Monday, December 31, 2012

A new year is unfolding

2012 have been good to me.

So I hope 2013 will be great.

Though I'm going to hate the age 23.











Mestilah aku upload gambar kucing aku sebab kucing aku comel. Dari aku upload gambar aku? Haaaa.

Thursday, December 27, 2012

PENTER Unplugged 2013


Sign up now!

"Sign up for what?", you ask?

To join our team and be one of the PENTER Ambassadors!

OR

To perform on our stage with your band!

For more information, go to our fan page *click*

Or you can simply contact one of ours!

Amar       - 012 6050013
Wann       - 017 2054283
Joe           - 017 8877395
Yan          - 012 6040802
Acap        - 013 9789082
Shamirah - 017 2562737
Sahirah    - 017 9774110

Toodles!

Monday, December 24, 2012

D-Log - Bidan kucing

25 April 2000
Selasa

Aku bangun pukul 9:15. Macam biasa, aku makan sambil tengok TV. Hari-hari kat TV akan tayang cerita Alvin and The Chipmunks, Dennis and Gnasher, Mighty Max dan Quasimodo. Rutin harian dengan TV bermula pukul 9:30 sampai 11:30.

Lepas habis kartun untuk aku, mula lah aku siap2 ke sekolah. Mak dengan ayah aku kerja. Jiran belakang rumah aku kebetulan pulak buat bisnes hantar budak2 ke sekolah. Jadi hari-hari pukul 12 aku akan berjalan ke rumah Aunty Ling. Nama anak dia Chong Mei Soon. Comel. Dia suka ajak aku datang rumah makan megi dengan dia.

Aku paling suka scene makan megi kat rumah Aunty Ling. Dia akan setup meja bulat kat laman rumah dia dan letak empat bangku comel. Nanti Aunty Ling akan bawa semangkuk besar megi dan kami akan makan megi dalam mangkuk kecil guna chopstik. Megi dia buat selalu sedap.

Disebabkan mak aku bayar secara bulanan ke Aunty Ling, transportation pulang dari sekolah juga aku akan naik van Aunty Ling. Rumah aku paling dekat dengan rumah dia. Jadi aku lah orang terakhir yang dihantar balik.

Pukul 6:30 petang aku dah sampai rumah. Lepas mandi, mengaji, makan, pukul 7:45 aku pergi tusyen kat Johan Akademi. Aku yang syorkan tusyen tu kat kawan-kawan. Sebab aku sorang je dari SK Taman Muda yang tusyen kat situ.

Rumah aku ni memang dekat dengan segala benda termasuklah Johan Akademi. Jadi, pergi tusyen pun mak aku hantar jalan kaki je. Lepas tu dia lepak lah kat kedai mamak bawah tu atau jalan-jalan kat Paragon tunggu aku habis pukul 9:30.

Balik je rumah, aku terus tengok TV. Cerita Kopitiam. Tiba-tiba kucing aku, MakLong namanya, mengiau pelik. Dia dah nak beranak. Nenek aku panggil tolong usapkan perut MakLong. Takut juga aku masa tu. MakLong dah tak senang duduk.

Bila nenek aku datang dengan air panas, aku makin takut. Tapi MakLong nampak lega bila kena tuam dengan tuala basah dengan air panas tu. Tempat aku usap tu pun macam bergerak-gerak. Lama-lama seekor keluar dari MakLong. Aku geli tengok anak kucing tu berlendir-lendir lagi tapi aku gagahkan jugak bersihkan sikit-sikit. Lepas tu terkeluar lagi seekor. Nenek aku mula dah bercakap dengan MakLong "Sabar ye. Sikit lagi. Sikit lagi.."

Lepas tu MakLong mengerang lagi. Masa tu dah pukul 11:30. Nenek aku suruh tidur takut bangun lambat nak pergi sekolah esok. Aku akur. Dalam bilik, aku masih terdengar bunyi MakLong menjerit-jerit.



26 April 2000
Rabu

Pukul 9:30, aku cepat-cepat turun intai kotak MakLong. Ada enam ekor anaknya. Alhamdulillah..

Monday, December 17, 2012

D-Log - Pengembaraan ke PWTC

Jumaat
21 April 2000

Cikgu Khursiah ajak aku pergi pameran buku di PWTC. Dia ajar aku Matematik di sekolah, dan BM di tusyen. (Jangan tanya aku kenapa. Aku tak faham kompleks kerja cikgu masa tu.)

Dia selalu kata gaya penulisan aku terlalu abstrak so dia nak suruh aku asah dengan membaca. Supaya markah 95% dalam aku punya penulisan akan meningkat terus ke 100%.

