Monday, May 31, 2010

minggu gila

kemurungan berpunca dr sesuatu...atau lebih spesifik, seseorang *dimana aku xkan cerita tentang itu di sini* ...so, lepas aku rujuk pakar terapi, dia suruh aku cari kegembiraan dengan kawan2...dari situ, bermulalah minggu gila aku...

aku mula mengatur aktiviti dan rancangan untuk happy2...lama jugak aku nak kumpulkan bala tentera suka ria aku...so, hanya dapat keluar dari kemurungan bermula hari khamis......

27 mei 2010
macam yang dah aku cerita kat entry sebelum ni, aku, abg nas dan abg say o g tengok nightmare on elm street...lepas habis cerita tu aku ingat nak lepak mapley sebab alishia xde kat bilik..so, aku macam xde keberanian sangat nak duk sorang2 dalam bilik...walaupun aku bagi rating 2/5 je untuk cerita tu...

tapi diorang pun nampak macam letih dan x semangat pun nak lepak mane2...lalu aku gagahkan jugak stay kat bilik...last2, aku terlelap depan lappy sambil tengok movie dalam kul 5...


28 mei 2010
sepatutnya nak g menggila tarikh ni la..tapi terpaksa tarik semua tu ke hari sebelumnya sebab abg long dan abg zul nak tengok kubur mak...pasal ni dan gambar2 pun aku dah story kat entry sebelum ni...

kegilaan yang sebenar adalah aku tidur lambat malam sebelum tu, then aku terpaksa bangun awal pagi...then lepas duk dalam keta 4 jam, baru sampai umah tok...tido kejap, bangun terus g kubur then amik gambar kat menara condong...sampai kl dah malam, lepas makan, baru balik ukm semula..alishia still xde..so, tertido depan lappy lagi sambil tengok movie dalam kul 4.30...

well, at least aku terlelap lebih awal..huhu....

29 mei 2010
dalam perjalanan aku pulang ke kl dari kampung malam sebelumnya, abg ijan text aku...dia ajak tengok prince of persia dengan dotters gak...lokasi?metro kajang...ok..sebab aku amat memerlukan kegembiraan dengan kawan2, aku setuju je la...

gerak ke sana dengan keta pod..kapasiti proton saga pod ketika itu adalah 6 orang...3 laki, 3 pmpuan...dan hari diceriakan dengan skill memandu dari pod dan shira yang buat kitorang mengalami non-stop adrenalin rush...

panggung pulak buat hal...satu scene ditutup dengan sesuatu dalam kira2 10 min...lepas abg nas report kat awek kaunter, baru dia alihkan benda tersebut...TANPA mengulang balik scene penting yang kitorang dah terlepas tu...damn.

overall, aku bagi 1/5 je laa kat POP...


info tambahan
kami bergerak pula ke music box sebab aku macam kepingin gile nak jerit2...er..maksud aku, nyanyi2...tapi org lain pulak yang jerit2 sampai bernanah gegendang telinga..hahahaha..terbaik ahh pod...eh..bukan pod sebenarnye...aku keluar dari bilik karok tu dengan suara yang kian pudar...

dialog aku dan abg ijan
aku : call laa diorg (aku pun xtau pe punca aku suruh dia call sape2)
abg ijan : xleh..kredit tinggal 40sen...
aku : hoh! msg sape????
abg ijan : bdk2 dot ahh..wan..pod...
aku : owhhh....msg merentasi negeri mmg laa mahal abg ijan.....
abg ijan : gelabah! (seperti memahami maksud sebenar aku..busted!)

then, singgah pasar malam bangi semata2 nak tengok gadis air tebu...owh...aku sangat kecewa sebab aku letak harapan tinggi kat beliau...abg say o asyik kata yang aku bakal menangis tengok dia...yes, i did...sebab dia x hot macam yang abg say o bising2...argh....

bila on9, fatin lak ajak sape2 yang free teman beliau g youth festival...dengan spontan, aku ajak alishia...dia pun dengan happynye setuju dengan ajakan aku...yeargh...cayalah!!aku tido dengan harapan bangun kul 9 so that leh gerak awal...

