctar tu. Orang nak amik gambar pun, aku pakai slipar gak. Hahaha..

2. Study
Segala hal pasal study, aku dah setel dengan ketua jabatan aku. So, aku extend lah nanti. Batch2 Hanis, Khai, Rohani, Farah, jom ah grad same2. Yay! (aku taip agak2 sape yang baca aku punya blog je ah. kalau x baca, shame on me. hahahaha)

But then, aku x sure whether aku punya praktikal ni lepas ke x. Sebab aku xtau subjek2 yang aku drop tu sebahagian daripada keperluan praktikal tu. Huh..

Kalau aku x boleh praktikal, aku free lah satu sem tu. Gila bosan. Start dari sekarang aku dah cari keje balik dah. Lagipun sekarang masa aku dah banyak free. Boleh la cari makan sikit2. Eh2. Ni dah masuk hal2 berbangkit.

3. Hal2 berbangkit
So, aku dah cari keje, tinggal xtau nak start bila je. Aku apply Isnin ngan Jumaat. Part time ah senang. Kalau dapat, aku start keje terus. Malas nak tunggu2. Nanti boleh sambung terus masa short sem. Short sem pun ada 3 subjek je. Bosan..Bosan..

Hal2 lain, kitorang dah tubuhkan Kelab Bengkel Asri. Haha.. Ni bukan kelab suka2. Datang je, kena derma kat tabung "Keselesaan Anda". Lepas tu tolong Abg Asri buat set. Best jugak ah. Lain kali boleh buat set sendiri untuk teater Dot. Tak payah suruh2 orang lain dah. Heh.

Dah. Tu je kot. Hari ni je x telan panadol banyak2. Sebab hari ni sakit perut. Nanti rugi ah makan panadol. Kah kah kah!

Saturday, March 12, 2011

orang dulu2 suka tipu budak kecil untuk bagi pengajaran

Rogayah jalan2. Tengok dalam tasik penuh dengan air. Ada bayang2. Bayang2 Rogayah.

Rogayah pergi jauh. Bayang2 hilang. Rogayah datang dekat, ada lagi bayang2.

Rogayah campak satu batu. Bayang2 pun hilang.

*pernah dengar lagu ala2 camni? penipu gila. lepas air dah tenang, bayang2 ada semula. mana boleh hilang. cis.

Friday, March 4, 2011

high beam

semalam ada Viva baik hati. lampu tinggi. siap boleh suluhkan billboard depan aku. ya, terima kasih..

cermin sisi, cermin pandang belakang, semua dia suluhkan untuk aku. memang x silau ah mata aku kan..

aku terus brek, bawak slow2 sampai dia potong. pastu aku terus laju masuk belakang dia, pasang high beam gak. baru kau rasa!!

pastu x sedar diri gak tu. x tutup2 jugak high beam dia. lepas berpisah jalan dekat bulatan, aku stop kat lampu merah UKM.

tiba2 ada kereta bagi beam kat aku dari belakang. pastu terus belok ke arah Kajang. rupanya Viva tadi.

huh. perangai macam kanak2.

Thursday, March 3, 2011

hey hey hey

hubungan selama 3 tahun. banyak benda dah dikongsi. banyak benda dah diharungi bersama. banyak benda. banyak benda...

benda privasi. check.
benda x privasi. check.
tubuh badan. check. <- ni bukan lucah. sila fikir benda yang x lucah
air mata. check.
senyuman. check.
marah. check.

semua kat atas ni dah jadi sebati dalam hubungan selama 3 tahun. malah lebih lagi.

tiba2 putus. dan salah seorang boleh carefree lagi. sebab apa? sebab dia dah ada buah hati baru.

xpe lah. mungkin x serasi dengan hubungan 3 tahun.

tapi sila jangan menipu orang sekeliling. kerana hubungan yang baru tu xkan tahan lama kalau didasari dengan penipuan.

sekian.

p/s : sepatutnya entry ni lebih bersifat maki hamun. tapi tiba2 x termaki lak. heh.

p/s/s : aku memang dah malas dah nak amik tau hal kau, pompuan. kalau kau ada masalah yang berat, sorry kalau aku x tolong. sebab kau dah banyak tipu dan hati aku ni dah tercalar banyak sebab kau. kau memang bitch. satu dunia dah tau kau tu bitch. moga bahagia ah dengan pasangan baru kau eh. aku sebagai penonton hanya mampu ketawa sinis. hidup lah kau dengan dunia lakonan kau. hiduplah kau dengan angel baru kau. hiduplah kau dalam penipuan kau. hiduplah wahai gadis "sopan".

p/s/s/s: tapi jangan risau. rahsia kau tu masih aku pegang. aku tau aku jahat. tapi aku bukan macam kau. aku xkan bagitau sape2 pasal rahsia kau tu. aku pegang sampai mati. sebab aku BUKAN macam kau.

hujan jugak akhirnya

aku baru baik demam. still, xde mood nak update blog.

owh. aku baru jumpa method baru kumpul duit dari blog selain dari nuffnang. ye lah. duit makin hari makin sikit.

dah berjaya nanti aku bagitau lah benda apa. sekarang xde mood. sakit tekak. hoh.

Tuesday, March 1, 2011

proses study yang aman damai

esok mid sem paper sains sosial. ada 6 bab. hari ni aku baru nak baca semua 6 bab tu. haha..

proses study aku berjalan dengan lancar. balik bilik dari kelas, baca manga. fb. blog. manga balik. keluar makan, balik, blog lagi, fb lagi.

lepas tu baru la bukak buku. rasa bosan, on lagu kat hp sebab kat lappy, player rosak.

baring2 kat katil sambil baca buku. tutup lagu sebab bising sangat campur dengan bunyi guruh. dah bunyi guruh, aku tergamam, tengok lappy balik. main game satu level.

duduk kat meja baca buku. tertido. terbangun sebab tiba2 ade guruh balik. style gak guruh ni nak suro aku study.

baring balik kat katil. baca buku lagi. bangun pulak gi minum air kat meja. lappy kat meja. apa berlaku? aku tengok blog balik.

dan kini aku sedang menaip entry baru. heh.

dah2. aku nak sambung baca buku. kau jangan kacau ahh lappy!!