Dan juga, sebab aku ni feveret student. Satu sekolah tau. Heh.

Hari ni hari sekolah. Budak darjah 4 sekolah sesi petang. Jadi, pagi tu aku ada banyak masa nak pergi PWTC.

Pukul 8:15 pagi aku dah bangun. Gelabah nenek aku kejut sebab cikgu aku kata nak ambil aku pukul 8:30. Memang tepat2 8:30 dia sampai dengan kereta Honda.

PWTC besar gila. Buku2 semua, banyak gila. Aku beli satu buku tebal. Tajuknya "Puteri Daing Yang Hilang". Lepas tu Cikgu Khursiah belanja aku lagi satu buku cerita tajuknya "Pengembaraan Ahmad Si Penyiasat".

Lepas tu jalan2 lagi. Cikgu Khursiah beli beberapa buku keagamaan dan buku cinta2. Untuk makan pagi, dia belikan aku roti bawang putih. Tapi aku tak makan pun sebab aku bukan jenis bersarapan punya orang.

Aku seronok dan penat sangat. Tapi Cikgu Khursiah kata jangan bagitau kawan2 takut diorang dengki.

Pukul 1 dah sampai rumah. Aku terus siap2 nak pergi sekolah. Dalam van aunty yang hantar aku pergi sekolah, aku makan roti bawang putih yang Cikgu Khursiah bagi.





/** Cerita "Puteri Daing Yang Hilang" tu aku masih ingat sampai sekarang. Scary pun ada. Tapi memang tebal gila! **\

Diary log (or just log?)

Masa aku berumur 10 tahun, tiba2 aku diserang penyakit menulis. Aku akan ambil buku sekolah yang dah tak guna dan aku tulis benda2 best yang berlaku siap dengan tarikh dan masa.

Aku tak sedar pun yang aku sedang tulis jurnal atau lebih dikenali oleh gadis remaja ketika itu sebagai "Diary". Lalu arwah mak aku berkata "Ala kesian Wan. Tulis diary dalam buku sekolah je."

Birthday aku tahun tu, arwah mak aku bagi buku cantik untuk dijadikan diary.

 Dalam buku tu, aku masih tulis tarikh dan setiap minit dalam kehidupan seharian aku. Masa dah masuk sekolah menengah, baru lah aku tulis ikut tarikh je lepas tu update segala benda yang berlaku dalam 2-3 hari macam tu. Macam blog.

Tulisan buruk. "Binti" pun taktau nak eja lagi.




Sampai sekarang, bila2 aku ada masa, aku akan tulis something dalam diary tu. Ini adalah khazanah aku.


*************************************************

Perkataan "Blog" berasal dari cantuman dua perkataan iaitu "web blog".

Memandangkan blog aku ni asyik penuh dengan cerita dongeng, cerita sambung2, pepatah yang entah apa2 dan emosi, dan agak dah lama juga aku takde idea nak menulis, aku nak abadikan sebahagian dari diary aku dalam blog ni.

I'll call it D-Log.

Kah kah kah.

Friday, December 7, 2012

Trash Stuff 8

Malam ini aku berbaring di katil, merenung siling.

Dan aku tahu, siling itu akan merenung aku jua.

Tiada yang lain.

Sunday, December 2, 2012

Fakta tentang Tabby. Hmph!


Gemuk.

Bunyi dia bukan "Meow". Sebaliknya "Eh".

Penakut dan pemalu.

Suka mengigit dan mencakar. Sukar bagi aku untuk bermanja dengan beliau.

Kalau dia tidur terlentang, dia susah nak bangun. Well, sebab dia gemuk.

Perut dia putih. Sangat.

Di-anak-angkat oleh aku pada 17 November 2012.

Nama yang diberi oleh tuan sebelum ini ialah "Bella". Aku tak suka nama tu.

Dia suka menyorok celah mana-mana. Yang bodohnya, dia tak reti keluar. Jadi, tugas aku ialah menjadi garang dan menarik dia keluar. Lepas tu dia terus pergi makan.

Apa-apa jadi pun, dia akan pergi makan. Bangun tidur, makan. Kena marah, makan. Lepas pergi litter box, makan. Kesimpulannya, kerja Tabby ni makan je.

Dia tak suka bising-bising sebab telinga dia besar. Deria pendengaran dia tinggi.

Last but not least, dia gemuk.

Apa? Dia memang gemuk lah!

Fakta tentang aku. Hihi.

Nama penuh aku, Nur Azwan Afzan binti Ahmad. Ramai orang ingat nama lelaki walaupun sudah terang lagi bersuluh ada "binti" di situ. Aku masuk hospital masa darjah satu dulu pun nurse situ bagi aku mainan budak lelaki.