30 mei 2010
harapan meleset bila aku sedar2 dah kul 10...kitorang terus bersiap2 dan gerak g umah aku dulu, letak barang and nanti dia tido umah aku...sebab ktm confirm penuh bila time balik nanti...so, plan aku park kat bts, terus naik star...so, xyah berpeluh2 berebut2 naik ktm gerak balik ukm...

kitorang melangkah ke pwtc dengan khai...sebelum tu ditahan oleh pak guard kat star bts sebab aku tengah mengunyah snickers dan minum 100 plus..dia kate dilarang makan minum bagai...sambil aku struggle habiskan semua tu, dia lak sebok2 nak sembang...argh!!

sampai2 je kitorang hairan..macam xde orang langsung...apakah.....so, makan dulu kat the mall...perjalanan dari registration counter sampai masuk festival saaaaannngggaaaattt jauuuuuhhhh......aku sampai x berdebar2 dah bila sampai tapak festival tu...haihhh...lain kali, buat kat klcc ye?

bagi aku, ianya agak mengecewakan..bcoz i have high hopes for it...aku x berminat pun amik banyak gambar...bergambar pun sekadar for the sake of "at least aku ade gak amik gambar" ...actually, ok je youth festival kali ni..tapi sebab aku x dapat join silent disco sebab macam dah letih so kena balik awal..then barang2 kat shopping part pun x menarik sangat...aktiviti yang dia buat x menarik minat aku..so, sorry..ni pendapat aku je..well, alishia pun rase camtu gak...

bila tiba2 aku dah dapat serangan migrain, aku terus lemau...alishia ajak g klcc tapi aku cadangkan g mines je sebab leh drive g sana dr bts..xyah laa nak tukar tren semua..tapi g mines pun x jadi sebab dia pun dah letih sangat...

harapan nak tengok movie malam tu pun x tertunai sebab xde movie best...akhirnya, melepak je kat mapley...anyway, good day though...


31 mei 2010
aku bangun lambat..malas nak masak..tapi malas jugak nak makan luar...akhirnya aku gagahkan jugak masak 2 jenis masakan...asalkan kenyang...hahaha...lepas selesaikan soomething kat bank, aku terus hantar alishia balik ukm...

otw balik, teringat kat rambut aku yang dah panjang ni...so, terus memecut ke kedai rambut, potong...amoyy tu cakap rambut aku lembut..yay!!pastu dia potong tanpa belas kasihan...sekarang rambut aku serupa macam jacob black dalam new moon...seriusly....

aku rasa minggu gila aku berakhir hari ni...sebab aku rasa SANGAT letih bila hari2 aku keluar...but, thanx kat semua yang dah terlibat untuk menjayakan minggu kegilaan aku..sayang kamu =)

sekian~

Saturday, May 29, 2010

sekeluarga tapi tidak sedarah

ini minggu gila aku...tentang itu, aku story kat entry lain...ni kisah abg2 aku..

27 mei 2010
sepatutnya nak tengok nightmare on elm street esoknya...tapi terpaksa dibatalkan sebab nak buat trip balik kampung...so, aku ajak dotters kuar hari ni (27 mei) ...destinasi alamanda dengan tujuan menonton elm street...

mula2 aku, abg nas, abg say o dengan abg hazal...kejut babes smua ade komitmen masing2...pastu abg hazal cancel, ganti dengan abg ijan..abg ijan cancel, ganti dengan alishia...alishia cancel, kitorang letih dah nak cari orang bagai...so, cancel je laa 1 tiket yang dah booked..

perjalanan diteruskan dengan abg nas dan abg say o sahaja...bila jalan dengan diorang, terasa sangat macam adik kecik..abg say o kadang2 rase macam bonzer...hahaha...tapi diorang tu macam abg2 jage adik yang gedik nak tengok movie ahh...dalam movie macam biasa, abg say o akan gelakkan terang-terangan aksi yang serius tapi klaka...dan abg nas akan senyap...aku, layan je lahhh...

balik ukm, letih, duduk bilik, tertido sambil tengok movie...

28 mei 2010
abg long dan abg zul amik aku dalam kul 9.30...bergerak pulang ke teluk intan dalam kul 10 lepas breakfast kat hentian pe ntah sebelum rawang...sambal nasi lemak sangat sedap!!abg long yang memandu sebab beliau lebih tua..hahahaha...

nape balik kampung dengan diorang?sebab diorang x pernah lagi tengok kubur mak...lepas kebumi 4 feb, x tengok dah...lagipun ni dah letak batu nisan dengan tambah kepuk...so, diorang nak jugak ziarah...mak diorang jugak...hurm...

sampai pun agak lambat sebab dengan jammed, singgah sembahyang jumaat then makan dulu baru sampai rumah...dah petang sikit baru ziarah kubur..tu pun still panas lagi...lepas habis baca yassin, bergerak terus ke pekan untuk ziarah menara condong pulak...abg2 aku tu dah lama teringin nak bergambar kat situ..selama aku balik kampung, x pernah2 aku bergambar kat menara condong...haha...

