Monday, February 28, 2011

kawin awal

kawan skolah aku dah kawin. dah. tu je nak cakap.

ok tipu.

bagi aku, xde masalah kawin awal. lagi bagus, sebenarnya. ok, mari kita bincang beberapa perkara.

1. orang tua
orang tua mesti cakap "e eh..gatai nak kawin awai. blajaq dulu. kumpui duit. baru pikiaq pasai kawin!"

tu betul. zaman dah berubah. orang sekarang mengejar kerjaya dan kesenangan dulu, baru fikir pasal kawin. tapi bila zaman dah berubah, xkan semua benda nak berubah? orang dulu2 boleh kawin seawal 16 tahun. mungkin lebih awal. kita, kawin seawal 20 tahun, x boleh?

boleh, kan? kawin awal boleh mengelakkan maksiat. sebenarnya bab2 orang tua ni aku x reti nak gaduh. next point.

2. kurangkan budget
selalu kalau kawin je, mesti orang fikir nak buat grand2. paling tidak pun buat pelamin besar2 or jemput orang ramai2 datang makan. cuba tengok balik hukum kawin yang asal. yang penting, nikah, kan? ah. aku bab2 hukum ni pun lemah sikit. tapi tau le sikit2.

aku x kesah pun orang nak buat majlis kawin meriah2 semeriah carey. aku pun seronok tengok. tapi kalau aku, cukup la sederhana je. xyah sanding2 pun. jemput je orang datang makan untuk bagitau aku ni dah kawin. kos pun x tinggi. kalau nak hantaran, 3-5 dulang cukup le..

so kalau kos rendah, xde masalah kalau nak kawin awal walaupun pasangan tu dua2 still belajar. kalau sorang dah keje, lagi senang hidup.

3. saling membantu
ye, orang tua selalu suruh orang laki ni kumpul duit banyak2 dulu. xkan nak bagi anak dara orang makan megi je hari2, ye dak?

tapi orang jugak cakap, zaman dah berubah. si isteri tu boleh je tolong si suami tu bab2 keje ni. isteri sepatutnya menolong suami, bukan duduk mengangkang depan tv tunggu suami datang suap nasi.

so, xde masalah jugak lah kalau suami isteri keje, tolong sara keluarga. kalau kawin awal, xyah gatal nak buat anak. biar pendapatan bersama tu kukuh dulu, baru fikir pasal anak. tapi kalau dah dapat anak, tu rezeki. tapi kena keje keras ah skit. kos bela anak ni bukan murah.

berbalik pada kawan aku tu tadi. dia ngan suami dua2 study lagi kat mesir. nikah kat mesir. kenduri kat malaysia je x buat lagi. pastu gi honeymoon kat paris (aaaaa jeles!!).

ok. aku bukan nak cerita pasal honeymoon kat paris-yang-romantik-gila-babi-sampai-aku-jeles2-tengok-rasa-macam-nak-gi-paris-hari-ni tu. tapi tengok from the good side. dua2 study lagi. kenal kat mesir. bercinta sikit2, terus kawin. sebab nak elakkan maksiat. alhamdulillah....

ntah. bagi aku, kawin awal tu memudahkan hidup semua orang. x semestinya kawin awal tu kawin tergesa2. macam2 benda boleh dielakkan. hidup ni makin lama makin mencabar.

ada sape2 nak sokong?

Thursday, February 24, 2011

hari ni hari Khamis

hari ni aku hidup tanpa lappy. hari ni jugak lah aku hyper active.

1. aku kira duit syiling yang aku kumpul. aku letak dalam bekas pringles. berat dia ada lah lebih kurang dalam 10kg. agak2 dah sejuta kot tu. tapi tu belum tambah lagi dengan duit 5sen yang aku malas nak campur sebab kecik sangat. dan juga duit 50sen yang aku asingkan untuk basuh baju. kalau campur2, ada la dalam 2 juta.


syiling versi piramid

dah bosan sangat, aku tiru je corak kat karpet KK

2. aku basuh bedsheet, siap sidai kat bawah. pastu basuh lagi baju dalam bakul. pastu tunggu je depan mesin basuh. agak2 bosan, aku sandar kat mesin tu. boleh urut2 badan. mesin bergetar macam nak meletup.

3. lepas sidai baju, aku menung tengok bilik. terus amik penyapu, sapu lantai. semua celah aku sapu. tengok meja. lap meja pulak. sampai kilat2 boleh nampak muka.

4. lepas tu aku dah xtau nak buat ape. aku msg semua orang. ade la jugak yang reply. tengah lepak2, tiba2 aku dengar guruh. dah hujan. bedsheet yang aku baru sidai kat bawah dah basah. yay.