Sekolah menengah, aku pun meng-perempuan-kan sikit nama aku. Aku teringat ada penyanyi nama "Wann" suatu ketika dahulu yang pernah popular. Lalu aku mem-popularkan nama "Wann Afzan".

Tapi, orang masih fikir nama tu nama lelaki dan sesungguhnya ramai yang bertanya "Orang Kelantan ke?"

Aku tak suka benda manis. Aku tak suka junk food. Tapi aku suka cekelat. Kalau tengah craving manisan, aku makan sikit je. Selebihnya aku akan bagi ke orang lain. Kalau takde orang nak share, aku akan lupakan saja craving tu.

Aku tak suka bunga. Sebab aku tak faham bau bunga. Dia tak wangi. Tapi dia tak busuk. Cuma bau bunga tak kena dengan selera aku. Perfume aku pun mana ada bau manis-manis atau base bunga. Tapi kalau pewangi bilik, aku prefer lavendar sebab dia warna ungu.

Aku suka ungu. Dan oren. Tapi ungu nombor satu. Meskipun baju aku banyak warna hitam. Ya. Aku sedang cuba ubah wardrobe aku.

Aku termasuk dalam golongan makan-ketika-stress. Masa stress, aku tak peduli dah apa yang aku makan tu menggemukkan ke, aku tak suka ke apa. Janji aku makan. Tapi bila otak aku fikir nak diet, aku boleh tahan tak makan nasi berbulan-bulan lamanya.

Kadang-kadang orang suka klasifikasikan aku sebagai lone ranger. Aku tak kisah pergi mana sorang-sorang. Tapi aku akan jadi awkward dengan semua orang la. Masa makan, aku akan fikir semua orang sedang pandang aku. Bila berjalan, aku rasa semua orang nak ragut aku. Kecuali tengok wayang. Aku tak kisah tengok wayang sorang-sorang.

Aku ni agak pemalu sebenarnya tapi kalau tak kenal, orang akan kata aku ni sombong. Aku tak reti nak bersembang dengan orang tak kenal kecuali bila aku tengah hyper. Makcik cleaner pun aku boleh bersembang berjam-jam lamanya bila tengah hyper.

Bila dah pemalu tu, mesti la aku ni akan jadi awkward dengan orang baru kenal. Kalau selalu bersembang online ataupun sms, mesti aku jadi gagap sikit bila bercakap betul-betul dengan orang tu. Sebab tu aku tak suka phase "cinta internet" suatu ketika dahulu. Semua tak menjadi.

Dari kecil nenek aku yang besarkan aku. Aku duduk dengan dia di Kampung Pandan, Teluk Intan dan Sri Gombak. Teluk Intan paling lama sebab tu kampung aku. Masa dah mula sekolah di Ampang pun, nenek aku stay untuk besarkan aku.

Family matter is sacred and secret for me. Kalau kadang-kadang aku terlepas emo di mana-mana laman sosial pasal family tu, abaikan je. Nanti aku delete la tu. Macam orang lain, aku pun ada masalah family. Family kau mungkin tak seteruk atau sebagus family aku. Tapi aku masih ada masalah family.

Aku tak ramai kawan sebab dari kecil aku selalu main dengan sepupu aku je. Dia sorang je dalam family aku yang sebaya. Tapi dia lelaki. So, most of the time, dia akan buli aku. Aku tak reti berkawan. Jadi, aku akan rapat dengan orang yang faham dan boleh tahan dengan aku.

Aku memang suka cakap lepas bila emo. Aku selalu je jaga hati semua orang. Tapi bila aku emo, aku tak peduli dah apa perasaan orang lain. Mungkin tu sebabnya aku cuba tak mencari ramai kawan. Takut mereka terluka dengan hirisan kata-kata aku. Eceh!

Aku suka kucing. Sangat! Dari aku umur 6 tahun dah mula bela kucing. First kucing aku mati, aku menangis sampai bengkak-bengkak mata pergi sekolah. Waktu rehat, cikgu suruh aku balik. Lepas nenek aku pindah balik Teluk Intan, dia bawak semua kucing aku sebab takde orang nak jaga. Tapi sekarang aku bela balik. Puas hati!

Akhir sekali, aku memang berharap aku dilahirkan sebagai lelaki supaya dapat mendukung cita-cita bangsa dan negara. Kah kah kah. Takde lah. Tu dulu. Sekarang, aku terima takdir aku sebagai perempuan. Banyak pahala jadi perempuan ni.