owh ye...abg zul baru beli DSLR...Canon EOS 550D..jelesnya aku...tapi aku try2 laa jugak camera dia..hehehe...lepas puas bergambar kat menara tu, terus bergerak pulang ke kl...konklusi, letih betul 2 hari ni...tapi seronok bersama keluarga tapi bukan sedarah =)

bergaya sementara tuannya mengunyah..




sedang berbincang tentang couple grave yang ada di situ..

menara condong teluk intan

tengok laa muka seronok mereka..

sekian~

Wednesday, May 26, 2010

secangkir lemon madu part 2

Argh. X sangka lak leh tersenyum sorang2 bile teringat kisah bodo tu. X jadi minum lemon madu. Aku terus capai megi, rendam dalam air panas. By the time aku cari cerita best kat tv dan capai chopstick, megi tu dah tersedia pun untuk dimakan.

Ye lah. Gaji aku sebagai cikgu sekolah menengah bukan tinggi sangat pun. Kena laa jimat2. Lagipun dah biasa. Dari kecik nenek aku ajar menabung. Duit raya pun selamat dalam bank sementara rakan sebaya aku beli set Barbie, lego dan gula2. Jelesnya aku…
*******************************************
“Kesiannya budak ni. Kecik lagi dah hilang mak bapak. Lagu mana la dia nak besaq? Teruk budak ni nanti” kata Mak Bedah ala2 mengumpat.

“Ntah. Nanti dia duk dengan neneknya laa kan? Elok laa tu. Nenek x larat nak bela cucu. Cucu pulak ntah kemana2 adab sopan semua. Biaq pi la kat depa” sampuk Mak Siti pulak.

“Eh, harta benda mak pak si Hani tu pi kat sapa? Ntah2 …..”

“Oi Cik Bedah! Awak tu xdak kerja ka nak duk mengumpat kat tangga rumah orang? Kubur anak aku tu pun basah lagi aku siram tadi. Bawak2 laa mengucap, mintak ampun kat Allah sementara sempat ni Cik Bedah, Cik Siti!” tiba2 nenek aku muncul kat muka pintu.

Aku yang tengah main guli kat bawah rumah pun terkejut. Aku terus lari masuk rumah ready nak pergi mandi sebab takut nenek aku marah aku pulak. Sekarang nenek aku yang jaga. Dia garang. Tapi dia je la yang aku ada lepas mak ayah aku meninggal. Kemalangan jalan raya. X sempat aku nak tunjuk piala silat aku.

Nenek ajar aku berdikari. Mandi sendiri. Tidur sendiri. Kalau lapar, pandai2 la masak sendiri. Dia pun x larat nak jaga aku macam budak kecik. Lagipun aku dah 12 tahun. Kalau bergaduh kat sekolah pun, kena handle sendiri. Tapi xpe, aku ade silat.

Nenek pindah dari kedah ke rumah aku semata2 nak jaga aku. Sebab aku sekolah kat kl. Sementara nak habiskan setahun, better aku teruskan je kat sekolah tu. Then baru sambung sekolah menengah kat kedah kalau x dapat asrama. Aku berusaha gigih supaya dapat masuk asrama. X suka duduk kedah. X suka jiran2 nenek. Kuat mengumpat.

Duit belanja sekolah selalunya nenek aku bagi 50 sen. Cukup2 untuk aku beli mi goreng dengan air sirap. Tapi selalunya aku simpan 50 sen tu. Menabung. Nanti boleh la aku beli set rumah Barbie. Boleh berlagak dengan anak dato sorang tu. Seronoknya!

Lepas kejadian “cawan” kat kelas aku, budak2 tu selalu nganjing aku. Tapi masalahnya xde sape tau sape yang bagi aku cawan tu. Zaiton sendiri pun xtau. So, aku diamkan je la. Malas nak layan gossip liar macam tu. Lama2, kes tu pun lenyap terus.

Sejak nenek jaga aku, pengawas pagar sekolah dah xde masalah nak backup aku. Sebab aku selalu datang awal. Kadang2 aku murid yang pertama sampai ke sekolah. Bosan betul. Dah la kena beratur dalam perhimpunan. Lagi bosan. Sebab aku kena beratur depan sekali.

Satu hari, aku dan Zaiton bergegas ke kantin lepas loceng rehat berdering. Aku tengah bukak bekal aku ketika sorang budak laki panggil aku. Dengan malasnya aku tarik Zaiton temankan aku pergi bawah pokok tempat budak laki tu berdiri.

“Happy birthday Hani!” kata budak laki tu sambil hulurkan sepotong kek coklat.

“Bodoh!”

