Monday, January 18, 2010

KEM TAHUNAN KDO namenye~

akhirnya aku post juga entry ni...entry ni mungkin agak celaru dengan susunan cerita yang x betul...dan aku malas nak susun dah sebab malas nak tangguh lagi untuk publish entry ni..so, bace saje~

disebabkan tahun lepas BSMM KDO dah buat v-care camp, x pasal2 kem tu jadi kem tahunan lak...so macam biase, 1st year semua wajib pegi ah...suka x suka, kena sukakan jugak...

di sini, aku nak tanye...aku penah ke g camping??hahahahaha...kakak aku pun leh pelik gile laa kan bile dengar aku nak beli barang2 untuk g camping...fine!!camp yang aku penah g pun, tower camp iaitu anjuran TM...biase ah..anak TM..hahahaha....tu pun kitorg tido kat menara KL yang rata2 mak bapak semua tunggu anak2 diorang kat situ..ye ah..yang join ni pun 12 tahun ke bawah...so mesti ahh mak bapak risau..padahal bukan masuk hutan pun....time tu aku darjah 4, rasenye...tido selesa gila dalam aircond berbekalkan sleeping bag...mandi pulak kat toilet cun gila dan x berebut pun..makan jangan cakap ah..siap ade yang kene suap lagi...

ok, tamat untuk camping yang xde rupa camping tersebut...kem tahunan kdo dianjurkan oleh BSMM dan tapak kem tersebut adelah di Hutan Pendidikan Alam, UKM...a ah la...bukan jauh pun..xyah ahh pandang sinis!!huhu...kalau jauh, confirm aku x g...peduli hape aku!

kem bermula di suatu pagi yang indah *aku lupe tarikh die* ...semua student breakfast dlu kat kafe kdo kecuali aku kerana aku x makan pagi ye...berbekalkan tag nama yang dieja dengan nama "azwan" dan juge file kaler oren yang ku minati, aku dan rumet bergerak ke foyer untuk dengar taklimat dan bergerak ke dectar untuk menaiki bas..serius aku syukur gile ade rumet...kalau die xde, mesti aku hangin je ahh sepanjang kem tu...

aku dan rumet terpisah kumpulan..aku 9, dia 10....tapi aku usaha jugak naik bas same dengan beliau, duduk same dan juge makan same2 dengan beliau...kenape?sebab aku kan susah sikit nak bersosial..apatah lagi nak buat kawan baru...heh..sukati aku la!walaupun group lain2, tapi group kitorang selalu digabungkan untuk meminimumkan jumlah group untuk sesuatu aktiviti...nasib baik budak2 group aku ramai dak DOT...kalau x, haram aku nak stay dalam group tuh...

aktiviti diteruskan dengan pelbagai ceramah tentang pertolongan cemas dan etc....seronok laa sangat, kan!rumet cuba sedaya upaya untuk menenangkan aku yang x suka bercamping nih...dalam banyak2 aktiviti hari tu, aku suka aktiviti yang tertulis "minum petang" , "makan tengahari" dan "makan malam" sahaja...kerana aku x perlu dengar ceramah yang aku sendiri pun x paham...dan aku x perlu memaniskan muka masuk ke group....

sebelum start aktiviti lagi aku dan rumet telah menganjeng beberapa orang termasuk dak2 DOT...antaranya :

ismeth : 1) die duduk belakang skali dalam bas..sorang2...mungkin sebab orang lain x muat duk tepi die?then time naik bukit, beliau sedikit sebanyak membantu pakcik bas tersebut dengan mengkedepankan sedikit badan beliau supaya sedikit ringan..hahahaha..sumpah lawak..rumet paling kuat gelak...

2) time dengar ceramah cpr, penceramah tu cakap "kalau mangsa bersaiz besar, kulit die tebal..so kene tekan kuat2" ...aku dan rumet terus berpandangan dan gelak kuat2 kerana kami mempunyai daya pemikiran yang same..hahahahaha.............

arep : beliau terkenal dengan gaya penyanyi indie/rock...tetapi imej tersebut merosot kerana beliau menjadi tukang karut untuk dikir barat..adehhhh....dan memperkenalkan perkataan baru "ba-tuuut" .....

oja : dia dipanggil untuk melakukan simulasi cpr di depan semua orang...1st step adalah check jika kawasan bahaya atau selamat...jadi, dengan mangsa di hadapannya, dia berkata "ok, tempat ni selamat!!" dengan senyuman gembira walaupun mangsa itu hampir2 mati..semua orang gelak..haha...

banyak lagi laa yang kitorang nganjeng...ade juge beberapa orang yang dimasukkan ke dalam list "the bitches" ...orang2 tu laa yang selalu dikutuk oleh kami berdua..kalau kitorang x buat gitu, confirm2 mati kebosanan...disebabkan nak masuk hutan, awal2 lagi rumet berpesan supaya tidak mencarut...urgh..itu sungguh susah..tapi aku cuba juga..dan akhirnya aku hanya mencarut sebanyak 7 kali dalam masa 2 hari..hebat kan?rumet x nampak macam bangga dengan pencapaian aku..tapi aku bangga!

