Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Things that haven't been taught at driving school v2.0

 (at least not at mine)

*Read v1.0 here if you are curious (takde siapa pun yang curious, Wan. Haha. Haha.)

Aku rasa lama-lama nak buat siri lepas beberapa pemerhatian dilakukan setiap hari menghadapi jalanraya. The thing is, I have to learn all this crap the hard way. What I mean with that is belajar dari kakak, kawan-kawan, good honks, bad honks, makian dan sekali tu I got a finger from an old man (it's not a thumb). And sometimes, accidents.

This morning, I got an idea to write about roundabouts (bulatan). Kisah benar: sepertimana yang anda semua tahu (kalau tak tahu, tunggu ayat berikutnya), aku ambil lesen di kampung. Belajar memandu di Teluk Intan.

Di Teluk Intan tu, cari lah celah mana pun, takkan jumpa bulatan! Dalam sekolah memandu tu ada la bulatan sekangkang anak kera. Tu pun dia tak ajar macam mana nak guna bulatan. Aku belajar memandu di bulatan sorang-sorang di KL. Perasaan dia masa tu, huihhh peluh dahi leher ketiak.

So, today we're going to learn, How to cross/use the roundabouts!

Credit to http://www.sharoma.com/roundabout.htm

Sebenarnya aku nak lukis sendiri tapi separuh jalan, terus malas. Hasilnya:

Malas nak sambung lukis sebabnya nanti aku over exaggerate lepas tu aku yang penat nak lukis

Kalau aku sambung juga lukis roundabout ni, I'll end up like this post. And this, this, this aaaand finally, this.

First of all, WAJIB bagi signal! Flick that blinker! Tolak batang belakang/tepi stereng awak tu! Tak susah pun.. Daripada duk bagi jari tengah kat orang, baik la men-jari-tengah-kan batang signal tu.

Kalau nak keluar simpang tu jauh lagi, bagi je signal kanan sampai lah nak dekat simpang tu, baru signal ke kiri, okay? Tapi jangan la lagi se-saat nak masuk, baru nak bagi signal kiri. At least bila dah lepas satu simpang sebelum simpang yang anda mahukan, bring the left signal alive!

Kalau terlepas simpang anda, jangan la berhenti lepas tu gostan (reverse) pulak. Pusing je lagi sekali. Tak kena saman pun.

Dan yang paling penting, duduk di lorong yang betul. Kalau nak keluar simpang yang dekat dari tempat anda sebelum keluar bulatan, duduk lane kiri. Kalau nak keluar ke simpang pukul 3 (simpang kanan), duduk lane kanan. Memudahkan anda dan rakyat lain! Nampak tak, aku tulis rakyat. Because laws didn't apply to certain people. Lawak rakyat yang ditindas kbai.

Manusia yang sedang berada DALAM bulatan, sila teruskan perjalanan, jangan berhenti saja-saja sebab nak ambil gambar. Kepada mereka yang berada di simpang yakni DI LUAR bulatan, sila bersabar dan tunggu. Jangan block atau marah orang dalam bulatan sebab tak bagi anda jalan siap hon dan angkat satu jari tu (again, not a thumb).

Apa-apa pun, sila lah bersabar ketika memandu. Setiap pagi nak pergi kerja mesti ada accident aku nampak. Dah la pagi buta, nak kelam kabut sangat awatnya. Lepas tu dah accident, menyusahkan orang lain pulak. Dah kita sama-sama lambat. Dude, we're not that close. Aku taknak kongsi kesusahan kau, okay? Jangan kongsi kebangangan anda. Thank you.

Aku sangat-sangat bersyukur kerana traffic light diletakkan di bulatan yang sibuk. Dan kadang-kadang ada polis trafik jaga di bulatan. Tapi ada juga orang yang bangang tak sabar ni. Orang-orang macam ni bukan kena sekolahkan balik. Kena duduk rumah je tak payah keluar infect people with their attitude.

Phew. Dah lama tak tulis panjang berjela merepek macam ni. So, that's all. Happy driving! And be safe!

Sunday, April 14, 2013

Things that haven't been taught at driving school

(at least not at mine)

Hai kawan kawaaaann!!

Hari ni kita nak kongsi lah kan benda yang kita belajar sendiri yang cekgu kita tak ajar kaaaaannn.

Ok berhenti gedik.

Ni ha benda-benda yang aku belajar sendiri dari kakak aku dan sikit-sikit dari common sense aku sendiri. Memandangkan Malaysia ni dah bertambah kereta di atas jalanraya tapi pemandu kebanyakannya semakin kurang pandai dan kurang ajar lagaknya.

Bukan nak kata aku ni pandai sangat memandu tapi aku ni tau la juga basic pemanduan supaya dapat mengelakkan kemalangan (walaupun dah berapa kali eksiden kaaannn) ehhh pengalaman tu penting!

Ok aku akan berhenti merepek dan teruskan ke point utama.

1) Membontoti kereta hadapan anda
Sepatutnya jarak anda dan kereta hadapan bersamaan dengan sebiji kereta panjang seperti Wira, Saga dan sebagainya. Benda ni ada dalam buku sebenarnya tapi aku tau ramai tak baca.

Tapi sejujurnya kalau aku bengang orang memotong depan aku secara kurang ajar atau tak bagi signal, aku akan ter-follow rapat sebab aku nak dia tau, aku tengah laju, tak sempat nak brek, lain kali jangan buat begitu.

Kalau kat highway tengah tekan 100-120 gitu memang aku simpan jarak dengan kereta depan sekurang-kurangnya sepanjang dua biji kereta. Takut kalau dia brek emergency, mampus la tak sempat brek, nak elak ke lane sebelah, ada lori pulak. Tak ke gila?