To be continued in secangkir lemon madu part 3

Tuesday, May 25, 2010

minah : apocalypse

*memandangkan kisah minah macam sambung2 tapi macam xde kaitan, so aku nak buat tajuk macam movie kat panggung gak..contoh macam resident evil, spiderman...ikuti kisah minah dari sini*

minah ingat kisah dia boleh jadi macam cerita hindustan. hero dan heroin lari2 kat bukit, menari dan menyanyi lagu cintan cintun. then cinta diorang terhalang. tapi akhirnya kahwin jugak. macam cerita fairy tale. hero dan heroin ada masalah dan salah faham. gaduh, lari, x jadi kahwin. tapi last2 hero dan heroin disatukan jugak.

well, lebih kurang, minah ingat kisah cintan cintun dia pun boleh jadi camtu gak. tapi takdir manusia semua berbeza. mana boleh minah bunuh diri dengan racun sebab nak ikut romeo pergi syurga macam juliet. mana ada putera raja nak datang cium minah kalau dia tercekik epal macam snow white.

minah hanya boleh berusaha jadikan hubungan tu berkekalan. tapi kalau x boleh jugak, terpaksa laa minah berserah. dan kata2 terakhir minah untuk abu,

"bye2"

owh, jangan salah faham. mungkin minah nampak kejam di sini. tapi minah xtau nak cakap ape lagi.

sekian~

p/s : kalau x phm, diam. ni kan cerita sambung2 yang xde kaitan macam kat panggung.

Sunday, May 23, 2010

ini otak aku

dia gila. dia pusing. dia marah. dia emo.

ni otak aku. sape yang x knal otak aku, mesti x suka aku. so, aku kesah ape?

ok. ayat kurang sopan kuar. itupun dari otak. otak ni la yang dah bawak aku sejauh ini. menggapai kejayaan sebanyak ini. melakukan kesilapan yang kadang2 aku nak padamkan dari memori.

tapi dia tetap otak aku. sape2 yang x suka cara dia, kau bukan kawan aku. kawan adalah yang boleh accept cara otak kawan dia berfikir. kalau x suka otak aku, kau x suka aku juga.

sekian~

dan sory. aku x suka af.

Tuesday, May 18, 2010

secangkir lemon madu

On fb, nampak ade event invitation dari Zaiton. Reunion sekolah rendah. Wow. Dah lame sangat x jumpa kawan2 skolah dulu. Ape2 pun, aku klik “attending” dulu. Nanti kecik hati lak si Zaiton tu.

Aku terus bergerak ke dapur. Panas2 camni best gak kalau minum lemon madu. Segar sikit badan. Aku tengok sinki penuh. Pemalas tul la budak2 serumah aku ni. Tengok rak cawan, kosong. Damn! Jap lagi diorang balik, sekor2 kena basuh dengan aku. Dah reti pakai, x reti basuh. Sinki yang penuh aku biarkan je. Nak ajar budi bahasa sikit kat budak2 tu.

Aku mengorek2 almari yang penuh dengan hadiah2 hari guru semalam. Biasa la. Hadiah yang popular mesti pen merah, cawan, atau patung kecik. Susah jugak nak cari hadiah yang ada cawan. Lagipun aku dah x ingat yang mana satu murid2 aku bagi dengan hadiah2 lama. Sebab aku angkut semua hadiah ni kemana2 aku pergi. Mana la tau hadiah2 tu boleh guna time2 desperate camni.
Tangan aku terhenti pada seketul cawan teh yang standard saiznya.

*******************************************
“…. dan pemenang pertandingan silat cekak peringkat sekolah dimenangi oleh saudari Bie Hani binti Jonet”

“Hani! Kau menang pertandingan tu! Tahniah!! “ ucap Zaiton sejurus lepas aku turun pentas ambil hadiah.
X sabar2 si Zaiton ni nak serang aku. Kami terus bergerak ke kantin. Dahaga betul lepas seharian memanaskan punggung duduk dalam dewan untuk acara penyampaian hadiah kejohanan sekolah. Dah la panas terik. Aku segera memilih air lemon dan mengambil tempat duduk.

“Kau berdiri laa kejap Hani. Aku nak ambil gambar kau dengan trofi besar tu” Zaiton menyergah aku lepas dia bergaduh dengan pakcik kantin sebab harga air sirap 70sen.

“Sabar la. Aku nak tuang madu jap dalam air ni. Kalau ye pun, tunggu la aku minum dulu”

Lepas aku sedut sekali je air tu, die terus tarik2 aku untuk ambil gambar. Tertumpah2 madu aku yang aku selalu bawa ke sekolah. Sial la Zaiton. Mahal lak tu madu lebah sekarang. Habis botol tu tergolek2 ke lantai. Terbongkok2 aku nak kejar botol madu tu supaya x tumpah semua. Kalau x, habis aku kena marah dengan baba.

