Showing posts with label entry aku fikir dalam toilet. Show all posts
Showing posts with label entry aku fikir dalam toilet. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

wahai rakyat



ya. aku memang pengguna yang baik.
setiap kali guna toilet, aku mesti flush.
walaupun kadang2 masuk dalam tu main air je.
tapi, kalau flush tu rosak, cmne aku nak flush, bangang??
dah tu, orang2 yang kat luar tu, sila jangan pandang slack kalau x dengar bunyi flush.
kau masuk, flush sendiri.
tengok boleh flush ke x.
babi.

p/s : aku xde lah pengotor sangat kalau x boleh flush tu, tinggal je. aku siram2 air sampai hilang bau, rasa dan warna. hah. aku still ingat pendidikan agama Islam!!

Wednesday, November 10, 2010

okanahajadakabom - Jon, 2010

setelah beberapa lama x cukup tido, tido2 ayam, tido mana2 sempat seperti atas kerusi, atas lappy, atas buku dan dalam kereta, akhirnya aku dapat juga tido lama. dalam 8 jam, mungkin.

aku rasa aku tertido around pukul 8 pagi tadi masa tengok movie slow kat lappy. walaupun aku dah hirup kopi McD, cerita slow tu tetap menang. sekarang aku dah tau ada cara lain nak bagi tido selain baca buku sejarah.

pastu sambil2 tido tu ada ah terbangun2 sebab kaki termasuk celah katil dan badan tertindih tangan. pastu ada msg masuk.

Jon : celaka. gua tertido banyak kali kot tengok cite ni. celah mana pulak a walk to remember ni tacing2? lu saje je nak suruh gua tido kan?

Aku : lu tengok time tengah ngantuk, memang ah leh tertido. tido ah dulu. dah bangun nanti gua fight untuk cite uhanaha

sebenarnya aku pun xtau uhanaha tu ape. sebab taip sambil pejam mata kot. hahahahahahahaha...

*berhenti menaip jap sebab KK panggil makan nasi lemak*

*ok sambung*

pastu aku terbangun kul 4:30 petang. bangun2 blur tengok jam. bodoh. lama sial aku tido. terus ngadap lappy, lepaskan gian baca blog Pipiyapong. even fesbuk pun aku x tengok.

Hazel ngan KK sibuk jerit2 lapa pastu salahkan aku sebab aku x bangun tengahari dan bawak diorang gi makan.

lepas beberapa minit, aku bancuh kopi dan tengok movie. tiba2 sakit perut. sebelum ni susu ngan nasi basi je boleh buat aku berlari ke toilet macam tu. x sangka kopi dapat memudaratkan diri aku jugak.

dem.

Tuesday, November 9, 2010

Jamilah ada skandal?

Jamil baling batu ke tingkap Jamilah. Jamilah jenguk ke luar tingkap. Jamilah sempat menghadiahkan senyuman sebelum bapak Jamilah buka pintu depan. Jamil lari dengan laju pulang semula ke rumah. tapi Jamil puas. dapat tidur dengan lena lepas tengok senyuman manis Jamilah.

esoknya Jamil baling batu kat tingkap Jamilah lagi. tiada jawapan. Jamil kutip lagi satu batu besar sikit dari tadi, baling. still xde jawapan. orang kata kali ketiga nasib baik. Jamil baling lagi, masih tiada jawapan. Jamil hampa dan pulang ke rumah.

hari ni Jamil pergi lagi. kali ni Jamil bawak seplastik batu. sekali baling, 2-3 ketul jugalah Jamil baling ke tingkap Jamilah. pelik. dengar suara Jamilah ketawa dari dalam bilik. tapi Jamilah x jenguk keluar pulak.

Jamil seluk plastik ambil segenggam batu. baru je Jamil nak baling, dengar suara garau gelak juga. suara tu dari bilik Jamilah. Jamil geram, Jamil baling juga batu ke tingkap Jamilah. kemudian tingkap bilik Jamilah terbuka. akhirnya. dan satu kepala menjenguk keluar.

bapak Jamilah.

Tuesday, October 19, 2010

u might wanna see the other side of me

kadang2 minah duduk. kadang2 minah baring. x selesa berbaring atas lantai yang sejuk. minah duduk semula. memandang kosong 2 objek didepannya.

depan minah ada jantung. masih berdegup. berdegup tenang dengan 65 degupan seminit. dan disebelah jantung tu ada sebilah pisau. diukir halus dengan ukiran abstrak. penuh seni.

minah xtau perlu buat apa dengan objek tu. minah bingung. dalam kesunyian tu, ada 2 bunyi. degupan jantung tu. dan bunyi jarum jam saat berdetik jenama Polo di pergelangan tangan sebelah kiri minah.

minah pelik. hairan. tiba2 teringat sesuatu. minah letak tangan di dada. dulu minah pernah baca sesuatu tentang badan manusia. ada sesuatu yang hidup dalam badan manusia. dan ia berdegup seperti jantung tu.

cuma dalam dada minah tiada yang berdegup. bukan di dada. di peha, perut, betis, kepala, semuanya tiada degupan.

minah rasa sesuatu yang kosong. kosong dalam dada. minah capai pisau, terus membelah dadanya. x cukup dalam. minah tekan lagi pisau tu ke dadanya. dalam. sangat dalam.