2) Memotong
Macam tadi, sementara menyimpan jarak dengan kereta depan, increase your speed gradually dan terus ke lane sebelah supaya kereta depan anda tak rasa anda ni douchebag. Lagipun takde la enjin anda bunyi "Vroooooonnnggggg" bila anda tiba-tiba tekan minyak. Sayangi enjin anda.

Kemudian, bila nak masuk balik lane tadi, pastikan anda dah nampak keseluruhan wajah hadapan kereta yang anda potong tu di cermin pandang belakang (rear-view mirror). Jangan harap ke cermin kiri sebab takut anda terlalu rapat masuk depan dia, mengakibatkan muncung dia terlanggar bontot anda. (Cikgu sekolah aku ajar peraturan memotong 12 saat tapi macam tak reliable sebab dia tak cakap untuk kelajuan berapa, kan?)

Lagi satu, dah memotong tu, jangan la slow masuk depan kereta yang anda potong tu. Macam cari gaduh je. Tak pasal-pasal jadi street racing pula nanti.
 
Info berkaitan : Kalau ada kereta potong anda, bila dia masuk depan anda dia terus brek atau slow down, lebih baik anda slow down terus. Sekarang ni trend begitu. Kalau anda tak slow down, dia akan brek sampai anda terlanggar dia. Nanti dia akan salahkan anda menghentam kereta dia. Hati-hati dengan orang begini. Pencuri high class ni.


3) Menukar lane
Seperti yang cikgu ajar, nak tukar lane, nak masuk simpang, semua  kena bagi signal at least 5 saat sebelum setiap aktiviti. Jadi, nak masuk lane, bagi signal. Pastikan kereta belakang di lane sebelah sejauh dua kereta dan tengok kelajuan dia. Kalau tak yakin, jangan masuk. Nak masuk tu, ikut cara nak memotong yang aku cakap tadi. Pastikan jarak dengan kereta depan supaya senang nak memecut masuk lane sebelah.

Common courtesy : angkat tangan sebagai tanda terima kasih. Bukan susah sangat pun, kaaaaan.


4) Jimat minyak
Isi minyak awal pagi sebelum matahari terbit atau malam ketika matahari dah terbenam. Kalau masa panas, partikel minyak akan mengembang maka isi RM40, tiga bar je naik. Maknanya kalau nak jimat duit, isi la ketika cuaca sejuk (malam). Lepas tu isi minyak dengan cara paling slow supaya kurang gas yang tak berkaitan masuk sekali.

Info berkaitan : isi angin pun begitu juga. Kalau isi masa panas takut nanti tayar meletup.

Maintain kelajuan. Jangan kejap slow, kejap laju. Kalau bawa 100, maintain je antara 100-110. Lagi best kalau anda maintain je bawah 90. Kalau jarum meter sebelah RPM tu lebih 2.5 je, banyak makan minyak.

Kurangkan banyak brek mengejut. Kalau dah tau dalam 500 meter tu nak berhenti, terus brek perlahan-lahan. Bukan sahaja jimat minyak, malah anda akan menjaga tayar, brake disk dan brake pad.

Paling penting! Panaskan enjin sekurang-kurangnya 3 minit sebelum bergerak. Sementara tu jangan buka aircond pun. Lagi bagus kalau jarum penanda kepanasan enjin tu dah naik hampir separuh. Kalau aku biasa panaskan enjin dalam 5 minit.


5) Common courtesy
Benda-benda ni tak diajar di sekolah memandu. Sekolah aku la.

Lampu kelip-kelip dari jalan bertentangan maksudnya ada roadblock la tu kat depan. Ataupun ada accident. Maka anda perlu berhati-hati. Kalau dalam 5km tu takde apa-apa, check lampu, pintu, bumper depan, tingkap, bumbung, takut tercabut ke apa.

Lampu kelip-kelip oleh kereta belakang selalunya bermaksud anda terlalu lembab untuk memandu di lane itu. Angkat tangan, dan tukar lah ke lane kiri. Kalau bukan sebab anda lembab, check lampu, pintu, semua tu lah.

Bunyi hon bukan selalunya bermaksud "Oi bodoh balik rumah tidur la tak payah bawa kereta babi". Ia juga bermaksud tumpang lalu, kain anda tertinggal di luar pintu kereta, lampu awak pecah dan sebagainya. Check dulu sebelum marah. Tapi kalau dah awak tu salah, angkat je lah tangan (walaupun aku pun emo juga bila kena hon sebab tak pasal-pasal je kan).

Hand gesture (seperti di bawah), tapi hujung jari jemari tu buka tutup buka tutup selalunya merujuk kepada lampu. Sama ada lampu rosak, signal tak tutup. Tapi sekarang jarang dah orang buat macam tu. Masa aku kecik-kecik dulu banyak juga nampak orang bagi hand gesture macam tu dan jari tengah (eh).

Ada yang panggil ni sign burung. Ada yang "Ehh cop cop cop rehat jap" sambil bagi gesture ni.


Ada juga tangan melambai-lambai dari cermin tingkap, tu kira signal la. Selalunya diberi oleh pembonceng/penunggang motor kerana signal rosak. Tapi kalau nampak tangan tu macam ngeri je, nampak pukul 2-3 pagi, jangan pandang lama-lama. Kang ada yang ikut balik kang.



Tu je la kot yang aku ingat. Lain-lain kalau aku teringat nanti aku update. Ok terima kasih kerana membaca. Babai!