kejadian mefek...warga dot semua tau kejadian mefek..namun aku menulis untuk orang lain juga..jadi, aku akan ceritakan serba sedikit tentang perjalanan dot untuk mefek 2010...
bermula dari perbincangan jalan cerita...semua orang menyumbang idea...tema ketika itu adalah 1malaysia dan muzikal..jadi, timbul pelbagai idea..kisah ibu dan anak yang berlainan bangsa...kisah warung mamak...3 sekawan...dan akhirnya idea datang dari abg nas yang diterima pakai....
tidak lama kemudian, kami dapat surat invitation yang rasmi dari kajai...mereka menyatakan bahawa tema 1malaysia itu hendaklah disertakan dengan sedikit unsur dari filem2 P.Ramlee....ok..itu sangat membingungkan...jadi kami teruskan dengan idea asal abg nas dan skrip asal ditulis beliau...jalan cerita tersebut tidak perlu diceritakan di sini...jika ada yang mahu tau, sila minta video kerana xleh nak upload masuk youtube...
sesi latihan bermula dengan agak hambar..teruk...dan pelbagai masalah timbul...seperti juga hubungan adik beradik..walau rapat macam mana sekalipun, tentu bergaduh juga, betul x?dua hari sebelum pertandingan, kami rapat semula setelah segala perselisihan dijelaskan...
selama dua hari tu la kami betul2 practice...segala scene yang x siap, kami siapkan..segala lagu yang perlu tiada, kami adakan siap dengan lirik yang telah diubah...segala koreografi juga telah direka...dan sempat juga kami menukar beberapa scene..bagi aku, itu sangat hebat...syabas DOT...
seperti biasa, jika berlatih dengan DOT, mesti la pulang lambat...lagi2 kami kesuntukan masa...selalunya selepas subuh baru tidur...jadi, ade la antara kami yang x tidur dan terus ke kelas...lambat dan juga x datang kelas, contoh terbaik adalah Ismeth..haha...
tapi, apakan daya...aku memang rasa yang segala kami dah tempuhi amat x berbaloi, tapi aku tau ade hikmahnya di sebalik kekalahan ni...kak leha cakap "batch kami x pernah x dapat placing"...itu aku ingat sebab aku rasa terkilan juga bagi pihak dia...tapi, bagi batch aku, mula2 lagi kami dah dapat 1st untuk boria..kemudian 2nd untuk english drama...tipu la aku kalau aku kata kami x berlagak...bagi aku, kalau kami x kalah sekarang, bila lagi?mungkin jika kami kalah kemudian, mesti kami akan down dengan teruknya..jadi, biarlah kami rasakan kekalahan ini sekarang...
jadi, kami dapat pengajaran dari situ...jangan pandang remeh pada kolej2 lain...dan jangan terlalu konfiden dengan apa yang kita ada..bagi aku, ini bukan kejatuhan..ini adalah titik tolak untuk kebangkitan....aku masih sayang mereka tidak kira apa jua berlaku...itu sahaja..sekian~
p/s : tahniah kepada abg hazal kerana dapat anugerah pelakon lelaki terbaik..dan tahniah kepada abg say o kerana mendapat tempat pertama dalam pes 10...dan tahniah kepada kk kerana berjaya membawa watak tengku zaleha sehingga merentap hati dan perasaanku...
2 comments:
kata2 awak menimbulkan semangat...seyes...
saya msh blom terlmbtkn utk komen disini...saya syg awk...tq...
DOT is the bez!! kita mst tros memperjuangkannye!!
yay!!
syg kk juge!
Post a Comment