5. dapat lappy dalam kul 5. lega.

Friday, February 18, 2011

budak2 muda yang keje sekarang perangai macam haram

kepada gadis2 pekerja 7Eleven Shell cawangan seksyen 7, Bangi.

meh aku nak ajar etika ketika bekerja.

Contoh 1

kalau customer nak bayar, layan macam ni.

"Semua sekali RM14.10, kak/dik/bang/pakcik/makcik/tuan/puan"
*hulur RM20*
"Er...10 sen ade kak/dik/bang/sama macam kat atas lah"
*hulur 10 sen*
"Terima kasih" *sambil senyum*

bukan macam ni :

*customer intai2 harga berapa, korek duit, hulur RM20*
*sambil korek2 lagi duit syiling*
"10 sen"

gaya mintak 10 sen tu x payah la macam Along mintak derma kat orang2 tertentu untuk penubuhan geng2 mafia diorang tu. cilaka.

Contoh 2

bila ada customer kat kaunter, anda pulak tengah seronok sembang di kaunter, juga, sepatutnya begini.

*berhenti sembang2*
"Ni je ye? ok. semua sekali bla bla bla.."

bukan macam ni :

"Yay. esok cuti. yay. esok cuti. boleh dating dengan Faiz. hik hik hik"
"Eh? Faiz mane?"
"Alah..bukan Faiz kite lah"
"Tau2. Faiz kau tu la kan"
"Semua sekali bla bla bla.."
"Eh? yang ni dah kira?"

dengan muka selamba x minta maaf bagai, sambung sembang2 sambil scan barang2 yang x perasan nak scan sekali. bangang.

aku memang nak sangat dengar korang gosip pasal dengan sape korang nak dating, dengan sape korang nak couple.

kalau macam tu, baik aku gi chatting je kat MIRC32, ye dak?

duh~

Thursday, February 17, 2011

budak yang asyik muncul dalam mimpi aku sekarang adalah Encik Mimpi kah?

aku berdiri di atas bangunan yang paling tinggi di New York. betul2 menghadap ke sebuah hospital kanak2. seorang kanak2 sakit mental nampak aku ingin bunuh diri lalu dia berlari ke bangunan yang paling tinggi tu.

dalam sekelip mata je dia dah tarik tangan aku jatuh ke lantai. dengan pisau di tangannya, dia menikam tangan kanan aku supaya melekat dengan lantai.

aku x menjerit. tapi aku berterima kasih kepadanya sebab selamatkan aku.

tiba2 datang seorang perempuan berkebaya nyonya menarik keluar pisau di tangan aku dan bergaduh dengan kanak2 tu.

dengan pelbagai aksi2 pergaduhan yang kita boleh tonton hanya dalam movie, aku berdiri semula di hujung bangunan untuk membunuh diri.

kanak2 tersebut masih mahu cuba menghalang aku tapi gadis berkebaya nyonya tadi masih membelasahnya dengan teruk.

sejurus sebelum aku melangkah ke udara, aku nampak kelibat kanak2 tu melayang ke arah aku dan terus terjunam ke bawah. ntah macam mana, aku sempat menyambut tangannya dengan tangan kanan aku.

"kau lepaskan budak tu. budak tu cuba bunuh kau"
"tapi tadi dia selamatkan aku. sekarang aku akan selamatkan dia"
"bodoh"

gadis berkebaya nyonya terus meyakinkan aku bahawa kanak2 tu cuba bunuh aku. sementara tu kanak2 tersebut menggores2 tapak tangan aku dengan pisau lipat.

aku nampak darah banyak menitik2 ke muka kanak2 tu. lalu aku lepaskan tangan kanak2 tu.

"aku terpaksa bunuh kau. maaf"

Wednesday, February 16, 2011

Yang Terbuang

Pija dan Nina bermain2 kat tempat yang diorang biasa main. padang permainan. tengah main kejar2, tiba2 Nina terdengar anak kucing mengeow.

"Pija. ada anak kucing tersangkut celah dahan pokok lah"
"ye lah Nina. jom kita tolong dia"

Pija terus panjat pokok. dengan perlahan, Pija turunkan anak kucing tu dan Nina sambut dari bawah.

"Nina. Pija rasa anak kucing ni lapar lah"
"jap. Nina pergi cari makanan untuk dia"

Nina berlari ke rumah ambil sekotak susu dan sempat mencapai ikan goreng lauk tengahari tadi. anak kucing tersebut menjilat susu dengan rakus sementara Pija mengoyak2 isi ikan goreng untuk anak kucing tu makan.