Sorang budak laki terus capai botol tu dan hulur kat aku. Aku ucapkan terima kasih dan terus blah tanpa tengok muka dia. Segan aku bila terbongkok2 depan dia. Nasib baik madu tu ade lagi separuh. Yang Zaiton pulak sibuk nak ambil gambar lagi. Aku cepat2 lap botol madu tu. Sayangnya isi yang tumpah tu. Aku segera habiskan air sebab nak kejar bas pulang ke rumah.

Tiba2 aku dengar ade orang jerit “Awak! Nape awak suka minum madu?”

“Sebab maksud nama saya madu lebah” jerit aku ketika aku betul2 di pagar sekolah. Tapi aku tetap x nampak wajah budak laki yang bertanya tadi. Aku abaikan saja. Dah lambat ni. Zaiton pun jerit2 nama aku supaya cepat2 naik bas.

Esoknya aku datang lambat ke skolah. Owh, ini bukan kali pertama. Aku memang suka berlengah2 ke skolah. Bangun pagi memang bukan hobi aku. Setiap pagi rutin yang sama. Berlengah2 di rumah. Dah sampai pagar skolah baru berlari sambil muka bersalah. Tu semua lakonan supaya pengawas x ambil nama aku. Memang nama aku x pernah kena ambil. Mungkin lakonan aku cukup bagus. Ataupun diorang takut aku bukak silat cekak.

Tapi pagi tu berbeza sekali. Dari pengawas di pagar, sampai la budak2 perempuan yang kuat bergosip di kelas aku. Diorang semua sibuk tersenyum2 dan tepuk2 bahu aku. Bangang. Nak bodek aku la tu. Macam aku xtau diorang semua nak tiru kerja sekolah aku. Budak2 zaman sekarang.

Aku tengok dari jauh Zaiton tersenyum lebar dan menjerit2 “Wahh Hani!! Kau dah ade peminat! Wirawati skolah dah ade orang yang berani tackle!! Bangga aku jadi kawan kau!”

Ni lagi satu bangang. Aku x paham ape2. Sehinggalah aku nampak seketul cawan dengan ukiran bunga yang ringkas atas meja aku. Cawan tu dibalut dengan plastic lutsinar warna merah disertai sekeping kad.
“Guna lah saya ketika minum madu! p/s : saya suka awak”

To be continued in secangkir lemon madu part 2

Thursday, May 13, 2010

sehelai daun yang jatuh ke riba

ramai orang mengeluh..."bosan laaa short sem..x ramai kawan kat ukm" dan juga "bosan laaaaa duk umah...xde keseronokan menganjing ismeth!!" dan mesti ada "argh!!duk umah x buat pape, makin gemok ahh aku!" ....

tu laa antara keluhan2 rakan2 ku...aku pun bosan jugak...nak kuar, xde member...nak duk umah, tv ni pun dah bosan ngadap muka aku...lappy aku pun sampai letih asyik nak layan kerenah aku je...buku? smua aku tinggal kat ukm..hahaha....

minat baru
ye, sekarang aku ada minat baru...nightclub city kat fb...selalu aku on lappy bukan risau nak g check email..ataupun inbox fb..ataupun orang duk komen2 betapa gemoknye aku time kat sabah...tapi aku risau takut bekalan alkohol kat kelab aku tu habis...hahaha....kalau korang nak try, g laa bukak aplikasi tu...aku bagi rating "boleh gak argh!"

then macam biasa, program penurunan berat badan pun bermula..ni bukan minat baru laa..minat ni dah lama...cuma kadang2 je aku laksanakan...hahaha...so, minat baru nih termasuk laa jog petang2...minum herbalife...dan juga makan kurang...tapi, kakak aku cakap aku gemok gak..damn!

perkakas baru
aku balik umah hari tu, dah memang ade printer ni...kakak aku beli katne ntah...die kate, kalau die dah xnk guna, die nak bagi aku...yay!!leh laa aku print semua nota tanpa bersusah payah singgah library...huhu...then kakak aku g pc fair, bf die blanje speaker lak...haihhh....tapi xpe...aku gak yang best...tengok movie kat lappy rase macam tengok kat panggung...hahaha...

then tahap kemalasan aku dah sampai tahap maksima...aku cakap kat kakak "kakak, kalau ade duit lebih, nanti kite beli washing machine baru nak?yang full auto punye..tapi tunggu laa yang dah ade ni rosak berkecai dulu" ok, diingatkan ni bukan ayat nganjing...memang washing machine yang lama tu memang dah lama sangat berkhidmat untuk kitorang...dekat 7 tahun gak la...

