Thursday, February 24, 2011

hari ni hari Khamis

hari ni aku hidup tanpa lappy. hari ni jugak lah aku hyper active.

1. aku kira duit syiling yang aku kumpul. aku letak dalam bekas pringles. berat dia ada lah lebih kurang dalam 10kg. agak2 dah sejuta kot tu. tapi tu belum tambah lagi dengan duit 5sen yang aku malas nak campur sebab kecik sangat. dan juga duit 50sen yang aku asingkan untuk basuh baju. kalau campur2, ada la dalam 2 juta.


syiling versi piramid

dah bosan sangat, aku tiru je corak kat karpet KK

2. aku basuh bedsheet, siap sidai kat bawah. pastu basuh lagi baju dalam bakul. pastu tunggu je depan mesin basuh. agak2 bosan, aku sandar kat mesin tu. boleh urut2 badan. mesin bergetar macam nak meletup.

3. lepas sidai baju, aku menung tengok bilik. terus amik penyapu, sapu lantai. semua celah aku sapu. tengok meja. lap meja pulak. sampai kilat2 boleh nampak muka.

4. lepas tu aku dah xtau nak buat ape. aku msg semua orang. ade la jugak yang reply. tengah lepak2, tiba2 aku dengar guruh. dah hujan. bedsheet yang aku baru sidai kat bawah dah basah. yay.

5. dapat lappy dalam kul 5. lega.

4 comments:

say- O said...

haha, lawak lah,.

wann afzan™ said...

mende yg lawaknye say o? huhu

Fatin Mazelan said...

bagus juga takde lappy. boleh jadi surirumah yang berjaya nampaknya.

wann afzan™ said...

tu ah. bersinar2 bilik aku. heh