Monday, April 2, 2012

Teater Peristiwa Di Zoo



Selesai sudah pementasan Teater Peristiwa Di Zoo pada 30 Mac 2012 bertempat di Panggung Seni jam 9 malam. Pementasan ni mengambil masa sebulan untuk berlatih.

Ya, kami dah ready sejak sebelum mula sem baru lagi. Tapi ketika itu kami ada masalah skrip dan pelakon. Jadi, latihan yang betul2 bermula sebulan lepas..

Aku baru 1st time mengarah. Jadi aku terlalu stress. Dan nervous. Aku major dalam bidang produksi. Tapi bukan lakonan dan pengarahan. Walaupun begitu, aku bangga dengan produksi aku. Dan mereka kata produksi kali ni berjalan dengan sangat lancar dan sangat2 minor kesilapan semasa pementasan. Alhamdulillah!

Jadi untuk menambah ilmu di dada, aku pergi bertapa di Gunung Kinabalu 9 hari 9 malam seorang diri tanpa bekalan makanan dan minuman. Hanya ditemani suasana flora dan fauna. Nak makan pun perlu pergi memburu haiwan liar.

Serius ni. Tak percaya? Haih. Ok. Aku cerita benda tipu lah kalau macam tu.

Untuk menambah ilmu di dada, aku telah memanggil Aloy Paradoks, Abg Wan dan Mat kembali ke DOT untuk mengajar sedikit sebanyak bahagian lakonan dan pengarahan. Alhamdulillah, banyak ilmu yang telah diserap dari situ.

So sekarang percaya la kan? Huh!

Ni sedikit sebanyak sedutan dari pementasan tersebut.

Maaf. Tiada gambar set penuh.
Part susah : Anjing khayalan

Part susah : Pian gelak

Part susah : Pembunuhan
Ini pula gambar sesudah pementasan.

Lihatlah betapa gembiranya kami setelah pementasan selesai

Keputusan dikeluarkan pada 31 Mac 2012. Kami telah merangkul Anugerah Kumpulan Harapan Emas dan Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Gangsa (Pian).

Johan : TEKAD (Teater Kalut)
Naib Johan : Zaba (Teater Ayam Jantan Ayam Betina)
Ketiga :  PRASADA (Teater Anak Kerbau Mati Emak)

Segala kelemahan Teater PDZ telah dijelaskan oleh Pak Yob selaku juri. Semua tu telah disemat dalam dadaku ini! Hmph!

Apa2 pun, aku lega. Akhirnya dapat juga aku pentaskan skrip yang berat dan persoalan yang mampu menggugat perasaan manusia (jika mereka faham). Aku tahu, ramai yang x faham dengan skrip ni. Sekarang kan semuanya nak mudah. Pementasan yang berat seperti ni mana mungkin mendapat tempat di hati mereka.

Filem Bunohan pun dicampak jauh.

Aku puas. Tapi aku sedih. Kerana sekarang skrip2 berat tidak dapat diterima oleh masyarakat. Tak apa. Asalkan aku telah berjaya menyentuh hati segelintir manusia. Dan ahli2 DOT sendiri sudah faham apakah maksud MEMANUSIAKAN MANUSIA MELALUI TEATER.

Sekian.

Aku bertuah kerana dapat bekerja dengan produksi sebagus mereka =)

2 comments: