Monday, February 28, 2011

kawin awal

kawan skolah aku dah kawin. dah. tu je nak cakap.

ok tipu.

bagi aku, xde masalah kawin awal. lagi bagus, sebenarnya. ok, mari kita bincang beberapa perkara.

1. orang tua
orang tua mesti cakap "e eh..gatai nak kawin awai. blajaq dulu. kumpui duit. baru pikiaq pasai kawin!"

tu betul. zaman dah berubah. orang sekarang mengejar kerjaya dan kesenangan dulu, baru fikir pasal kawin. tapi bila zaman dah berubah, xkan semua benda nak berubah? orang dulu2 boleh kawin seawal 16 tahun. mungkin lebih awal. kita, kawin seawal 20 tahun, x boleh?

boleh, kan? kawin awal boleh mengelakkan maksiat. sebenarnya bab2 orang tua ni aku x reti nak gaduh. next point.

2. kurangkan budget
selalu kalau kawin je, mesti orang fikir nak buat grand2. paling tidak pun buat pelamin besar2 or jemput orang ramai2 datang makan. cuba tengok balik hukum kawin yang asal. yang penting, nikah, kan? ah. aku bab2 hukum ni pun lemah sikit. tapi tau le sikit2.

aku x kesah pun orang nak buat majlis kawin meriah2 semeriah carey. aku pun seronok tengok. tapi kalau aku, cukup la sederhana je. xyah sanding2 pun. jemput je orang datang makan untuk bagitau aku ni dah kawin. kos pun x tinggi. kalau nak hantaran, 3-5 dulang cukup le..

so kalau kos rendah, xde masalah kalau nak kawin awal walaupun pasangan tu dua2 still belajar. kalau sorang dah keje, lagi senang hidup.

3. saling membantu
ye, orang tua selalu suruh orang laki ni kumpul duit banyak2 dulu. xkan nak bagi anak dara orang makan megi je hari2, ye dak?

tapi orang jugak cakap, zaman dah berubah. si isteri tu boleh je tolong si suami tu bab2 keje ni. isteri sepatutnya menolong suami, bukan duduk mengangkang depan tv tunggu suami datang suap nasi.

so, xde masalah jugak lah kalau suami isteri keje, tolong sara keluarga. kalau kawin awal, xyah gatal nak buat anak. biar pendapatan bersama tu kukuh dulu, baru fikir pasal anak. tapi kalau dah dapat anak, tu rezeki. tapi kena keje keras ah skit. kos bela anak ni bukan murah.

berbalik pada kawan aku tu tadi. dia ngan suami dua2 study lagi kat mesir. nikah kat mesir. kenduri kat malaysia je x buat lagi. pastu gi honeymoon kat paris (aaaaa jeles!!).

ok. aku bukan nak cerita pasal honeymoon kat paris-yang-romantik-gila-babi-sampai-aku-jeles2-tengok-rasa-macam-nak-gi-paris-hari-ni tu. tapi tengok from the good side. dua2 study lagi. kenal kat mesir. bercinta sikit2, terus kawin. sebab nak elakkan maksiat. alhamdulillah....

ntah. bagi aku, kawin awal tu memudahkan hidup semua orang. x semestinya kawin awal tu kawin tergesa2. macam2 benda boleh dielakkan. hidup ni makin lama makin mencabar.

ada sape2 nak sokong?

7 comments:

D' Cako said...

Ye saya sokong! Tapi part paling susah bagi sesetengah orang adelah part yang pertama tu. Tapi kalau cakap baik2 tade masalah kot?? ^_^

Acid said...

gua sokong!

Unknown said...

aku tak sokong.

kahwin awal bukan semata nak elak maksiat. err kita kahwin untuk seks je ke? bukan untuk selama-lamanya?

part kos, lain orang lain masalahnya. no komen. aku yang ada masalah ni pun...malas komen.

anak. boleh je dapat. sape kata takleh dapat anak kalau still belajar? orang dulu pakai lampin basuh pakai balik, elok je. nape nak membazir beli pampers pakai buang tu?

sebelum kahwin, fikir dulu tanggungjawab. fikir dulu kau ni bagus ke tak? fikir dulu yang kau ni beratkan tanggungan suami dengan dosa ke dengan pahala sebab bila dah kawen, suami tanggung dosa kita. fikir dulu kau ni mampu tak layan suami kau zahir dan batin? terus terang aku rasa orang dah 50 tahun kawen pun zahir dan batin tak perfect.

jangan fikir tak bersedia. nanti sampai umur 80 tahun pun kau kata tak bersedia. tak payah fikir matang ke tak sebab matang ke tak nanti dah kawen, kita automatik berubah.

wann afzan™ said...

pjg lebar gle ah fatin rply. mentang2 udah nak kawin bulan 7 ni. ngeh ngeh ngeh..

ye2. kata kau ade betulnye. hoh. sbnrnye aku xtau nk balas ape. kah kah kah!

kookaburra said...

wann,hehe jgn jeles :P

anyway nikah kat UK. bukan kat mesir.

"bercinta sikit2, terus kawin"
haha. bercinta lepas kahwin lahhh :D
baru bestt!

wann afzan™ said...

gah!!! makin aku jeles dgr kau nikah kt UK!!! er..i mean..bkn jeles...tumpang gembira...heheheh

mmg best bercinta lpas kawin!!! nk!!!!

Unknown said...

hehehe. benda yang patut kau fikir adalah benda yang akan berlaku lepas kahwin. bukan semasa persandingan tu. takyah sanding pun takpe. adat je semua tu.