aku berdiri di atas bangunan yang paling tinggi di New York. betul2 menghadap ke sebuah hospital kanak2. seorang kanak2 sakit mental nampak aku ingin bunuh diri lalu dia berlari ke bangunan yang paling tinggi tu.
dalam sekelip mata je dia dah tarik tangan aku jatuh ke lantai. dengan pisau di tangannya, dia menikam tangan kanan aku supaya melekat dengan lantai.
aku x menjerit. tapi aku berterima kasih kepadanya sebab selamatkan aku.
tiba2 datang seorang perempuan berkebaya nyonya menarik keluar pisau di tangan aku dan bergaduh dengan kanak2 tu.
dengan pelbagai aksi2 pergaduhan yang kita boleh tonton hanya dalam movie, aku berdiri semula di hujung bangunan untuk membunuh diri.
kanak2 tersebut masih mahu cuba menghalang aku tapi gadis berkebaya nyonya tadi masih membelasahnya dengan teruk.
sejurus sebelum aku melangkah ke udara, aku nampak kelibat kanak2 tu melayang ke arah aku dan terus terjunam ke bawah. ntah macam mana, aku sempat menyambut tangannya dengan tangan kanan aku.
"kau lepaskan budak tu. budak tu cuba bunuh kau"
"tapi tadi dia selamatkan aku. sekarang aku akan selamatkan dia"
"bodoh"
gadis berkebaya nyonya terus meyakinkan aku bahawa kanak2 tu cuba bunuh aku. sementara tu kanak2 tersebut menggores2 tapak tangan aku dengan pisau lipat.
aku nampak darah banyak menitik2 ke muka kanak2 tu. lalu aku lepaskan tangan kanak2 tu.
"aku terpaksa bunuh kau. maaf"
No comments:
Post a Comment