hari ni aku gi Parlimen, Tok2 Menteri semua tengah gaduh2 sambil mencarut2 nak lawan sape paling hebat mencarut. aku masuk dengan bergaya.
"sape uruskan pengangkutan awam kat sini?"
ade sorang angkat tangan sambil mendabik dada. kononnya pengangkutan awam kat Malaysia lagi baik dari yang kat Nepal.
"saya nak kompelin. boleh?"
"ya, silakan." sambil mendabik dada lagi.
"tadi saya tunggu bas depan UKM selama setengah jam. satu bijik bas mini pun x muncul2. apatah lagi teksi yang selama ni asyik nak menipu penumpang je. jadi saya terpaksa berjalan kaki sejauh 1 km untuk ke KTM UKM."
aku terhenti sebab ada awek hantar kopi o panas depan aku. aku jeling2 tanda terima kasih.
"lepas tu setibanya saya di KTM, lalu depan pakcik2 teksi yang berehat cari mangsa. saya x tau lah mereka tu kategori bujang atau dah berkahwin. tapi yang saya tau, mereka tu golongan warga emas. dan masih seronok mengorat anak2 dara yang sebaya dengan cucu mereka."
bau kopi yang pekat menusuk hidung. aku geram lalu hirup terus kopi o yang terhidang depan aku. babi. panas. lecur lidah.
"saya berjalan ke kaunter. betul2 saya berdiri depan kaunter tu, brader yang jaga kaunter tiket KTM UKM terus tutup lubang cermin yang menghubungkan kami berdua dengan tanda "Berehat selama setengah jam". saya tumbuk sampai retak cermin tu lalu pergi ke mesin tiket automatik."
aku tengok Menteri yang mendabik dada tadi dah order kopi o lagi satu sambil lap2 peluh.
"di situ ada 2 mesin sahaja. mesin pertama ditampal dengan tanda "Mesin rosak". mesin yang kedua, x terima duit besar sebesar RM10. saya pergi ke kedai runcit berhampiran untuk mengecilkan duit. kemudian mesin tu buat kekwat. x terima duit RM1 yang huduh. huduh dalam maksud saya di sini permukaan yang kedut2, warna dah coklat2. wah. mesin2 sekarang memilih juga ya?"
aku hirup lagi kopi o panas depan aku. dah jadi suam sebab aircond kuat sangat untuk keselesaan Tok2 Menteri kat situ.
"selesai pembelian tiket, saya tunggu KTM sampai. tengok kat board, ada la lagi 15 minit nak kena tunggu. selepas 15 minit, board tu berubah masa. keretapi delay. selama 30 minit. ya tuan2. 45 minit penumpang2 terpaksa berdiri menunggu keretapi sampai. selepas 50 minit, baru semua orang lega dapat masuk KTM."
Menteri yang mendabik dada tadi macam nak bangun blah tapi bodyguard aku yang berdiri kat belakang dia segera menekan beliau sehingga terduduk semula di kerusi empuk buatan eropah.
"anda ingat saya sudah selesa ketika itu? tidak! saya memilih koc wanita kerana percaya anda telah membela nasib wanita. tapi saya silap. pintu terbuka dan apa yang saya nampak hanya lelaki di depan saya. yang wanita semua terpaksa duduk di dalam2 dan menghadapi kesukaran untuk keluar kerana lelaki2 tadi dah memenuhi ruang tersebut."
aku telan air liur. rasa pahit kopi o tadi.
"saya x salahkan kaum lelaki dalam hal ni kerana mungkin mereka tercabar. koc wanita untuk wanita sahaja, lelaki x boleh masuk. koc2 lain pun wanita masuk juga. tapi yang saya marah sekarang, lelaki2 yang xtau segan silu tadi, dengan selamba menghimpit wanita2 yang berada dalam koc tersebut. saya sarankan, kalau dah jadi begini, sila hapuskan koc wanita tu. sama je ada atau xda "Koc Khas untuk Wanita" tu."
aku hirup kopi o sampai habis. agak2 kalau dahaga lagi nanti order je ah kat awek yang ada kat situ.
"setibanya saya di stesen yang dituju, saya menarik nafas lega kerana dapat keluar dari kesempitan ruang dalam KTM. saya ready tiket di tangan untuk memudahkan perjalanan di tempat scan tiket nanti. tapi apa yang saya nampak, ticket scanner tu ada dua sahaja. dan kedua2nya rosak dengan bertanda "X" di ruang LCD. nasib baik pagar untuk keluar tu bukak. tapi xde pegawai jaga pun. so, what's the point saya beli tiket tadi? untuk apa ticket scanner tu wujud? baik orang naik je KTM free2, ye dak?"
sambil cakap2 tu aku hempuk2 meja tanda marah. Tok2 Menteri style2 main golf je turut tersentak setiap kali aku hempuk meja.
"terima kasih untuk kopi o tadi, saya minta diri dulu."
aku keluar dengan bergaya sambil hempas pintu besar dewan Parlimen tu.
3 comments:
mane g yg dpertua dewan rkyat?
dah kena guling dalam karpet
style.
Post a Comment