then, kakak aku dengan selambanye cakap "ok gak tu...esok kite g tengok washing machine...kat area kajang tu ade kedai elektronik bla bla bla bla...." pergh!!x caye argh!!!! aku ingat macam main2 je aku mintak washing machine baru...rupe2nye die pun malas dah nak membasuh dengan semi auto washing machine tu...hahaha...letih weh...dah laa banyak keje, pastu kena tunggu lak air penuh la, benda tu stop spinning smua...so, memang bersyukur ahh dapat yang full auto punye...

so, washing machine sanyo 9 kg baru je sampai umah aku pagi tadi...nasib baik amoi tu dengan murah hatinye bagi murah gile ahh kat kitorang...alhamdulillah...rezeki anak2....owh ye...aku amik 9 kg tu sebab senang...leh basuh comforter sendiri...selama ni hantar dobi...huhu...

hal2 berbangkit
ble bercuti 2 bulan kat umah, kena laa masak sendiri...kakak aku blah ke tempat keje selalu kul 9...so, lunch pandai2 ahh...aku pun try beberapa resipi berbeza setiap hari...kalau x rajin, goreng ayam dengan ikan masin je..tu pun dah kenyang gila...kadang2 kalau teringin nak makan pape tapi x reti masak, aku google je resepi die...menjadi jugak..hoh...hebat ehh aku masak...heh...

then budak skolah rendah aku dulu nak buat reunion...kebanyakannye aku x kenal sebab aku pindah terus ke cheras lepas upsr...so, diorang kat ampang sana sekolah menengah sama2, kenal laa sesama sendiri...aku je macam katak bawah tempurung...huhu...

nak dijadikan cerita, kawan aku sorang nih gatal2 jadikan aku vice ketua pengarah untuk hi tea reunion ni...aku agree je sebab aku nak reunion yang terbaik...kalau aku bising je banyak tapi x buat keje, mesti ahh aku kena balik, tul x?so, better aku terlibat gak uruskan benda2 ni...boleh gak isi masa lapang...hahaha...

reunion tu nak buat 21 jun...kat de palma hotel..ok laa tu..area ampang sana..budak2 nak g pun senang, naik bas je...then murah pun murah...tapi x habis bincang lagi...hope jadi laa...n ramai yang datang...pening gak organize majlis macam ni eh..semua duk jauh2...susah nak bincang...huhu...

pastu rancangan kat tv pun macam best je...dulu aku x layan sangat series...sebab aku xnak addicted bila dah balik ukm..tapi, aku semakain pandai mendonlod cerita2 ni semua..so, xde hal argh!!sekarang aku minat ncis la, the secret life of the american teenager, and of course csi, leverage smua tu la...hari2 aku layan tv je...tu yang sampai aku rase power speck aku dah bertambah...hahaha....

so, tu je kot luahan sempena kebosanan pada waktu cuti...bila nak masak, teringat kak leha...potong cili, ingat abg ijan...tengok bangla angkat sampah, ingat abg nas...men game, ingat abg say o...tengok cite omputih yang ade aksi di luar kawalan, ingat ismeth...donlod movie, ingat arep...tengok bnda2 pink, ingat kk...tengok cite yang ending hero die mati, ingat abg hazal...masuk toilet, ingat abg amir...struggle cari jalan time kluar kl hr tu, ingat fatin...tengok lampu jalan, ingat abg palie...g cucuk duit, ingat kak wawa...haihhh...mane2 pun ingat kat diorang...kacak lah!

erk..sepatutnye atas ni laa ending...tapi tibe2 teringat kena marah dengan cikgu bm sebab penutup panjang sangat...so, sekian~

Wednesday, May 5, 2010

bercuti di sabah

sory..entry ni agak lambat sebab xde mood untuk menaip...maybe isipadu kali ni pun x berapa memuaskan...hehe...

khamis (Day 1)
bergerak ke menara tm lepas amik cik yah pada jam 8 pagi....amik abg zul kat umah, then jumpa abg long and cik hanim...park kereta kat tm so that xde masalah nak park kat airport...naik lrt menuju ke kl sentral...from there, kitorang naik bas g lcct...

aku duduk kat seat kat sayap...hoping untuk tidur sebab aku sangat letih sejak kepulangan dari ukm hari sebelumnya...tapi x boleh rupanya...perjalanan selama 2 jam 1/2 tu disia2kan dengan gosip2 dengan kakak and abg zul...dan juga mengumpat abg long....abg long boleh lagi tido sementara apek sebelah dia duk makan nasi lemak and minum 100 plus..haha...

