Friday, February 1, 2013

Insomnia

Sepertinya aku berada di dalam bilik. Yang aku nampak cuma tingkap berlangsir jingga. Di luar sana cerah.

Aku mahu bangun, kaki aku enggan.

Aku mahu menoleh, tengkuk aku kaku.

Apa yang aku nampak cuma kotak-kotak siling dan lampu kalimantang.

Bebola mata aku bergerak kasar mencari entiti yang bisa aku kenal.

Sekujur tubuh sedang duduk membelakangi aku. Terdengar sayup-sayup suaranya mengulangi perkataan yang sama. Ayu.

Dia ulang-ulang nama itu. Ayu. Ayu. Makin lama makin kuat.

Siapa Ayu? Aku?

Perlahan kepalanya dipusing supaya matanya selari pandangan dengan mata aku. Mulutnya masih menyebut Ayu seraya tersenyum.

"A.....yu...... sleeping, are you sleeping? Brother John, brother John? Morning bells are ringing, morning bells are ringing. Ding ding dong, ding ding dong."









Kah kah kah.

posted from Bloggeroid

No comments: