di satu sudut ukm terwujud satu kolej yang kecil...di sebuah bilik yang suram, Gayah duduk meneleku di meja belajarnya..tiada lampu yang terpasang di bilik itu kecuali lampu pendaflour di atas kepalanya yang dikhaskan untuk para pelajar study ketika lampu utama di bilik itu sudah terpadam kerana roomate masing2 sedang tidur...sesekali hpnya bergetar dan bercahaya...
dengan ditemani lagu yang kuat memenuhi ruang yang suram itu, Gayah meneruskan kerjanya yang terbengkalai kerana terpaksa menghadirkan diri ke simulasi di dectar...jari jemarinya lincah menari2 di atas keyboard laptopnya menaip baris demi baris ayat yang terlintas di fikirannya...dan kini hpnya tidak bergetar lagi...
Gayah asyik menjeling ke arah hpnya mengharapkan secebis msg dari seseorang yang mungkin sudah tidur...setelah ketandusan idea, Gayah resah...dia perlu menghabiskan kerja itu pada malam ni juga..kalau tidak, dia xtau bila dia akan mula study untuk final exam yang menjelang tiba...
difikirannya asyik terbayang mahu pulang dan bercuti sepuas2nya...tetapi, masa itu belum tiba lagi...Gayah memandang ke sekeliling bilik...kosong...roomatenya telah pulang ke kampung halaman untuk meminta restu ibu bapa sebelum exam...bertuahnya dia dapat pulang selama 4 hari...cemburu benar hati Gayah...namun, dia redha...
tangan Gayah mula menggapai mouse untuk ke ym pula...otaknya perlu rehat sebentar...matanya mencari2 nama yang dicari...ah, teman baiknya pula tidak online...x mungkin Gayah akan hubungi melalui hp kerana temannya itu tentu sedang sibuk dan Gayah x mahu mengganggu...buntu lagi...Gayah termenung kosong ke arah skrin...
mouse bergerak lagi ke arah button facebook...facebook juga x membantu pada ketika ini...Gayah sudah bosan dengan facebook...dia sudah malas mahu komen gambar, komen status kawan2nya mahupun main game di situ...kadang2 saja Gayah menukar statusnya di facebook...itupun ikut mood semasa....
Gayah menung lagi....sunyinya bilik....sunyinya kolej...sunyinya ukm....sunyinya malam ni bagi Gayah....dia mahu keluar, tapi kerja masih banyak...dan mahu menuju ke mana?peneman juga tiada....Gayah masih ada kawan di sini untuk melepak...tapi bukan peneman ketika jiwa kacau seperti sekarang...
mulutnya ternyanyi sendiri lagu yang sedang bingit dari laptopnya...fireflies....Gayah tersenyum kembali, menyedari kesunyian yang tiba2 datang itu x bererti sebenarnya..bukannya Gayah akan sunyi selama2nya..kejap saja...tapi....kesunyian ini sangat menyakitkan...
jari jemari Gayah terus laju menaip2 menghabiskan kerja yang tertangguh dari tadi....dan volume lagu dikuatkan lebih dari sebelumnya...
4 comments:
dislikes this.
theres nothing u can do, abg nas...
shame on me then..
tade pape lah abg nas...
u've done enough...
Post a Comment