lepas makan kat airport sabah yang mahal, kami bergerak naik teksi ke asia city hotel...check in, letih, rehat...kawan abg long datang, bawak kitorang makan malam and jalan2 kat pasar philipine...best gile dapat makan macam2 seafood...tapi agak murah la..kitorang pun makan macam kenduri saka...hahaha...

sabah terkenal dengan mutiara..so, kat sana SANGAT banyak orang jual gelang, rantai and brooch semua...ada ori pearl..and ade jugak yang tiruan...tapi kristal pun popular gak...aku and kakak x berminat bab2 perhiasan tangan and leher ni...so, kitorang beli gelang untuk makcik2 and nenek je...then letih, balik bilik, mandi, tido...

jumaat (2nd day)
bangun pagi, dah siap2 semua, tunggu abg long and abg zul bangun pulak...sangat lambat!so, kitorang yang perempuan ni gerak dulu g breakfast kat gerai belakang hotel...hotel kat sabah yang murah2 ni usually xde bed and breakfast....so, terpaksa cari makan sendiri...kat bandar kk kebanyakannya muslim, so x susah la...

dah dekat2 tengahari, dua anak dara yang kitorang tinggalkan tu baru bangun...and kitorang baru je habis makan...yang abg zul bising2 sebab air xde...hahahahaha....lepas abg long siap2 makan semua, dia g interview kat tm untuk pe ntah...abg zul pulak cari hotel baru...and kitorang g shopping lagi kat pasar ape ntah....aku ikut saje..huhu...

kat situ x beli pape pun...cik hanim and cik yah laa banyak memborong...then balik hotel asia city, amik barang semua check in lak kat hotel kinabalu sebab hotel tu still xde air...lepas abg long balik dari interview, kitorang terus bergerak g jeti, naik feri g 3 buah pulau...yang aku ingat, pulau manukan je..yang lain2 tu malas nak amik port...hahaha....

yang best, air dia sangat jernih...boleh nampak macam2 ikan, macam2 kaler...tourist selalu datang, g diving....and of course, berbikini...so, berbikini xla pelik kat situ...huhu...x banyak pun amik gambar coz pemandangan semua sama je...then kakak aku banyak amik gambar ikan...padahal dah tau, bukan nampak sangat pun kalau setakat guna camera fuji...haha...

sampai2 je kat darat, kitorang menapak balik dalam lebih kurang 1km...tengah2 jalan tu, berpecah dengan cik hanim dengan cik yah sebab diorang nak g check in dengan warga tm yang lain...kitorang ni datang sendiri2 so hotel pun sendiri2 la...aku, kakak, abg long and abg zul meneruskan perjalanan ke dataran pe ntah...tangkap2 gambar lagi kat situ sambil tengok sun set...cantik...

malam tu la punca percutian aku xla seronok mana...aku sakit perut dan meluangkan banyak masa dalam toilet...sekali masuk boleh ambil masa setengah jam...kakak aku risau sampai dia pun x g makan sekali dengan abg long and abg zul...last2 aku muntah then terus lembik...badan dah shaking2...abg zul terpaksa angkat aku ke klinik 24 jam...habis rm200 di situ...aku kena inject dengan 3 jenis ubat yang buat aku tido dengan lenanya atas examine bed selama sejam...kemudian, aku dipapah balik ke hotel semula dengan nasihat dari doc "kalau dia x sihat jugak, bawak dia g emergency kat hospital" ...geee...thanks alot, doc!

owh..aku x suka sangat doc tu sebab dia marah aku sebab time dia nak inject, masa tu laa jugak aku nak sakit perut...salah aku ke?then dia tekan perut aku kuat2 sampai kakak aku pun ngeri nak tengok..well, tu memang keje dia pun...haha...tapi dia baik gak...walaupun dia x confident nak rawat aku, dia tolong aku minum air...so, boleh la...

sabtu (3rd day)
aku bangun pagi dengan harapan perut dah x sakit...memang perut dah x sakit...tapi tinggal angin je la...tu pun seksa gak...still kena g toilet tapi keadaan agak terkawal...abg long sewa kereta kelisa dan kitorang pun bertolak naik ke kaki gunung di kundasang lepas breakfast...

singgah kat mana ntah...ada kedai2 makan and kedai2 barang...barang agak murah kat situ...dan lebih banyak pilihan sebab kat bandar kk hampir semua orang jual gelang and rantai...kat kaki gunung ni lebih kepada tshirt and keychain semua...tapi kedai makanan dia kena hati2 sebab xtau orang yang jual tu muslim or kristian...anjing pun suka hati diorang laa nak berlari ke sana sini...tapi x kacau orang..tu yang bagus...

