Aku sebiji bikar kristal.
Pencipta aku mencipta aku dengan penuh hati2. Dan sempurna. Aku digunakan oleh para saintis. Mereka bergilir2 menggunakan aku di dalam setiap eksperimen. Dengan setiap bahan kimia yang ada.
Makin hari tubuh aku makin rapuh. Makin hari tubuh aku makin nipis.
Saban hari aku menunggu ajalku.
Oh saintis. Tidakkah kau sedar setiap kali kau memegang tubuh ku, terasa risau, pedih, pilu di kulitku. Apatah lagi apabila kau menuang pelbagai jenis cecair2 yang berbahaya itu ke dalam tubuhku sehingga memenuhi segenap ruang.
Hilang ruang untuk aku bernafas. Hilang pedoman diri. Hilang segala-gala.
Tapi aku tetap disini. Menanti kau semua meratah tubuhku.
Aku menunggu saat itu. Saat di mana aku akan jatuh, pecah menjadi debu.
1 comment:
good story. mendalam maksudnya. would like to see more!
Post a Comment