Wednesday, March 6, 2013

This is the season for PENTER.

PENTER Unplugged for S04E01


Limited edition


20 MAC 2011
PANGGUNG SENI, UKM
MASUK PERCUMA!


Tempah baju sekarang!

Wednesday, February 20, 2013

Nak apa? Aku busy. Aku busy!

Mula-mula aku check SMPWeb, kelas aku Rabu dengan Khamis je. Sekali ambil jadual kat fakulti, kelas aku Selasa, Rabu dengan Khamis. Baru je nak berlagak.

Memandangkan aku tiada PTPTN bila extend, maka aku perlu bekerja. Dengan RM3 per jam, aku akan bekerja di kiosk FEP bermula esok. Mungkin hari-hari aku akan kerja. Tengoklah kalau rajin.

Sem ni aku ambil dua subjek. Pemodelan Sistem dan Pengoptimuman, serta Pengantar Penghitungan Berangka(Statistik). DAN tidak lupa, tesis.

Kah kah kah. Tesis. Kah kah kah.

Oh tidak lupa juga, aku masih jual air mineral. Dan bisnes itu telah dikembangkan ke blok Pangsarama di bawah sana. Harap-harap usaha aku mencari duit pada sem ini akan membuahkan hasil yang lumayan!

Ok lah. Bai lah. Bai. Bai.

Bai.

Friday, February 1, 2013

Insomnia

Sepertinya aku berada di dalam bilik. Yang aku nampak cuma tingkap berlangsir jingga. Di luar sana cerah.

Aku mahu bangun, kaki aku enggan.

Aku mahu menoleh, tengkuk aku kaku.

Apa yang aku nampak cuma kotak-kotak siling dan lampu kalimantang.

Bebola mata aku bergerak kasar mencari entiti yang bisa aku kenal.

Sekujur tubuh sedang duduk membelakangi aku. Terdengar sayup-sayup suaranya mengulangi perkataan yang sama. Ayu.

Dia ulang-ulang nama itu. Ayu. Ayu. Makin lama makin kuat.

Siapa Ayu? Aku?

Perlahan kepalanya dipusing supaya matanya selari pandangan dengan mata aku. Mulutnya masih menyebut Ayu seraya tersenyum.

"A.....yu...... sleeping, are you sleeping? Brother John, brother John? Morning bells are ringing, morning bells are ringing. Ding ding dong, ding ding dong."









Kah kah kah.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 10, 2013

Hi-ho.

Hari Selasa dah habis exam. Tapi still tak rasa freedom ke apa macam tahun-tahun lepas. Mungkin sebab dah biasa ambil at least 7 subjek satu sem?

Sem ni dua subjek. Sem depan dua subjek lagi. Tapi masih ada tesis.

Hari tu bincang habis-habisan dengan supervisor nak ubah tajuk dan cara mendapatkan data untuk tesis. Akhirnya dia setuju dengan idea yang aku kemukakan sejak pertama kali aku jumpa dia.

So, sekarang takde la freedom sangat. Still kena buat tesis.

Apa yang aku cuba nak luah kat sini ialah, aku tak rasa seronok atau stress atau sedih lepas habis exam. Takde perasaan. None, nada, nul, non uno, nenhum, keiner, niets!

Maybe I'm a little bit depressed being holed up in my room staring at my (still) on going thesis but end up watching Scrubs all day long.

Even keluar cari charger Samsung original kat Mines tadi pun tak berjaya menggeletek hati aku. Selalunya kalau aku pergi mall aku mesti akan tertarik nak tengok movie. Tapi tadi aku hanya order stok baru charger original kat Samsung, tapau makanan dan terus balik UKM semula. 20 minit sahaja di sana ya tuan-tuan.

I need a getaway.








....dan berat aku masih, MASIH 47kg. Bhahahahaha. That ought to cheer me up!

Thursday, January 3, 2013

Paper pertama sem ini.

...yang diambil buat kedua kalinya untuk menaikkan gred.

Paper ni aku tak rasa stress atau nervous. Aku jadi stress sebab aku tak stress untuk paper ni. Haaa tak paham sudah!

Maybe sebab aku dah pernah ambil subjek ni?

Atau mungkin juga sebab aku confident bila carry mark dah mencapai 48% daripada 50%?

Atau mungkin...MUNGKIN sebab dah 4 tahun ambil exam di UKM jadi macam "Exam? Heh."

Aku punya stress sampai aku dah parking di dataran Dewan Gemilang tapi masih ragu-ragu adakah itu Dewan Gemilang? Adakah hari ni aku punya paper? Betul ke paper aku pukul 3:30?