lepas sikit refreshing, kitorang teruskan lagi perjalanan ke atas lagi dengan harapan nak mandi air panas...kat indonesia panggil mandi sulfur...bagus untuk kulit...dan sangat panas...tapi harapan hanya tinggal harapan...kitorang pegi dah petang and 1 mei lak tu...so tempat tu dah penuh dengan manusia...

dengan kecewa, kitorang bergerak ke kedai makan untuk mengisi perut yang berbunyi2...cuaca nyaman menemani petang kami sambil tengok puncak gunung kinabalu...aku sangat kagum dengan ciptaan Allah....sangat cantik...subhanallah....

masa bergerak turun ke bandar kk semula, hari dah sangat gelap...and kitorang bercadang nak singgah kat 1borneo yang baru dibuka and dikatakan tempat suka ria yang terbesar di south east...kot...agak besar laa tempat tu..tempat baru membangun...hebat orang sabah...

then makan malam kat tanjung aru...kitorang amik steamboat untuk mengelakkan sakit perut datang semula...hahaha...tapi aku x makan banyak sangat...sebab macam xde selera...then balik bilik, terus tido...sangat letih...

ahad (last day)
pagi tu buang masa lagi kat pasar pagi...beli beberapa benda yang macam comel...bergerak ke nearest shopping mall...abg long nak blanje minum pearl drinks sebab kawan dia kata rugi datang sabah x minum...huhu...then check out...terpaksa g airport awal2 and kebosanan kat sana sebab sampai di airport dalam kul 1...dan flight kitorang pukul 3.45...hoh...sangat bosan...lepas bertungkus lumus habiskan masa yang SANGAT panjang tu, akhirnya tiba jugak masa untuk boarding...

semua orang tido lena dalam perjalanan pulang....konklusinya, kat sabah banyak tempat menarik...tapi aku x rasa seronok snagat la..maybe sebab aku kena food poisoning tu...

ape2 pun, maybe kitorang akan g lagi...tapi tido kat kundasang...sana sejuk and leh mandi air panas..hehe...sekian~

shopping kat mall

1borneo hypermall

masjid kundasang

kaki gunung

4 beradik di dataran

menggila dengan todak

crystals and pearls..

anggur @ rumpai laut yang mungkin bagi aku food poisoning

semua ni berharga rm15

going to kl sentral!

p/s : sorry this entry had been super long...and more pics on my fb...tq~

Monday, May 3, 2010

2nd tag yang datang dengan agak cepat

ni tag dari arep...aku copy paste saje sebab malas nak edit2 balik..sampai2 kl je terus dapat tag...nk post entry pasal sabah pun x sempat..huhu~~

1) adakah anda rasa anda HOT?

er....mesti la x...tapi...apekah definisi hot?huhu...

2) upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang.



3) cerita pasal gambar nih...

bile si arep installkan windows 7, aku usha2 laa theme smua..then wallpaper tu terus ade dalam theme characters...and smua wallpaper tu aku buat shuffle every 1 hour...so, maybe time korang baca entry ni, dah lain dah wallpaper aku...hahahaha...

4) kali terakhir makan pizza?

x igt..tp yang abg say o blanje time kuar beli mende ntah...kek kot....

5) lagu terakhir anda dengar?

silly lily...tibe2 teringat zaman muda2...so, bukak ah lagu2 lame..hoho~

6) apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?

upload gambar sabah...

7) selain nama sendiri anda dipanggil apa?

acu wan...maksu....adik....som...kadang2 samsudin...ade cerita disebalik nama itu..huhu~

8) tag lagi 5 orang sape yer nak tag?

damn...arep dah amik miera...fine...aku tag orang lain...adwa sebab dia pernah tanye "camne nak tag orang??"...abg nas sebab aku nak bagi dia rasa apa yang orang malaysia rasa bila blogging...amer sama sebab macam biasa, nak suruh die update blog...ina sebab dia ticher *x dapat cari alasan lain..hoho* ....abid sebab nak try tag dia...hahahaha...

9) siapa no 1 pada anda?

kawan satu fac

10) Katakan sesuatu pada orang no 5.

hai abid!

11) No 3 ada hubungan dengan sape...?

x sure lah...beliau single sekarang ; )

12) Bagaimana pulak dengan no 2...?

owh...mungkin kekasihnya tertinggal di nepal...

13) Kata-kata cinta dengan orang no 4..?

oit ticher..aku sayang gile kat kau ah!len kali bawak aku jalan lagi!muahahaha~~

14) Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda.

1. arep si kasanova
2. arep bakal jadi pendonlod movie terbesar di malaysia satu hari nanti kalau dia berusaha dengan gigih...aku tau kau boleh, arep!
3. budak kdo
4. budak dot
5. awek die madi

hoh...sangat fakta aku bagi...malas nk pk!