kami x mendapat pengalaman untuk tidur dalam khemah kerana hari hujan dan lipan berbisa yang sangat besar seronok berkeliaran di dalam khemah..jadi, yang perempuan tidur di surau dan lelaki tidur di pondok yang terletak bersebelahan dengan surau..menarik, bukan?aku tido buka tudung juga..aku kesah pe kan?hahaha...

malam tu seperti yang dijangka, kami dikejutkan semula setelah tido hanya 1 jam...diorang buat program menyelamatkan mangsa di dalam hutan...nasib baik aku ditempatkan dalam kumpulan kebajikan iaitu membantu mangsa2 yang telah dipindahkan ke dewan..so, xyah laa masuk hutan ketika malam pekat gitu...aku malas nak amik port sebenarnye sebab aku tengah sejuk gile dan mamai pun x hilang lagi...

mangsa pertama masuk..aku pun meneliti cara2 BSMM mengangkat mangsa dari stretcher untuk dipindahkan ke tikar...dan dari sudut yang aku duduk, aku terpana...sangat kagum dengan teknik diorang sebab mangsa sangat selesa walaupun dalam keadaan cedera...sejak itu, aku terus bersemangat untuk membantu mengangkat mangsa dari stretcher..rumet entah kemana...

1st mangsa aku adalah fifie chan..beliau sudah terbaring di atas tikar so aku kehilangan seorang mangsa yang kecil untuk diangkat...aku pun bersembang laa dengan fifie walaupun aku perlu menyediakan kaedah perubatan untuk beliau...hahaha...

then aku masih lagi mencari2 mangsa yang bersaiz kecil supaya mudah bagi aku practice angkat mangsa dari stretcher...jadi, mangsa yang paling sesuai bagi aku adalah mangsa yang terakhir iaitu khai...badan die kan kecil saje..jadi, senang la...aku jadi pengangkat utama yang perlu angkat kepala dan memudahkan segala urusan pengangkatan mangsa tersebut...sangkaan aku ternyata meleset...khai sangat berat rupenye...lupe pulak aku yang lelaki berdada bidang..so, sangat susah ketika aku perlu mengangkat bahunya...tapi, aku berjaya...dan BSMM semua bangga dengan aku..heh....

malam itu kami tidur lebih kurang jam 3 pagi..mungkin lebih...kemudian subuh dimulakan dengan aku yang mamai mencari tudung kerana lampu sudah dipasang...hari tersebut diteruskan dengan aktiviti explorace dan jungle trekking...explorace sangat seronok...jungle trekking sangat bosan...kami ditipu..kononnya ada sungai..tapi yang ada hanyalah sebatang sungai kecil paras tapak kaki..sungai tu macam aku tertumpah air melo atas karpet saje...cis....namun, group aku berjaya merangkul gelaran naib juara untuk explorace...pergh..bangga ah!

kem diakhiri dengan ucapan pengetua sambil aku dan ahli2 group 9 dan 10 melepak2 di belakang dewan menganjeng2 orang lagi...selepas mengemas kawasan kem, kami pun pulang semula ke kdo dengan perasaan yang amat rindu kepada bilik, katil dan lappy...ohhh....

kem ni best juga walaupun untuk 1st timer macam aku...aku paling suka time program menyelamat tu laa sebab dapat selamatkan orang dan belajar cara2 angkat orang dari stretcher yang aku sangat kagum itu...so, kem ni aku bagi 3 bintang lah..tahniah!

sedikit gambar untuk tatapan..dan sekian~


bas yang baru tiba di destinasi


aku yang tekun mendengar ceramah


pelajar lelaki xde..belum sampai lagi..lambat ah!


suasana pada malam kebudayaan..lihat kami di belakang sana


ahli kumpulan ku...dan beberapa orang yang sibuk terutama ismeth


abaikan aku yang nampak gemuk kerana terlampau
gembira dapat menyelesaikan cabaran tersebut


sebelum bergerak masuk hutan..ismeth masih mencapub


mangsa aku pada malam itu..haha~


port kami di belakang...

13 comments:

PaLi3 said...

erm, nk tny...prenggan ke-4 dr bawah rasa cm x complete jew...ngeh3~

Nazrin Saad said...

andainya kau jadi milikku,
selalu kunyanyikan lagu rindu,
andainya kau dan aku bersatu,
dunia ini berseri selalu!!!

lalalalallaaaa~~~~~

wann afzan™ said...

abg palie : sila jgn mulakan ape yg dh sudah~

abg nas : apakah?

:: aMeR sAmA :: said...

gambar 6 paling best!!!!!!!!!
(abaikan aku yang nampak gemuk....)
hahahahahaha!!lawak la...
buat gambar profile fb !!!cabaran ni!!!
(ni say-0)

wann afzan™ said...

tidak!!!
xkn ku lakukan cabaran itu!!
kalau cabaran spek besar, xpe~

PaLi3 said...

im just giving the idea la...lalala ~aku xblushing~

wann afzan™ said...

sy pun x blushing lah!

wann afzan™ said...

sy pun x blushing lah!

PaLi3 said...

mmg ang xblushing...tp kami trperanjat!!!

wann afzan™ said...

dh ahh!!!

PaLi3 said...

ok...ngahaha~

khai said...

Aku mgse yg malang..~

wann afzan™ said...

hahaha..
kau x malang ah bwh jagaan aku~