Masuk je dewan, budak-budak bising nak mampus. Mungkin sebab adik-adik first year tengah excited nak jawab paper pertama mereka.

Tapi agak-agak lah awak. Pengawas dah membebel kat depan pasal peraturan pun awak sibuk lagi nak buat kelakar "Weh weh nanti bagi jawapan tau hahahahahahahahahahaha. Hahahahahahahhaa." Macam celaka.

 Aku harap daripada D+, gred aku naik ke A.

Amin.

Monday, December 31, 2012

A new year is unfolding

2012 have been good to me.

So I hope 2013 will be great.

Though I'm going to hate the age 23.











Mestilah aku upload gambar kucing aku sebab kucing aku comel. Dari aku upload gambar aku? Haaaa.

Thursday, December 27, 2012

PENTER Unplugged 2013


Sign up now!

"Sign up for what?", you ask?

To join our team and be one of the PENTER Ambassadors!

OR

To perform on our stage with your band!

For more information, go to our fan page *click*

Or you can simply contact one of ours!

Amar       - 012 6050013
Wann       - 017 2054283
Joe           - 017 8877395
Yan          - 012 6040802
Acap        - 013 9789082
Shamirah - 017 2562737
Sahirah    - 017 9774110

Toodles!

Monday, December 24, 2012

D-Log - Bidan kucing

25 April 2000
Selasa

Aku bangun pukul 9:15. Macam biasa, aku makan sambil tengok TV. Hari-hari kat TV akan tayang cerita Alvin and The Chipmunks, Dennis and Gnasher, Mighty Max dan Quasimodo. Rutin harian dengan TV bermula pukul 9:30 sampai 11:30.

Lepas habis kartun untuk aku, mula lah aku siap2 ke sekolah. Mak dengan ayah aku kerja. Jiran belakang rumah aku kebetulan pulak buat bisnes hantar budak2 ke sekolah. Jadi hari-hari pukul 12 aku akan berjalan ke rumah Aunty Ling. Nama anak dia Chong Mei Soon. Comel. Dia suka ajak aku datang rumah makan megi dengan dia.

Aku paling suka scene makan megi kat rumah Aunty Ling. Dia akan setup meja bulat kat laman rumah dia dan letak empat bangku comel. Nanti Aunty Ling akan bawa semangkuk besar megi dan kami akan makan megi dalam mangkuk kecil guna chopstik. Megi dia buat selalu sedap.

Disebabkan mak aku bayar secara bulanan ke Aunty Ling, transportation pulang dari sekolah juga aku akan naik van Aunty Ling. Rumah aku paling dekat dengan rumah dia. Jadi aku lah orang terakhir yang dihantar balik.

Pukul 6:30 petang aku dah sampai rumah. Lepas mandi, mengaji, makan, pukul 7:45 aku pergi tusyen kat Johan Akademi. Aku yang syorkan tusyen tu kat kawan-kawan. Sebab aku sorang je dari SK Taman Muda yang tusyen kat situ.

Rumah aku ni memang dekat dengan segala benda termasuklah Johan Akademi. Jadi, pergi tusyen pun mak aku hantar jalan kaki je. Lepas tu dia lepak lah kat kedai mamak bawah tu atau jalan-jalan kat Paragon tunggu aku habis pukul 9:30.

Balik je rumah, aku terus tengok TV. Cerita Kopitiam. Tiba-tiba kucing aku, MakLong namanya, mengiau pelik. Dia dah nak beranak. Nenek aku panggil tolong usapkan perut MakLong. Takut juga aku masa tu. MakLong dah tak senang duduk.

Bila nenek aku datang dengan air panas, aku makin takut. Tapi MakLong nampak lega bila kena tuam dengan tuala basah dengan air panas tu. Tempat aku usap tu pun macam bergerak-gerak. Lama-lama seekor keluar dari MakLong. Aku geli tengok anak kucing tu berlendir-lendir lagi tapi aku gagahkan jugak bersihkan sikit-sikit. Lepas tu terkeluar lagi seekor. Nenek aku mula dah bercakap dengan MakLong "Sabar ye. Sikit lagi. Sikit lagi.."

Lepas tu MakLong mengerang lagi. Masa tu dah pukul 11:30. Nenek aku suruh tidur takut bangun lambat nak pergi sekolah esok. Aku akur. Dalam bilik, aku masih terdengar bunyi MakLong menjerit-jerit.



26 April 2000
Rabu

Pukul 9:30, aku cepat-cepat turun intai kotak MakLong. Ada enam ekor anaknya. Alhamdulillah..