Thursday, December 31, 2009

it has come to an end

perjalananku pada hari terakhir tahun 2009
pagi ni buat pertama kalinya untuk sem 2, aku bangun lambat dan terlambat ke kelas...kemudian hari berjalan dengan agak luar biasa...aku dan mai tercongok di perhentian bas FTSM hampir setengah jam...ketika itu jugalah ada pelajar Arab bertanyakan arah pada mai "where's the faculty of information?" dan mai menunjukkan fakulti kami di belakang bus stop tersebut...lalu mereka mengangguk tanda faham dan terus memandu naik ke zaaba...dan itu memang pelik...

beberapa ketika dilalui dengan penuh kebosanan dengan terik matahari, datang lagi satu kereta yang dipenuhi dengan pelajar Beijing bertanyakan arah untuk ke suatu tempat..kemudian aku blur kerana bahasa inggerisnya sangat ber'slang'...kemudian salah seorang dari mereka explain "we want to register english" kemudian barulah aku faham...lalu aku dan mai struggle menunjukkan arah PPU...mengapa struggle?kerana mereka sukar untuk memahami apa yang kami cuba sampaikan dan sudah tentulah mereka tidak tahu apakah itu Pusat Pengajian Umum...

walaupun kami sudah membantu pelajar2 asing tersebut, timbul kegusaran di hati seperti "diorang jumpe x jalan?" dan "camne dengan Arab2 tadi tu?diorang x turun lagi dari zaaba" ...padahal nasib kami yang masih menunggu bas ni masih x diketahui kerana kami risau jika bas tiada dan kami terlepas kelas yang diadakan di FSSK....namun nasib kami baik kerana bas zon 2 pun muncul akhirnya...

kami singgah di pusanika untuk mengambil buku di kedai fotostat dan terus ke kelas memandangkan sudah malas mahu memanjangkan langkah untuk pulang ke bilik...kami masih ada 25 minit sebelum kelas bermula dan buat pertama kalinya kami berjaya menjadi orang pertama yang sampai *memang la...selama ni gerak dari bilik 10 minit sebelum kelas* ...dan pertama kali jugalah kami duduk di barisan depan...kelas membosankan dan mai mengantuk...aku juga mengantuk...dan beberapa pelajar bising bergosip di belakang kami mengakibatkan aku dan mai bergosip pula tentang mereka secara bertulis...

kelas tamat awal dari yang dijangkakan..jadi aku ada banyak masa terluang di bilik...jadi, anime lah aktivitinya...seperti yang dirancang, malam ni pasti ada latihan teater dan tamat pada pukul 2-3 pagi...walaupun masih terlalu awal, aku ingin juga katakan...hari terakhir untuk 2009 ni penuh dengan perkara2 baru dan pelik bagi aku walaupun bakal berakhir pada jam 12 malam ni...sepanjang hari ni aku mengalami satu perasaan pelik yang aku pun xtau macam mana nak explain...

ucapan klise sempena bermulanya tahun baru
banyak perkara yang telah berlaku pada tahun ni...mungkin lebih banyak yang pahit dari yang manis...tapi, semua itu adalah memori aku...tidak kulupakan, tidak pula aku buangkan...akan kusimpan dalam kotak ingatan, terus melangkah masuk ke 2010 dan tidak berpaling lagi...selamat tinggal, 2009.....

sekian~

5 comments:

PaLi3 said...

erk...bukan english tu kt pusat bahasa dan linguistik?

wann afzan™ said...

ye ke???
hahahahaha..
salah laa klu gtu?
ayark!

Nazrin Saad said...

tgk ke depan sama-sama...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jom!!!!

wann afzan™ said...

ayuh bangun dan terus berlari..
ngeh ngeh ngeh~~

Safae Jr. said...

hye~

seriously im x notice
u jadi my follower..
tq..