minah ambil jantung atas lantai, terus tolak masuk ke dalam bukaan di dadanya. dalam sekelip mata, minah rasa puas. teruja. dan rasa hidup.

minah mula berjalan keluar. keluar berjumpa manusia lain yang mempunyai degupan. tangan minah sentiasa di dada. bila nampak bunga, degupan jantung tu lambat. bosan.

bila nampak taman permainan, degupan jantung semakin lambat. bosan.

bila nampak kanak2 bermain, degupan jantung laju sikit dari tadi. menarik.

tiba2 ada kanak2 terjatuh di depan minah ketika sedang berlari2. minah sambut budak tu sebelum kepalanya terhantuk di tiang. refleks.

minah terpana. degupan jantung semakin laju. minah terpaksa duduk di kerusi taman kerana x mampu menahan dadanya yang berombak2. makin lama makin perlahan degupan tu.

tapi, minah rasa benda tu menarik. sangat teruja. minah terus ke jalan raya. harap2 dapat lihat sesuatu yang lebih dahsyat untuk melajukan semula degupan jantung.

sambil berdiri tegak di tepi jalan, minah nampak seorang lelaki sedang membelek bunga segar di kedai bunga. muka beliau berubah2. kadang2 berkerut. kadang2 merenung kosong. kadang2 menggeleng2. tiba2 beliau senyum sambil menarik sekuntum bunga merah jambu.

ketika itu jantung tu berdegup dengan pantas. minah kaget. kenapa? kenapa perlu begitu pantas? lebih pantas dari tadi. bukannya ada orang jatuh. lelaki tu cuma senyum. minah hairan. tetapi masih memandang lelaki tadi. sehingga x sedar minah dah mendekati lelaki itu. jarak mereka x lebih dari 50 meter.

lelaki tu pandang minah. senyum. "cantik kan bunga ni?" suara garau yang dalam diikuti dengan segaris senyuman di sebalik kumis nipis.

degupan jantung semakin laju. terlalu laju sehingga minah takut kalau2 lelaki tu dengar bunyi degupan jantung tu. "cantik" jawab minah.

"untuk isteri saya" lelaki tu berlalu pergi lepas meninggalkan rm5 di atas kaunter.

degupan jantung seperti terhenti. tapi masih berdegup. minah tau tu. kerana tangan minah masih di dada. tapi minah rasa seperti x bernyawa. rasa perit di jantung. mungkin kerana belahan pisau tadi.

tapi x mungkin. sebab rasa perit itu di dalam. di jantung. minah lari semula ke tempat tadi. terduduk semula di atas lantai yang sejuk. di depan pisau.

segala yang baru berlaku tadi seperti imej2 dalam album gambar. pantas bergerak di depan mata minah. sehingga imej akhir sekali, imej lelaki tu. imej senyuman tu. minah rasa semula sakit di jantung.

minah x dapat tahan. mempunyai jantung terlalu kompleks. minah lebih suka dirinya yang tiada jantung. seperti dulu. x kompleks. x sakit.

minah capai pisau. hunus ke dada dan bawa keluar jantung tadi. dicampak jauh2. jauh dari penglihatan. dan minah semakin tenang. lalu dunia semakin kelam. semakin gelap. selamanya.

Friday, October 15, 2010

kadang2 aku rindu

Min dan Ali berkenalan dalam satu occasion. mereka terus rapat sebab banyak persamaan antara mereka. dan yang paling bagus, Min dan Ali, dua2 single.

hampir setiap hari Min dan Ali jumpa. makan sama. keluar sama. study sama. sampai masing2 x perasaan yang antara Min dan Ali dah timbul satu perasaan. perasaan sayang.

Ali : Min, i like u.
Min : me too. *smile*
Ali : tapi aku rasa kita lagi happy macam ni. i mean, kawan je la. is it ok with u?
Min : yup, fine with me *still smiling*

Min dan Ali declare sebagai best friend. Ali yang cadangkan. tapi Ali yang control Min macam awek. Min nak lepak dengan kawan2 laki, Ali bagi. tapi setiap 15 minit Ali akan mesej. kalau x reply, Ali call.

Min nak kaler rambut, kaler kuku, Ali x bagi. Ali marah. sebab Ali x suka perempuan yang kaler rambut, kaler kuku.

lama2 Min keliru. lama2 Min rasa macam Ali tu balak Min. Min happy ada Ali. walaupun Ali control Min.

Ali suka cerita pasal ex-gf Ali. sampai Min dah bosan dengar. Ali suka cerita pasal awek2 yang nak try Ali. sampai Min menyampah dengar.

Ali : Min, sekarang aku dah xde hati nak cari awek.
Min : kenapa?
Ali : entah ah. aku rase dah malas nak ade serious relationship.
Min : owh. xyah la fikir pasal tu.
Ali : memang aku xnak fikir pun. aku lagi happy macam ni. ade kau. as my best friend *smile*
Min : *rasa pedih kat hati*

lama Min tunggu Ali. tunggu Ali ready for the next step. tapi Ali still macam tu. anggap Min sebagai kawan rapat. tapi control macam awek.

Min tunggu sampai habis belajar. sama2 dah kerja. dan Ali hilang macam tu je.

hati Min makin pedih.

p/s : pernah x korang suka kat someone tapi xleh gtau sape2?