"Pija, siapa nak bawa balik anak kucing ni?"
"Nina lah. rumah Pija ada burung. nanti anak kucing ni bunuh burung tu pulak"
"mak Nina x bagi Nina bela apa2 pun, Pija"
"habis tu, macam mana ni?"
"kita nak tinggalkan dia kat sini ke?"
"kesian dia xda ibu"

anak kucing tu masih cuba untuk makan isi2 ikan goreng yang telah dikoyak halus. Pija dan Nina perlahan2 bangun dan pergi dari situ.

setelah sedar tiada orang di sekelilingnya, anak kucing tu mengangkat muka mencari2 kelibat dua orang budak tadi. dan terus mengeow memanggil mereka.

dari jauh, Nina dan Pija memandang anak kucing tu sambil melangkah pergi.

Jar of Hearts - Christina Perri

aku suka lagu ni.

dah. tu je nak cakap.

keh keh keh..

apa? kalau aku nak promote sangat lagu ni better letak skali lagu ni biar korang senang nak dengar? kalau boleh letak skali lirik dia yang menarik tu?

ah. aku pun susah payah cari audio dia yang paling sedap, xdenye sesedap rasa aku nak bagi korang dengar free.

heh.

owh. aku kagum dengan video lagu ni sebab aku x sangka still ada orang yang boleh buat music video yang mantap. music video dia penuh dengan art. tapi senang nak paham.

Tuesday, February 15, 2011

Takdir Illahi

habis dah produksi Takdir Illahi.

thanks alot kepada orang2 yang dah bagi tunjuk ajar. pastu x jemu2 suro aku buat muka sombong berlagak takbur dan sebagainya. thanks sudi ajar aku yang x reti berlakon ni.

thanks juga kepada bahagian produksi yang banyak membantu sepanjang produksi.

x lupa juga kepada orang2 yang sudi hadir menonton Takdir Illahi kat panggung budaya.

thanks =)

p/s : aku rasa macam ayat aku berterabur. ah. lantak ah. paham kan?

Tuesday, February 8, 2011

pukul berapa Datuk Harimau

selama aku hidup, kalau aku mimpi harimau je, mesti sesak nafas. lepas tu bila bangun, sakit dada. x paham.

tapi mimpi harimau bukan macam mimpi yang lain, boleh terbangun sendiri. mimpi harimau kena ada orang kejut. kalau x, aku rasa boleh mati kot. huhu..

pernah sekali tu masa aku form 3. aku tido dalam kelas time prep petang. budak2 semua dah balik dorm tapi tinggal aku sorang je kat kelas. mimpi harimau. xde sape kejut. aku sampai xleh bernafas langsung dalam mimpi tu. nasib baik ada kucing tiba2 lompat atas peha. terkejut bangun, terus termuntah.

pagi tadi pun same lah. nasib baik ada orang call. tapi x sakit dada sangat sebab sakit perut lagi power. minggu ni je dah dua kali mimpi harimau.

*********************

semalam time mekap2 untuk Full Dress Rehearsal Takdir Illahi, budak2 ni sembang ah pasal game "pukul berapa datuk harimau" tu.

pastu bincang2 pasal apa significant kita nak tanya pukul berapa pastu datuk harimau tu datang kejar bagai.

last2 semua orang terfikir apsal la game tu wujud padahal macam xde benda pun.

hahahahaha~

Monday, February 7, 2011

masa berlalu begitu pantas. aku dah x larat nak kejar.

dah 1 tahun 3 hari dah mak pergi. rasa macam baru semalam aku mandikan jenazah mak.

Al-Fatihah.

Sunday, February 6, 2011

mengamuk di Parlimen

hari ni aku gi Parlimen, Tok2 Menteri semua tengah gaduh2 sambil mencarut2 nak lawan sape paling hebat mencarut. aku masuk dengan bergaya.

"sape uruskan pengangkutan awam kat sini?"

ade sorang angkat tangan sambil mendabik dada. kononnya pengangkutan awam kat Malaysia lagi baik dari yang kat Nepal.

"saya nak kompelin. boleh?"

"ya, silakan." sambil mendabik dada lagi.

"tadi saya tunggu bas depan UKM selama setengah jam. satu bijik bas mini pun x muncul2. apatah lagi teksi yang selama ni asyik nak menipu penumpang je. jadi saya terpaksa berjalan kaki sejauh 1 km untuk ke KTM UKM."

aku terhenti sebab ada awek hantar kopi o panas depan aku. aku jeling2 tanda terima kasih.

