Wednesday, February 20, 2013

Nak apa? Aku busy. Aku busy!

Mula-mula aku check SMPWeb, kelas aku Rabu dengan Khamis je. Sekali ambil jadual kat fakulti, kelas aku Selasa, Rabu dengan Khamis. Baru je nak berlagak.

Memandangkan aku tiada PTPTN bila extend, maka aku perlu bekerja. Dengan RM3 per jam, aku akan bekerja di kiosk FEP bermula esok. Mungkin hari-hari aku akan kerja. Tengoklah kalau rajin.

Sem ni aku ambil dua subjek. Pemodelan Sistem dan Pengoptimuman, serta Pengantar Penghitungan Berangka(Statistik). DAN tidak lupa, tesis.

Kah kah kah. Tesis. Kah kah kah.

Oh tidak lupa juga, aku masih jual air mineral. Dan bisnes itu telah dikembangkan ke blok Pangsarama di bawah sana. Harap-harap usaha aku mencari duit pada sem ini akan membuahkan hasil yang lumayan!

Ok lah. Bai lah. Bai. Bai.

Bai.

No comments: