Wani dan Malik berpisah ikut haluan masing2. Malik pulang ke rumah dengan jiwa yang kosong. sedar2 air mata menitis. x berhenti. bergoyang ego lelakinya.
di radio x putus2 lagu2 cinta, lagu2 putus cinta, lagu2 cinta x kesampaian. Malik capai kayu besbol di belakang seat lalu menghentak radio keretanya. baru puas hati.
Malik lap hingus. ada bau Wani. Malik lap air mata guna baju. ada bau Wani juga. Malik tutup tingkap kereta, buka aircond. makin kuat bau Wani. Malik berhenti di tandas awam. Malik nangis sepuas2 puasnya. bergoyang lagi ego lelakinya.
*****************
"Wani jangan la nangis. nanti Malik nangis jugak."
"Malik jangan nangis. Malik kan laki."
"tapi Wani nangis, Malik mesti la nangis."
"Malik kena la kuat untuk Wani."
*****************
Malik buat2 flush toilet, lap2 lebihan air mata dan teruskan perjalanan pulang ke rumah. kali ni masih lagi buka aircond. biarlah ada bau Wani. asalkan bau Wani masih ada dalam kereta.
Malik terbaring merenung siling di bilik. pejam mata, nampak Wani. Malik bingkas bangun buka laptop. buka page2 kegemaran. ah. teringat Wani lagi. sebab page2 kegemaran Malik, kegemaran Wani juga.
Malik capai handphone, mesej Wani.
"Wani lebih suka macam ni?"
"tak. Wani lebih tenang bersama Malik."
"mahu Malik datang jumpa Wani?"
"mahu."
Malik bergegas ke kereta, pasang lagu kuat2, bawa kereta full speed.
"Wani, tunggu aku."
No comments:
Post a Comment