"lepas tu setibanya saya di KTM, lalu depan pakcik2 teksi yang berehat cari mangsa. saya x tau lah mereka tu kategori bujang atau dah berkahwin. tapi yang saya tau, mereka tu golongan warga emas. dan masih seronok mengorat anak2 dara yang sebaya dengan cucu mereka."

bau kopi yang pekat menusuk hidung. aku geram lalu hirup terus kopi o yang terhidang depan aku. babi. panas. lecur lidah.

"saya berjalan ke kaunter. betul2 saya berdiri depan kaunter tu, brader yang jaga kaunter tiket KTM UKM terus tutup lubang cermin yang menghubungkan kami berdua dengan tanda "Berehat selama setengah jam". saya tumbuk sampai retak cermin tu lalu pergi ke mesin tiket automatik."

aku tengok Menteri yang mendabik dada tadi dah order kopi o lagi satu sambil lap2 peluh.

"di situ ada 2 mesin sahaja. mesin pertama ditampal dengan tanda "Mesin rosak". mesin yang kedua, x terima duit besar sebesar RM10. saya pergi ke kedai runcit berhampiran untuk mengecilkan duit. kemudian mesin tu buat kekwat. x terima duit RM1 yang huduh. huduh dalam maksud saya di sini permukaan yang kedut2, warna dah coklat2. wah. mesin2 sekarang memilih juga ya?"

aku hirup lagi kopi o panas depan aku. dah jadi suam sebab aircond kuat sangat untuk keselesaan Tok2 Menteri kat situ.

"selesai pembelian tiket, saya tunggu KTM sampai. tengok kat board, ada la lagi 15 minit nak kena tunggu. selepas 15 minit, board tu berubah masa. keretapi delay. selama 30 minit. ya tuan2. 45 minit penumpang2 terpaksa berdiri menunggu keretapi sampai. selepas 50 minit, baru semua orang lega dapat masuk KTM."

Menteri yang mendabik dada tadi macam nak bangun blah tapi bodyguard aku yang berdiri kat belakang dia segera menekan beliau sehingga terduduk semula di kerusi empuk buatan eropah.

"anda ingat saya sudah selesa ketika itu? tidak! saya memilih koc wanita kerana percaya anda telah membela nasib wanita. tapi saya silap. pintu terbuka dan apa yang saya nampak hanya lelaki di depan saya. yang wanita semua terpaksa duduk di dalam2 dan menghadapi kesukaran untuk keluar kerana lelaki2 tadi dah memenuhi ruang tersebut."

aku telan air liur. rasa pahit kopi o tadi.

"saya x salahkan kaum lelaki dalam hal ni kerana mungkin mereka tercabar. koc wanita untuk wanita sahaja, lelaki x boleh masuk. koc2 lain pun wanita masuk juga. tapi yang saya marah sekarang, lelaki2 yang xtau segan silu tadi, dengan selamba menghimpit wanita2 yang berada dalam koc tersebut. saya sarankan, kalau dah jadi begini, sila hapuskan koc wanita tu. sama je ada atau xda "Koc Khas untuk Wanita" tu."

aku hirup kopi o sampai habis. agak2 kalau dahaga lagi nanti order je ah kat awek yang ada kat situ.

"setibanya saya di stesen yang dituju, saya menarik nafas lega kerana dapat keluar dari kesempitan ruang dalam KTM. saya ready tiket di tangan untuk memudahkan perjalanan di tempat scan tiket nanti. tapi apa yang saya nampak, ticket scanner tu ada dua sahaja. dan kedua2nya rosak dengan bertanda "X" di ruang LCD. nasib baik pagar untuk keluar tu bukak. tapi xde pegawai jaga pun. so, what's the point saya beli tiket tadi? untuk apa ticket scanner tu wujud? baik orang naik je KTM free2, ye dak?"

sambil cakap2 tu aku hempuk2 meja tanda marah. Tok2 Menteri style2 main golf je turut tersentak setiap kali aku hempuk meja.

"terima kasih untuk kopi o tadi, saya minta diri dulu."

aku keluar dengan bergaya sambil hempas pintu besar dewan Parlimen tu.

Tuesday, February 1, 2011

air oren

susah nak tunjuk rasa sayang kat orang yang kita sayang.

lagi2 kalau orang yang kita sayang tu tengah marah.

ataupun orang yang kita sayang tu tengah sakit.

kenapa susah?

sebab benda dari hati aku susah nak luah.

susah juga berhati batu ni ye.

ah. peduli apa aku.

aku sayang kau, tau?

kalau tau, sila senyum sekarang.

heh~